Home Novel Cinta TATKALA CINTA TERUJI
TATKALA CINTA TERUJI
Pena Putera
12/12/2017 19:41:25
63,532
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT, atau nama popularnya KLIA menjadi tempat pertama dia jejakkan kaki di Malaysia setelah beberapa hari menyelesaikan beberapa urusan di luar tanah air. Baru beberapa hari, sudah rindu menghirup udara di sini. Walhal, tiada bezanya pun. Hanya mahu feeling ala-ala lama dah tak balik Malaysia. Haha.

Matanya meliau mencari seseorang. Terlihat wajah orang tersayangnya di kalangan orang ramai di balai ketibaan. Bibirnya tersenyum bahagia dan segera langkah diatur menghampirinya.

“Assalamualaikum,” ucap Qayyum lembut di telinga isterinya. Terkejut reaksi Shahira tatkala suaminya tiba-tiba di situ. Punyalah dia mencari di mana suaminya, rupanya ada di sebelah tapi tak perasan.

“Waalaikumusalam. Abang ini, terkejut Ira.” Shahira menyalami tangan suaminya dan mereka berpelukan. Melepaskan rindu masing-masing.

“Nak buat surprise, lah.”

“Memang surprise sangat.”

“Jom.”

Mereka mula bergerak pergi ke tempat parkir kereta. Banyak kisah yang dibualkan mereka sepanjang perjalanan. Bahagianya mereka suami isteri. Sentiasa tersenyum dan berpimpingan tangan dalam setiap langkah.

Sewaktu Qayyum memandu kereta di atas jalan raya, Shahira tercari-cari sesuatu di dalam beg tangannya.

“Telefon Ira di mana, ya?”

“Tak akanlah Ira tak tahu. Ira bawa tak tadi telefon?”

“Ira bawa, tapi lupa mana letak. Macam mana ini, Ira nak telefon umi. Nak pergi ambil Amila.”

“Kenapa Ira tak bawa Amila sekali tadi?” tanya Qayyum tentang ketiadaan anaknya bersama. Selalu, ada saja si kecil itu bersama. Boleh pula tak ada hari ini. Sudahlah dia rindu nak peluk si genit itu.

“Amila demam, itu yang Ira tak bawa.”

“Dah bawa pergi klinik?” Qayyum naik risau.

“Dah. Doktor cakap demam biasa aje. Makan ubat itu, eloklah nanti.”

“Tak apalah kalau macam itu. Budak-budak, biasalah demam. Nak membesar. Nanti kejap lagi kita pergi ambil dialah.”

Shahira mengangguk faham. Namun, perasaan seorang ibu tak boleh cuba nafikan yang dia amat risau. Ibu mana tak sayang anak, kan?

BUNYI telefon berdering menandakan panggilan masuk segera diangkat oleh Azyah. Daripada nombor yang tidak dikenali. Siapalah yang menelefonnya ini?

“Hello, ini aku. Sarafina, madu kau.”

Wah, beraku-kau sahaja? Sebelum ini boleh pula saya-awak. Kenapa? Dah hilang sabar, tunjuk belang sendiri? Macam manalah suaminya boleh tertarik dengan perempuan sebegini?

“Ada apa hal telefon saya?”

“Cuma nak beritahu, aku nak jumpa dengan kau. Ada sesuatu yang perlu kita selesaikan. Agak-agak kau, bila aku boleh jumpa dengan kau? Lebih cepat, lebih bagus.”

“Bila-bila masa. Macam yang awak cakap, saya tak sesibuk awak yang mempunyai seorang anak perlu diuruskan. Maklumlah, kehidupan seorang ibu bukannya senang.” Azyah memulangkan buah paku keras.

“Jangan main-main. Tolong serius.”

I’m not playing. But, I’m being serious now. Kalau macam itu, kita boleh jumpa tengah hari ini?”

“Bagus. Aku akan send location di mana kita perlu berjumpa. Pastikan kau datang. Kalau kau tak datang, kau pengecut. Faham?”

“Lebih baik digelar pengecut daripada jadi pengecut yang sebenar?” Azyah putar belit kata-kata Sarafina. Sengaja dia lakukan sedemikian.

“Sudahlah.”

Talian dimatikan.

Kadang-kala, Azyah tidak faham apa masalah perempuan itu. Tak sedarkah dia yang sebenarnya bersalah dalam hal ini? Merampas hak orang lain dan kini, cuba meruntuhkan mahligai orang lain. Perempuan ini tidak selayaknya dipanggil perempuan. Memalukan jantina perempuan sahaja.

Perut Azyah tiba-tiba terasa sakit. Lekas dia duduk di sofa dan menahan rasa sakitnya. Selepas seketika, barulah hllang sakitnya. Risau jika kandungannya ada apa-apa. Tangannya mengusap perlahan di perut, memujuk anaknya di dalam agar tenang.

Kawal emosi, Azyah. Jangan risikokan kandungan ini. Benar, Azyah perlu tabah demi kandungan ini dalam apa jua keadaan.

SETIBANYA dia di situ, dengan langkah berat dia pergi juga. Azyah tak nafikan yang hatinya terasa tidak sedap sejak tadi. Mungkin terlalu memikirkan kerisauannya tentang kandungan yang dibawa. Maka kerana itulah dia jadi tidak sedap hati. Semoga, tidak ada apa-apa yang akan berlaku.

Taman yang sunyi tiada sesiapa. Mungkin adalah beberapa orang yang datang bersiar-siar. Tapi, hari ini hari bekerja menjadikan taman ini amat sunyi.

Bila melihat orang yang menunggunya berada di meja berhampiran pokok besar, Azyah menuju ke sana. Wajahnya memandang Azyah dengan penuh senyuman sinis membuatkan Azyah rasa menyampah.

“Kenapa nak jumpa saya?”

“Aku nak, kau tinggalkan Fakrul.”

“Jadi, itu sahaja sebabnya. Kenapa tak cakap terus dalam telefon?”

“Supaya aku dapat beri amaran depan muka kau.”

“Amaran apa?”

“Kalau kau tak tinggalkan Fakrul, aku akan pastikan kebahagiaan kau dan dia tak akan terjamin. Faham?”

Azyah tersengih, lucu dengan perangai kebudak-budakan musuhnya. Ayat orang pengecut bila takut kehilangan sesuatu. Apa dia ingat, dia Tuhan nak tentukan kebahagiaan orang lain?

“Kalau dia sayangkan awak, awak tak patut risau pun. Melihatkan awak sekarang ini, seperti awak ketakutan ditinggalkan dia. Kenapa? Dah kecut perut? Tak boleh nak bayangkan bagaimana mahu hidup tanpa dia?”

“Jangan nak banyak songehlah. Aku cuma tak nak kau masuk campur dalam perkahwinan kami. Selain itu, aku akan pastikan hanya aku yang layak dapat Fakrul. Tak ada perempuan lain yang dapat memiliki Fakrul. Dengar itu!”

Obsession… not good actually. Sebab obses boleh kawal diri awak, Sarafina. Awak tak tahu seteruk mana obses boleh bawa diri awak,” nasihat Azyah sekadar dua puluh sen.

“Kalau obses boleh buatkan aku miliki Fakrul, why not?”

I guess, you have mental iilness too. Better check up yourself.

“Ya, aku memang ada masalah mental. Ini semua sebab kau. Kau rampas Fakrul daripada aku! Kau tahu tak!”

Pang! Tangan Azyah menampar kuat pipi Sarafina.

“Kau jangan nak putar belitkan cerita. Yang rampas dia adalah kau. Kau itu adalah perampas, betina!” Hilang sudah sabar Azyah setelah dengan beraninya Sarafina melabel dia begitu.

“Beraninya kau tampar aku? Kau ingat aku siapa? Kau tak ada hak nak sentuh aku!”

“Kalau penampar yang aku berikan ini masih belum cukup untuk buat kau sedar, kau memang bodoh!”

Sarafina cuba menarik tudung Azyah namun berjaya ditepis. Terjatuh Sarafina di lantai tanah dan mengaduh kesakitan.

“Dengar sini… Permainan kotor yang kau cuba mainkan ini akan berakhir. Sama ada sekejap atau lama.” Azyah beredar pergi dari situ. Tak mahu buang masa lagi.

Melihat perempuan tak guna itu pergi, Sarafina mendongkol geram. Dia bangun dan perlahan-lahan mengikuti Azyah. Azyah yang berdiri di perhentian bas menunggu teksi untuk pulang, tidak sedar kewujudan Sarafina dari belakang.

Dengan pantas, Sarafina menarik baju Azyah, sengaja mahu cari gaduh. Mereka mula menarik dan menolak antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu kalah. Tanpa sengaja, Sarafina tertolak Azyah ke tengah jalan sehingga Azyah jatuh berguling.

Ketika itu, perutnya terasa sakit yang amat. Dia mengaduh kuat, meminta tolong. Perlahan-lahan, dia bangkit dan cuba berjalan walaupun payah rasanya.

Sarafina dari jauh hanya mampu memerhati, ketakutan. Kemudian, tidak lama itu ada sebuah kereta mendekati Azyah di jalan. Dan…

Gedebum!

Mata Sarafina seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia lihat. Babak yang menggerunkan itu tidak mampu dia padam dari ingatannya sampai bila-bila.

“Tolong… To… long…” Lemah suara Azyah meminta tolong. Matanya kabur melihat Sarafina yang hanya berdiri kaku di tepi jalan namun tidak membantunya. Hanya wanita itu sahaja yang Azyah harapkan untuk membantunya.

Pada masa yang sama, kereta yang melanggar Azyah tadi terbabas terkena pada pokok besar di tepi jalan. Kereta itu berasap. Sarafina yang menggigil ketakutan, segera meninggalkan tempat kejadian. Tidak mahu terlibat dalam kes itu.

Sarafina menuju ke keretanya. Kelam-kabut dia membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Sepanjang di dalam kereta, kepalanya tunduk dan mukanya berpeluh-peluh. Memori itu terus bermain di layar fikirannya.

Apa yang akan terjadi kepadanya kelak?


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.