-ur ~
Hidup ini perlu saling membantu macam aur
dengan tebing. Rendah-diri, jangan takbur.
Bila *orang ugut nak buat hidup aku hancur,
aku tak balas. Biar Allah balas. Dia akan undur
diri, akhirnya. Aku dah jadi malas nak tegur
perangai orang toksik. Air mata aku gugur
sebab dia. Takpelah. Biar dia bazir air-liur,
macam anjing menyalak bukit sampai kejur
lidah. Daripada layan, lagi baik bertafakur.
Allah SWT yang susun kita semua punya alur
cerita dalam hidup. Jodoh, ajal; pada umur
berapa, Allah yang tahu. Harap Allah bagi Nur
hidayah pada dia, agar dia sedar. Api dapur.
Itulah kemarahan dia. Tiada sifat tolak-ansur.
Hati dia nak kena basuh dengan peluntur.
Hati dia nak kena dilembutkan agar lentur,
baru jiwa dia tenang. Sebab daripada tutur-
bahasanya macam orang yang jiwa uzur.
*AA