-at ~
Wo pu se hwai ren. Aku tidak jahat.
Tidak pula baik sangat. Bukan hebat.
Lompat kerja; Bukan sengaja loncat.
Harap puisiku penuh dengan isi, padat.
Jika ada yang kurang, tak cukup sifat,
jangan mengkritik dengan penuh ligat.
Daripada kutuk, tak perlu komen. Lihat...
diri kita adakah jiwa juga sihat walafiat?
Aku mimpi hampir terjatuh, lalu, panjat.
Ia cuma mainan tidur. Setan menyakat.
Tiang agama mesti kita bina, iaitu solat.
Kini akhir zaman. Semakin dekat kiamat.
Kerja bertimbun banyak. Sibuk dan penat.
Membuatkan kita berasa ingin mati cepat.
Sebab kita rasa macam sudah tidak larat,
kerana menderita. Air mata deras dikesat,
apa yang dirasa di hati cuba disimpan ketat.
Mengadu pada Allah. Dia tak pernah meluat
macam manusia. Luka hati akan Dia rawat.
Fitnah & ghibah pada akhir zaman yg dasyat.
Harap ke syurga. Makanan, minuman lazat.
© Nuansa Embun
@ Nuruliffa Emirah
@ Niu Ru Yifei Eu-meh
(Sy kcukn Cina, tp, ni nama sy reka.)