Home Novel Fantasi Neo : Mimpi Semalam
Bab 22

Bab 22 : Luar Jangkaan


"Kau ada baca tentang Adam, Shahril?"

"Sudah M. Aku fikir seluruh dunia sudah mengetahuinya. Ianya kini menjadi satu sejarah hitam Pasadianka. Kotaraya idaman di Utopia"

"Kau ada sebarang komen?"

"Kali ini dia gagal."

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kau tahu mana silapnya?"

"Aku tak nak kau sebut lagi peribahasa itu. Ianya

membuat aku merasa meluat bercampur kelakar. Manusia sentiasa melakukan kesilapan. Aku tahu ada sesuatu yang menyebabkan betina itu hilang kawalan."

"Maksud kau ianya tidak disengajakan?"

"Ya."

"Namun dia telah meragut nyawa manusia"

"Dia telah meragut terlalu banyak nyawa"

"Tetapi dia Adam Raufal. Orang penting yang menyimpan segala maklumat itu"

"Kau fikir manusia lain yang terbunuh itu tidak penting?"

"Terbunuh? Aku tak fikir yang lain boleh terbunuh hanya kerana mereka tidak diberi makan selama satu hari. Mereka tetap hidup seperti biasa"

"Membunuh secara perlahan-lahan. Maksud aku, tiada siapa yang boleh tahan hidup dalam keadaan seperti itu."

"Situasi sekarang bagaimana?"

"Terkawal. Siasatan masih diteruskan."

"Baguslah kalau masih terkawal."

"Oh ya! Aku perlu berjumpa dengan Marina."

"Untuk apa?"

"Kau barangkali lupa yang aku adalah peguam keluarga mereka. Tentulah aku perlu berjumpa dengan mereka"

"Wasiat?"

"Ya. Itu adalah salah satu daripadanya dan dia perlu tahu mengenai Kentofes"

"Kau nak beritahu dia mengenai itu"

"Ya. Tetapi bukan 'spoon-feed'. Dia perlu tahu dan aku fikir dia adalah orang yang paling sesuai".

"Kenapa dia yang dipilih?"

"Kerana dia bukan macam Adam, Sarah dan Fendi. Dia seorang ahli perniagaan muda. Dia di luar jangkaan si bedebah itu!"

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Kid Haider