Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,043
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Part 3

Afiyah tersedar dari lamunan apabila terasa bahunya disentuh lembut. Dia berpaling. Bienda sedang tersenyum memandangnya.

"Jauh Fiyah mengelamun, aunty masuk pun sampai tak sedar," tegur Bienda sambil mengusap lembut ubun kepala gadis itu. Simpatinya melimpah ruah buat gadis itu.

Afiyah hanya tersenyum hambar.

"Fiyah dah takde tempat mengadu. Fiyah dah takde sesiapa. Mama dah tinggalkan Fiyah. Mama dah pergi buat selama-lamanya. Fiyah memang anak tak guna aunty. Fiyah tinggalkan mama seorang diri masa itu. Kalau hari itu Fiyah tak jalan, mama tentu masih boleh diselamatkan. Fiyah memang tak guna," balasnya dengan suara serak. Air matanya jatuh lagi. Bienda menarik Afiyah ke dalam pelukannya.

"Fiyah dengar sini sayang. Apa yang berlaku bukannya salah Fiyah atau sesiapa. Ini adalah kehendak-NYA. Aunty tahu memang tak mudah tapi Fiyah kena terima kenyataan ini. Fiyah jangan lupa, aunty masih ada untuk Fiyah. Dan yang paling penting sekali, Fiyah masih ada papa. Papa Fiyah ada kat bawah tengah tunggu Fiyah turun," beritahu Bienda lembut.

Afiyah terkedu.

Papa???!!!

*****

Datuk Hashim Azri memeluk tubuh kecil Afiyah dengan erat. Afiyah diam tidak membalas.

"Sorry sayang, papa tak tahu. Kalau papa tahu dari awal, Fiyah tak akan keseorangan kat sini. Papa minta maaf, Fiyah," ucap Datuk Hashim dengan perasaan bersalah. Afiyah melepaskan pelukan papanya.

What? Papa nangis?!

"Papa sedih Fiyah seorang kat sini atau papa sedih mama dah pergi?" soalnya sinis.

Datuk Hashim terkedu mendengar soalan gadis itu.

"Afiyah...,"

"Sepatutnya kalau papa dah nekad tinggalkan mama, papa tak perlu lagi datang  sini! Buat apa lagi papa? Mama dah mati! Mama dah pergi buat selama-lamanya. Puas hati papa kan?!" marah Afiyah dengan suara keras.

Datuk Hashim menyentuh dadanya yang terasa pedih. Ya, dia bersalah! Dia bersalah tinggalkan Rosnidar dengan Afiyah yang baru sahaja berumur 12 tahun ketika itu. Dia tinggalkan wanita itu terkapai-kapai seorang diri menjaga permata hati mereka.

Ain...maafkan abang.

Datuk Hashim terduduk di atas sofa sambil menyapu air matanya. Dia kini benar-benar telah kehilangan wanita itu buat selama-lamanya.

Afiyah hanya berpeluk tubuh memandang papanya itu. Dia berusaha menahan air matanya daripada menitis di depan orang tua itu. Dia akan menangis tapi bukan di depan lelaki yang telah meninggalkan dia dan mamanya!. Ya, dia akui, dia memang kejam!! Tapi semuanya sebab orang tua ini!!

"Ainun Afiyah...mama tak pernah ajar Afiyah kurang ajar dengan papa. Walauapapun yang akan berlaku, dia tetap papa kamu sayang. Memang papa kamu telah lakukan kesilapan sehingga hampir menghancurkan keseluruhan hati mama. Tapi ingat Afiyah, mama dah lama maafkan papa. Mama sayangkan papa dan mahu papa bahagia. Afiyah satu-satunya lambang cinta mama dan papa.Tolong jangan kecewakan mama dan papa sayang."

Afiyah memejamkan mata. Kata-kata mamanya itu masih terngiang-ngiang di telinganya hingga menusuk ke dasar hati. Suci sungguh hati mamanya. Ada lagikah wanita sebaik mamanya itu di dunia ini?. Afiyah membuka mata dan memandang Datuk Hashim yang sedang mengesat air matanya. Murah sangat air mata papanya itu.

Di mana hilangnya Datuk Hashim yang keras hati dikenalinya 7 tahun yang lalu? Sudah berubahkah papanya itu?.

Afiyah mendengus perlahan. Berubah?

"Papa tahu, papa dah buat kesilapan besar pada mama. Dosa papa pada mama dan Fiyah memang tak boleh dimaafkan. Papa tinggalkan Fiyah walaupun papa tahu Fiyah sangat perlukan kasih sayang daripada papa masa itu. Papa memang jahat! Papa tak layak jadi papa Fiyah. Papa langsung tak tahu menghargai! Maafkan papa Fiyah," ucap Datuk Hashim hampir tidak kedengaran.

Afiyah hanya memandang papanya itu tanpa perasaan. Hatinya sudah lama tertutup untuk memaafkan orang tua itu. Untuk membukanya semula, dia perlukan masa. Hatinya terlalu berat. Malahan berterusan menafikan hakikat ikatannya dengan Datuk Hashim.

"Fiyah tak kata Fiyah maafkan papa. Tapi Fiyah nak beritahu, mama dah lama maafkan papa. Mama yang lebih terluka dan menderita daripada Fiyah dah lama maafkan papa. Dan sejak papa tinggalkan kami hari itu, mama tak pernah berhenti pujuk Fiyah supaya maafkan papa. Fiyah dah besar bila papa tinggalkan kami. Fiyah faham benar apa yang berlaku dan siapa yang patut dipersalahkan. Fiyah tak boleh maafkan papa sebab mama. Papa tak tahu. Mama tak pernah lupakan papa selama ini. Mama tak pernah berhenti rindukan papa. Mama selalu menyendiri dan kadang-kadang itu Fiyah selalu nampak mama nangis seorang diri. Sebab siapa?? Sebab siapa pa??!" Bergegar bahu Afiyah menahan sebak. Datuk Hashim tunduk menutup wajahnya dengan tangan.

Ya Allah...

"Fiyah beri papa peluang sebab mama. Bukan sebab Fiyah dah maafkan papa," sambung Afiyah perlahan sambil tepat memandang papanya.

Datuk Hashim mengangkat wajahnya memandang Afiyah. Dia berdiri perlahan menghampiri anak daranya sambil mengesat air matanya. Jemari gadis itu disentuh lembut.

"Fiyah...terima kasih nak. Terima kasih dengan peluang ini. Papa tak akan berhenti untuk dapatkan kemaafan daripada Fiyah. Papa tak kisah kalau Fiyah ambil masa bertahun untuk maafkan papa. Papa akan tunggu Fiyah. Papa sanggup tunggu demi anak papa," balas Datuk Hashim terharu. Dia tidak akan salahkan anak daranya itu bersikap sedemikian terhadapnya. Memang sepatutnya dia diperlakukan sedemikian. Dia bersalah. Dia berdosa pada arwah isteri dan anaknya itu.

Afiyah menarik tangannya. Tanpa berkata apa-apa dia terus berlalu. Datuk Hashim hanya memandang tanpa menahan. Biarlah, Afiyah perlukan masa. Setelah 7 tahun berlalu, barulah dia munculkan diri. Sudah pasti anaknya itu masih terkejut. Ditambah pula dengan pemergian arwah isterinya. Memang bukan sesuatu yang mudah bagi Afiyah untuk menerima segalanya dalam sekelip mata.

Previous: Part 2
Next: Part 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena