-ir ~
Ke dunia, kita hadir.
Pepatah: Rasam air
ke air. Cari sempurna, akhir
nya kecewa. Tidak ada lahir
sempurna. Malah, yang hampir
sempurna tidak ada. Jangan bazir
masa cari sempurna. Di sebalik tabir,
gadis2 diperkosa. Masa Silam Gelap terukir.
Di sebalik kelopak mata, macam langsir,
air mata yang begitu deras mengalir.
Jangan nilai orang lain secara zahir
sehingga menghina. Jangan salah tafsir.
Jiwa tersiksa, tersenyum di bibir.
Fikiran runsing. Jalan mundar-mandir.
Tetapi, tidak menyalahkan takdir.
Sebab takut menjadi murtad, kafir.
Zaman fitnah dan ghibah. Dunia mcm banjir
yang melemaskan. Semakin rasa tercicir
semakin diri rasa tersingkir.
Ghurur, penyakit hati. Segelintir
rasa diri hebat. Kita insan kerdil. Masa petir
kilat, terkejut takut. Lebih baik terpinggir,
jadi golongan Ghuraba, terasing. Musafir
berdakwah di jalan Allah. Takbir...
dilaung. Hati ingat Allah, mulut berzikir.
Kita akan mati nanti, ditimbus pasir.
Lalu, disoal malaikat Munkar dan Nakir.
Adakah pada waktu itu, kita dapat fikir
jawapan betul? Adakah kita akan cair
di Padang Mahsyar yg terik? Jika taknak diusir
ke neraka, maka, janji dgn Nya jgn dimungkir.
© Nuansa Embun