Home Novel Komedi/Romantik Komedi Have A Goodnight
Have A Goodnight
Raimah Dain
29/7/2018 11:56:22
54,292
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 05

HANI berdiri di seberang jalan memandang ke arah restoran tempat dia bekerja. Dia tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan bos mereka setelah video dia memukul Aaron menjadi tular di laman-laman media sosial. Inilah dunia teknologi berada di hujung jari ada sahaja kejadian yang akan menjadi tular.

Menyesal pun ada juga kerana masuk campur dalam urusan peribadi keluarga yang penuh dengan drama dan kisah tragis itu. Tetapi dia sudah terlanjur melakukannya dan sekarang terpaksalah dia menanggung sebarang kemungkinan yang akan berlaku apabila kakinya melangkah masuk ke dalam restoran itu nanti.

“Fuhh!” nafas dia tarik dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan. Kemudian dia memandang tangan yang berbalut. Kalau bukan disebabkan budak gila! Tu. Aku takkan pakai eksosari dari hospital ni. Keluhnya dengan perasaan bercampur baur.

Setelah bersedia, dia mula mengatur langkah kaki selangkah demi selangkah menyeberang ke seberang jalan untuk menuju ke restoran bertaraf lima bintang yang selalu dikunjungi oleh orang-orang berpangkat untuk menikmati hidangan mewah. Tapi entah kenapa degupan jantungnya semakin lama semakin pantas saat diri semakin menghampiri restoran tersebut. Dapat dia rasakan sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku kepada dirinya sebentar lagi.

Dengan perlahan pintu restoran ditolak lalu masuk ke dalam dengan langkah kanan. Hatinya berdebar, pintu ditutup sebelum dia berpaling ke belakang.

“Awal kau datang?” suara yang agak biasa didengari itu menyapanya dengan dingin. Hani angkat muka memandang ke hadapan. Kelihatan Fat, Nadia dan pekerja restoran yang lain sedang merenungnya. Matilah aku! Dia orang mesti marahkan aku sebab dah rosakkan imej baik restoran. Bisiknya dalam hati

“Kau sedar tak apa yang kau buat petang semalam? Soal Fat. Dia melangkah beberapa tapak ke hadapan.

Hani hanya menganggukkan kepala lalu tunduk. Dia tidak berani untuk memandang walau sedikitpun wajah rakan-rakan sekerjanya yang turut terpalit atas kesalahan yang telah dia lakukan petang semalam. Kalaulah dia mampu mengundurkan masa, dia akan memilih untuk tidak masuk campur dalam urusan sesiapa sahaja. Lebih baik hidup pentingkan diri daripada hidup prihatin. Tetapi akhirnya menyusahkan dirinya sendiri.

“Wey! Aku tanya kau ni? Kau tahu tak apa yang kau dah buat semalam?” ulang Fat. Kali ini suaranya lebih tinggi dan kasar.

Hani terkejut. Dia menggenggam tangannya cuba beranikan diri untuk memandang Fat dan rakan-rakannya yang lain. “Aku tahu. Aku dah burukkan nama baik restoran ni dengan pukul cucu Dato Daniel yang biadab tu” jawabnya.

“Tahupun! Bukan dia yang bidab. Kau tu yang biadab! Aku dah suruh kau jangan masuk campurkan? Tapi kau gatal juga nak tunjuk hero. Sekarang kau tahu tak? Disebabkan kau orang ramai mula bercerita kata pekerja-pekerja dalam restoran ni ah samseng, kaki pukul. Kesan dia apa? Orang takkan datang lagi makan dekat sini” tengking Fat. Dia mundar mandir di hadapan Hani dan sesekali berhenti merenung tajam ke arah gadis itu.

“Sekarang aku tak nak kau bagi apa-apa alasan dekat sini  sebab bos nak jumpa kau” sambung Fat.

Bulat mata Hani ketika mendengar berita bahawa bos mereka iaitu Enik Mokhtar mahu bertemu dengannya. “Kenapa bos nak jumpa aku?” soalnya.

Fat senyum sinis. “Kau rasa?” pertanyaan itu dia kembalikan kepada Hani.

Jawapan Fat yang acuh tidak acuh itu sudah cukup untuk dia meneka apa yang akan berlaku kepada dirinya sebentar lagi. Dengan berat hati dia mula mengatur langkah menuju ke pejabat Encik Mokhtar. Perlukah aku melutut minta maaf? Ke aku merayu supaya bos tak berhentikan aku? Ke aku patut jelaskan pada bos yang kejadian tu tak adalah teruk mana pun. Orang saja yang nak besar-besarkan macamlah aku dah bunuh budak Aaron tu.

Dia berhenti di hadapan pintu bilik Encik Mokhtar. Tangan digenggam lalu diangkat hendak mengetuk pintu bilik tersebut. Fat dan rakan sekerjanya yang lain hanya memerhati gelagat Hani yang agak keberatan untuk mengetuk pintu bilik Encik Mokhtar. Tetapi selepas seketika dia akhirnya mengetuk beberapa kali. Kemudian menolak pintu sebelum dia hilang dibalik pintu tersebut.

“Selamat pagi bos” sapanya.

“Selamat pagi. Duduk” balas Encik Mokhtar.

Tanpa membuang masa dia mengambil tempat bertentangan dengan Encik Mokthar. Dia tunduk sambil menguis-guis jemarinya. Dia tidak berani menatap mata Encik Mokhtar yang jelas marah atas perbuatan yang telah dia lakukan.minta-mintalah dia tak tengking aku. Doanya dalam hati.

“Saya takkan tanya kenapa kamu pukul budak tu sebab Dato Daniel dah jelaskan pada saya” kata Encik Mokhtar.

Hani angkat muka. Bulat matanya memandang tepat ke wajah Encik Mokhtar. Biar betul apa yang aku dengar ni? Dato Daniel jumpa bos? Atau…

“Tapi perbuatan kamu tetap salah sebab pukul orang dengan baju seragam kerja dan di tempat kerja” sambung Encik Mokhtar.

“Maafkan saya” Hani tunduk lagi.

“Saya terima maaf kamu. Tapi maafkan saya Hani…” Encik Mokhtar diam seketika.

Sekali lagi Hani nagkat muka memandang ke wajah Encik Mokhtar yang disangkanya akan menengkingnya dengan teruk kerana telah memukul pelanggan dan merosakkan imej baik restoran mereka. Kelihatan Encik Mokhtar mengeluarkan sesuatu dari dalam laci. Kemudian sekepingg sampul yang berisi sesuatu dia hulurkan pada Hani.

Mata Hani tidak berkelip memandang sampul itu. Kemudian dia melarikan pandangan kepada Encik Mokhtar. “Apa ni bos?” tanyanya dengan wajah kosong.

“Itu adalah gaji kamu untuk bulan ni”

“G… Gaji? Tapi… sekarang belum hujung bulan lagi. Kenapa b… bos…” Hani tidak dapat menyembunyikan rasa gemuruh dan bimbangnya saat mengetahui bahawa isi dalam sampul tersebut adalah gajinya untuk bulan ini.

“Macam yang saya cakap tadi. Saya maafkan kamu. Tapi saya tak boleh ambil kamu bekerja dekat restoran ini lagi. Kamu dah rosakkan imej restoran saya dan saya tak mahu pelanggan anggap restoran ni ada pekerja gangster macam kamu walaupun saya tahu kamu lakukan perkara tu bersebab” jelas Encik Mokhtar dengan lebih jelas.

Hani mengangguk faham. Memang benar dia telah menyebabkan restoran yang telah diusahakan selama hampir lima belas tahun itu oleh Encik Mokhtar itu telah mendapat imej yang buruk kerana tindakkan prihatinya terhadap orang lain yang agak melampau. Jadi demi kebaikan semua orang lebih baik dia berundur.

“Maafkan saya Hani” ucap Encik Mokhtar.

Hani menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. “Kenapa pula bos nak minta maaf? Ini bukannya salah bos pun. Saya yang salah sebab pukul cucu Dato Daniel. Saya sebenarnya bayangkan bos balik buku, kerusi bila nampak saya tadi. Tapi tak sangka pula bos maafkan saya dan bagi saya gaji terakhir” tiba-tiba kerusi ditolak ke belakang. Kemudian berdiri.

“Terima kasih banyk-banyak bos” ucapnya sambil tubuh dibongkokkan serendah sembilan puluh darjah. aku tak patut merungut atau merayu minta dia ambil aku bekerja dekat sini. Dia tak maki hamun dan tengking aku pun sudah cukup baik. Jadi aku akan pergi dengan senyap.

Dia kembali berdiri tegak dan memandang wajah Encik Mokhtar dengan senyuman. Sampul di atas meja dia ambil sebelum berpaling membelakangi bosnya yang sedang duduk. Nampaknya dia terpaksalah mencari pekerjaan yang baru. Tapi dengan videonya yang tular itu masih ada ke majikan yang mahu mengambilnya bekerja? Belum cuba, belum tahu. Mungkin ada rezeki lain untuknya.

“Hani” panggil Encik Mokhtar.

Hani berhenti melangkah. Dia menoleh ke arah Encik Mokhtar. 

“Luka kamu tak apa-apa?” soal Encik Mokhtar.

“Oh ini? Luka sikit aje. Saya tak apa-apa. Saya pergi dulu” jawab Hani. Dia mengukirkan senyuman dan terus berjalan meninggalkan bilik Encik Mokhtar.

Keluar sahaja dari bilik tersebut. Semua mata tertumpu kepadanya. Mereka tertanya-tanya apa tindakkan yang telah dikenakan oleh Encik Mokhtar kepadanyBarang-barang miliknya semua dimasukkan ke dalam bag. Seragam, tag nama dan apron diserahkan kepada Aida tanpa berkata apa-apa. Rasanya perbuatannya sudah cukup menjelaskan kepada mereka yang dia telah diberhentikan dari kafe tersebut.

“Hani, kau betul-betul nak berhenti?” soal Aida.

Hani berpaling memandang Aida. “Bukan aku nak berhenti. Tapi bos yang berhentikan aku” jawabnya. Sempat juga mengukirkan senyuman.

Fat yang mendengar hanya memandang Hani dari kaunter. Dia epat-cepat melarikan pandangan ke tempat lain saat Hani memandangnya. Biarpun dia selalu berkasar dengan Hani. Tetapi bagi Hani, Fat ialah seorang rakan sekerja yang baik dan mengambil berat terhadap dirinya cuma tindakkannya kali ini benar-benar telah menyebabkan Fat kecewa dan marah.

“Fat, aku pergi dulu. Terima kasih atas tunjuk ajar kau selama aku kerja dekat sini” ucapnya pada Fat.

“Kau pergi ajelah” balas Fat. Dia sedikitpun tidak memandang wajah Hani.

Hani mengangguk sambil tersenyum lalu kembali memandang ke hadapan sebelum kaki kanan diikuti dengan kaki kiri mula diatur perlahan-lahan meninggalkan restoran tersebut. Dia sudah menjangkakan ini kesudahan atas perbuatannya.

Namun langkahnya terhenti ketika hendak menarik pintu restoran. Telefon pintar yang berada di dalam bag mengeluarkan deringan lagu daripada INFINITE yang berjudul Be Mine itu menandakan dia mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Siapa pula yang call aku masa aku tengah tak ada mood ni? Takkan papa? Tangan kirinya meraba-raba ke dalam bag. Telefon pintar diambil lalu mata memandang ke arah skrin.

“Siapa ni?” gumamnya. Dahi berkerut. Satu nombor yang tidak dikenal sedang menghubunginya.

Tanpa berfikir panjang dia menjawab panggilan tersebut dengan berhati-hati. Dia tidak bersuara selagi si pemanggil tidak menyapanya terlebih dahulu. Dengan mendengar suara si pemanggil dia boleh meneka sama ada si pemanggil itu berniat baik atau sebaliknya.

“Helo, Cik Hani Inara? Helo… ini Cik Hani Inara ke?” sapa si pemanggil.

Hani masih berdiam diri. Dia cuba menganalisis suara tersebut. Macam aku pernah dengar suara ni? Takkanlah Pak Mat tukar suara jadi muda? Bisik hatinya.

“Cik Hani ini saya Fitri pengawal peribadi kepada Dato Daniel” sambung Fitri.  

“Apa? Pengawal peribadi Dato Daniel?!” tergamam Hani di hadapan pintu ketika mengetahui siapa yang sedang berada di hujung talian sekarang.

 

 

HANI tiba di sebuah hotel yang bertaraf lima bintang. Dia mendongak ke atas lalu matanya liar memerhati ke kiri dan ke kanan. Biar betul Dato Daniel nak jumpa aku dekat sini? Tapi kenapa? Tanyanya, hanya diluah dalam hati sahaja.

“Cik Hani”

Hani menghalakan mata ke hadapan.kelihatan Fitri yang lengkap berkemeja hitam sedang berjalan menghampirinya. Imej pengawal peribadi dan juga cucu angkat kepada Dato Daniel itu kelihatan begitu berbeza sekali berbanding ketika kali pertama mereka berteu semalam. Kacak juga bodygurad dato ni. Tapi satu benda aje yang kurang, dia ni tak ada ekspresi muka langsung. Sebiji macam robot manusia.

Fitri berhenti di hadapan Hani.

Hani menyapanya dengan senyuman.

“Sila ikut saya’ kata Fitri. Dia tidak membalas senyuman Hanipun. Hani mengetap bibir samibil menggeleng-gelengkan kepala. Buat penat aku senyum aje. Bukannya dia layan pun.

“Kita nak pergi mana?” soal Hani. Dia berjalan seiringan dengan Fitri.

“Jumpa dato” jawab Fitri ringkas.

“Jumpa dato? Tapi untuk apa? Bukan ke semua dah selesai semalam?” tanya Hani lagi sehingga sekarang dia belum menemui jawapan kepada persoalan tersebut.

Fitri menekan butang pada lif.

Lif terbuka.

Kemudian dia masuk ke dalam. Pandangan mata kini terhala pada Hani yang masih berada di luar. Dengan helaan nafas panjang Hani masuk ke dalam lif bersama lelaki pelik itu. Susah betulah nak cakap dengan manusia yang pendiam sangat macam dia ni.

“Encik…” Hani memandang Fitri. Wajahnya berkerut. Alamak lupa lagi nama dia siapa.

“Fitri” sambung Fitri.

“Ha! Encik Fitri, saya tanya awak kenapa dato nak jumpa saya? Kalau nak bagi upah atau ganti rugi sebab cucu dia cederakan saya. Saya tak perlu sebab saya ada duit yang cukup untuk sara hidup saya…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya yang panjang berjela itu. Pintu lif terbuka. Dengan pantas Fitri keluar dari situ.

“Dia keluar macam tu aje?” gumam Hani geram. Dia cepat-cepat menekan butang pada lif ketika pintu lif hampir tertutup dan berlari ke luar dari dalam lif mengejar Fitri yang sudah berada di hadapannya. 

Dia berjalan di belakang Fitri sambil mata liar memandang ke kiri dan ke kanannya. Wah! Bilik kat sini semuanya untuk VVIP orang kaya-kaya aje. Takkanlah dato tu duduk dekat sini? Dia tak ada rumah sendiri ke apa? Tapi… bukan dia ada vila ke? Kenapa dia tak tinggal aje dekat vila dia? Ke memang saja nak buang duit sebab dah tak cukup nak simpan?

“Kita dah sampai” Fitri kembali bersuara.

“Dah sampai?” Hani berhenti di hadapan sebuah bilik yang bernombor 410 yang terletak di hujung sekali. Kemudian Fitri menolak pintu seluas-luasnya sebelum mempersilakan Hani untuk masuk. Tanpa berkata apa-apa Hani hanya masuk ke dalam dengan perasaan yang bercampur baur.

Setiap langkah yang dia ambil dipenuhi rasa kagum melihat bilik VVIP yang tidak ubah seperti rumah banglo dua tingkat yang lengkap dengan ruang tamu, dapur, balkoni dan bilik tidur. Wow! Ni bilik hotel ke rumah? Macam mana hotel boleh ada bilik yang dasyat macam ni?

Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka oleh seseorang. Dengan pantas Hani menoleh ke belakang, kelihatan Dato Daniel dibantu oleh Fitri sedang berjalan keluar dari bilik. Sepertinya orang tua itu masih belum pulih sepenuhnya. Tetapi entah kenapa dia beria-ia hendak keluar dari hospital dan duduk di hotel pula.

Kemudian Dato Daniel duduk di atas sofa mewah dekat dengan balkoni. Dengan senyuman dia mempesilakan Hani untuk duduk. Hani menundukkan sedikit kepala seperti yang selalu dilakukan oleh orang Jepun dan Korea lalu melabuhkan punggung dekat sofa yang berhadapan dengan Dato Daniel. Janggal, itulah yang dia rasakan ketika berada bersama dua orang lelaki di dalam bilik hotel yang mewah seperti itu. Ya Allah, aku berdoa semoga tidak ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap diriku. Sepat juga dia berdoa dalam hati.

“Kamu tahu kenapa saya nak jumpa kamu?” soal Dato Daniel.

“Saya tak tahu” jawab Hani.

Dato Daniel tersenyum lalu membetulkan duduk. Baru sahaja dia hendak menyusun kata. Tiba-tiba muncul seorang wanita yang berusia awal 50-an menghidangkan air teh dan sedikit kiuh-muih di atas meja. Wanita itu mempelawa Dato Daniel dan Hani menjamah makanan yang dia sediakan. Hani hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum memandang wanita itu. Sekarang barulah dia berasa lega apabila mengetahui bahawa ada perempuan lain di rumah itu selain dirinya.

“Jemput minum” jemput Dato Daniel dengan ramah.

“Terima kasih dato” Hani mengambil cawan berisi teh lalu menghirupnya perlahan-lahan. Namun hirupannya terhenti ketika mata bertemu dengan Fitri yang hanya berdiri di tepi sambil memerhati mereka.

“Awak tak minum sekali?” soal Hani.

Dato Daniel menoleh ke arah Fitri.

“Saya dah…” belum sempat Fitri menyebut perkataan yang seterusnya. Dato Daniel mencelah dengan mengarahkan supaya Fitri duduk bersamanya. Kemudian dia memanggil kembali wanita yang menghidangkan teh tadi untuk membawa sebijih lagi cawan.

“Minum sekali dengan kami” kata Dato Daniel.

“Terima kasih dato” jawab Fitri dengan agak malu-malu.

Hani ynag duduk bertentangan dengan mereka hanya memerhati gelagat majikan dan pekerja itu. Hanya dengan melihat, dia dapat merasakan Dato Daniel dan Fitri mempunyai hubungan yang rapat seperti seorang datuk melayan cucunya dan baru kali ini dia melihat Fitri menunjukkan ekspresi wajah yang biasa dilakukan oleh seorang manusia.

“Macam mana dengan luka pada leher dan lengan kamu?” soal Dato Daniel. Matanya memandang ke arah luka Hani yang berbalut.

“Alhamdulillah. Tak adalah teruk sangat. Hati saya lagi sakit berbanding luka ni” jawab Hani dengan senyuman.

“Saya minta maaf bagi pihak cucu saya” balas Dato Daniel.

“Bukannya salah dato pun. Buat apa nak minta maaf? Oh ya, saya pun nak ucapkan terima kasih pada dato sebab sudi jelaskan kejadian yang sebenar pada bos saya. Kalau tak mesti bos saya dah bunuh saya sebab rosakkan imej baik restoran dia” biarpun dia berasa marah terhadap Aaron. Tetapi dia tidak pernah menyalahkan Dato Daniel kerana dia sendiri yang tiba-tiba muncul dan masuk campur dalam urusan keluarga itu.

“Encik Mokhtar tak pecat kamu?” soal Dato Daniel lagi.

“Pecat. Dia pecat saya. Tapi dia tak marah saya dan dia bayar gaji saya untuk bulan ni. Jadi saya tak adalah sedih sangat sekarang’ jawab Hani dengan wajah tenang. Tipulah kalau dia tidak ada sedikit rasa kecewa. Tetapi dia tetap bersyukur kerana dipecat tanpa dimalukan.

“Nampaknya terpaksalah saya cari kerja baru sekarang” gumam Hani lalu menghirup kembali teh yang sudah beransur suam itu.

Sementara itu, Dato Daniel hanya memerhati perwatakan Hani dengan senyuman. Sebelum membuat keputusan yang berat ini dia telah mengarahkan Fitri untuk menyiasat latar belakang Hani dan merasakan pertemuan ini adalah pertemuan yang telah ditakdirkan oleh Tuhan.

“Kamu nak bekerja dengan saya?”

Pertanyaan Dato Daniel benar-benar mengejutkan Hani. Dia yang sedang mengunyah tersedak dan hampir sahaja kuih yang berada dalam mulut tersembur keluar akibat terkejut. Mujur dia sempat menutup mulutnya dengan tangan. Fitri bingkas bangun untuk mengambil air suam lalu diberikan kepada Hani.

“Terima kasih” ucap Hani. Dia meneguk air suam itu beberapa kali sebelum cawan diletakkan di atas meja.

“D… Dato cakap apa tadi? Dato nak saya kerja dengan dato?” matanya bulat memandang tepat ke wajah Dato Daniel. Seperti sukar untuk dia percaya Dato Daniel menawarkan dia kerja.  

“Ya. Saya nak Hani bekerja dengan saya” jawab Dato Daniel dengan begitu yakin sekali.

“Tapi…” Hani diam sekatika. Bibir dia ketap cuba berfikir kerja apa yang akan diberikan oleh dato itu kepadanya. Mustahil kerja di rumah ni? dia dah ada orang gaji. Kerja pejabat? Aku tak ada pengalaman langsung kerja dekat pejabat dan aku tak berminat kerja pejabat. Masuk pejabat pun aku tak suka.

“Tapi kerja apa yang dato nak berikan pada saya?” soal Hani dengan wajah kosong.

“Kerja dekat vila saya” jawab Dato Daniel.

Bulat mata Hani ketika mendengar perkataan vila. Vila mengingatkan dia akan perbualan lelaki tua itu bersama dengan cucunya. Bekerja di vila bermaksud dia perlu berhadapan dengan Aaron yang biadab itu. Dia lebih rela balik ke rumah keluarganya daripada menjadi orang gaji kepada Aaron.

“Maafkan saya dato” Hani angkat punggung dari sofa.

Dato Daniel memandang Hani.

“Kalau dato nak saya jadi orang gaji dekat vila dato dan jaga cucu dato yang gila tu. Saya tak nak. Maafkan saya, saya kena pergi sekarang” dengan pantas dia beredar dari situ tanpa menunggu penjelasan lain daripada Dato Daniel.

 

Previous: Bab 04
Next: Bab 06

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.