“Indah…Indahh”
jerit Puan Irmani sambil dia berlarian ke arah pintu utama, tergesa-gesa dia cuba
untuk memutar tombol pintu itu, pergerakannya terasa lambat.
Sekali
sekala tangannya tergelincir dari tombol itu.
Matanya
tidak sabar untuk menatap wajah anak kesayangannya itu.
Dengan
segera pintu itu dibuka, perlahan-lahan satu susuk tubuh wanita kelihatan.
“Makcik..”
Suara wanita itu memadamkan senyuman Puan Irmani dan Encik Farid.
“Maira!!,
makcik ingat Indah tadi,marilah masuk” sedaya upaya Puan Irmani menyembunyikan
kehampaannya.
“Indah
tak ada ke makcik? Maira datang ni nak jumpa Indah” soal Maira yang jelas
kebingungan dengan suasana dihadapannya.
“Maira
tak tau ke?” soal Encik Farid sambil menyuruh Maira duduk mengunakan gerak
tubuhnya.
“Kenapa
dengan Indah” wajah Maira sudah berkerut-kerut kebinggungan
“Indah
hilang….” Balas Puan Irmani perlahan
“Apa hilang???”
wajah Maira berubah serta merta, hadiah yang dipegang dari tadi jatuh ke
lantai.
************************************************************************************************
Jam di dashboard
sudah menunjukkan jam 9 malam, kereta itu
yang pada mulanya meluncur laju tanpa arah tujuan kini menuju ke kediaman Encik
Farid dan keluarga .
Sekali-sekala
corak pemanduan Fatah diperlahankan agar Nazim dan Mukris boleh memerhatikan
keadaan sekeliling.
Mereka
membuat keputusan untuk pulang,sebelum memulakan semula pencarian . Dari riak
wajah mereka bertiga jelas tepapar bahawa mereka berada dalam keadaan yang
sangat letih. Namun perasaan risau mengatasi segalanya, kalau boleh mereka mahu
menemui Indah
“Nazim,
ni aku nak tanya sikit” tiba-tiba Fatah bersuara, sambil matanya terus
menumpukan pada pemanduan.
“Tanyalah
along”Terasa lain pula nada Fatah kali ini, Nazim berpaling melihat wajah Fatah
dalam kesamaran malam.
Cuba
untuk membaca mood abang iparnya itu.
Mukris
turut memasang telinga walau matanya melilau melihat sekeliling.
“Kau ada
masalah ke dengan Indah ni?” Nada Fatah yang mendatar membuatkan Nazim dengan
segera mengelengkan kepala.
Dia
sendiri keliru mengapa Indah begitu. Kenapa Indah hilang begitu sahaja.
“Tak ada,
kami ok, tak ada benda yang pelik-pelik yang jadi. Sampai sekarang aku tak
faham dan masih keliru along” balas Nazim, wajahnya berkerut-kerut sambil cuba
mengingat jikalau dia ada melakukan sebarang kesilapan atau ada perkara ganjil
yang berlaku menjelang majlis pernikahan dia dan Indah.
“Kalau
ada apa-apa bagitahu aku, jangan sorok-sorok. Ingat!!, aku amanahkan Indah pada
kau, aku tak expect benda-benda macam ni jadi” dapat dirasakan nada Fatah berunsur
tegas dan disebalik itu adalah amaran. Nazim menghela nafasnya, kedengaran
berat.
“Aku
faham tu, Indah segala-galanya untuk aku, long” tegas Nazim kepada Fatah, dia
mahu Fatah tahu bahawa dia insan yang layak menjaga Indah.
“Indah..?”
suara Mukris mematikan sesi soal jawab antara Nazim dan Fatah.
Dengan
segera Fatah memperlahankan pemanduannya.
Dia dan
Nazim cuba mencari kelibat Indah seperti yang disoal Mukris.
“Mana?
Soal Nazim, sambil kepalanya kadang memandang ke kiri dan kadang kala ke kanan.
Dengan
segera matanya menangkap susuk tubuh Indah yang sedang duduk ditepi pagar rumah
mereka.
Fatah
menekan brek kereta sekuat hati menyebabkan kereta itu mati serta-merta,
manakala Nazim dan Mukris hampir sahaja tercampak ke hadapan.
Nazim
tidak kisah lagi , dengan segera dia membuka pintu kereta dan berlari ke arah
Indah.
“Indah…Indah”
dengan segera tangan kanan dan kirinya menggengam tubuh Indah, wajah Indah yang
pucat itu digosok-gosok dengan ibu jarinya.
“Sayang tak
apa-apa?” soal Nazim lagi , kali ini tubuh wanita dihadapannya itu terus
ditarik ke dalam dakapannya bagaikan enggan melepaskan Indah.
“Kenapa
buat abang macam ni sayang”bisik Nazim kepada Indah. Indah diam membeku.
Perlahan-lahan dia menolak pelukan Nazim, matanya merenung tajam ke arah biji
mata Nazim.
Nazim
kebingungan, dia cuba memeluk Indah kembali, tetapi dengan segera Indah berdiri
dan menuju ke arah Fatah.
“Adik..adik
ok?” Kali ini Fatah memeluk erat Indah, tanpa disangka tubuh indah begetar
menahan tangisan. Fatah merenung Nazim meminta penjelasan sambil dia
mengemaskan pelukannya.
“Adik,
Indah….kenapa ni?” Soalan Fatah dibiarkan tergantung begitu sahaja. Indah
hanyut dalam tangisannya. Niat Fatah yang pada mulanya ingin memarahi Indah
hilang begitu sahaja.
Nazim
berdiri kebingungan dengan reaksi Indah.
Pelbagai perkara menghantui fikirannya
sekarang.
Soalan demi soalan berlegar-legar tanpa jawapan.
"Indah....."