Home Alternatif Komedi/Romantik Komedi Precious Day
Precious Day
ae0907
4/5/2022 21:26:17
3,179
Kategori: Alternatif
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

"Bella, jom kita pergi kedai Mak Lang! Saya lapar!" ajak Aira sembari menarik lengan Bella yang sedang duduk malas di bangku berhampiran pintu pagar sekolah. Bukan mereka sahaja yang berada di situ melainkan belasan pelajar yang terlihat menunggu ibubapa atau penjaga mereka mengambil mereka untuk pulang ke sekolah.

Bukan hanya Bella dan Aira sahaja yang belum pulang, Dhiya, Aisha dan Kaira pula masih berada di sekolah kerana menghadiri mesyuarat pengawas.

"Ala, saya penat lah. Matahari tengah terik ni, nanti hitam macam dayang senandung. Cukup la masa Camping je papa saya cakap macam tu kat saya!" canggah Bella dengan nada yang cukup dramatis.

Camping merupakan acara tahunan sekolah dan ianya tidak ubah seperti program ketenteraan yang diadakan selama tiga hari dua malam di sebuah kawasan perkhemahan luar sekolah. Dan acara itu sangatlah tidak disukai dan menjadi program yang paling anti oleh majoriti pelajar perempuan senior yang rajin menjaga dan merawat muka mereka kerana banyak aktiviti lasak. Mahu tidak mahu, mereka wajib menyertai jika tidak mahu nama mereka tersenarai dalam borang disiplin sekolah.

"Eleh! Setakat tiga hari je hitam dah jadi putih jugak! Ala, sekejap je ni! Saya belanja awak ayam goreng dan maggi goreng nak? Awak suka kan? Jomlah... saya nak beli air green tea ni. Teringin...," pujuk Aira lagi. Matanya dibulatkan kerana dia tahu Bella akan luluh dengan puppy eyes miliknya.

"Yalah! Ingat comel ke buat macam tu huh? Saya pergi pun sebab awak nak belanja okey?" Bella mengalah jua. Kalau dibiarkan, Aira akan semakin mengusiknya dan itu membuatkan kehidupannya di bangku meskipun beberapa jam tidak tenteram.

"Yeah! Biar habis duit asalkan ada yang teman!" Aira tersenyum senang lalu berjalan riang diikuti Bella yang hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Sepanjang perjalanan menuju ke kedai Mak Lang, Aira dan Bella berbual sakan untuk menghilangkan rasa bosan kerana jaraknya terletak bersebelahan dengan area sekolah.

"Awak ingat tak masa kita sertai camping masa form one?" tanya Aira setelah mereka menghabiskan satu topik perbualan.

"Ingat je. Kenapa?"

"Saya kan sekumpulan dengan Dhiya kan masa tu. Dan kami punya ketua kumpulan tu baik sangat! Kami punya khemah masa tu pun kecik dan dia tidur kat luar even penuh nyamuk. Esok hari tu, muka dan tangan dia penuh bintik merah sebab kena gigit nyamuk." cerita Aira dengan nada sedih.

"Oh, saya pernah dengar cerita ni dari seorang ketua kumpulan saya juga masa tu. Cuma ingat dia kata, 'kenapa muka ni?'. Ha macam tu," balas Bella.

"Haih, tapi lepas kita naik form two, semua senior tak sporting kan? Senyum je mesti dia jeling. Kalau dieorang senyum, kita tak balas dieorang mengata pula!" ucap Aira geram.

"Oh ye ke? Bila masa?"

"Saya pernah kena tegur dengan seorang senior ni time saya form two. Saya ada cerita lagi tak ke awak pasal ni?"

Bella menggeleng. "Tak ingat lah pula. Sambung je cerita,"

"Saya mana lah tahu dia senyum kat saya sebab masa tu saya on the way nak masuk kelas sebab lambat sampai. Rehat tu, saya terdengar dia mengumpat ada junior yang tak senyum dekat dia dan anggap saya sombong! Ish! Ada ke patut? Ingat dia siapa?" dengus Aira dengan kesal membuatkan Bella terkekeh kecil.

"Ala, senior tu nak attention awak la tu. Muka lawa dah, sebab tu dia terasa awak tak senyum dekat dia," ucap Bella asal.

"Haah, betul juga. Cantik sangat ke saya ni sampaikan orang nak senyum dari saya?" tanya Aira sembari tersengih membuatkan Bella ingin menyesali ucapannya.

"Hum, betul rasanya. Sampaikan si Adam tu pun tak henti-henti crush kat awak," usik Bella.

Aira mendengus. "Saya rasa mesti awak dengan Wafiy sesuai,"

"Eh, eh! Tiba-tiba tukar topik ni? Topik kita lain okey?"

Aira tertawa. "Hehe, tiba-tiba terkeluar secara random."

Bella mencebik. "Dah, dah. Tapi serius ya awak belanja saya hari ni!"

"Hum. Rasanya nak tukar fikiran," Aira tergelak kecil.

"No, no! Saya kena dapatkan ayam dan maggi goreng tu cepat! Takut habis!"

Melihat langkah Bella yang agak cepat membuatkan Aira terpaksa mengikuti langkahnya. Namun apa yang dilihat dari jauh membuatkan Aira sedikit terkejut dan cuba memanggil Bella sehingga gadis itu terlanggar seseorang.

****

"Kau kena cuba ayam kat sini, Fiy. Rasanya seperti anda menjadi ironman." Jiyad dan Hafiz sibuk memilih beberapa ketul ayam dan beberapa makanan lain. Meskipun suasana gerai agak ramai namun mereka terlihat santai kerana mereka adalah senior di situ.

"Sedap dari KFC?" tanya Wafiy selamba.

"Haah, sedap dari orang sebelah lagi." Gurau Jiyad, matanya melirik ke arah Hafiz yang menatapnya sinis.

Wafiy hanya mengulum mulut menahan tawa. Dia juga tahu Hafiz dipanggil dengan panggilan itu daripada Adam. Maklumlah, mulut Adam yang heboh itu suka membuat suasana menjadi riuh dan ceria. Namun sebab apa dipanggil, dia tidak tahu.

"Kau jangan nak jadi macam Adam eh. Cukup la mamat tu sorang gelarkan aku tak henti-henti."

"Halah, dah jadi edisi turun temurun kan," Jiyad terkekeh. "Ha, Wafiy. Kau dah cuba air tu?"

Wafiy menoleh ke arah yang dimaksudkan. "Tak, aku tak berapa minat green tea. Aku lebih suka air buah,"

Hafiz mengernyit bingung. "Air buah apa? Air epal?"

"Air oren? Air strawberi?"

"Air tembikai," jawab Wafiy.

"Oh," Jiyad mengangguk manakala Hafiz cuba meneliti sesesuatu pada Wafiy.

"Obses sangat ke dengan tembikai? Pasalnya beg kau pun dah macam buah tembikai," tutur Hafiz membuatkan Wafiy menghela nafas.

"Adik sepupu aku punya. Dia tertinggal kat bilik aku minggu lepas masa mak saudara aku datang melawat. So aku guna je la," jelas Wafiy.

"Tapi kat sini ada jual air green tea, teh, milo dan cola." Kata Jiyad.

"Aku amik cola,"

"Okeh..."

Wafiy mencekak pinggangnya. Suasana yang agak ramai membuatkan persekitarannya agak sesak. Tambahan pula cuaca petang yang agak terik. Dia kemudian berinsiatif untuk berada jauh sedikit namun entah mengapa dia berasa dia berlanggar dengan seseorang.

"Aduh!"

Wafiy terkejut. Suara itu tidaklah terlalu kuat dan tidak membuatkan pelajar yang sibuk membeli mengalihkan pandangan kepada mereka.

"Aish!" Wafiy menoleh ke belakang dan mendapati seorang gadis yang sangat dia ingin hindari.

"Kau?"

****

"Bella! Hati-hati!"

Aira cuba menahan Bella namun disebabkan keterujaan gadis bernama Bella itu mendapatkan ayam dan maggi goreng, akhirnya membuatkan gadis itu terlanggar tubuh seseorang yang entah tiba-tiba berada di situ.

"Aduh!" Bella mengosok kepalanya dan cuba menatap ke arah gerangan yang sudah merosakkan kejetakan tudungnya.

"Kau?"

Tunggu. Bella kenal suara ini.

"Kau lagi?"

Bella menatap Wafiy yang kini menatapnya dengan pandangan yang tidak puas hati.

"Eh, minah. Kenapa kau selalu ada dekat aku? Kau minat aku eh?" Wafiy mencekak pinggangnya membuatkan Bella ternganga. Dirinya sendiri tidak tahu kenapa perkataan itu spontan keluar dari mulutnya

"Wah, wah. Tahap keperasaan kau melebihi Darmin, okey itu agak melampau. Ee, jangan nak perasan! Dan aku tak ada masa nak dekat-dekat dengan kau," seloroh Bella menunjukkan reaksi geli.

Wafiy tertawa sarkastik. Dia sendiripun sedikit berasa hairan kenapa dia berkata begitu.

"Heboh juga kau eh,"

"Dah tu, pergi la festival jom heboh."

Bicara Bella membuatkan beberapa junior yang melalui mereka tertawa. Wafiy pula terlihat melongo mendengar ayat spontan yang keluar dari mulut Bella.

Belum sempat Wafiy mengatakan apapun, tiba-tiba terdengar suara berseloroh.

"Eh, makguard!"

Mata Bella sedikit membulat apabila melihat Hafiz dan Jiyad turut berada di situ.

"Makguard?" Wafiy mengerutkan dahinya.

"Kau tak tahu? Makguard tu nickname dia paling hot." Jelas Hafiz sembari tersenyum sinis ke arah Bella yang menatapnya tajam.

"Eleh, kau pun apa kurangnya, chicken?" bidas Bella sembari memeluk tubuh.

"Huish, jangan kacau moodmaker kelas kita. Tak heboh kelas esok," ucap Jiyad dengan kekehan.

"Oh... makguard." Wafiy menganggukkan kepalanya. "Asal buruk sangat nickname tu? Persis tuan badan,"

Bella menyipitkan matanya ke arah Wafiy dan menghentikannya pandangannya ke arah sesuatu.

"Kau kenal Bella?" soal Jiyad.

"Baru sekarang," jelas Wafiy.

"Wah, serius? Ada hubungan dengan makguard? Hubungan teman lama yang saling suka menyukai like drama-drama Melayu pukul tujuh?" tanya Hafiz teruja.

"Dah, dah. Pergi sana! Pasu! Ayam! Tembikai!" celah Bella yang sedari tadi hanya diam kerana memikirkan sesuatu.

Ketiga remaja itu mengerutkan dahinya hairan. "Tembikai? Siapa tu?"

Bella menunjukkan Wafiy.

"Asal aku?"

"Beg kau," kata Bella lalu beredar menuju ke arah Aira yang sedari tadi sudahpun siap membeli di sana.

Manakala Jiyad dan Hafiz tertawa terbahak-bahak sambil menepuk beg bercorak tembikai yang dipakai Wafiy.

"Tak guna," Wafiy mendengus sambil matanya menatap ke arah Bella yang menjelirkan lidah ke arahnya.

****

Suasana di kawasan pondok yang tidak jauh dari pantai malam itu terdengar riuh dengan gelak tawa para remaja yang sedang bergurau sakan. Namun, di antara mereka hanya ada seorang sahaja yang tidak ikut serta ketawa bersama dan berwajah datar. Orang itu ialah Wafiy Haris.

"Serius la? Kelakar weh!"

Rasanya Wafiy menyesali keputusannya untuk bergabung bersama rakan-rakan barunya yang baru dikenal beberapa hari. Kalau bukan kerana kes petang tadi, dia tidak akan berwajah datar sebegini kerana rakan-rakannya itu sedang tertawa dengan nama panggilan barunya.

"First time ada orang panggil dengan nama buah setakat ni. Dan, kau orang pertama." Arfan terkekeh. Antara mereka, hanya dirinya sahaja yang tidak terlalu banyak ketawa.

"Kalau korang rasa tak ada topik lain nak bincang, aku nak blah." ujar Wafiy malas. Lantaklah tembikai ke tembisu ke, dia malas mahu membahasnya.

"Ala, budak baru tak sporting!" sahut Adam dengan sisa tawanya.

"Dah, dah! Aku ada topik baru!" Jiyad mula membetulkan posisinya dari berbaring.

"Apa?" tanya Atiq.

"Apa pendapat korang pasal kahwin muda?"

Mendengar topik itu membuatkan kesemua mereka mengernyit hairan.

"Asal tiba-tiba je ni? Setahu aku geng perempuan je suka topik macam ni," tanya Hafiz.

"Uish, macam mana kau tahu?" usik Arfan.

"Taklah. Aku dengar mak, kakak dan sepupu perempuan aku bincang pasal kahwin-kahwin muda ni," ujar Hafiz.

"Hum..."

"Jadi macam mana? Apa pendapat korang?" tanya Jiyad final.

"Nak pendapat macam mana? Macam... Perlu ke kahwin muda ni? Asal? Kau nak kahwin awal ke?" tanya Wafiy ragu.

"Jiyad ada calon dah ke? Lepas SPM nanti kau nak kahwin?" Adam mula heboh.

Jiyad memutar malas bola matanya. "Ini la sebabnya aku malas nak minta pendapat korang ni,"

Bicara Jiyad membuatkan mereka tertawa seketika.

"Alololo, jangan merajuk! Meh, aku beri pendapat." balas Adam lalu berdehem.

"Bagi aku la, kahwin muda ni ada baik ada buruk. Kalau dia kahwin sebab 'sesuatu yang akan mengikat', macam hubungan luar nikah mungkin ada baiknya untuk dilakukan. Dengan syarat haruslah tanggungjawab. Tapi, kalau lah orang tu tak faham lagi agama ataupun perkara itu dilakukan dalam keadaan tak sedar, kau rasa perlu ke dia bertanggungjawab?"

"Perlu. Sebab sang anak perlukan ayah dia. Benda dah jadi, nak tak nak kena bertanggungjawab. Boleh belajar selama tu," jawab Wafiy cepat.

"Ni pendapat aku la, selain point Adam, macam orang zaman sekarang kahwin muda kan, mungkin ada baiknya bagi orang yang dah faham agama, pendapatan cukup, mampu ada rumah sendiri dan pandai urus kewangan keluarga. Kalau nak kahwin muda alasan nak sweet-sweet sebab tak boleh couple, hum, better tak payah." jelas Arfan.

"Haah. Sekarang ni pun ramai yang cerai tak kira kahwin muda ataupun kahwin pertengahan umur. Sebabnya, kes curang, suami baran, isteri yang marah-marah. Pendapatan keluarga tak stabil, anak-anak nakal. Dan, ada yang kahwin semata-mata nafsu belaka." balas Atiq.

"Tapi, itu semua ujian yang Allah SWT turunkan untuk sesebuah keluarga. Cuma atas kita nak hadapi macam mana," sahut Hafiz.

"Okey, secara kesimpulannya. Kahwin muda ni ada baik dan ada buruknya. Tapi, atas seseorang la nak hadapinya macam mana. Kalau rasa diri tak mampu, cari kerja atau fokus pada keluarga. Kalau yang dah mampu, boleh la berbuat demikian. Kalau jadi suami, ada tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sekian...," simpul Jiyad akhirnya.

"By the way, kenapa kau tanya pasal ni Jiyad?" tanya Wafiy.

"Entah lah. Cuma je terlintas dalam otak aku," ucap Jiyad.

"Dia macam tiber, gitu..." sampuk Atiq terkekeh.

"Kata je la kau dah ready nak kahwin muda," Adam mula mengusik.

"Erkk!"

Setelah itu, mereka menyambung perbualan dengan beberapa topik yang berbeza sehingga malam semakin larut. Mereka kemudian menaiki motor masing-masing dan meninggalkan kawasan itu dengan riuh dan gelak tawa.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.