Home Novel Cinta Persis Akar Dani
Persis Akar Dani
Juea Abdullah
6/3/2017 10:24:42
10,832
Kategori: Novel
Genre: Cinta
part 5

“Ika malu sebenarnya. Ika bukan wanita solehah yang selayaknya bergandingan dengan abang.” Perlahan dia meluahkan isi hatinya usai dirinya diulit suami yang sudah parah merindu seperti dirinya juga.

Dua ulas bibirnya disentuh jari telunjuk Nuqman, mendiamkannya. Puteri terdongak memandang suaminya yang sedang terstenyum manis sambil menggelengkan kepala. Jari telunjuk itu kemudiannya menujah tegak ke siling putih bilik peraduan mereka di kondominium itu.

“Allah lebih tahu. Jangan persoalkan apa yang Dia susun untuk kita. Kita ni, sejam lagi pun kita tak tahu apa yang akan berlaku. Jangan kata esok. Tapi Allah tahu apa yang ada di hati kita dan Dia tahu apa yang akan berlaku pada hari esok dan seterusnya. Dia Maha berkuasa atas takdir kita dan Dia jugalah yang mengubahnya jika Dia berkehendak. Ika adalah takdir untuk abang. Dan abang bersyukur kerana Ika yang dipilih Allah…” hujung hidung yang sedikit mancung itu dicuit buat pemiliknya merah muka menahan malu.

“Apa yang buat abang setuju dengan permintaan abah?” Akur dengan kata-kata Nuqman namun Puteri tetap ingin mengetahui apa yang tersimpan di dalam hati lelaki itu.

“Abang simpati?” Telah Puteri lagi bila Nuqman hanya tersenyum merenungnya.

Geleng.

“Abang nak selamatkan Ika?”

Geleng juga.

“Sebab abang terhutang budi?”

Geleng lagi. Puteri mengeluh panjang. Mesti ada sebab!

“Curiousity.” Jawab Nuqman sepatah tetapi cukup mengejutkan Puteri.

“Curiousity? Kenapa? Apa yang buat abang nak tahu sangat fasal Ika?”

“Abang tertanya-tanya, cantik sangat ke gadis yang suka tundukkan lelaki tu. Hebat sangat ke lakonan dia? Abang pun teringin nak uji sejauh mana kehebatan abang nak tundukkan perempuan. Sebelum ni semua perempuan tunduk dengan abang, segan nak bertentang mata dengan abang. Abang teringin nak jumpa gadis yang berani melawan… sebab tu abang dapat Ika!” Nuqman bersungguh mengakui niatnya tapi Puteri menekup mulut menahan ketawa sambil tergeleng-geleng tak percaya.

“Abang tipu! Mana abang tahu fasal tu semua masa tu?” Muka dah makin merah. Hati pula makin cuak. Kalau betul dia tahu seawal itu…?

“Mestilah abang buat research siapa anak Tan Sri Megat Hasyim. Tambah bila Ika duduk di kolej, lagi senang nak tahu sebab dalam Peace Yo!, kan ramai pelajar.” Nuqman berterus-terang membuatkan sepasang mata Puteri membulat besar. Malu dan tak percaya! Pertubuhan amal peringkat antarabangsa milik suaminya itu memang dianggotai pelajar di pusat pengajian tinggi kebanyakannya.

“Habis, kalau dah tahu semuanya pun, abang masih sanggup terima Ika? Kenapa?” Detak jantung Puteri berubah sebak. Kedua tangannya dicapai Nuqman dan dibawa ke bibir, dikucup satu demi satu.

“Sebab abang dah jatuh hati…” ujarnya perlahan sambil pandangannya tepat ke dalam sepasang mata Puteri yang berlari-lari melindungi perasaan tidak percaya. Sungguh?

“Riak muka Ika waktu seorang diri ceritakan siapa Ika sebenarnya. You were so lonely yet so full of love. I wanted to be the one who conquers your real love…”

“You… you stalked me?” Terkelip-kelip mata Puteri tidak percaya.

“I asked someone else. Zaman sekarang, mudah sangat nak rakam gambar atau video sesiapa…”

“Tadi abang cakap abang percaya pada takdir?” Suara Puteri berdesis perlahan. Keraguan mula meregut tangkai hatinya.

“I did. At the same time, I was worried about you. Abah yang risaukan Ika sebenarnya. Abah risau kalau Ika bertindak di luar kawalan bila abah minta Ika dikahwinkan dengan abang. Lepas tu abah jatuh sakit. Abang lagi-lagilah risau. Takut sangat kalau Ika buat sesuatu yang tak terduga. Sebab tu abang mintak kawan-kawan tolong tengokkan…”

“Siapa kawan-kawan abang? Tak pernah pun ada…”

“Ramai sangat. Masa tu abang long dan abang ngah pun dah berkawan dengan abang tapi belum jadi abang ipar lagi,” Nuqman membuka rahsia demi rahsia sambil tersenyum manis. Pandangan Puteri semakin membulat.

“Tak guna punya abang!” Terasa diri dipermainkan, tak tertahan perasaan marahnya sampai terlahir di bibir. Nuqman ketawa gelihati.

“Sebab mereka bergunalah kita disatukan. Kalau Ika betul sayangkan abang, Ika kena berterima kasih dengan abang long dan abang ngah tau!” Hidung Puteri ditarik kuat. Sekaligus tubuhnya dirangkul ke dalam pelukan dan dibawa meniarap ke atas dadanya. Nuqman mengucup ubun-ubun isterinya yang sedang marah. Senyuman tak lekang dari bibir.

Akhirnya Puteri mendakap sang suami dalam malu-malu. Semua itu diluar jangkaannya. Nuqman jatuh hati…? Ahh… hatinya berbunga mekar. Gembira tak terkata! Dia yang dulu jatuh hati rupanya!

“Sekarang siapa yang tundukkan siapa?” Tiba-tiba Nuqman berbisik di telinganya. Puteri keras sesaat. Siapa? Arghhh! Mukanya tenggelam dalam dada itu tapi tangannya memukul manja. Malu lagi!

Nuqman ketawa meraikan kemenangan!

... bersambung.


** Bagi yang baru mengikuti Persis Akar Dani (PDA), novel ini adalah sekuel dari Makna Pada Rasa yang sudah diterbitkan Januari lepas. Whatsapp 011-12541676 jika berminat untuk memiliki MPR. Jika nak baca bab-bab awal, boleh baca portal Ilham. Moga terhibur.

Previous: Bab Part 4
Next: Part 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Juea Abdullah