Home Novel Cinta Lelaki Langit Bumi
Bab29-2

DINA diam membisu. Keceriaan Hakeem yang sedang bermain tidak diendahkan. Pandangan memang terhala pada si anak tetapi minda menerawang jauh. Dia masih duduk tercatuk di atas kerusi di ruang makan walaupun perbualan telefon dengan Diha telah lama tamat. Rasa bersalah makin tebal menguasai lubuk fikir. Langsung tidak bermaksud menyinggung perasaan kakak kesayangan. Cuma dia perlu tahu sama ada Diha bahagia bersama Ariyyan ataupun tidak.


Perlahan-lahan, perbualan sebentar tadi diimbas semula di kotak ingatan.

“Kak,...”

“Hmmm?”

You made me think.”

“Apanya,..”

“Abang Ariyyan dah sentuh akak?” Tanpa berselindung, apa yang berlegar di kepala diutarakan kepada Diha. Intonasi ditekan saat soalan itu meniti di bibir.


“Dina!” jerit Diha berbaur marah. Terkejut. Tentu si kakak tidak menyangka sama sekali pertanyaan tersebut yang terpacul keluar. Namun, reaksi Diha sudah dijangka. Tidak mempedulikan kemarahan Diha, cepat-cepat dia menyambung ayat.


“Tak, Dina tanya betul-betul ni. Akak dan Abang Ariyyan dah bersama? In real sense, have both of you consummate your marriage?” 


“Ya Allah, Dina! Pernah tak akak selidik hal  bawah selimut atau dalam kelambu Dina dengan Fahim?” Tegang nada Diha. Jika awalnya, interaksi mereka dilatari bunyi suara rancangan televisyen, kini keadaan senyap sunyi. ‘Alamak,  Kak Diha dah tutup TV! Naik angin ke?’ Dina meneka-neka. 


Sejak dahulu, setiap kali Diha mahu menegur tingkah laku atau berbincang tentang sesuatu, kakaknya tidak suka sebarang gangguan. Televisyen tutup. Radio tutup. Kalau boleh, telefon bimbit pun kena matikan! “I don’t want any distraction. Dina dengar baik-baik apa akak cakap.” Demikianlah bait-bait permulaan bicara Diha yang menjadi tanda amaran buat Dina. Nescaya dia ada melakukan kesalahan.


“Alaa, janganlah marah. This is a serious matter! I mean, Dina tak risau pasal nafkah zahir. Kita sedia maklum dia banyak duit.  Dia lebih dari mampu nak sara akak. Tapi, dia ada beri nafkah batin tak?” 


“Kak?”

Tiada jawaban.

“Kakkkkkk?” 


“Akak tak perlu jawab soalan Dina.” Mendatar respons Diha.  Berat keluhan yang terhambur di hujung kata. 


“Akak, akak seorang je kakak Dina. Dina hanya ada akak. I love you so much! Orang concern kat dia ni,” pujuk Dina.


Concern sekalipun, tak payahlah concern sampai ke situ,” selar Diha yang nyata berang dengan sikap Dina ketika itu. “Tak manis sibukkan perihal rumah tangga orang lain, sentuh bab nafkah zahir batin,” sambungnya. 


Sorry.”

“Tapi kak,…” Tuturnya tertangguh. ‘Kak Diha bukan orang lain. You are my blood. Kak Diha satu-satunya kakak Dina. One and only. Tak salahkan sekiranya Dina tanya,’ omelnya sendiri.


“Kak? Kakkkkkkkkk?” panggil Dina. 

Senyap.

“Kak Diha ‘Afina!”


“Hmmm,” balas Diha malas. Putus angin untuk meneruskan perbualan. Entah apa pula yang akan dibangkitkan adiknya nanti.


“Maafkan Dina, please! Dina tak berniat buat akak marah. Dina sayang akak. Dina ingin kongsi semua susah senang akak. Kak, Dina janji. Dina takkan sakitkan hati akak ungkit isu ni. Maaf ye, kak.” Bersungguh-sungguh Dina memohon maaf.


“Sudahlah. Akak tak nak cakap lagi.” Tegas Diha mengakhiri panggilan. Dina terkedu. 


Lamunan Dina terus terbawa-bawa. Baik sewaktu mengemas dapur, menidurkan Hakeem sehinggalah Fahim pulang dari kerja, dia masih mengenangkan Diha.


“Dina, kenapa ni? Abang balik pun tak sedar.” Suara Fahim menerobos pendengaran. Dina terperanjat tatkala melihat suami tiba-tiba muncul menyapanya.


“Eh, bila abang balik?”

“Itulah, asyik termenung je. Are you OK?” soal Fahim. Berkerut dahi memikirkan ragam surinya. Pasti ada yang dirunsingkan.


“Dina dah singgung hati Kak Diha lah, bang,” ujar Dina membuka cerita. Kekesalan jelas terluah melalui ekspresi muka. Fahim yang sedang melonggarkan ikatan tali leher memandang isterinya. Kemudian, dia mengambil tempat di sisi Dina.


“Macam mana boleh jadi begitu? Apa sayang dah buat?”


“Dina tanya,…Dina tanya Kak Diha, Abang Ariyyan dah sentuh dia ke belum?”


“Hah?!” Mata Fahim bulat tidak percaya. Benarkah apa yang didengarnya? 


“Astaghfirullahal’azim. Kenapa tanya macam tu?” 


“Abang, Dina cuma hendakkan kesahihan, Kak Diha happy ke tidak. Itu sahaja. Dia jauh dari kita semua. Kita tak tahu apa-apapun yang berlaku dalam hidup dia sekarang. Tau-tau ajelah macam mana diorang kahwin. Dina takut Abang Ariyyan sia-siakan dia. Dina tak mahu Kak Diha jadi boneka semata-mata untuk dia tunaikan hajat terakhir arwah isteri,” Dina berhujah mempertahankan perbuatannya.


“Sayang tak patut masuk campur. Itu urusan mereka,” lembut Fahim menegur keterlanjuran Dina. “Kalau abang di tempat Kak Diha, lagi teruk sayang kena marah.” 


“Tapi bang, salah ke Dina nak tahu Kak Diha bahagia ke tidak? Kak Diha dah banyak berkorban demi Dina sebelum ini. The least I can do is to make sure that she is happy.”


“Hakeem mana?” Tanpa menghiraukan kata-kata Dina, Fahim mengubah topik.


“Tidur. Bang, saya tengah kalutkan Kak Diha ni, abang tukar tajuk pula!” Pantas lengan Fahim dicubit. Geram akan layanan acuh tidak acuh suami. Fahim ketawa kecil. Segera dilarikan tangan dari terus menjadi mangsa cubitan.


“Tak adalah. Tanya Kak Diha soalan sulit seperti itu, dapat tak jawapan dia bahagia atau tidak?” Fahim menduga Dina.


“Takkkk,” jawab Dina lambat-lambat. Mulutnya dimuncungkan. Luahan rasa tidak puas hati.


“Pendapat abang, kita jangan campur tangan. Sayang mesti ingat, Kak Diha dah berkeluarga. Dia harus punya ruangnya sendiri,” terang Fahim, berharap agar Dina lebih memahami situasi Diha.


Dina enggan mengalah. “Saya risau Kak Diha bakal menderita, bang.” Fahim bungkam sejenak. Ambil masa menyusun buah bicara. Dia sedar hingga kini Dina tetap tidak menerima sepenuhnya keputusan Diha yang bersetuju mengahwini Ariyyan.


“Ada sayang nampak tanda-tanda jelas Kak Diha menderita?”

Geleng.

"Ada dia adu masalah dia dengan Abang Ariyyan?"

Geleng lagi.

Then?”


“Dina tak sedap hati. Kak Diha kan pandai sembunyi perasaan dia. Macam mana kalau dia tak gembira? Dia tertekan?” 


“Semua tu di luar kawalan kita. Jangan terlalu bimbang. Kak Diha is a strong woman. Biarlah dia jalani kehidupan ikut caranya. Kita hormat privacy dia,” Fahim meraih Dina ke dalam pelukan. Cuba menenangkan keraguan yang menguliti sanubari isteri. 


“Lagipun, what are the odds? Dina bayangkan ye. Banyak-banyak penyanyi di Malaysia ni, Kak Diha minat ARJUNA, artis dari seberang. Dia suka dan appreciate lagu-lagu yang Abang Ariyyan cipta. Seorang di Malaysia. Seorang di Indonesia. Tup tup, atas izin Allah, mereka ditemukan.” 


“Tidak kisahlah melalui wasiat ke,..rakaman video ke,..apa yang penting, Kak Diha berpeluang kongsi hidup bersama Abang Ariyyan. Pandailah mereka atur dunia mereka. Mana tahu Kak Diha yang benar-benar boleh faham rentak Abang Ariyyan,” tutur Fahim panjang lebar. Dia mengajak Dina berfikir. Tidak sekadar melihat apa yang terentang di hadapan mata.


“Segala yang terjadi ketentuan Allah. Ada hikmah. Siapa kita nak pertikaikan jodoh Kak Diha dan Abang Ariyyan? You have to remember. Both of them agreed to this marriage. Masing-masing rela. Bukan kahwin paksa atau kontrak. Ini rahsia Allah, Dina. Setiap perancangan serta ketetapan Allah adalah yang terbaik bagi hamba-Nya. Mungkin kita tak nampak sekarang. Tetapi sayang kena percaya, semua yang berlaku ada hikmah tersendiri.”


Dina terdiam. Lama-kelamaan nasihat Fahim meresap masuk logik akal. “Tapi bang,… Dina sayangkan Kak Diha,” rengek Dina kebingungan. Fahim merenung wajahnya. Wajah itu sudah keruh. Hampir menangis.


“Jika kita sayangkan seseorang, lebih baik doakan kesejahteraan dan kebahagiaannya. Kita mohonlah pada Allah. Semoga jodoh mereka berdua kekal hingga akhir hayat. Jangan putus berdoa. Insya-Allah.” Dakapannya dieratkan.


“OK?”

Dina mengangguk.

“Abang dah makan? Lewat abang balik hari ini.”

“Siapkan kertas cadangan projek yang tertunda. Dina masak apa? Teman abang makan sekali jom. Tengok muka Dina monyok macam ni terus perut jadi lapar,” usik Fahim. 


“Abang ni,..” Dina menampar manja bahu suami. Tidak senang diusik begitu. “Jomlah. Hari ini lauk kari ayam dengan kangkung goreng belacan. Dina panaskan sekejap.”


“Hamper besar atas meja kopi tu nak beri pada siapa?”

“Oh, untuk Qaira. Hadiah hari jadi dia.” 

“Abang tengok ada chocolate coated coffee beans dalam tu.” Fahim memberi bayang berkehendakkan biji kopi bersalut coklat yang dilihatnya. 


“Abang jangan cuba-cuba sentuh gift basket tu. Penat Dina gubah!” Amaran Dina mengundang tawa. “Coklat kopi abang dalam peti sejuk. Banyak Kak Diha kirim sebab dia tahu itu kegemaran abang.”


“OK. OK. Marilah turun,” ucap Fahim setelah tawanya reda. Sekilas menjenguk keadaan Hakeem yang sedang lena, Diha menurut langkah Fahim ke tingkat bawah. 



Previous: Bab29-1
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.