Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
104,395
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 34
Mata Qinna terpejam rapat. Hela  nafasnya kedengaran perlahan. Qinna terbaring lesu di atas katil yang dihiasi cadar berbunga halus. Daun tingkap bilik sengaja dibuka luas oleh Nurbaya membiarkan hawa sejuk di luar bilik menyelinap ke dalam. 

“Tengok la sendiri keadaan Qinna , Syafiq... macam ni keadaan dia selepas “dipulangkan” makhluk  terlaknat tuh!”.. ujar Nurbaya seakan mahu mengadu nasib.

“Syafiq tak kesian ke kat Qinna? Kenapa Syafiq langsung tak lawat Qinna ? Berbulan-bulan Syafiq menghilang? Syafiq ke mana? Kenapa Syafiq sampai hati tinggalkan isteri Syafiq dalam keadaan dia macam nih?!” bagaikan peluru soalan dimuntahkan oleh Nurbaya. Dia tak lagi mampu membendung rasa sedih, marah dan kecewa dengan sikap satu-satunya menantu yang dia ada. Airmata Nurbaya menitis laju. Sesekali dikesatnya tubir mata dengan hujung lengan baju. 

“Ibu.. maafkan Syafiq bu.. maafkan Syafiq..” sahut Syafiqullah perlahan. Dia menghampiri katil dan duduk diatas kerusi bersebelahan katil. Wajah lesu Qinna di pandang sayu. “Qinna.. kemana hilang manis wajahmu yang dulu sayang?” desis hatinya. “Adakah senyuman dan tawamu kini kau simpan hanya untuk dia?” 

“Syafiq? Syafiq mahu mengalah pada makhluk yang menculik Qinna? Syafiq betul-betul nak lepaskan Qinna? Soal Nurbaya lagi. “Syafiq pernah berjanji pada ibu.. Syafiq akan jaga Qinna dengan nyawa Syafiq! Tapi ... ibu kecewa Syafiq!!  Ibu benar-benar kecewa dengan sikap Syafiq!!”..

Tatkala mendengarkan rungutan berbaur luahan perasaan Nurbaya, hati Syafiqullah menjadi panas tiba-tiba. “Ibu tak tahu apa yang Qinna dah lakukan dengan makhluk tuh!! Ibu tak tahu kan?” Soal Syafiq sinis. Dia memalingkan wajah menghadap ibu mertuanya.

 Renungan mata Syafiq bersinar dengan kemarahan dan dendam. “Ibu tahu apa yang Qinna buat dengan makhluk tu tak? Ibu tahu kenapa Qinna ada simptom macam orang mengandung? Ibu ingat Qinna mengandung kan anak saya? Hehhh.. dah berkurun lamanya saya tak sentuh Qinna bu,dia sentiasa mengelak dari sentuhan saya!!.. jadi, ibu fikir siapa bapa anak dalam kandungan dia tuh huh?! 

Patut ke saya maafkan isteri saya yang berzina dengan orang lain? Argghh... silap, dia bukan orang pun !! Anak ibu ni berzina dengan makhluk terkutuk yang menculiknya sampai mengandung dan ibu mahu saya maafkan dan terima dia semula? Apa saya tiada hati dan perasaan kah ibu?!” merah padam wajah Syafiq. Puas hatinya apabila apa yang terbuku dihati diluahkan dihadapan ibu mertuanya. 

Mata Nurbaya buntang saat mendengar kata-kata Syafiqullah. Dadanya terasa sesak dan ketat. Payah sungguh dia hendak menghela nafasnya. 

“.....................” Nurbaya kelu. Tidak pernah terlintas difikirannya  Qinna akan terlanjur sejauh itu. 

“Ibu..saya ceraikan Qinna Nur Laila binti Syahid Abdillah dengan talak 3 mulai hari ini”, sambung Syafiqullah. Matanya mengerling ke arah Qinna yang kelihatan terbaring tenang seakan tidak mengetahui yang dia sudah bergelar janda. 

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.