011
Restoran
Kenny Rogers Rosters, The Mines Shopping Mall
Jam
1.00 tengah hari
Lelaki
itu dari jauh dilihatnya sedang begitu khusyuk menghadap makanannya. Tenang dan
perlahan. Kalau sekali pandang, pastilah tidak menyangka, lelaki yang sedang
dihampirinya itu adalalah seorang ejen perisikan antarabangsa. Tangkas memegang
senjata dan boleh bertempur pada bila-bila masa. |
Perlahan-lahan
Jamailia berjalan ke arah lelaki itu. Cuba membuat kejutan. Terjengket-jengket
dia menghampiri lelaki itu.
“Batalkan
niat tu!”
Kata-kata yang tiba-tiba itu membantutkan pergerakan Jem.
Terus dia mengambil tempat di sisi lelaki itu. Potong moodhendak
bergurau senda.
“Serius
boleh tak?” Zed mengelap bibirnya dengan tisu kemudian membetulkan topi di
kepalanya. Dia kembali menyambung makan tanpa memandang Jamailia yang sudah
muncung.
“Ajarlah...”
Jem menjeling. Rancangannya hendak mengenakan Zed sah-sah gagal.
“Ajar
apa?”
“Tu
tadi?”
“Apanya?”
“Macam
mana tadi, aku tengok kau makan, duduk baik punya. Alih-alih kau sedar aku ada
kat belakang?” tanya Jem tidak puas hati. Dia membelek-belek menu yang ada di
atas meja.
“Tu! Tak
nampak cermin kat belakang kau tu?” Zed memuncungkan mulutnya ke arah cermin
itu. Kepalanya tergeleng-geleng. Jem harus diberi banyak pengalaman. Seorang
ejen mesti sentiasa bersedia. Pada bila-bila masa, tidak kira sedang makan atau
sedang melakukan apa-apa sahaja, mesti siap siaga. Tadi dia sudah nampak
kelibat Jem yang berada di belakangnya melalui pantulan cermin yang tegantung
pada dinding restoran itu.
Jem
menoleh ke belakang. “Ceh!” Nampak sangat Jem tak puas hati. Macam mana boleh
dia tidak terfikir trick itu?
Sebenarnya,
dia bengang kerana nampak sangat dia tidak fikir persekitaran yang boleh
membantu. Baik, dia akan ingat di kepalanya kali ini. Pengajaran nombor dua
hari ini selepas jangan terlebih ramah.
Pelayan
datang membuatkan hasrat untuk bertanya lebih lanjut terbantut.
“Saya nak
yang macam dia makan, tambah salad dan mufin pisang dua biji.” Jem membuat
pesanan kepada pelayan itu tanpa perasaan.
Zed
merenung gadis itu bagai tidak percaya.
“Kenapa
tengok macam tu?”
“Bukan
tadi baru balik pusat pelangsingan ke?”
“Jadi?”
Soalan yang ditanyakan Zed tidak dipedulikan Jem. Dia selamba menyauk
coleslaw di dalam pinggan Zed dengan sudu, kemudian makan tanpa rasa
bersalah bagaikan mereka berdua rakan setugas yang sudah kenal lama.
“Dengar
ni... Kalau kita nak jadi pasangan rakan setugas yang baik, aku rasa kita kena
saling mengenali dan menghormati antara satu sama lain.” Zed menolak pinggan
yang dimakannya tadi kepada Jem. “Perkara pertama yang kau perlu tahu tentang
aku, aku tak suka orang kacau pinggan aku.” Lelaki itu sudah menyilangkan
tangannya lalu bersandar memandang tepat ke wajah Jem.
“Oppss...
Maaf.” Terkebil-kebil Jem dipandang begitu. Tentulah sebab dia sudah bersalah
mencuri makanan di dalam pinggan orang.
“Perkara
kedua, kalau kau tak tahu, tanya. Itu aku suka. Kau jangan main buat kesimpulan
sendiri. Aku ketua, kau membantu. Kau kena ingat tu. Jangan bertindak sendiri.”
Zed memberitahu. Inilah pertama kali dia hendak berterus terang dengan Jem. Semasa
kali pertama diperkenalkan, dia mengambil pendekatan, tunggu dan lihat. Tapi
dilihatnya, semakin tunggu, semakin parah minah ni. Jadi hendak tak hendak
kenalah buka mulut juga.
Jem
menganggukkan kepala, mengeyakan maklumat yang baru diterima. Dia seorang yang
boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka. Lagipun Zed memberitahu apa
yang sepatutnya dia tahu.
“Yang
ketiga...”
Baru
saja, Jem hendak bertanya, Zed sudah menambah lagi.
“Aku tak
suka bergurau. Waktu kerja kena fokus. Waktu tak kerja lain cerita.”
Mata Jem
juling ke atas mendengar penjelasan itu. Sejak dia mengenali Zed, dia tidak
ingat masa bila yang dia bersama lelaki itu berada di luar waktu kerja. Kalau
di luar waktu kerja sudah tentu balik ke rumah masing-masing. Selebihnya memang
kerja... kerja... dan kerja...
‘Nak
bergurau pun tak boleh. Apa pun tak boleh!’ Mulutnya terkumat-kamit sambil
terherot-herot.
“Tengok!
Main-main!” Zed cuba menahan gelak.
“Dah
habis?” Jem bertanya. Kini gilirannya pula mahu memberitahu perkara-perkara
yang dia mahu Zed tahu tentang dirinya.
“Okey...
giliran kau...” Zed sudah bersedia mendengar. Dia menyilangkan tangannya,
menumpukan perhatian.
“Tapi
sebelum tu, aku nak tanya dua perkara.” Jem menunjukkan dua jarinya. Dia
meneruskan soalannya apabila melihat Zed menganggukkan kepala.
“Mana kau
dapat nama Zed? Kalau Jade aku tahu. Sebab itu memang nama penuh dia, kan? Tapi
kau, memang jauh menyimpang, tak ada kaitan.” Jem sudah sengih-sengih sambil
mengangkatkan keningnya. Dia tahu Zed tidak akan marah kerana mereka sedang
dalam taaruf, walaupun sedikit lambat. Alah... Better late than never!
“Sibukla
kau... Ni mana fail yang kau tengok?” Zed sedikit kesal. Dia tidak mahu
mengungkit kisah lama.
“Alah...
tak payah nak berdalih. Aku tahulah mana fail rekaan, mana fail yang benaran...
haha.” Gembira betul Jem sebab dapat mengenakan Zed. Tadi dah banyak kali dah
dia terkena. Sekarang, amekaw! Payback time!
“Okeylah...
sebab kau partner aku, aku bagitau. Tapi kat sini aje. Janji?” Akhirnya
Zed beralah.
Dia
sedar, dia tak boleh berkeras sangat dengan Jem. Ada masanya nanti, mungkin dia
akan berhutang nyawa dengan gadis di depannya. Lagipun ini kali pertama
Jamailia dapat menyelesaikan tugasan pertamanya, tap telefon bimbit
aset. Biarlah dia gembira sikit.
“Macam
kau cakap tadi, Jade dapat nama sebab itu memang nama dia. Semasa aku
digandingkan dengan dia, bila mereka tanya nak nama apa, aku belasah aje.
Zain... Zed... Masa tu Jade pun terus setuju sebab bila disebut, kan bunyinya
dekat-dekat? Zed... Jade... Senang, kan? Ternyata gandingan kami memang
serasi.” Zed memecahkan salah satu rahsianya.
Itu yang
dia beritahu. Yang dia tak bagitahu, sebenarnya apabila sudah bertahun-tahun
berganding dengan Jade, dia sentiasa dibayangi Jade. Memang dia bengang.
“Yang
kedua...” Jem berjeda membuatkan Zed berdebar-debar. Bimbang soalan Jem akan
membuka satu rahsia lain dalam dirinya. Dia memang ada banyak sangat rahsia.
Seorang yang sangat tertutup sejak dari mula.
“Bagaimana
kau menyembunyikan semua ini daripada keluarga kau? Hidup bagai tak ada
apa-apa. Kau tak pernah bercinta? Tak ada perasaan untuk berkeluarga?” Jem
bertanya bertubi-tubi.
“Wow! Itu
bukan satu soalan, itu tiga soalan!” Zed berkata sambil ketawa sinis.
“Okey,
satu soalan aje. Bagaimana kau menyembunyikan semua ini daripada keluarga kau?
Tolonglah jawab, sebab aku nak belajar. Semua ini baru untuk aku.” Jem berkata
lemah. Dalam nampak riuh-riuh, sebenarnya dia sensitif hal-hal keluarga.
“Bagaimana
aku nak menyembunyikan daripada mereka sedangkan aku tak pernah ada mereka.”
Zed menyembunyikan perasaannya dengan meneguk air minuman.
“Habis,
yang di Sabah tu?” Jem masih tidak putus asa. Dia memandang Zed
bersungguh-sungguh bagai sedang menyoal siasat tertuduh.
Zed
memandang Jem agak lama. Mata mereka bersabung. Masing-masing tidak mahu
mengalah. Dia berdeham, membetulkan rengkungnya sendiri.
Saat ini
dia harus mengakui yang rakan setugasnya yang baru itu memang pakar dalam hal
perisikan. Dia tahu, maklumat seperti yang ditanya oleh Jem sebentar tadi,
hanya ada di bahagian penyimpanan maklumat bertaraf X. Bermakna bukan mudah
untuk dicuri, melainkan ejen yang sangat mahir dengan persekitaran APG sendiri.
Dalam
diam, dia mengakui, pasangannya ini bukan calang-calang ejen. Dia sudah
tersalah membuat tanggapan! Dia terlalu memandang rendah kepada seorang
perempuan!