Home Novel Fantasi Neo : Mimpi Semalam
Bab 25

Bab 25 : Beberapa bulan yang lalu…


"Prof Alex!" Maria yang baru keluar dari kuliah memanggil Profesor Alex yang sedang berjalan menuju ke pejabat. Profesor Alex berpaling.

"Hai Maria!"

"Saya hendak pulangkan ini." Maria menunjukkan buku dan fail-fail milik Profesor Alex yang dipinjamnya itu. Semuanya diletakkan di dalam satu beg kertas berwarna biru.

"Oh! Fail dan buku saya." Kata Profesor Alex. Dia menyambutnya dari tangan Maria.

"Dan ini juga…." Maria menyerahkan fail yang berlabel F.A.D.E. Wajah Profesor Alex berubah apabila memandangnya. Dia tidak sedar yang dia telah memberikan fail itu kepada Maria. 

"Awak sudah baca kesemuanya?"

"Ya. Kecuali fail yang berlabel F.A.D.E" Maria berbohong.

"Betul?" Profesor Alex seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dikatakan Maria. Dia memandang tepat ke arah mata Maria.

"Baiklah. Saya memang ada membacanya dan saya…." Maria akhirnya mengaku "Saya rasa isi kandungannya agak…. mengelirukan"

"Maksud kamu?"

Apa yang prof tulis memang menarik tetapi saya berasa sedikit keliru dengan apa yang saya baca"

"Mungkin struktur bahasanya agak berbunga…" Profesor Alex bercanda. Maria tersenyum apabila mendengar kata-kata Profesor Alex.

"Ya mungkin. Tetapi…..…"

"Sudahlah Maria. Bukan di sini tempatnya jika kita mahu bercakap tentang perkara ini. Mari ikut saya." Profesor Alex mula melangkah.

"Ke mana?" Maria kehairanan. Dia masih lagi terpacak di tempat yang sama.

"Ke mana lagi? Pejabat sayalah…" jawab Profesor Alex selamba. Dia tesenyum penuh makna. Maria hanya mengangguk. Dia mengikut jejak Profesor Alex menuju ke pejabatnya.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.