Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 33

"Kau nak bawa aku ke mana ni, Ain?" soal Arra sambil memegang tangan Ain. Matanya ditutup dengan kain. Dia melangkah berhati-hati apabila terasa dirinya bagaikan buta apabila tidak dapat melihat. Dia mula terfikirkan tentang orang buta. Bagaimanalah nasib mereka menjalani kehidupan tanpa penglihatan. 

"Sabarlah. Dah nak sampai ni. Hanya dua tiga langkah aje lagi," ujar Ain sambil memimpin tangan Arra ke arah Aril yang setia menunggunya di hujung kafeteria.

"Dah sampai ke?"soal Arra apabila Ain berhenti menarik tangannya.

"Okey dah. Sekejap aku bukakan ikatan," kata Ain lalu membuka kain yang menutupi mata Arra.

"Surprise!!!"

Terkejut Arra mendengarnya. Hiasan selamat hari lahir jelas tertulis pada papan kenyataan. Dia tersenyum melihatnya. Susuk tubuh seorang lelaki yang membelakangi dihadapannya kelihatan seperti Aril.

"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu." Aril menyanyikan lagu buat Arra lalu memusingkan badannya. "Allah selamatkan Arra Safiyya," sambungnya sambil melangkah ke arah Arra dengan membawa kek pada tangannya.

"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Arra Safiyya. Happy birthday sayang," ucap Aril sambil tersenyum.

"Terima kasih," balas Arra sambil menahan air matanya daripada menitis.

"Okey semua!" ujar Ain dengan kuat.

"Happy birthday to you, happy birthday to Arra. Happy birthday to you." Ain dan kawan-kawannya yang lain turut menyanyikan lagu untuk Arra.

Arra tersenyum mendengarnya. Air mata yang menitis disapu. Terharu dengan sambutan ulang tahun kelahirannya. Dia memotong kek lalu dibahagikan kepada kawan-kawannya. Makanan yang disediakan dinikmatinya bersama.

"Kenapa sayang nangis?" soal Aril apabila berpeluang bercakap dengan Arra.

"Mana ada sayang nangis?"

"Tadi masa abang nanyikan lagu untuk sayang?"

Arra mengambil krim pada kek lalu disapu pada pipi Aril. Dia menjeling marah. Mee goreng dimakan dengan perlahan. Dia langsung tidak berminat untuk bercakap dengan Aril. Jika diikutkan rasa rindu yang bersarang di dalam hati ingin saja memeluk Aril ketika ini. Namun, dia malu dihadapan kawan-kawannya.

Cup!

Setelah memastikan tiada mata yang memandang Aril mencium pipi Arra. "I miss you, sayang," ujar Aril sambil tersengih.

"Abang. Orang tengoklah!" ujar Arra dengan nada marah. 

"Orang tengok pun tak apa. Sayang kan isteri abang," kata Aril sambil mengangkat keningnya.

"Bencilah abang ni," ujar Arra dengan nada geram. Dia mencerlung marah ke arah Aril disebelahnya. 

Usai makan Aril menghabiskan minumannya. Kepala Arra diusap perlahan. Tangannya dipegang oleh Arra. Tanpa diduga tangannya digigit oleh Arra.

"Argghhh!!!" Aril menjerit kesakitan.

Tangan Aril dilepaskan. "Padan muka," ujar Arra lalu bangkit dari tempat duduknya meninggalkan kafeteria.

"Arra?" panggil Aril lalu mengejar langkah Arra.

Arra melangkah sambil menahan air matanya daripada menitis. 

"Sayang!" panggil Aril lagi. Dia menarik tangan Arra. 

Tarikan Aril bagaikan magnet sehingga Arra berada di dalam pelukannya. Tangisan yang ditahan sejak tadi akhirnya dilepaskan dalam pelukan Aril. Rindunya kini mula terubat.

"Maafkan abang," ujar Aril perlahan sambil mengusap belakang Arra. "Sayang okey tak?" soal Aril lalu meleraikan pelukan.

Arra menahan tangisannya. Bahu Aril dipukul perlahan. "Tak perlu peluk sayang!" Arra memalingkan wajahnya ke arah lain. "Sayangkan busuk! Jangan pegang-pegang lah!" rajuk Arra lalu menarik tangannya.

Aril sudah menduga Arra masih lagi merajuk dengannya. Dia berdiri dihadapan Arra. Wajah Arra menunduk memandang lantai apabila Aril berdiri dihadapannya. Aril menyentuh dagu Arra lalu di angkat agar memandang wajahnya. Air mata yang masih tersisa dipipi Arra disapu perlahan. 

Aril mengukirkan senyuman. "Mesti sebab baby mama merajuk dengan papa," ujar Aril sambil menyentuh perut Arra.

Riak wajah Arra terkejut mendengarnya. "Abang tahu?"

Aril menganggukkan kepalanya. "We miss you," ujarnya sambil tersengih. Tangan Arra diraih perlahan. "Suka tak suprise birthday yang abang buat ni?" 

Arra hanya menganggukkan kepalanya. 

Pipi Arra diusap perlahan. "Abang dah janji kan nak celebrate birthday sayang. Abang minta maaf jika selama beberapa hari ni abang terlalu sibuk bekerja. Sampaikan isteri abang yang comel ni merajuk pulak," ujar Aril dengan nada gurauan.

Arra ketawa kecil. "Terima kasih raikan hari lahir sayang," ujar Arra lalu memandang wajah suami yang dirinduinya. "Tapi maaflah sayang terlebih emosi pulak. Padahal rindu," ujarnya perlahan apabila menyebut perkataan rindu.

Aril mendekati wajah Arra. "Kenapa tak peluk aje abang kalau rindu?" bisiknya perlahan.

Arra menumbuk bahu Aril perlahan. "Mengada. Tak sabar tunggu balik rumah ke?"

Tangan Arra ditarik. "Jom balik rumah sekarang!"

Arra menarik tangannya kembali. "Abang ni mengadalah!" balas Araa dengan nada geram. 

Aril ketawa. "Abang gurau ajelah. Jom makan. Abang rasa macam lapar lagilah sebab sayang tak suapkan abang pun tadi."

Arra mencubit lengan Aril. "Perangai mengada tu tak pernah habis kan?" ujar Arra lalu menarik tangan Aril kembali ke kafeteria.

Mereka duduk setelah mengambil makanan. Aril tersenyum lega melihat wajah Arra kembali ceria. Dia menyentuh perut Arra. Tidak menyangka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Inilah hadiah istimewa di dalam hidupnya. 

Arra memandang wajah Aril. "Tadi cakap lapar? Tapi kenapa tak makan?"

"Bila tarikh sayang bersalin?"

Arra menganggkat bahu. "Doktor cakap baru tiga bulan. Tahun depan sebelum raya sayang bersalinlah," ujar Arra sambil menyuapkan mee kari kepada Aril.

"Sweetnya," sapa Ain lalu duduk dihadapan Arra dan Aril. "Dah puas merajuk ke mama to be?" 

Arra menjeling marah. "Jealous lah tu. Pergilah call Hanif ajak dating?" 

"Mama to be?" ujar Aminah.

"Ya," balas Ain.

"Siapa bakal mama tu?" soal Bazilah.

"Mestilah Arra," ujar Rania pula. "Takkan Ain kot?"

"Alhamdulillah. Tahniah Arra," ujar Zarina dengan gembira.

"Eee... bestnya nak dapat baby," tambah Bazilah dengan perasaan yang teruja.

"Ila kahwinlah cepat. InsyaAllah nanti Ila pun akan dapat baby jugak," kata Arra sambil tersenyum.

"Amin," balas Bazilah.

"Arra, kita orang nak pergi perpustakaan dulu," ujar Aminah.

"Okey, jumpa lagi minggu depan."

"Terima kasih Aril belanja kita orang makan," ujar Rania.

"Terima kasih semua yang membantu menjayakan majlis sambutan ulang tahun Arra."

"Sama-sama."

Arra memandang wajah Aril. Banyak persoalan di dalam benaknya. "Sejak bila abang rapat dengan kawan-kawan sayang ni?" soal Arra setelah semua rakan-rakan sekuliah dengannya berlalu meninggalkan mereka.

"Abang minta tolong Ain aje. Tak tahu pun dia ajak kawan-kawan sayang yang lain tolong sekali."

"Ya ke?" ujar Arra seakan tidak percaya. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya melihat kemesraan Aril berbual dengan kawan-kawannya.

Aril meraih tangan Arra lalu menciumnya. "Janganlah marah. Mereka kan kawan sayang?"

"Hurmm..."

"Jom balik rumah. Sayang tak ada kelas dah kan petang ni?"

"Ya. Abang dah kenyang ke?"

"Abang rasa kenyang bila tengok sayang," ujar Aril sambil tersenyum.

Arra turut tersenyum melihat senyuman Aril. Dia menarik tangan Aril agar menyentuh perutnya. Kini ada satu nyawa yang sedang membesar di dalam rahimnya. "Sayang baru nak surprisekan abang tentang baby kita," ujarnya perlahan.

"Assalamualaikum anak papa," ujar Aril perlahan sambil mengusap perut Arra.

"Tak sangka abang faham maksud sayang?"

"Mestilah. Abang kan suami yang memahami isterinya," ujar Aril lalu mencuit pipi Arra.

Tangan Aril digenggam erat. Wajah Aril dipandang dengan penuh kasih dan sayang. "I love you, abang."

"I love you too, sayang," balas Aril lalu mencium tangan Arra.


SAFIA melangkah ke dapur. Ibu mertuannya sedang mengambil sesuatu di dalam peti. Hubungan mereka masih lagi dingin tidak seperti anak dan menantu yang lain. Dia mendekati ibu mertuannya dengan berat hati. Kepalanya digaru perlahan kerana tidak tahu bagaimana mahu memulakan percakapan. Dia bimbang jika ibu mertuanya memarahinya.

"Mak nak masak apa? Boleh Fia tolong?"

Dibah mendengus marah mendengarnya. Dia sekadar menjeling ke arah menantunya. "Kau pandai masak ke?"

"Ermm...," Safia teragak-agak ingin menjawab. "Fia boleh tolong kupas bawang, potong sayur ke? Masak sikit-sikit tu boleh lah," jawabnya perlahan.

"Kau nak tolong?"

"Ya mak," jawab Safia sambil menganggukkan kepalanya. 

Dibah menghampiri Safia lalu ditarik rambutnya. Dia mengheret tubuh Safia mendekati peti sejuk.  Kepala Safia ditolak agar melihat barang di dalam peti sejuk. "Kau tengok dalam peti ni? Ada ke bahan nak masak?" 

"Tiada," jawab Safia sambil menahan kesakitan apabila rambutnya ditarik.

"Tahu pun?" balas Dibah lalu melepaskan rambut Safia. "Aku pun tak tahu nak masak apa? Barang-barang dalam rumah ni semua dah habis," ujar Dibah dengan nada geram. "Aku dah lama tak keluar beli barang dapur, kau tahu tak?" ujar Dibah sambil menunjal dahi Safia dengan jari telunjuknya. 

Safia menangis.

Dibah jalan mundar mandir dihadapan Safia. "Kau tahu tak aku malu nak menghadap orang kampung. Kau ingat dapat kahwin free tu seronok! Aku malu sebab anak aku buat maksiat dalam rumah ni!"

"Safia minta maaf mak."

"Kau ingat dengan kata maaf tu boleh putarkan balik masa ke?" jerkah Dibah lalu duduk diatas kerusi. Sayur sawi dipotongnya dengan perasaan marah. "Kau nak masak sangat kan?" soal Dibah menoleh ke arah Safia disebelahnya. "Nah ambil sawi ni masak," ujar Dibah lalu melemparkan sayur sawi pada wajah Safia.

"Fia cuma nak tolong mak. Fia mengaku. Fia memang tak pandai masak," jelas Safia dengan jujur. Dia terlalu dimanjakan oleh kedua ibu bapanya. Tidak pernah belajar melakukan sesuatu sendiri termasuk memasak.

"Dah tahu diri tu tak pandai masak. Kenapa gatal sangat nak berlaki!" ujar Dibah dengan marah.

Safia menangis teresak-esak. "Mak boleh ajarkan Fia masak?"

Dibah mencerlung ke arah Safia. Pisau ditangannya dicampak ke lantai. Dia bangkit dari tempat duduknya. "Kau yang nak makan? Jadi kau lah yang masak."

Safia cuba meraih tangan Dibah. Namun ditepis. "Mak. Safia minta maaf."

Dibah melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Safia sendirian di dapur. Benci melihat wajah menantunya itu. 

"Mak!" panggil Nazril.

"Aku ni bukan mak kau!"

"Maafkan Naz mak?"

Dibah memandang wajah Nazril dengan wajah yang mencuka. "Dengan kata maaf kau tu boleh tutup aib yang kau dah buat tu?"

"Naz ada belikan nasi bajet. Jom makan," ajak Nazril cuba memujuk ibunya.

"Aku tak lapar," ujar Dibah lalu masuk ke dalam biliknya.

Nazril mengeluh. Dia melangkah ke dapur. Dia melihat Safia sedang menangis sambil membersihkan ruang dapur yang bersepah. Nasi yang dibeli diletakkan atas meja. 

"Sabarlah dengan sikap mak. Nanti sejuk lah tu hati dia."

Safia mengesat air matanya. Sayur sawi yang bertaburan diatas lantai dikutip. "Andai mummy daddy tak halau I. Mesti I takkan tinggal dirumah you," kata Safia sambil mengesat air matanya. "I pun takkan menghadap wajah mak you yang bencikan I."

"Sayang kenalah sabar. Mak marah lagi pasal hari tu. Abang yakin nanti lama-lama hati dia lembutlah."

Sayur sawi yang telah dikutip diletakkan ke dalam sinki. "Sabar. You cakap memanglah senang! Tapi sampai bila I perlu bersabar? Seminggu, sebulan atau setahun?"

Nazril mengaru kepalanya yang tidak gatal. Safia dihampirinya. "Mari duduk dulu," ujar Nazril lalu meminta Safia duduk diatas kerusi. "Kenapa mak marah?"

"Mak cakap tiada bahan basah nak masak sebab dah lama tak keluar rumah beli barang dapur," ujar Safia sambil tersedu-sedu. "I pun tak tahu masak."

"Soal tu sayang kan boleh belajar. Janganlah nangis," ujar Nazril lalu mengesat air mata yang masih mengalir dipipi Safia.

"I sedih. Mummy daddy marahkan I. Mak you pun sama. I stress."

Nazril memegang kedua bahu Safia. "Dengar sini. Mulai hari ni sayang belajar masak. Internet kan ada. Sayang boleh cari resepi dalam facebook ke?"

"Okey, nanti I cubalah. Tapi sekarang I nak masak apa kalau hanya ada sawi aje."

Nazril mengambil nasi bungkus yang dibelinya. "Mari kita makan dulu. Nanti abang keluar belikan barang dapur."

Safia tidak membantah. Perutnya memang sudah lama berbunyi. Nasi yang dibeli oleh Nazril dinikmati dengan sungguh berselera walaupun hanya berlaukkan ayam goreng sahaja. Dia mula merindui saat makan ketika dirumahnya. Kini dia sedar apa yang dinikmati dirumah ibu bapanya tidak mampu dirasai ketika telah berkahwin. 


"AMBOI merpati dua sejoli baru sampai," sapa Anis apabila melihat Aril dan Arra berpegangan tangan masuk ke dalam rumah.

Wajah Arra mula kemerahan apabila diusik begitu oleh Anis. "Bukan selalu pun."

"Cakap nak balik sini semalam. Tapi kenapa petang ni baru sampai?" soal Encik Sufian.

"Aril bawa Arra jalan-jalan."

"Jalan-jalan ke mana?" soal Datin Sri Aida dari arah dapur.

"Eh mama dah sampai?" tegur Arra lalu menyalami tangan ibu mertuanya.

"Mama papa pagi tadi lagi dah sampai," kata Dato' Zainuddin. "Ingatkan kamu berdua dah ada kat sini?"

Datin Sri Aida mencerlung ke arah Aril. "Belajar mana tak tahu. Suka-suka aje berbohong dengan mama!"

"Mana ada," dalih Aril sambil tersengih apabila tembelangnya pecah.

"Abang bohong apa?" soal Arra.

"Aril cakap ibu ada buat jamuan. Katanya ajak mama datang sekali. Betul ke Arra?" soal Datin Sri Aida kepada Arra.

"Tak apalah Kak Aida. Bukan selalu kita berpeluang kumpul ramai-ramai," kata Puan Anisah sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.

"Ermm... dari mama membebel. Lebih baik kita makan," ujar Aril lalu menarik tangan Arra ke meja makan.

"Abang ni tak baik tau."

"Hah, nak mengelak lah tu. Kata nak bincang tentang majlis sambut menantulah?"

Arra memandang wajah Aril. "Abang dah plan dengan mama ke?"

Aril tersenyum ke arah Arra. "Selepas aje dengar sayang cakap 'we miss you' abang terus terfikirkan majlis resepsi kita."

"Kenapa?"

Aril merangkul pinggan Arra menghadap ke Dato' Zainuddin dan Datin Sri Aida yang masih duduk diatas kerusi. "Mama papa, Aril rasa tak salah pun percepatkan majlis resepsi kan. Lagipun takkan nak tunggu selepas Arra bersalin baru nak naik pelamin."

"Arra bersalin?" kata Puan Anisah dan Datin Sri Aida serentak.

"Ya."

Puan Anisah segera mendapatkan Arra. Begitu juga dengan Datin Sri Aida menolak Aril menjauhi Arra. Mereka memeluk tubuh Arra. Perut Arra diusap perlahan sambil tersenyum. Mereka tumpang gembira mendengar berita itu. 

"Baby boy ke girl?" soal Datin Sri Aida.

"Alhamdulillah, dah berapa bulan?" soal Puan Anisah.

Arra pening dengan pertanyaan ibu dan ibu mertuanya. Dia memegang tangan mereka. "Mama, Arra baru pregnant tiga bulan. Arra pun tak tahu sama ada bayi lelaki atau perempuan," jelas Arra.

"Alhamdulillah," ucap Encik Sufian.

"Bertambahlah ahli keluarga kita abang pian."

"Aaaa... Din. Syukur alhamdulillah."

"Syukur nak dapat adik ke umi?" soal Syukur anak kepada Anis.

Anis tersenyum mendengarnya. "Syukur bukan nak dapat adik. Tapi sepupulah sayang,"jelas Anis lalu mencuit pipi anaknya.

"Sepupu dengan adik tu tak sama ke umi?"

"Anak mak su akan jadi sepupu Syukur. Macam anak-anak mak ngah dengan anak mak cik," jelas Anis kepada anaknya yang baru berusia tiga tahun.

"Habis tu bila Syukur nak ada adik?"

Blurk... Anis menepuk dahi mendengar soalan anak kecilnya itu. Semua ahli keluarga di dalam rumah ketawa mendengar soalan Syukur. Juadah diatas meja dinikmati oleh mereka.


"ASSALAMUALAIKUM, sayang," ujar Rafiq dihujung talian.

"Waalaikumussalam. Abang dah ada dekat depan ke?" soal Melysa lalu mengambil beg tangannya diatas meja.

"Ya sayang."

"Nanti singgah butik mama sekejap."

"Nak buat apa?"

"Sayang nak ambil baju untuk majlis resepsi Aril dan Arra. Mereka kan ada undang kita kan?"

"Ada. Abang lupalah. Sayang cepatlah abang lapar ni. Lepas makan nanti kita singgah butik mama."

Melysa ketawa mendengarnya. "Kenapa tak makan?"

"Abang nak makan sama-sama dengan sayang baru berselera."

"Hurm... mengadalah tu. Abang tunggu sekejap. Sayang nak keluar dah ni."

"Okey sayang," balas Rafiq lalu mematikan talian telefon.

Melysa memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya. Dia melangkah keluar dari dalam studio pengambaran. Dia mengukirkan senyuman melihat Rafiq sedang menunggungnya di seberang jalan. Dia melihat kiri dan kanan memastikan tiada kenderaan yang berada diatas jalan sebelum melintas.

Rafiq bersandar pada kereta menanti Melysa menghampirinya. Kedengaran bunyi enjin motosikal tidak jauh dari tempatnya memarkir kereta. Rafiq mula cemas mendengar bunyi enjin motosikal itu semakin dekat. Dia melihat sebuah motosikal meluncur laju ke arah Melysa.

"Mel!" jerit Rafiq lalu menarik tangan Melysa dengan pantas.

Kedebuk!!!

"Argghh!!!" Rafiq mengadu kesakitan.

Melysa yang masih terkejut mendapatkan Rafiq. Dia mengangkat tubuh Rafiq agar kembali berdiri. Dia melihat tangan Rafiq melecet sedikit. "Abang okey tak? Ada sakit kat lain lagi?" soal Melysa cemas.

Rafiq menggelengkan kepalanya. "Tangan abang aje luka sikit," balas Rafiq lalu cuba mengerakkan tangannya. 

"Mari sayang bawa abang ke klinik."

"Sayang okey tak? Ada luka?"

"Sayang okey aje," lalu menarik tangan Rafiq ke tempat duduk disebelah pemandu. "Abang duduklah. Sayang drive."

"Abang okey. Boleh je nk drive ni."

"Abang cedera. Duduk ajelah," ujar Melysa lalu menolak tubuh Rafiq masuk ke dalam kereta.

Setelah pintu kereta ditutup, Melysa segera masuk ke dalam kereta. Dia mencapai tisu lalu mengelap luka pada tangan Rafiq. "Sakit tak?"

"Sakit dah hilang bila sayang tolong ubatkan."

Melysa menjeling marah. "Sayang seriuslah abang?"

Rafiq tersenyum. "Sakit. Tapi sikit aje."

"Kita pergi klinik dulu baru makan okey?" ujar Melysa lalu menghidupkan enjin kereta.

"Siapa tadi? Abang rasa macam dia sengaja nak langgar sayang?"

Melysa mengangkat bahunya. "Entahlah. Kadang sayang fikir mungkin Ryan?"

Rafiq menganggukkan kepalanya. "Abang pun rasa begitu."

Melysa mengeluh. "Sayang tak tahulah sampai bila dia akan terus mengganggu kita."

"Abang yakin nanti lambat laun polis akan tangkap dia jugak."

"Itulah yang sayang harapkan. Hidup sayang rasa tak tenang selagi Ryan berkeliaran bebas diluar sana," ujar Melysa lalu memberhentikan kereta dihadapan sebuah klinik Husna. Dia memandang wajah Rafiq. "Jom."

"Ke mana?"

"Rawat tangan abanglah."

Dagu Melysa dicuit. "Ingatkan sayang tak kisah abang cedera?"

Melysa menyentuh pipi Rafiq. "I am your wife. Mestilah sayang dekat suami sendiri. Sayang harap abang takkan meragui lagi cinta dihati ini," ujar Melysa sambil tersenyum. "I love you."

Hati Rafiq bahagia mendengarnya. Tangan Melysa diraih lalu diciumnya. "I love you too. Terima kasih sayang," balas Rafiq lalu mencium pipi Melysa.

Melysa tersenyum lalu mencubit lengan Rafiq. "Sakit pun masih lagi nak menggatal," ujar Melysa lalu melangkah keluar dari dalam perut kereta.

Rafiq tersenyum mendengarnya. "Menggatal dengan isteri sendiri tak salah kan?" balas Rafiq lalu memegang tangan Melysa. Mereka melangkah masuk ke dalam klinik.


"RUMAH siapa ni?" soal Ain apabila Hanif memberhentikan kereta dihadapan sebuah rumah.

Hanif melemparkan senyuman kepada Ain. Tali pinggang keselamatan dibuka. "Rumah saya. Jom masuk?" 

"Hah?" balas Ain dengan perasaan terkejut. Dia melangkah keluar dari dalam perut kereta. "Maknanya rumah ibu bapa awaklah kan?"

Hanif menganggukkan kepalanya. "Ya. Marilah masuk."

"But why?" soal Ain hairan. "Awak tak cakap pun nak ajak datang sini?"

"Kalau saya beritahu, awak nak datang ke?"

Ain menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Nak buat apa kat rumah awak ni?"

Hanif menarik tangan Ain melangkah masuk ke dalam rumah. "Marilah jumpa umi dengan ayah saya?"

Ain menarik tangannya kembali. "Saya seganlah."

"Saya ada. Apa yang nak dirisaukan sangat," ujar Hanif lalu memberi salam.

"Waalaikumussalam, awal Hanif balik hari ni?" soal Puan Rafidah dari arah dapur.

"Hanif ada tertinggal barang tadi," ujar Hanif sengaja mencipta alasan. "Umi ini kenalkan kawan Hanif, Ain namanya," jelas Hanif memperkenalkan Ain kepada ibunya.

"Apa khabar mak cik?" soal Ain setelah bersalaman dengan Puan Rafidah

Puan Rafidah melemparkan senyuman kepada Ain. "Kenapa tak cakap nak bawa kawan. Umi boleh siapkan menu petang?"

"Sekejap aje. Ain duduklah dulu. Saya nak ambil barang sekejap kat dalam bilik," ujar Hanif lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Hanif...," Ain ingin menghalang Hanif meninggalkannya. Isy Hanif ni sesuka hati aje tinggalkan aku dengan umi dia, omel hati kecil Ain.

"Silalah duduk. Mak cik ke dapur dulu buatkan air."

"Errr... biar Ain tolong."

"Boleh jom ke dapur?"

Ain mengikuti langkah Puan Rafidah ke dapur. Usai membantu Puan Rafidah mengoreng karipap dia duduk diatas kerusi. Matanya mengintai bayangan Hanif yang masih belum kelihatan. Dia agak kekok apabila berhadapan dengan ibu Hanif.

"Ain dari mana?"

"Dari bandar jalan-jalan. Esok ada kenduri kahwin sepupu," jelas Ain. Dia berusaha menyesuaikan diri ketika berbual dengan Puan Rafidah.

"Owh... dah lama ke Ain kenal Hanif?"

"Ermm... baru lagi masa kenduri kahwin sepupu saya enam bulan lepas. Hanif ni kawan dia."

"Kawan yang mana? Mak cik kenal semua kawan-kawan dia?"

"Aril. Sepupu saya nama dia Aril. Kebetulan kahwin dengan kawan baik saya. Kami berkenalan masa kenduri kahwin di rumah pengantin perempuan enam bulan lepas," jelas Ain dengam terperinci.

"Aril anak Dato' Sri Zainuddin?"

"Ya mak cik."

"Mak cik kenal sangat dengan Aril. Banyak jasa papa dia dengan keluarga mak cik." 

"Pak Long bantu apa?" soal Ain ingin tahu.

"Banyak Ain. Baik betul Aril tu tolong keluarga mak cik dari susah sehingga senang. Hanif dapat belajar ke luar negara pun atas bantuan Dato' Sri Zainuddin."

Ain sekadar menganggukkan kepalanya. Dia tidak tahu pula tentang hal ini. " Pak Long memang baik orangnya, mak cik," ujar Ain sambil tersenyum.

"Mak cik ingat Ain dah lama berkawan dengan Hanif. Dia jarang bawa kawan perempuan datang ke rumah."

Ain sekadar tersenyum mendengarnya. Dia sendiri tidak tahu apakah tujuan Hanif membawa dia bertemu dengan ibunya. 

"Jemputlah makan," ujar Puan Rafidah sambil menikmati karipap yang baru digoreng.

Ain menikmati hidangan yang telah disediakan oleh Puan Rafidah. "Anak mak cik ada berapa orang?" 

"Umi!" panggil Hanif. 

"Umi kat dapur ni?"

"Ingatkan umi ke manalah tadi," ujar Hanif lalu duduk diatas kerusi bersebelahan dengan Ain. "Nanti nak balik terus rumah Mak Long ke?" soal Hanif sambil menikmati karipap.

"Ya."

Hanif memandang wajah Puan Rafidah. "Umi ada nak kirim apa- apa untuk dibeli?"

"Semua barang ada lagi. Hanif nak ke pasaraya ke?"

"Selepas hantar Ain, Hanif boleh singgah jika ada barang yang nak dibeli."

"Tak apalah. Hanif hantar Ain aje dulu. Hari pun dah lewat petang ni?"

"Okey," ujar Hanif lalu menoleh ke arah Ain disebelahnya. "Jom saya hantar awak balik."

"Okey," balas Ain lalu bangkit dari tempat duduknya. Dia bersalaman dengan Puan Rafidah sebelum melangkah keluar dari rumah. 

"Kenapa tengok saya macam tu?" soal Hanif sambil memandu kereta.

"Baik umi awak. Ramah aje."

"Kan saya dah cakap tadi."

"Betul ke apa yang umi awak cakap?"

Hanif mengerutkan keningnya. "Umi cakap apa?"

"Saya adalah kawan perempuan pertama yang awak bawa jumpa umi?"

"Betullah tu? Takkan umi saya bohong pulak kan?"

"Tapi kenapa?"

Hanif tersenyum mendengarnya. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sambil memandu kereta dia meraih tangan Ain lalu memberikan kotak kecil berbentuk jati diatas tapak tangan Ain.

"Apa ni?" soal Ain terkejut melihat kotak kecil berwarna merah diatas tapak tangannya. Dia tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Hanif melalui kotak itu.

"Bukalah."

Ain membuka kotak itu. Kelihatan sebentuk cinicn emas yang direka bersama tiga bintang diatasnya. Cincin itu kelihatan sangat cantik. "Cantiknya."

"Cuba pakai," arah Hanif.

"Untuk siapa?" soal Ain pura-pura tidak tahu. Mestilah untuk aku kan? Takkan untuk mak cik tepi jalan pulak, desis hati kecil Ain.

"Pakailah. Saya nak tahu sesuai tak dengan saiz jari awak?"

Tanpa banyak soal Ain menyarungkan cincin itu ke jari manisnya. Senyuman mula terukir pada wajahnya melihat sebentuk cincin menghiasi jarinya. Cincin itu kelihatan sangat sepadan dengan ukuran jarinya. 

"Cantik. Ngam-ngam aje dengan saiz jari saya," ujar Ain lalu menoleh ke arah Hanif. "Cincin ni untuk Ain ke?" soal Ain menginginkan kepastian.

Hanif angguk. Kereta diberhentikan dihadapan rumah mewah milik Dato' Sri Zainuddin. Dia melemparkan senyuman pada Ain. "Untuk awaklah."

Ain menanggalkan semula cincin itu lalu diletakkan kembali ke dalam kotak baldu berbentuk hati. "Ambillah balik. Kenapa bagi dekat Ain?"

Hanif mengambil kotak cincin itu lalu diletakkan semula atas tapak tangan Ain lalu menggenggam erat tangan gadis itu. "Awak rasa kenapa?"

Ain tersengih. Dia hanya melihat tangannya yang dipegang oleh Hanif. "Takkan awak melamar saya kot?"

Hanif menganggukkan kepalanya. "Yes."

Pengakuan Hanif mengejutkan Ain. "What?"

"Ain sudikah awak menjadi suri hati saya buat selamanya?"

"Tapi...,"

Hanif meletakkan jari telunjuk pada bibir Ain. "Awak tak perlu berikan jawapan sekarang. Saya bagi masa untuk awak fikirkannya."

"Serius ke?"

"Ya."

"Tapi kita kan baru kenal? Awak tak rasa cepat sangat ke?"

"Aril dan Arra pun kenal sekejap aje."

Ain ketawa kecil. "Mereka lain."

"Fikirlah dulu."

Ain mengetap bibirnya. Dia terkejut dengan lamaran Hanif secara tiba-tiba. Dia tidak pernah terfikir akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat. Kotak cincin disimpan di dalam beg tangannya. Dia melangkah keluar dari dalam perut kereta.

"Ambillah masa untuk fikirkannya. Saya tahu bukan mudah membuat sesuatu keputusan melibatkan perkhawinan," ujar Hanif sambil tersenyum manis kepada Ain.

"Okey."

"Saya balik dulu. Jumpa lagi esok?"

"Hati-hati memandu," pesan Ain lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Senyuman mula terukir pada wajahbyam Dia tidak menyangka Hanif akan melamarnya.

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu