Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
14,053
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Part 2

Daffa hanya memandang ke luar tingkap dengan fikiran kosong. Amylia yang sedang memandu memandang sekilas ke arah lelaki itu.

"Are you okay?" soalnya perlahan.

"I'm not," balas Daffa hampir tidak kedengaran.

Amylia menarik nafas perlahan.

"Amy memang tak nak masuk campur. Tapi sebagai cousin you, Amy sebenarnya tak setuju dengan keputusan you. Yes I know, You buat semua ini sebab aunty. Tapi You bahagia ke?" soalnya agak sinis.

Daffa memejamkan matanya. Soalan Amylia ibarat pisau tajam yang menghiris-hiris hatinya saat itu.

"I'm sorry?" ucap Amylia apabila melihat wajah berkerut lelaki itu.

"Aunty terlalu sayangkan Daf, tapi tak cuba nak faham Daf. I'm sorry Daf. Amy pun tak tahu macam mana nak tolong Daf " sambungnya sambil memandang sekilas lelaki itu. Daffa dilihatnya sedang mengesat air matanya.

"It's okay," balas Daffa perlahan tanpa memandang gadis itu.

Amylia mengeluh perlahan.Simpati dia melihat keadaan lelaki itu. Dia yang mengikuti perkembangan kisah cinta lelaki itu memang sangat maklum yang Daffa terlalu sayangkan Afiyah. Dia tahu sepupunya itu pasti akan mengambil masa yang lama untuk melupakan Afiyah. Atau mungkin juga...,. Amylia menoleh memandang Daffa. Mampukah lelaki ini melupakan Afiyah??....


***

Ainun Afiyah membiarkan telefon bimbitnya berdering sedari tadi. Air matanya sangat degil. Dia mengesat air matanya dengan kasar.

Sampai hati awak Daffa!!.

Afiyah meraup wajahnya perlahan.

Awak dah janji. Awak janji awak tak akan sesekali sakitkan saya. Awak janji nak lindungi saya. Tapi awak mungkir janji Daf.

Afiyah akhirnya mengalah. Dia teresak lagi.

I miss you already ...,

"Adik okay ke? Buat apa seorang kat sini dik? Dah gelap ni."

Afiyah terkedu mendengar teguran itu. Dia pantas berpaling. Kelihatan seorang pengawal keselamatan sedang berdiri tegak memandangnya hairan. Afiyah mengesat air mata dan mencapai telefon bimbitnya. Dia berlalu tanpa menjawab.

Terkebil-kebil pengawal keselamatan itu memandang langkah lemah Afiyah. Dia hanya menggeleng sebelum turut beredar.

*****

Sampai sahaja di depan pintu pagar rumah, Afiyah terkedu apabila melihat orang ramai sedang berkumpul di halaman rumahnya.

Apa yang berlaku?

Fikirannya melayang mengingatkan seseorang. Mama!!!. Afiyah jatuh terjelepok.

"Mama!!!"

Previous: Bab 1
Next: Part 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena