Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
43,189
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

“Harith,lambat balik? Dari ofis ke?” Datuk Ilyas menegur sebaik sahaja wajah anaknyamuncul di muka pintu. Sayf Harith menyimpan kasut di dalam almari dan terusmendekati Datuk Ilyas di ruang tamu.

“Dariofis lah daddy. Kalau bukan ofis, dari mana lagi?” Sayf Harith menghenyakpunggung di atas sofa tunggal yang bertentangan dengan Datuk Ilyas. Datuk Ilyasbatalkan niat untuk sambung membaca. Sayf Harith mengeluarkan dompet dantelefon pintar daripada kocek seluar lalu diletakkan di atas meja.

“Harithnak air?” Mak Leha menegur.

SayfHarith memalingkan kepala ke arah pembantu rumahnya yang telah berkhidmat lebihdaripada 30 tahun. Sayf Harith senyum nipis.

“Takapa Mak Leha. Kalau Harith haus, nanti Harith ambil sendiri. Mak Leha pergilahrehat.”

MakLeha mengangguk kecil. Belum sempat kaki mahu melangkah untuk masuk ke dapursemula, namanya dilaung.

“MakLeha, buatkan saya air!”

Tatkalamendengar suara itu, Sayf Harith mencapai telefon pintarnya. Dia malas nakmenghadap muka adik tirinya, Syaiful Hadif!

“BaikTuan.” Tanpa membuang masa, Mak Leha terus masuk ke dapur.

“Eh?Harith dah balik?” Syaiful Hadif mengambil tempat duduk di sebelah Datuk Ilyas.

SayfHarith tidak mengendahkan teguran Syaiful Hadif. Matanya melekat di skrintelefon. Tidak sampai lima minit, Mak Leha muncul membawa tiga gelas air jusoren.

“MakLeha, tadi Harith dah cakap...nanti Harith boleh ambil sendiri?” Sayf Harithbangun untuk mengambil dulang dari tangan Mak leha.

“Alahtak apa! Dah terlanjur buat air ni, Mak Leha buat untuk Harith dan Datuksekali.”

Dulangair sudah bertukar tangan.

“MakLeha, pergi berehat. Nanti Harith akan angkat gelas ni ke dapur.” Sayf Harithsenyum manis sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya.

“Kalaumacam tu, Mak Leha masuk berehat. Kalau perlukan apa-apa, panggil Mak Leha dibilik ya?”

SyaifulHadif meluat melihat sikap Sayf Harith yang terlebih ramah itu. Kononnya mahutunjuk baik lah!

“Hadif,persiapan untuk majlis nikah dan resepsi ada apa-apa masalah? Kalau ada yangkurang, beritahu daddy.”

“MakIka akan bantu untuk uruskan semuanya. Daddy tak perlu risau. Hadif rasa semuadah beres, tinggal nak edarkan kad jemputan je.” Syaiful Hadif melirik ekormatanya ke Sayf Harith. Sayf Harith selamba menguap kuat. Tanda dia tidakberminat!

“Baguslahmacam tu. Yalah, kita tak ada orang perempuan untuk buat hal kerja kahwin ni.Nasib baik mak Ika sudi membantu.” Datuk Ilyas menghela nafas. Tak sangkahidupnya kini hanya ditemankan dengan dua anak lelaki. Dua anak lelaki yangdilahirkan oleh dua wanita yang berbeza. Siapa sangka takdir hidupnya serumitini?

“MemandangkanHarith dan Hadif ada kat sini, daddy ada satu perkara nak cakap. Tentang ARQ& CO.” Ayat Datuk Ilyas tergantung. Hati Sayf Harith mula tidak rasa enak.

Our shareholders.” Datuk Ilyas berdehemkecil sebelum bersambung. “Mereka semua dah bertanya siapa yang bakal gantitempat daddy kalau apa-apa jadi kat daddy. Umur daddy dah makin meningkat.Untuk setahun dua, daddy mungkin larat lagi.”

“Jadisiapa yang akan ganti tempat daddy?” Syaiful Hadif dengan cepat bertanya.Syaiful Hadif ternyata rasa teruja!

“Daddybelum terfikir lagi. Buat masa ni, kamu berdua bekerja macam biasa. Daddy cumanak beritahu je. Daddy tak nak kamu berdua dengar berita ni dari mulut oranglain.”

DatukIlyas meneguk jus oren sehingga licin.

“Sejakkebelakangan ni, badan daddy cepat rasa penat. Daddy naik atas dulu lah. Dadddynak berehat. Kamu berdua jangan tidur lambat pulak.”

SayfHarith dan Syaiful Hadif sekadar mengangguk kepala.

Sebaiksahaja kelibat Datuk Ilyas sudah hilang dari pandangan mata, Syaiful Hadif kinimengalih perhatian ke abang tirinya.

“Akudengar kau ada staf baru. Siapa dia?”

SayfHarith mencampak telefon pintarnya ke meja. “Kenapa kau nak tahu?”

SyaifulHadif mencebik. “Tanya pun tak boleh ke? Specialsangat ke budak baru kau tu?”

SayfHarith menghabiskan jus orennya. Jari jemarinya bemain-main di permukaan gelasitu.

“Hadif,kau tak payah nak masuk campur dalam urusan aku. Lebih baik kau beriseratus-peratus fokus kat majlis kau...termasuk Mallika sekali. Aku penat nakmelayan perangai Mallika tu! Dah bertunang tapi ada hati nak try lelaki lain.”Sayf Harith ketawa sinis sambil menggeleng kepala.

“Harith!Kau jangan nak melampau!” Syaiful Hadif mula rasa panas.

“Akumalas nak bergaduh dengan kau. Prinsip aku senang. Kau tak kacau hidup aku. Akutak kacau hidup kau! Kau dengan hidup kau. Aku dengan hidup aku! Contohnyamacam sekarang ni...” Sayf Harith bangun dan mencapai dua gelas kosong di atasmeja.

“Akucuci gelas daddy dan gelas aku sendiri dan kau...lepas habis minum, cuci gelassendiri! Jangan anggap diri kau tu bagus sangat! Jangan fikir apa yang kau nakdalam hidup ni, kau akan dapat. Sedarlah diri tu sikit! Kau tu anak...”

Shut up Harith!” bibir Syaiful Hadifberketar-ketar. Kemarahan sudah naik ke atas kepala. Sayf Harith tersenyum melihatSyaiful Hadif cepat melatah. Sayf Harith sengaja nak sakitkan hati adiktirinya. Sayf Harith meninggalkan Syaiful Hadif seorang diri di ruang tamu.

 Masih terngiang-ngiang di kepala Syaiful Hadifsetiap bait yang keluar dari mulut abang tirinya. Syaiful Hadif mengempalpenumbuk. Hati rasa sakit bila Sayf Harith sengaja mengungkit sejarah silamnya.

Akubenci kau Sayf Harith! Kau tak patut hidup kat dunia ni!

***

Seusaisolat isyak, Sayf Harith merebahkan badannya ke katil sambil kepala mendongakke siling. Kedua tangan diletak di bawah kepala. Jika diselam ke dasar hati,Sayf Harith rasa perit setiapkali dia bertekak dengan Syaiful Hadif.

Terimbaukenangan lama yang penuh dengan kedukaan. Masih segar di ingatan sewaktu SayfHarith berumur sepuluh tahun, Datuk Ilyas membawa pulang seorang wanita bersamaanak lelaki berumur lapan tahun. Rupa-rupanya, Datuk Ilyas berkahwin secarasenyap dengan wanita bernama Rosita yang berstatus janda anak satu.

Betaparemuknya hati Sayf Harith kerana menjadi saksi untuk setiap airmata yangmengalir dari mata ibunya, Sharifah Aqilah. Sharifah Aqilah rasa tertekan dengankecurangan suaminya dan dalam masa yang sama, dia sedang berlawan dengan kansertulang. Alasan Datuk Ilyas sangat mudah! Mengahwini Rosita kerana inginmelindungi wanita tersebut.

SharifahAqilah meninggal dunia setahun kemudian. Hilang seorang ibu membuat sebahagianSayf Harith menderita. Ditambah pula dengan Datuk Ilyas yang banyak meluangkanmasa dengan Rosita dan anaknya, Syaiful Hadif.

SayfHarith dihurung rasa sedih. Hanya atuknya, Syed Al-Arqam tempat dia bermanja.

Allahingin menguji sekali lagi. Syed Al-Arqam meninggal dunia. Bila Allah menghantarujian buat kali kedua, hancurnya hati Sayf Harith hanya Allah saja yang tahu.

SayfHarith mengeluh kecil. Sayf Harith menukar posisi. Kaki dilunjurkan ke bawah.

SayfHarith pernah cuba untuk mendekati Rosita dan Syaiful Hadif tetapi kehadirannyatidak dipedulikan. Syaiful Hadif tidak boleh terima kewujudan Sayf Harithsebagai abang tirinya. Bahkan, Syaiful Hadif akan sengaja mencari masalah danmenggunakan Sayf Harith sebagai kambing hitamnya.

SayfHarith meraup rambut ke belakang. Tangannya menyentuh rambutnya yang panjang.Sayf Harith tersenyum kecil. Kalau ummi masih hidup, mesti rambutnya akandipotong. Sayf Harith sengaja membela rambut panjang dengan  niat untuk memberontak. Tetapi Datuk Ilyastak kisah langsung! Kadangkala terdetik di dalam hati. Mengapa dirinya dilayanseperti anak tiri sedangkan dia adalah anak kandung Datuk Ilyas, bukan SyaifulHadif!

SayfHarith beristighfar berkali-kali di dalam hati. Hasutan syaitan dihalaujauh-jauh. Kalau boleh, dia tak mahu berdendam dengan Syaiful Hadif. Yangpenting, dia harus bijak menjaga dirinya sendiri dan pastikan tiada orangmenikamnya dari belakang!

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q