Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,851
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Bab 10


Ruangan itu tampak esklusif sekali, meja-meja setinggi pinggang dan berkaca dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Botol-botol kaca disusun teratur mengikut turutan tinggi ke rendah memukau setiap mata yang melihat. 

Ditambah pula dengan pencahayaan yang elegent sekali. Seolah-olah mendatangkan kesan botol-botol itu berkelipan.

Beberapa wanita berbusana kemeja pink, berikat reben putih di leher sedang berdiri menanti pelangan mereka dengan senyuman manis yang tidak lekang dari wajah.

Indah dan Nazim sedang membelek-belek set minyak wangi yang dihias indah, ada yang disusun dalam kotak dan ada yang dibungkus cantik bagai hamper.

“Abang tak sangka kita akan pergi beli barang kahwin macam ni. Rasa macam mimpi pula”. Nyata Nazim sambil tersengih

“Abang suka? Sorry sebab susahkan abang kena teman Indah beli barang-barang ni semua” Mata Indah masih terpaku melihat wangian dihadapannya, sudah ada beberapa yang berjaya menawan hati.

“Sayang, it’s ok, memang ni yang patut abang buat dari awal lagi.”

“Indah tahu abang sibuk,kalau boleh Indah tak nak ganggu abang.”Balas Indah lagi seolah-olah merajuk, kerana dia tahu Nazim adalah orang yang sangat serius dan fokus tentang hal kerja.

“Antara Indah dan kerja, mestilah Indah abang ni lagi penting” Suaranya cuba ditekankan disitu agar Indah sedar bahawa, Indahlah yang pertama dalam hidupnya.

Penting macam mana tu? Soal Indah lembut inginkan kepastian

“Penting sangat-sangat. Abang tak akan ulang kesilapan yang sama, mulai hari ini abang akan luangkan masa banyak lagi untuk Indah. Tu janji abang. Abang tak nak kehilangan Indah lagi.”

“Betul tak nak Indah hilang?macam mana kalau Indah hilang terus?”

“Sampai hati Indah nak tinggalkan abang?” Tenung Nazim diikuti tawa Indah

“Mestilah tak sampai hati” balas Indah masih disulami dengan tawanya.

“Indah sayang ni dah pandai ugut abangkan?, Indah tengok-tengok dulu, abang nak pergi toilet sekejap ya”

“Baik encik Nizam sayang, jangan lama-lama” Langkahnya diatur perlahan, sambil matanya memerhati tubuh tinggi lampai Nazim hilang dari pandangannya. Pencarian diteruskan lagi ke kauter minyak wangi yang lain.

Kelihatan satu bungkusan yang menarik perhatiannya hari ini, botol-botol minyak wangi disusun teratur didalam bakul dan dibungkus kemas dengan sampul lutsinar berwarna merah jambu.

“Akak cari untuk hantaran ke?” Soal gadis comel dihadapanya, sambil diperhatikan seorang lagi jurujual yang kelihatan agak berumur namun masih cantik dan vogue.

“Haah cari untuk hantaran, yang tu nampak cantik” jawap Indah telus, matanya yang bundar itu kelihatan besar dan bersinar.

“Yang ni memang sangat sesuai, sebab dia complete package, ada dua botol minyak wangi, cream wangi, shower cream dan special dia ada scrub sekali. Cuba akak cium bau ni” ujur gadis berkenaan sambil menghulurkan sample botol minyak wangi pada Indah.

“Bau dia sedap dan segar, saya suka. Berapa harga dia?

“Yang ini kalau akak nak beli kami ada discount, harga asal RM 535.00, after discount kita bagi akak RM 389.00 sahaja” teruja Indah dibuatnya apabila mendengar harga discount tersebut. Kedengaran bunyi tapak kasut dari belakang Indah. Dengan segera Indah memusingkan badannya.

“Abang, Indah dah jum….” Degupan jantungnya tiba-tiba menjadi pantas, dia gagal menghabiskan kata-katanya, seolah-olah tersekat dikerongkong.

“Tak sangka pula dunia ni kecik sangat,sampai mana-mana aku pergi mesti ada kau, kenapa ya?” nada suara yang cukup dibenci itu akhirnya meluru masuk tanpa henti ke cuping telinganya. Nasib malang apakah yang menimpa hingga kemana-mana dia pergi mesti bertemu manusia ini.

“Encik Mamat rupanya, saya ingat siapa tadi” nafasnya cuba dikawal sebaik mungkin, agar dia kelihatan tidak terkesan langsung dengan kehadiran tidak diundang.

“Bahagia nampak, rupanya minah senget macam kau ni ada orang nak juga kan?” Soal Qayyum lagi dengan muka yang bersahaja mengelar Indah, Minah.

“Kau stalker aku ke?”

Stalker? boleh tak kalau jadi manusia tu jangan perasaan sangat”

“Siapa perasaan? Aku ke? Dah tu yang kau sibuk aku buat apa, kat mana aku ada, kau ada tu bukan stalker? Ke kau suka aku?” kesabaran Indah bagaikan benar-benar diuji. Sedaya upaya ditenangkan hatinya.

“Apa masalah kau ni?tuduh aku bukan-bukan. Aku datang sini sebab nak beli barang, Nampak pula kau tengah berkasih sayang di khalayak ramai ni, sebagai orang yang kenal kau, aku tegurlah.” Seperti biasa Qayyum dan wajah tidak bersalah gagal dipisahkan

“Kau kenal aku? Bila? Aku tak ada kenalkan diri aku pun pada kau. Ni last warning aku kat kau, jangan sesekali muncul depan aku lagi. Makin lama aku tengok muka kau makin rasa nak muntah.” Indah sedar yang kini suaranya sudah semakin tinggi. Dia gagal menahan sabarnya lagi. Kedua-dua jurujual wanita dihadapan mereka sudah terpinga-pinga dengan situasi yang tidak dijangka itu.

“Nak muntah? Mengandung ke apa?. Aku ada kaki , suka hatilah aku nak pergi mana. Sebagai rakyat Malaysia aku ada hak nak pergi mana aku yang aku suka. Kau tu yang sepatutnya tak muncul depan aku lagi.”Bentak Qayyum lagi seolah sengaja menyimbahkan minyak di dalam api.

“You….!” jari telunjuk Indah sudah tepat di hadapan muka Qayyum. Kelihatan orang sekeliling memandang mereka dengan pandangan yang pelik.

“Bye minah sengget, doalah tak jumpa aku lagi” Balas Qayyum pendek dengan sengihan mengejek dan berlalu pergi.

Kelihatan Nazim berlari-lari anak kearah Indah. Dari luar dia mendengar kekecohan yang terjadi tetapi tidak disangka antara yang terlibat dengan kekecohan itu adalah Indah.

“Sayang kenapa? Are you ok? Siapa lelaki tu?” soalan Nazim yang bertubi-tubi gagal menenangkan Indah

“Entahlah orang gila mana Indah pun tak tahu, selalu pula terserempak.”

“Indah betul-betul ok ke ni, muka sampai merah macam tu. Abang cakap dengan dia ya.”

“Tak payah, nanti abang pun berjangkit dengan dia. Makin dilayan makin gila.” Ada getaran dalam nada suaranya

“Ok abang tak pergi tapi Indah kenalah bertenang, tak mahu marah-marah macam ni.” Lengan indah ditepuk bagaikan memujuk

“Jomlah abang kita keluar.”

“oklah apa kata kita tengok tempat lain, kita tak banyak masa lagikan, Majlis kita just around the corner je sayang”

“Oklah kita tengok tempat lain, sorry abang kita rehat kejap boleh?, kita minum jom.”

“Ok sayang everything for you

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.