Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
104,497
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 26
                                                             KEPULANGAN

Qinna memejam rapat kedua belah mata sewaktu dia melintasi sempadan pintu dunia Halsar. Dia langsung tidak melepaskan genggaman eratnya di lengan Al Qin. Qinna dapat merasakan sensasi hangat dan pijar sewaktu tubuhnya melintasi portal yang terbuka. "Fuhh..nasib baik tak badan aku tak rentung kat situ"..gumam Qinna. "Qinna, kau okay sayang?!" ujar Al Qin sambil meneliti seluruh tubuh Qinna, sebolehnya dia tidak mahu walau seurat pun rambut atau bulu di tubuh Qinna terbakar atau terjatuh di portal itu. 

Al Qin tahu, bagi makhluk halus sepertinya, tidak mustahil untuk meereka mengesan kehadiran Qinna hanya dengan melalui sehelai bulu atau rambut yang gugur di sempadan pintu Halsar. Sekiranya itu terjadi, bukan sahaja nyawa Qinna bahkan kedudukan dirinya juga akan menjadi seperti telur di hujung tanduk. 

"Aku okay.."pendek jawapan Qinna.

"Cepat sayang, kita kena tinggalkan sempadan ni segera, aku harap tiada mata-mata yang mengekori kita ke sini"..dengan pantas tubuh Qinna di cepung dan diletakkan di pundak, kemudian Al Qin mengibaskan sayapnya dengan laju. "Qinna, paut leher aku dengan kuat yea sayang..aku akan tambah kelajuan, aku tahu kau rindukan keluarga kau"..Al Qin separuh menjerit sewaktu memberikan arahan kepada Qinna.

"Ohh..okayyyy!!"..Qinna mengukuhkan pautan pada leher Al Qin, dan merendahkan tubuhnya merapat ke bahagian belakang Al Qin. Bahu Al Qin yang lebar memudahkan Qinna. Sesekali jemari Qinna menyentuh dan membelai bulu pada sayap Al Qin yang berkibaran di tiup angin lalu. "Kau okayy Qinnaaa?" Al Qin meninggikan sedikit suara agar dapat di dengari oleh Qinna yang berada dibelakangnya. "Aku okayy..aku okayy..jangan risau Al Qin.." jeritan halus Qinna disambut dengan senyum Al Qin. 

Seketika kemudian, Al Qin memperlahan kelajuan dan dengan posisi seakan kapal terbang yang menjunam ke bawah, Al Qin melebarkan senyuman kerana nun di bawah, kelihatan bumbung rumah Qinna Nur Laila. Di keliling rumah itu pokok-pokok bunga bogunvilla yang memagari terlihat tidak terurus.  Dedaun kering berserakan di halaman rumah. 

Sebaik kaki Al Qin mendarat ke tanah, dedaun kering itu berterbangan di pipis angin lalu dari kibasan sayap Al Qin. Dengan penuh hati-hati Qinna menjejakkan kakinya ke halaman rumah. Dahi Qinna berkerut-kerut. "Arghh..kenapa macam nih?.." Qinna segera menuju ke pintu rumah, berkunci pula. Ketuk.Ketuk.Ketuk. Tiada siapa yang membuka pintu. Hati Qinna resah. "Rasanya baru dua tiga hari sahaja aku ikut Al Qin, takkan keadaan rumah macam dah berbulan ditinggalkan?" desis hatinya. 

"Qinna, kau pasti ada orang disini?" 

"Selalunya.."

"hmmm..aku tak fikir macam tuh.."

"pintu berkunci..macam mana aku nak masuk?"

"sini Qinna...pejamkan matamu sayangg.." jemari Qinna diraih, dan tubuh Qinna dirapatkan ke tubuhnya.

Qinna dapat mendengar Al Qin seakan membaca mentera dan sebaik sahaja dia membuka mata, Qinna telah pun berada di ruang tamu rumahnya. 

"uhhh..macam silap mata.." ujar Qinna sambil melirikan senyuman kepada Al Qin. 

"a'ahh..lebih dari tuh pun aku mampu.." Al Qin senang dengan pujian Qinna.

Mata Qinna mengamati seluruh keadaan rumahnya. Kedudukan perabot tidak berubah, dia bergerak pula ke ruang dapur, kemas dan tersusun cuma lantainya agak berhabuk sedikit. Qinna beralih ke bilik tidur utama. Saat dia mahu membuka tingkap bilik untuk mendapatkan pengudaraan yang lebih baik, matanya menangkap kelibat seseorang. Gerakan tangan Qinna terhenti. Dia berundur setapak kebelakang  kemudiannya berpusing dan berjalan dengan cepat ke pintu bilik. 

"Al Qin..aku rasa kita diekori.." 

"huh?! apa Qinna?"

"Aaakku..rasa kita diekori.." ujar Qinna membisik di telinga Al Qin. 

"Tadi aku nampak seakan ada kelibat seseorang sewaktu aku mahu membuka tingkap bilik, aku takut Al Qin.." sambung Qinna sedikit resah. Apatah lagi, dia tidak dapat memastikan adakah kelibat itu manusia atau konco-konco kanda Al Qin yang memburunya.

"hmmmm..kau pasti nak aku tinggalkan kau di rumah ini sendirian?" 

"eerkk..aaakuu..aakuu.." Qinna kehilangan kata. Dia sendiri tidak dapat menjamin keselamatan diri tanpa Al Qin disisi. Debaran dihatinya kian kencang. Mahu sahaja dia berpatah balik semula ke alam sana..Tapi...

"Kreeeekkkkkk.."kederangan daun pintu dibuka. Qinna dan Al Qin pantas memalingkan wajah. Sewaktu Qinna mahu menarik tangan Al Qin supaya dekat dengannya, Qinna tersentak apabila tiada siapa disisi. Al Qin menghilang sekelip mata.."huhh? kau tinggalkan aku waktu macam nih?!!" 

"Qinnaaaaaaa!!!" Jeritan kecil terkeluar daripada mulut Syafiqullah sebaik sahaja tubuh Qinna tercegat dihadapannya sewaktu dia membuka pintu. Tanpa melengahkan masa, tubuh Qinna dirangkul erat dan ciuman dilepaskan berkali-kali di dahi dan seluruh wajah isterinya. Rindu yang teramat. Qinna masih lagi kaku di situ. Dia tidak membalas ciuman sang suami, sebaliknya hanya tegak membatu. 

"Qinna..kemana sayang pergi?..puas abang dan ibu abah Qinna cari!!." Syafiqullah tidak menunggu lama untuk menyoal Qinna.

Kedua belah tangan Qinna diraih lembut, sesekali Syafiqullah membelai rerambut Qinna yang berjuraian sedikit menutupi matanya. "Qinna?!..kemana Qinna menghilang? hampir tiga bulan lamanya Qinna tinggalkan abang dan ibu abah Qinna..care to explain dear?..hurmm? "

Qinna mendongak memandang wajah Syafiqullah. Dia mencari-cari sesuatu pada wajah itu. "Abang..selama saya hilang, ada apa-apa perkara buruk berlaku pada abang atau ibu abah saya?"

"ehh..kenapa Qinna tanya macam tuh?"

"cakap abang..beritahu saya..saya tak perlu ulang soalan tuh kan?"

"hmmm..baiklahh..kalau pada ibu abah Qinna, abang kurang pasti..tapi pada abang yea..dah dua kali..nyaris mati..hehehe" Syafiqullah masih sempat bergurau.

Mata Qinna membulat saat mendengar pengakuan Syafiqullah. "huhhh..memang dasarrrr makhluk halus tak boleh dipercayai!!.. bentak Qinna dalam hati. "kau dah janji tiada perkara buruk akan berlaku pada keluarga aku tapi!!.."

"Qinna..abang tahu Qinna kurang sihat sekarang..Qinna rehat dulu yea..jangan fikir yang bukan-bukan..nanti abang akan bukak tingkap dan kemas skit rumah..maaf abang sibuk sikit sejak Qinna hilang dulu..taakk..sempat nak bersihkan rumah macam yang selalu Qinna buat.." ujar Syafiqullah.

Qinna sekadar menganguk lemah lalu cuba menapak ke bilik tidur semula. Buat masa sekarang dia malas hendak bertanya lebih lanjut tentang ibu atau abahnya. "anghh..uweekkkk..!!" serentak dengan itu Qinna merasakan lantai yang dipijak mulai beralun. Imbangan badannya seakan hilang. "Bukkkkk!!". Tersentak dengan bunyi itu, Syafiqullah segera mahu mendapatkan Qinna, namun langkahnya terhenti. 

"kkauu..kaau siapaa?! Syafiqullah panik bercampur gentar melihatkan susuk tubuh makhluk yang tercegat disitu. Al Qin merangkul kemas tubuh longlai Qinna. Mata Qinna yang separuh terbuka di usap lembut sehingga terpejam sepenuhnya. 

"kau tak berhak tanya siapa aku!" angkuh bercampur sinis nada Al Qin.

"kenapa Qinna ada dengan kau?"

"sebab kau bodohhh!!"

"kkauuu..jangann kurang ajarr!!"

"Qinna milik aku sebelum kau!! dan aku akan ambil dia semula!"

"hah?! kau gila mahu ambil isteri orang?" terasa tercabar sungguh kejantanannya. Ustaz Syafiqullah tidak boleh membiarkan keadaan itu berlaku. Lebih lagi, dia sedar yang berdiri di hadapannya bukan sebarangan makhluk!.

"yaa aku gilaa!! aku dah lama gilakan Qinna sebelum kau, tapi kau rampas dia dari aku!!" Al Qin enggan mengalah. "Kalau kau sayangkan nyawa kau, lepas Qinna!!". "Lagipun sekarang Qinna membawa benih aku dalam rahimnya!".."tempat kau bukan disisinya lagi"

"huhhhhh!!!" kelam seketika pandangan Ustaz Syafiqullah. "Qinnaaaaa..kenapaaa??!!"

Syafiqullah terhenyak mendengarkan pengakuan Al Qin. Bagaikan tusukan belati merobek seluruh hati dan perasaannya. 

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham