* Versi rakaman suara di SoundCloud:
https://on.soundcloud.com/sGfzBHj5bDx2zKnr7
* Video diupload di TikTok untuk cabaran tahun lepas tapi, lepas tu, diprivatekan.
Jom Unite ~
Assalamualaikum, ku ucapkan. Permulaan!
Berat sama dipikul. Cuba ringankan beban.
Selagi masih ada hayat dikandung badan.
Sebelum kita semua akan pakai kain kafan!
Jom Unite! Saling memberikan sokongan.
Bersatu kita teguh! Barulah dapat bertahan
jalani kehidupan walaupun rasa tertekan.
Kejayaaan akan dicapai selepas kegagalan!
Adab dan budi bahasa tidak ditelan zaman.
Kita semua hendaklah memainkan peranan,
jika mahu terus maju menuju masa depan,
kerana kehidupan memang penuh cabaran!
Mesti teruskan hidup walau adakala bosan.
Marilah kita eratkan lagi tali persahabatan.
Marilah kita bersatu dalam satu perpaduan.
Janganlah bermusuh. Mari kita berkawan!
© Nuansa Embun