Home Novel Islamik 7 Masjid Eropah
7 Masjid Eropah
fiona izy
10/6/2018 13:28:13
7,564
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Malam

Hukuman Islam itu seperti satu isu yang lucu kepada Frank dan rakan-rakannya. Hujung minggu setelah dua minggu berlatih tanpa henti, malam ini mereka semua kecuali Habbib sahaja yang tidak menyertai hiburan di kelab malam terkemuka di Kota Paris itu.

Segala-galanya bermula apabila Benjamin memberi komennya berkenaan filem yang baru pernah mereka tonton bersama-sama, The Stoning of Soraya M. Filem itu pernah menimbulkan kontroversi kerana menimbulkan salah faham terhadap pelaksanaan hukuman yang terdapat di dalam agama Islam.

Sejujurnya, jika tidak wujudnya filem The Stoning of Soraya M itu, mungkin ramai yang bukan Islam tidak tahu wujudnya undang-undang jenayah Islam seperti itu. Filem itu mempunyai mesej tersirat tentang pelaksanaan undang-undang jenayah Islam yang harus dijalankan kepada seorang isteri yang bernama Soraya.

Soraya telah dituduh berzina dengan lelaki lain oleh suaminya, Ali. Tujuan Ali menuduh isterinya adalah kerana dia mahu mengahwini gadis lain yang berasa dari keluarga yang kaya-raya. Melalui tuduhan itu akan membolehkan Ali berkahwin dengan gadis impiannya.

“Siapa mahu memeluk Islam? Susahlah. Suatu hari nanti jika aku menjadi gelandangan, aku mencuri sebuku roti pun aku akan dijatuhkan hukuman potong tangan,” beritahu Alex sambil menunjukkan gaya pergelangan tanggannya akan dipotong.

Luke, Benjamin, Thomas yang turut berada di meja yang sama itu ketawa. Frank yang mula tidak berminat dengan perbincangan hukum Islam itu hanya mengangguk. Minatnya mati bukan kerana perbincangan itu tetapi entah kenapa dia teringat kepada Habbib.

“Kalaulah Habbib dengar apa yang kamu katakan ini pasti dia akan berkecil hati,” kata Frank.

Kata-kata Frank yang meninggikan suaranya sedikit kerana suasan bising di dalam kelab itu membuatkan rakan-rakannya saling berpandangan. Melihat perubahan di wajah rakan-rakannya, Frank ketawa sedikit-sedikit dan akhirnya rakan-rakannya juga turut ketawa.

“Kenapa dengan kamu ,Frank?” Benjamin yang duduk di sebelahnya menolak bahu Frank.

“Dia demamlah. Tidak pun dia sebenarnya mahu berkahwin dengan gadis Islam?” gurau Alex pula. Dia menjongketkan keningnya.

“Mungkin. Frank memang ada harapan untuk memeluk Islam. Semalam aku lihat ketika Habbib bersolat dan membaca kitabnya, Frank duduk dan memerhatikan Habbib.”

Bekerut terus wajah Frank. “Jangan salah sangka. Semalam Habbib mahu tumpang aku pulang ke rumah. Jadi aku terpaksa menunggu dia.” jelas Frank.

“Tetapi cara kamu memandangnya seperti kamu tidak pernah melihat Habbib beribadah,kan....?” Alex seakan berbisik tetapi nadanya masih lagi dapat didengari oleh rakan-rakannya.

Semua yang ada di meja itu menjerit setelah Alex memecahkan rahsia tetang Frank.

Frank menepuk dahinya. “Hei, aku hanya perhatikan sahaja. Tidak lebih dari itu, okey.” Dia menganggkat kedua belah tangannya seperti mengalah.

“Kalau betul apa salahnya,” Benjamin pula menyampuk.

Frank menggeleng. “Aku tidak mahu dikenakan hukuman seperti itu,” jawabnya pantas.

Mereka semua ketawa.

Sejujurnya semalam selama setahun dia mengenali Habbib, itulah kali pertama dia benar-benar berminat mahu melihat Habbib beribadah dan membaca al- Quran. Ketika itu Habbib menyuruh Frank menunggunya hingga selesai rakannya itu beribadah.

Selama mengenali Habbib, Frank sememangnya tiada masalah dengan Habbib walaupun antara mereka dipisahkan dengan latar belakang agama yang berbeza.

Sebelum ini Habbib memang kerap bersolat dan memabaca al-quran sebelum atau selepas sesi latihan tetapi apa yang dilakukan oleh Habbib langsung tidak menarik minat Frank untuk memerhatikan ibadah Habbib.

Cuma semalam, dia terpaksa menunggu sementara Habbib bersolat dan dikesempatan itu tergerak hatinya untuk emmerhatikan pergerakan Habbib hingga lelaki itu selesai bersolat. Apa yang Frank tahu sebelum Habbib bangun dari tempat solatnya, lelaki itu membuka kitab suci agama Islam dan membacanya untuk beberapa ketika sebelum memasukkannya semula ke dalam beg galas berwarna merah. Beg itu memang sentiasa di bawa sepanjang sesi latihan atau ke mana-mana perlawanan.

Frank tiba-tiba tenggelam dalam kerancakkan rakan-rakannya ketawa. Bunyi bising yang bingit menghiasi malam di kelab terkemuka itu menjadi sunyi pada pendengarannya. Tiba-tiba Frank terasa ada sesuatu yang pelik. Dia melihat ke sekelilingnya.  

 Dari tempat duduknya dia melihat ke arah ruang tengah di mana terdapat beberapa pengunjung yang sedang menari mengikut muzik.  Keseronokan setiap kali mengujungi kelab itu tiba-tiba terhenti. Putaran waktu bagaikan terhenti untuk beberapa waktu.

“Sampai bila aku mahu jadi begini?” soal Frank dalam hati.

Matanya melihat ke sekeliling. Cahaya lampu dengan lautan pengunjung kelab yang menari di ruang legar kelab itu tidak menarik minatnya. Kini matanya teralih pula keepada deretan botol-botol arak yang disusun cantik di satu dudut kelab itu membuatkan dia geli dengan minuman yang penuh di atas mejanya ini.

“Frank kenapa kamu?” soal Alex. Pelik dengan rakannya pada malam ini. Dia melihat dahi Frank yang berpeluh itu.

“Er... tiada apa-apa. Aku mahu balik,”

“Eh, masih awal lagilah.” Benjamin menunjukkan jam di tangannya.

“Aku pening. Maaf.” Tanpa menunggu Frank terus sahaja mengelurkan beberapa not untuk diletakkan di meja.

“Aku belanja kamu semua,” pantas kakinya melangkah keluar dari tempat yang membuatkan otaknya bercelaru pada malam ini.

Tindakan Frank yang drastik itu menimbulkan kehairanan kepada rakan-rakannya. Tidak pernah mereka melihat Frank berkelakuan pelik. Selama mengenali Frank, dia bukanlah seorang yang emosi dan baran malah di antara rakan-rakan mereka Frank antara lelaki yang mempunyai peribadi yang baik walaupun adakalanya perangai nakalnya timbul. Jadi, tidak hairanlah dari dahulu Frank antara pemain bola sepak yang digilai oleh peminat wanitanya.

“Kenapa aku?” soal Frank. Tangan kanannya ditekap di dadanya. Dia bertanya apa yang tidak kena dengan dirinya pada malam ini. Keretanya dipandu. Dia mahu balik secepat mungkin. Seperti ada sesuatu yang penting sedang menunggunya di rumah. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh fiona izy