Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,075,930
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 35

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 35)

Nampak dia lagi teruja dari aku. Keluar pergi ke ladang pun sekejap saja, kalau ke masjid pun, selesai solat saja terus balik, alasannya sebab tinggal Cik Puan di rumah seorang diri. Bimbang sangat dia sekarang. Alah, zaman serba canggih nie kalau sakit pun telefon saja. Hendak bersalin nie, bukannya sakit saja terus bersalin, ianya makan masa. Dua tiga jam saja baru bersalin. Nak cemas apanya?

“Pergilah buat kerja, Dina rimas tengok abang asyik ada di rumah!” marah Zara Irdina. Aku ini nak pergi mana pun dah tak boleh kalau tanpa dia. Asyik berkepit saja buat aku resah saja.

“Tak boleh tinggal Dina seorang diri, perut tu tunggu nak meletup saja lagi!” sudah cukup 9 bulan lebih, memang sebenarnya sudah lepas tarikh bersalin pun. Sepatutnya dua hari lepas, ini belum menunjukkan tanda apa-apa pun lagi. Sakit nak bersalin tu belum lagi, tetapi sakit sebab Shah ini aktif sangat adalah.

“Dina boleh call abang!”

“Tak boleh!”

“Tak sabar agaknya,”

“Memang lah, tak sabar dah ni nak tengok Tengku Iskandar Shah..,” jawabnya girang.

“Teruk abang ni, bawa bertenang boleh tak?” balas Zara Irdina. Tengku Izraf Akif memegang tangan isterinya dan mencium tangan Zara Irdina.

“Abang tak boleh buat macam ini, dia orang tu perlukan abang. Perlukan ketua mereka. Nie asyik berkepit dengan Dina, tak malu ke?” aku sebenarnya beri alasan saja sebab cadang nak keluar petang nanti, nak keluar makan cendul pulut kat gerai tepi pantai. Dia ada. Dia tak benarkan aku ke mana-mana.

“Dina jangan buat perangai macam semalam, pergi jalan sampai tak ingat nak balik,” tegur Tengku Izraf Akif. Semalam, ada jamuan anak-anak yatim di rumah Kak Ramlah. Siang, pergi jemput mereka dari rumah anak-anak yatim, pergi beli baju dan kasut selepas itu baru datang ke rumah kak Ramlah.

“Abang kan ada!” dia ikut sekali. Itu yang berani sangat!

“Nie nak ke mana pulak?”

“Teringin nak makan cendul pulut kat depan rumah kita tu,”

“Abang belikan,”

“Tak nak, nak makan di situ,”

Dia terpaksa bawa aku makan di sana jawabnya walaupun dia tak sudi. Berani ke lawan cakap aku ketika ini?

Dua mangkuk aku telan cendul pulut. Dia tengok aku pun terkejut.

“Tengok Zara macam nak bersalin sangat dah ni?” tegur Mak utih yang ada di situ.

“Betul ke mak utih?” soal Zara Irdina.

“Perut tu dah turun ke bawah tu, nak bersalin sangat lah kalau dah macam tu,” sambung Mak Utih. Tengku Izraf Akif tersenyum saja.

Betul kata Mak Utih itu. Tak sempat nak solat isyak pun perut sudah rasa pelik. Sakit yang amat sangat. Bila sakit macam nie terus teringatkan mama yang jauh di mata, teringat kan bonda. Tiba-tiba wajah bonda menjelma saat berperang dengan kesakitan.

“Abang bawa Dina ke hospital,” kata Tengku Izraf Akif. Dia tenang saja, tidak gelabah ataupun bimbang.

“Abang tunggu Dina bersalin nanti,” Kata Zara Irdina. Aku pula yang terlebih cemas.

“Yup, abang tunggu lah!” kata Tengku Izraf Akif menenangkan hati Zara Irdina.

Sakit tu memang sakit tetapi kena lalui jugak. Tengku Izraf Shah lahir dalam pukul 2.00 pagi dan papanya memang sedang menunggu di sebelah Zara Irdina, memberi semangat kepada Zara Irdina. Wajah Tengku Izraf Akif bahagia teramat sebaik saja mendukung Tengku Iskandar Shah untuk diazankan. Bahagia seorang lelaki bergelar suami dan ayah.

“Putera awak, tengku!” kata Dr. Hamimah sambil tersenyum. Tengku Izraf Akif turut tersenyum. Bahagia sangat-sangat melihat Tengku Iskandar Shah di depannya.

“Yup, Tengku Iskandar Shah, anak papa!” katanya sambil mengucup pipi kanan anak sulongnya ini. Zara Irdina tersenyum.

Kelahiran Tengku Iskandar Shah di sambut dengan penuh meriah. Putera sulong kebanggaan Tengku Izraf Akif. Orang kampung datang melawat sejak dari hospital sampai di rumah. Rumah mereka setiap hari ada saja tetamu yang datang untuk melawat Tengku Iskandar Shah.

“Papa nak main dengan anak papa pun tak boleh lagi ni,” ucap Tengku Izraf Akif ketika semua tetamu sudah pulang. Mujur ada malam, kalau tidak memang aku tak ada masa nak bermanja dengan anak sendiri.

“Anak papa dah jadi hak orang sini, semua orang nak mendukungnya dan dia diam saja,” kata Zara Irdina sambil mengangkat Tengku Iskandar Shah dan diberinya kepada Tengku Izraf Akif. Betul, budak ni dengan semua orang dia mahu. Dia tak menangis pun.

“Sayang anak papa!” kata Tengku Izraf Akif. Diletaknya Tengku Iskandar Shah di atas ribaannya. Zara Irdina terus bangun dari katil kerana mahu ke bilik air.

“Aik, nak ke mana?”

“Toilet,”

“Kejap, kejap aku tolong!”

“Aku boleh jalan sendiri,” jawab Zara Irdina sudah mahu berjalan pun.

“Jangan cari pasal, aku nak guna kau lama lagi. Bukan nak guna sekali sekala. Nak guna selalu selepas ni,” kata Tengku Izraf Akif sambil meletakkan anaknya di atas katil. Zara Irdina menjeling tajam. Baru mahu datang ke arah Zara Irdina, Tengku Iskandar Shah terus menangis, tidak mahu tidur di atas katil barangkali.

“Jaga anak, aku tahu nak jaga diri aku, lepas berpantang nie kau boleh guna aku. Puas hati?” jawab Zara Irdina terus melangkah ke bilik air tetapi Tengku Izraf Akif telah berdiri di sebelahnya dan memimpin tangannya, membiarkan si anak terus menangis.

“Nak guna kau, kena jaga kau elok-elok!” bisik Tengku Izraf Akif. Zara Irdina mencubit perut suaminya dengan kuat sekali.

Anak menangis sehingga merah muka kerana ditinggalkan oleh papa dan mamanya. Zara Irdina memujuk Tengku Iskandar Shah, tetapi masih lagi menangi.

“Pujuk anak kau, dia marah kau sebenarnya n!” kata Zara Irdina dan membiarkan Tengku Izraf Akif memujuk anaknya. Tengku Izraf Akif tersenyum saja. Terus diangkatnya Tengku Iskandar Shah dan bila sedar tangan papanya, terus dia diam.

“Anak papa katakan!”

“Ha ha ha..,”

Dia kotakan kata-katanya.Dia yang menjaga Zara irdina di dalam pantang atas bantuan Mak Utih. Bab masak nasi memang dia boleh buat tetapi membasuh semua guna mesin. Tengok cara Tengk Izraf Akif membuatkan Zara Irdina mahu tergelak saja. Sangat melucukan.

“Tak payah buat, kau tu ketua di sini, nanti apa pulak orang kata bila tengok kau buat semua ini untuk aku,” marah Zara Irdina.

“Kau malu ke suami kau buat semua ini untuk kau?” soal Tengku Izraf Akif.

“Bukan malu tetapi segan!” jawab Zara Irdina. Cukup dua minggu Tengku Izraf Akif menjaganya, hari ini biarlah dia lakukan sendiri. Hidup berjauhan dari keluarga membuatkan hatinya kental. Dia bukan anak manja, dan dia bukan seorang isteri yang suka mengambil kesempatan.

“Baru dua minggu, badan kau masih lemah!” kata Tengku Izraf Akif. Kalau bukan kerana kami sudah dibuang keluarga mungkin aku akan membawa bonda ke sini, tetapi nasib kami sudah tidak sama dengan nasib orang lain.

“Tak perlu risau, mak utih dan kak ramlah akan tolong aku,” tepis Zara Irdina. Mama tak boleh nak datang sebab Syazana sedang mengalami alahan yang teruk sekali sehinggakan terpaksa berulang alik ke hospital. Jadi, dia tak mahu menyusahkan mama dengan hal sekecil ini. Lagipun Tengku Izraf Akif tidak benarkan dia memberitahu tempat tinggal mereka.

“Orang nak tolong tak sudi pulak, jangan merungut pula dekat abang nanti,”

“Boleh buat semua ini, jangan lah bimbang!”

Dapat anak sulong memang berbeza. Cukur jambul pun buat besar-besaran Siap dengan majlis akikah sekali. Majlisnya lebih hebat dari majlis perkahwinan kami dulu. Kehadiran Tengku Iskandar shah memang dinanti-nantikan oleh semua orang, bukan setakat papanya saja, tetapi penduduk di sini pun sama. Zara Irdina rasa terharu dengan layanan yang diberikan oleh penduduk di sini.

“Abang tak beritahu bonda tentang kelahiran Shah?” soal Zara Irdina. Usia anaknya sudah masuk 3 bulan sekarang. Dan rumahnya masih dikunjung oleh penduduk di sini untuk melihat putera kesayangannya ini. Orang datang membawa rezeki, jadi dia menerima kedatangan tetamu dengan besar hati. Lagi pun Cik Puan mereka ini bukan sombong orangnya. Mungkin sebab itu penduduk di sini menyenangi sikap Cik Puan mereka ini.

“Tak pun!” jawab Tengku Izraf Akif. Selepas peristiwa itu, dia tidak pernah menghubungi bonda dan kaum kerabat bonda lagi. Begitu juga dengan mereka di sana.

“Tak baik buat macam tu kat bonda, sekurang-kurangnya beritahu bonda tentang Iskandar Shah kita ni,” pujuk Zara Irdina. Bonda bencikan aku, tetapi rasanya bonda tidak membenci Tengku Iskandar Shah, cucunya ini.

“Shah tak perlukan nendanya itu, cukuplah dengan ada mak utih dan pak utihnya di sini,” jawab Tengku Izraf Akif. Marah sungguh dia dengan sikap bondanya itu.

“Abang nie susah lah. Ikut kepala otak abang saja. Dina berani buat ujian DNA dengan anak-anak Tengku Burhan, bahawa Dina tak ada kaitan dengan keluarga mereka, dengan ayahanda mereka,” marah Zara Irdina.

“Kalau ada ikatan macam mana?”

“Kenapa abang yakin sangat ni?”

“Orang lelaki ini bukan boleh harap sangat, Sharifah Kamariah tu cantik orangnya, lelaki mana tak tergoda. Tak mustahil kan?”

“Jadi abang nak cakap Dina ni anak Tengku Burhan?”

“Boleh tak kita jangan ungkit perkara ini lagi? Biarlah mereka dengan dunia mereka, kita dengan dunia kita, bukan masanya lagi untuk kita berhadapan dengan mereka. Selagi rancangan abang tak berjaya, abang tak akan berhadapan dengan mereka,” marah Tengku Izraf Akif semakin memuncak.

“Ooo, sebab Shah dah lahir jadi abang berani naikkan suara abang tu,” ungkit Zara Irdina. Masa mengandungkan anak sulong dia, nak marah kita pun tak berani. Hari ini selepas 3 bulan, dah mula perangai lama.

“Habis Dina nak merajuk, nak tunjuk sikap buruk kat abang?”

“Abang nie terlebih stress kenapa? Kita boleh berbincang, bukannya bergaduh!” soal Zara Irdina membuatkan dia berfikir sendiri. Kenapa aku naik angin pula, wal hal Zara Irdina hanya beri cadangan saja. Entah lah, rasa sakit hati bila sebut nama bonda, nama Tengku Mawar dan keluarganya yang lain. Zara Irdina tidak tahu lagi, Sharifah Madziah dan Tengku Mawar menemui wartawan untuk mengumumkan Zara Irdina adalah anak luar nikah Tengku Burhan, mujurlah wartawan tersebut kenalan dia masa di universiti dulu, dan kawannya itu terus menghubungi dia dan memaklumkan dia akan hal ini. Kalau tidak satu Malaysia tahu akan hal ini.

“Hmmm..,”

“Abang tu ketua di sini, tetapi dengan isteri asyik nak bergaduh saja,” tegur Zara Irdina sambil menarik muka empat belasnya.

“Okey lah Cik Puan, saya minta maaf!” ucap Tengku Izraf Akif.

Kenal dua puluh tahun, jadi pasangan suami isteri baru setahun lebih tetapi kalau sentuh bab bergaduh dari zaman sekolah sampai lah sekarang, kalau tak bergaduh memang tidak sah. Tetapi kalau fikir balik, ini kali pertama kami bergaduh selepas ada Tengku Izraf Shah.

“Bonda Shah memang garang macam singa, singa kalau ada anak memang perangai macam ini.” Ujar Tengku Izraf Akif ketika memandang Tengku Iskandar Shah yang nyenyak tidur di dalam katil kecil kepunyaannya. Zara Irdina tersenyum.

“Segarang mama, mama tak makan orang lagi,” petang nanti nak ke hospital melawat anak jiran yang baru bersalin. Waktu dia bersalin dulu, semua suri rumah datang melawatnya. Kini giliran dia pula. Esok ada kelas membuat kek dan kelas menjahit. Tetapi kelas tu 2 jam saja. Tetapi suaminya belum tahu lagi akan hal-hal ini.

“Pasang badan cantik ni nak pergi mana?” soal Tengku Izraf Akif.

“Petang nie nak pergi hospital melawat orang sakit,” jawab Zara Irdina. Aku sejak jadi Cik Puan di sini sama sibuk dengan dia.

“Bawa Shah?”

“Tak, tinggal dengan mak utih, pergi sekejap saja. Esok Dina ada kelas memasak selama dua jam!”

“Shah macam mana esok? Nak tinggal?” nampak muka tu dah tak elok.

“Tinggal kat rumah pengasuh, biar lah Shah berdikari,” jawab Zara Irdina. Pergi tak lama pun, yang gelabah sangat tu kenapa?

“Dah ada anak ni, kurangkan aktiviti di luar tu, Shah perlukan kasih sayang seorang mama,”

“Esok Dina bawa putera abang ni, kelas tu pun depan rumah kita saja, yang petang nie sebab nak ke hospital, jadi Dina tak bawa putera abang,” jelas Zara Irdina. Dia yang cerewet wal hal perkara mudah saja.

“Anak kau tu menyusu badan, buatnya dia menangis di rumah mak utih macam mana?” Tengok, dia fikir ke arah itu pula. Sedangkan aku dah bekalkan susu bersama putera dia sekejap lagi.

“Macam ini lah, abang ikut sekali ke hospital, boleh bawa Shah. Nak?”

“Malam nanti kita pergi, selepas selesai semua kerja ladang, sekarang call dia orang cakap kita pergi malam!”

“Malam??? Kita nak pergi wab bersalin lah,”

“Kalau orang bersalin tunggu lah kawan Dina balik ke rumah!”

“Abang, dina dah berjanji dengan orang petang ni, tak kan nak memungkiri janji pula!”

“Pergilah, balik cepat sikit!”

Balik awal lagi sebenarnya tetapi ketika sampai di rumah, Tengku Iskandar Shah sedang menangis walaupun sudah dipujuk oleh Mak Utih.

“Kenapa, mak utih?

“Boring lah kut tinggal dengan mak utih? Beri susu tak nak. Nak kata demam tak juga. Tapi asyik menangis,”

“He he he.. anak manja mak utih. Tak mengapa mak utih, saya rasa dia mengantuk kut!” kata Zara Irdina sambil mengambil anaknya dari tangan mak utih. Kasihan mak utih, aku tak patut tinggalkan Shah dengan mak utih tadi.

“Terima kasih mak utih sebab tolong tengokkan anak saya!” ucap Tengku Izraf Akif yang sedang duduk dengan pak utih.

“Tak apa, Akif. Perkara kecil saja ni,” balas Mak utih.

“Saya tidurkan dia sekejap, mak utih dan pak utih jangan balik lagi yer,” kata Zara Irdina sambil membawa anaknya ke dalam bilik. Sepuluh minit dia muncul semula.

“Dah tidur?” tanya Tengku Izraf Akif.

“Yup,” jawab Zara Irdina terus ke dapur untuk sediakan minuman panas. Ada ubi keledek yang diberi oleh kawan Tengku Izraf Akif semalam. Bolehlah buatkan goreng keledek sekejap lagi,

“Zara ni, sempat pula buat air dan kuih untuk kita orang,” kata Pak Utih. Isteri raja tetapi hidup macam orang biasa saja. Patutlah Tengku Izraf Akif sanggup menunggu berpuluh tahun untuk memiliki dia.

“Jemput minum, mak cik, pak cik!” pelawa Zara Irdina.

“Terima kasih!”

Zara Irdina tersenyum. Entahlah dia rasa bersalah sangat hari ini kerana tinggalkan anaknya kepada mak utih sedangkan dia tahu anaknya ini kalau hendak tidur, dia suka buat perangai buruk, contohnya menangis terlebih dahulu sebelum hendak tidur. Terasa seolah dia telah menyusahkan mak utih pula hari ini.

“Kasihan pula dekat mak utih tadi,”

“Selepas ini kalau Dina keluar bawa Shah sekali, dia tak minum pun susu botol yang Dina tinggalkan,”

“Yer ker?”

“Dina tengok sendiri, abang tak tipu!”

“Dina banyak benda nak buat selepas ini. Dah plan selepas bersalin nak kejar cita-cita. Kalau Shah buat perangai macam ni, alamatnya Dina kena tinggal di rumah saja!”

“Abang tak halang Dina capai cita-cita tetapi Shah macam mana?”

“Anak abang ni pandai macam abang jugak..,”

“Duduk lah kat rumah, besarkan Shah dengan sepenuh kasih sayang, dan jaga makan minum abang. Pahala lagi besar dapat..,”

“Hmm...,”

Dia sudah mendaki kejayaan, aku kena tukar rancangan pulak sebab Tengku Iskandar Shah. Tetapi tak mengapa, boleh jadi ibu dan isteri yang berjaya.

“Pentingkan kebahagiaan keluarga terlebih dahulu, selepas itu baru kejar cita-cita. Buat satu-satu, nanti kalau tercicir semua siapa yang rugi, Dina juga yang rugi nanti,”

“Maksud abang?”

“Jadi lah permaisuri dalam istana abang ni, jaga abang dan jaga anak-anak, itu pun dah kira sebuah kejayaan untuk Dina,” pujuk Tengku Izraf Akif.

Zara Irdina terdiam saja,

Previous: BAB 34
Next: SINOPSIS

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.