Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
50,007
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
06

Dalam seminggu dua ini, ada perubahan yang berlaku. Amir dan Diyana tidak lagi berkepit rapat seperti sebelum ini dan kelihatan beberapa orang pekerja wanita mulai aktif menyapa dan berjalan seiring dengan Diyana dalam beberapa waktu terluang.

Walaupun marah, Amir terima teguran yang dilontar padanya.

Bagaimanapun,setiap kali terserempak dengan Farrah, dia akan memandang Farrah denganp andangan rasa sakit hatinya.

 

Apabila Farrah ceritakan apa yang berlaku pada Haris, Haris memberitahu bahawa Diyana dapat tahu apa yang berlaku lalu memujuk Amir supaya menerima nasihat Kevin.

Hmm- ini untuk kebaikan mereka berdua.. Nasib baiklah Diyana dapat menerimanya.

 

Kak Siti pula tidak henti memuji Kevin dan Farrah tetapi Farrah tidak berasa gembira.Terfikirkan hukuman yang bakal diterima, Farrah tidak dapat bertenang dan tidur dengan lena.

 

Kemudian,Farrah dapati kerjanya bertambah dua kali ganda dari biasa. Terutama kerja kecil yang berkait atau ad hoc semakin bertambah. Farrah terkejar-kejar apabila menyiap sesuatu, menerima dan menjawab panggilan lebih banyak dari biasa sambil menaip data.

Kemuncaknya,datang salah seorang ketua di Bahagian tempat Farrah bekerja dan memaklumkan sesuatu kepadanya.

 

"Saya tak tahu apa yang berlaku, tapi tiap kali mesyuarat Amir cadangkan nama awak untuk pelbagai kerja. Dua bulan dari sekarang, awak akan kendalikan satu acara pelancaran. Ada baiknya awak bersedia."

 

Rupanya inilah hukuman awak hah Amir?

Jika Farrah tolak, akan datang kerja lain pasti menyusul. Oleh sebab itu, Farrah diam dan menerima kerja yang diberi.

 

 

 

 

Suatu hari, apabila Farrah dan kawan-kawan bersembang, Kevin datang ke arah mereka bertiga dengan tergesa-gesa.

 

"Cik Farrah! Sekarang saya tahu bagaimana awak boleh bebas dari sebarang gosip dan salah faham dari semua orang. Jika saya beritahu caranya, selepas ini tolong jangan ganggu saya dan Cynthia lagi!"

 

"Baiklah. Apa dia?" Farrah berminat ingin tahu.

 

"Cari kekasih.Teman lelaki. Jika Cik Farrah ada kekasih, tiada sesiapa akan salah faham pada Cik Farrah selepas ini. Tunjukkan Cik Farrah sangat bahagia sekarang ini."Jelas Kevin tanpa berselindung.

 

Idea bagus Kevin! Tapi memandangkan reputasi Farrah sekarang ini, amat sukar untuk cari kekasih dalam LinkComm.

Apabila Farrah sebut masalah ini kepada kevin, dengan pantas Kevin memberi cadangan baru, "Cari seseorang berlakon sebagai boyfriend atau kekasih yang bukan pekerja LinkComm."

 

Ah!

Farrah teringat.Dalam sebuah drama popular luar negara, ada kisah dimana watak utama terpaksa mencari seseorang tidak dikenali untuk berlakon sebagai kekasih bagi mengaburi mata semua orang termasuklah ahli keluarga sendiri. Setelah lama menghadapi suka duka, akhirnya mereka mula jatuh cinta dan hidup bahagia di pengakhiran cerita.

 

Nampak seronok tapi daripada hubungan penuh kepura-puraan, lebih baik cari hubungan sebenar dimana setiap pasangan saling memahami dan tolong-menolong jika berlaku masalah.

 

"Hei! Jangan merepek. Jangan beri idea yang bukan-bukan pada Farrah. Sedar kedudukan awak tu." Marah Shiela disebelah. Nampaknya dia tidak setuju dengan idea Kevin.

 

"Jika awak sebut sesuatu lagi Kevin, Saya takkan jual info kepada awak lagi!" Nana menyokong Shiela.

 

"S-saya Cuma beri idea. Terpulang pada Cik Farrah ingin guna atau tidak. Selepas ini, tolong jangan kacau saya dan Cynthia." balas Kevin sebelum melarikan diri.

 

Terima kasih Kevin atas cadangan yang diberikan. Tapi sama seperti Shiela dan Nana, Farrah juga tidak bersetuju. Dan Farrah akan pujuk Shiela dan Nana supaya maafkan awak.

 

"Jangan dengar cakap kevin. Untuk kebaikan semua orang, jangan cari seseorang untuk berlakon sebagai kekasih awak. Perkara ini salah." Shiela berasa risau, Nana pula mengangguk bersetuju dengan apa yang dikatakan Shiela.

 

"Jangan risau.Farrah tak terdesak sampai macam tu sekali." Jelas Farrah.

 

Topik itu mati begitu sahaja. Tiada siapa antara mereka bertiga ingin meneruskannya.

 

 

 

 

 

Hujung minggu itu,Farrah membelek majalah diatas katil apabila ibunya, Datin Intan menjenguk masuk lalu mengigatkan suatu perkara kepadanya.

 

"Jangan lupa majlis malam ini. Ada seseorang yang mak ingin perkenalkan pada Farrah. Ibu rasa awak dan dia sangat padan sekali."

 

Sejak pertunangan dengan Amir putus, Datin Intan kerap kali mencari anak muda untuk dipadankan dengan Farrah. Apabila ditolak banyak kali, Datin Intan memberi alasan "Ibu nak lihat Farrah bahagia. Ibu nak menimang cucu cepat-cepat."

 

Farrah tiada kuasa menahan ibunya yang patah hati kerana tidak kesampaian melihat majlis pertunangan anaknya sebelum ini.

Kebanyakan anak muda yang dipilih semuanya adalah anak kenalan atau seseorang yang pernah bekerja bersama ibunya sebelum ini.

 

Farrah mengeluh.

Selepas apa yang berlaku dengan Amir, Farrah rasa skeptikal untuk mulakan hubungan baru. Hati Farrah juga belum bersedia lagi. Baiklah, Farrah akan kata ya pada semua cadangan ibu sambil fikirkan cara bagaimana untuk mengelakkan diri nanti.

 

Setiap majlis ataua cara dimana ahli keluarganya dijemput, Farrah mulai merapati dan menemani ayahnya kemana-mana. Oleh itu, lelaki yang berniat untuk berkenalan dengannya terpaksa membatalkan hasrat mereka.

 

Hmph- Jika ada lelaki yang berani, datanglah! Cuba pikat Farrah dihadapan ayah. KEKEKEKEKE!

 

Tapi..

Malam itu, setelah mereka bertiga tiba di lokasi majlis, sewaktu Farrah sedang membelek dan memeriksa senarai tetamu yang hadir dalam guessbook, ayahnya memberi amaran kepadanya.

 

"Tak perlu temankan ayah malam ini. Ayah ada perbincangan dengan seorang kawan lama. Dia minta ayah jumpanya seorang diri kali ini."

 

Apa!?

Alamak! Rancangan untuk 'tidak disapa oleh mana-mana lelaki' pada malam ini telah hancur. Farrah perlukan rancangan baru!

 

Farrah melihat suasana majlis itu.

Majlis ini adalah majlis tertutup untuk meraikan pelancaran filem baru hasil karya seorang pengarah terkenal tanahair. Sebagai salah seorang dari penaja, keluarga Datin Intan dipelawa oleh kru produksi sebagai tanda penghargaan. Ini juga salah satu cara mempromosi filem tersebut. Dalam aturcara majlis, terdapat tayangan pratontonan berdurasi tiga minit dan ucapan ringkas dari pengarah filem itu nanti.

 

Orang yang menghadiri majlis itu terdiri dari kru produksi filem, artis-artis,penaja-penaja dan ahli-ahli korporat dalam syarikat penerbitan. Lokasi yang dipilih juga sangat sesuai dengan mood kali ini. Disebuah hotel yang mempunyai laman yang luas, tersusun indah beberapa meja beserta menu ringkas yang cukup mengiurkan. Disuatu sudut taman terdapat pentas kecil dan skrin besar untuk tujuan pratontonan nanti.

 

Puan Intan telah lama meninggalkan Farrah seorang diri selepas mereka menyapa beberapa orang penting dalam majlis dan mula bersosial dengan para-para ibu yang lain.

 

Seorang diri, Farrah mundar-mandir melihat dessert dengan piring kecil ditangan.

Baiklah! Selepas Farrah ambil beberapa mini tart ni, Farrah akan duduk dan bersembunyi disebalik rimbunan pokok-pokok bunga jauh dari pandangan orang ramai.

 

KYAAAHHHHHH!

Kedengaran jeritan nyaring dari arah pintu masuk. Sekumpulan wanita mengerumuni dan memandang sesuatu dari arah pintu masuk.

 

Déjà vu?

 

Ditengah-tengah sekumpulan wanita muda terdapat lelaki tampan sedang melambai-lambai kearah mereka.

 

Kalau tak silap Farrah, lelaki itu ialah watak utama cerita dalam filem kali ini. Rupanya wanita-wanita muda tadi teruja dengan kedatangan pelakon berkenaan. Eh, nanti dulu! Dibelakang pelakon itu..

 

Mereka dijempu tsama?

 

Kelihatan Amir,Bayazid dan Haris tersenyum dan berjabat tangan dengan pelakon lelaki itu.Mereka berempat kelihatan seperti kumpulan idol popular yang datang membuat persembahan. Para wanita yang teruja salah sangka tiga lelaki selain pelakon itu turut terlibat dalam filem tersebut.

 

Farrah mengosok mata.

Mungkin mata Farrah ada masalah sekarang ni kerana seakan-akan ada cahaya kilauan keemasan dari arah empat orang jejaka tersebut. Ilusi? Tapi bila Farrah pandang ke tempat lain, tiada cahaya silau yang menganggu tadi.

 

Esok.. Farrah akan pergi jumpa pakar mata.

 

"Cik Farrah.. Awak tak apa-apa?" Tegur seorang lelaki yang sejak tadi asyik memandangnya.

 

"Saya okey." Balas Farrah sambil tersenyum.

 

Lelaki itu adalah lelaki yang disarankan oleh ibunya pada malam itu. Farrah tidak sempat melarikan diri kerana lelaki itu mula memperkenalkan dirinya.

 

Apa yang patut Farrah lakukan? Beri peluang? Lelaki ini nampak baik orangnya..

 

"Faradhiya Ismail. Saya dengar dari ibu tentang awak." balas Farrah tanpa berfikir panjang. Sekurang-kurangnya, dia ada kawan untuk berbual malam itu.

 

Bagaimanapun dari suatu arah berdekatan, ada seseorang yang ingin turut serta dalam perbualan itu.

 

"Saya pula Megat Haris Kamal. Selamat berkenalan." Dengan cepat Haris menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan lelaki itu. Keliru, lelaki itu tetap menyambut tangan Haris.

 

"Haris.. Putri ada datang bersama awak?" soal Farrah. Terkejut dengan kemunculan Haris, tapi membiarkannya.

 

"Tidak. Dia ada exam sementer keesokkan hari. Kena mengulangkaji." Balas Haris.

 

Kedua-dua mereka saling berpandangan dan tersenyum.

 

"Maaf. Rupanya Cik Farrah bukan seorang diri. Minta diri dulu." Dengan cepat lelaki dihadapan Farrah mengundur diri dan meninggalkannya.

 

Awak pasti? Farrah rasa kita bertiga boleh habiskan masa bersama-sama. Mengapa melarikan lari?

Sewaktu berlalu pergi, lelaki itu memandang tangannya yang menggeletar.

 

"Saya perlukan bantuan awak. Ini kali pertama sejak kembali ke Malaysia saya menghadiri majlis seperti ini. Ayah kata awak tahu apa yang patut dilakukan pada waktu sebegini.Saya harap awak boleh temankan saya sepanjang malam ini." Pinta Haris separuh cadangan separuh pujukan.

 

Farrah terdiam sebelum membalasnya, "Baiklah. Farrah tahu apa yang Dato Kamal maksudkan.Kita mulakan dengan kawan-kawan ayah awak."

 

Oleh kerana Farrah pernah tolong Amir dalam bab ini, maka Farrah tahu siapa kawan dan kenalan Dato Kamal. Dato Kamal berharap agar Haris mempunyai connection untuk dirinya sendiri. Ini semuanya untuk masa depan Haris. Jika ingin mengekalkan kedudukan dan dikenali ramai VIP, ada baiknya memperkenalkan diri dan bersosial sebanyak mungkin. Keluarga Farrah juga sama. Sebab itulah Farrah membelek dan mengigati nama VIP dalam guest book sebelum ini. Keluarganya telah selesai menyapa orang penting dalam majlis ini.

 

Apa yang Farrah lakukan hanya berlagak sebagai Setiausaha dan memberi tips, "Orang ini saudara kepada tycoon Tan group yang sangat minat Golf. Orang ini pula baru menimang cucu seminggu lepas". Selepas itu, semuanya terpulang pada cara Haris berinteraksi dengan mereka. Melihat kepada keyakinannya, Haris tiada masalah berbual dengan sesiapa sahaja.

 

Selepas selesai,mereka berdua duduk di kerusi yang disediakan. Haris tunjukkan beberapa Business card yang diperolehinya kepada Farrah.

 

Hmm- Untuk tugasan pertama kali, awak lakukannya dengan baik sekali. Tengoklah reaksi awak Haris,tersenyum lebar tanpa henti. Jangan lupa perasaan ini. Perasaan dimana awak berjaya perolehi sesuatu yang diidamkan. Tapi..

 

"Hehehehe, jangan terlalu gembira Haris. Ada perkara yang lebih utama selain bersosial.Dalam majlis sebegini, benda yang paling penting sekali ialah MAKANAN! Host bersusah payah sediakan buffet, apa salahnya makan sehingga kenyang. Makanan yang paling sedap sekali ialah makanan percuma!"

 

Sebagai senior,Farrah cuba mengajar Haris. Bagaimanapun, Lupa dengan keadaan, Farrah tunjukkan sikap pelahap dan rasa terujanya. Haris disebelah membuat muka pelik sebagai respon sebelum ketawa dengan kuat.


Memalukan! Tolong lupakan apa yang awak lihat sebentar tadi!

Farrah menutup mukanya.

 

"Farrah, tunggu disini kejap. Saya akan bawakan awak minuman." Haris berdiri lalu bergerak menuju ke tempat mengambil minuman.

 

Tidak lama selepas itu, Haris kembali dengan membawa dua gelas. Ada sesuatu yang unik pada warna minuman itu. Satu dengan lapisan warna yang berbeza. Satu lagi mempunyai warna unggu kehitaman. Haris menyerahkan minuman yang mempunyai lapisan warna berbeza kepada Farrah.

 

"Cuba ni. Anggaplah sebagai tanda terima kasih."

 

Dengan perlahan Farrah meneguk minuman tersebut.

Sedap! Farrah tak pernah lagi rasa minuman sesedap ini. Awalnya ada beberapa jenis rasa yang berbeza tetapi selepas bercampur dalam mulut, ada satu kombinasi rasa yangunik. Ah! Ada rasa masin selain rasa manis. Garam? Tapi sangat sedap.

 

Dengan mata yang penuh mengharap dan ingin tahu, Farrah memandang gelas yang mempunyai warna gelap dalam tangan Haris. Seakan faham, Haris menghulurkan minuman itu kepadanya sambil berkata, "Kedua-duanya minuman ini memang untuk awak."

 

Farrah meneguk minuman baru itu.

Kali ini rasanya pelik sedikit. Tetapi tetap unik. Tidak manis tetapi rasanya kuat. Ada soda.Lidah Farrah juga mengesan rasa pedas sedikit. Tapi Farrah tak benci rasa unik ini.

 

"Kedua-dua sangat sedap. Minuman apa ni Haris?"

 

"Oren, passion fruit, nenas, anggur, epal, soda dan apa yang ada pada buffet kali ini. Saya cuma campurkan beberapa jenis minuman dengan sukatan yang betul." balas Haris dengan bangga. Menurutnya, sewaktu belajar diluar negara, ada restaurant dan café menyediakan bar minuman percuma yang mempunyai pelbagai-bagai jenis minuman. Kawan Haris  mengajarnya cara mencampurkan minuman dengan betul. Soda, jus termasuk aiskrim, Haris dan rakannya membuat experiment tiap kali makan di luar.

 

Wah! Farrah belajar sesuatu hari ini. Tak sangka ada herba atau rempah ratus yang boleh dicampurkan dalam minuman. Farrah tahu lemon amat serasi sekali dengan teh. Tapi kayu manis dan cengkih? Farrah akan cuba nanti apabila minum petang bersama ayah dan ibunanti.

 

Farrah meneguk minuman yang pertama tadi. Terasa sedap, dia habiskan segelas minuman itu.Haris turut habiskan minuman dalam gelas lainnya.

 

Ada sesuatu yang tak kena berlaku sekarang ini. Apa dia agaknya?

 

Farrah memandang gelas ditangan Haris. Mereka berdua baru sahaja berkongsi gelas yang sama.

Adakah Haris sedar apa yang dia lakukan? Sengaja atau tidak? Dengan senyuman yang Farrah tidak tahu apa maksudnya, Farrah tak dapat marah Haris. Tapi jika awak sengaja, Farrah pasti akan marah awak cukup-cukup. Harap-haraplah bahagian gelas yang terkena bibir Farrah tidak terkena Haris.

 

Farrah tahu Farrah seorang yang banyak berfikir tapi peluang Farrah berkahwin pada masa akan datang jadi lebih tipis jika ada orang lain tahu perkara ini.

 

.. Sangat pelik, hati Farrah tidak henti berdegup kencang sejak tadi. Lagi pelik bila Farrah tak mampu menatap mata Haris.

 

"Farrah!"

 

Tersentak, Farrah cuba mengawal emosi sebaik mungkin, "Hah…ya..?"

 

"Masih ada seorang lagi yang Haris ingin jumpa pada malam ini; Ayah awak. Ayah awak salah seorang kawan ayah saya. Di mana ayah awak sekarang?" Haris kelihatan nekad.

 

"Maaf, Farrah takkan benarkan awak jumpa dia buat masa ini. Awak tahu apa yang berlaku antara kedua-dua keluarga kita sebelum ini. Jika awak jumpa ayah saya sekarang.." Halang Farrah. Dia tidak sanggup melihat ayahnya memarahi Haris.

 

"Sebab itulah Haris perlu berjumpa dengan ayah awak. Untuk selesaikannya. Jika awak takut, jangan ikut. Lagipun, Saya taknak awak lihat keadaan saya bila ayah awak lakukan sesuatu nanti."

 

Farrah tetap menolak. Dia mengalah selepas puas dipujuk. Farrah kemudian membawa Haris ke tempat ayahnya berada. Kebetulan ayahnya duduk seorang diri dalam lounge hotel itu. Setelah memastikan Haris berdiri dihadapan ayahnya, Farrah melarikan diri.

 

Maaf Haris, Farrah mampu temankan awak setakat ini sahaja.

 

 

***

 

Keseorangan, Farrah ikut sahaja kemana kakinya melangkah. Dia tiba di hujung laman hotel, kawasan yang bertentangan dengan pentas majlis malam itu. Kelihatan Amir seorang diri duduk dihadapan meja bulat, tidak bergerak malah kelihatan tidak bersemangat seperti orang mati. Sudah tentu keadaannya begini disebabkan tiada Diyana disisinya.

 

Semua orang yang melihat Amir turut terkesan dengan mood negetif yang menyelubunginya. Akibatnya mereka menjarakkan diri dan mengelak dari menegurnya.

 

Hmph- Nampaknya Farrah tak perlu melarikan diri. Amir seakan tidak sedar dengan sekeliling.Jika awak terus-menerus dalam keadaan ini, ada baiknya awak pulang ke rumah. Apa gunanya awak datang malam ni?

 

Menurut Haris,seseorang akan berasa segar apabila minum jus citrus dan mint..

 

Dengan pantas Farrah ke bar minuman. Tiada lemonade tapi ada jus oren. Farrah mengambil segelas jus oren dan mencari mint atau daun pudina. Malangnya bahan itu tidak ditemui. Tapi Farrah terlihat sebotol lada hitam di atas meja buffet.

 

Lada hitam hah! Agaknya mint dan lada hitam ada kesan yang sama..

 

Farrah membancuh jus setelah menggoncang lada hitam halus masuk kedalam gelas.

Rasanya tak cukup,lebih baik tambah lada hitam lagi. Mungkin sedikit garam sebagai tambahah seperti yang Haris lakukan sebelum ini.

 

Tak sangka Haris mampu buat minuman yang sukar seperti mempunyai lapisan. Rasa tabik pada Haris makin bertambah.

 

Dia kemudiannya memanggil pelayan yang mudah mesra dan tidak mempersoalkan apa-apa.

 

"Beri minuman ini kepada lelaki yang duduk di meja sana. Katakan minuman ini dari perempuan yang bernama Diyana." Sambil menyerahkan gelas itu kepada pelayan, Farrah menuding jari ke tempat Amir berada.

 

Pelayan itu segera menuju ke arah Amir manakala Farrah dengan cepat beredar untuk bersembunyi.

 

Jus oren tadi pasti buatkan Amir segar-bugar dalam sekelip mata. Tak perlu berterima kasih dengan Farrah. Anggaplah ini kejutan dari seorang misteri.

Farrah langsung tidak terfikir untuk membalas dendam disebabkan kerja yang bertimbun kebelakangan ini.

Sudah tentu tidak!

 

Dari jauh, Farrah boleh mendengar seorang lelaki yang sedang marah mula aktif mencari 'Diyana' yang memberikan minuman kepadanya.

 

KUKUKUKUKUKUKU!

 

Sewaktu menyembunyikan diri, mata Farrah bertentang dengan mata Bayazid yang berada dihadapan. Tidak marah atau menegur Farrah, Cuma memerhati sahaja kelakuan Farrah  tanpa sebarang reaksi.

 

Jika awak ingin cakap sesuatu, cakap sahaja! Bila awak diam begini, keadaan jadi lebih menakutkan daripada ditegur oleh awak.

 

Uhhh! Perut Farrah terasa sakit.

 

Adakah sebab renungan awak? Atau hukuman kerana mempermainkan Amir? Atau minuman yang diberi Haris tadi? Semua?

 

 

Previous: 05
Next: 07

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.