Home Alternatif Komedi/Romantik Komedi Precious Day
Precious Day
ae0907
4/5/2022 21:26:17
3,181
Kategori: Alternatif
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

Sedar atau tidak, sekarang sudah pun masuk bulan kedua sesi persekolahan. Dan ya, Wafiy masuk pada minggu ketiga sekolah dibuka dan jadinya dia hampir terbiasa dengan beberapa aktiviti sekolah meskipun baru baginya. Serta beberapa kejadian termasuk ketika dirinya diberi nama 'Tembikai' oleh Bella, panggilan itu menjadi terbiasa. Mahu membantah, rakan-rakannya tidak akan segan memanggilnya dengan perkataan Melon. Lagipula, itu sudah menjadi tradisi mereka, jika ada nama baharu yang di antara mereka, akan dipanggil juga meskipun dengan sengaja atau tidak sengaja.

Dan pada hari itu juga usai perhimpunan pagi, semua pelajar telah dimaklumkan mengenai perjumpaan rumah sukan pada jam terakhir kelas.

"Huih, Melon! Jom! Kita pergi perjumpaan!" Adam memaut bahu Wafiy yang baru sahaja menyandang begnya. Loceng akhir baru sahaja berdering dan terdengar riuh para pelajar yang lain menuju ke tempat perjumpaan mengikut rumah sukan masing-masing.

"Rumah kita kat mana?" soal Wafiy.

"Kat Taman Busut kan?" jawab Adam selamba membuatkan Wafiy menghela nafas sejenak. Selain Bella, agaknya Adam yang akan menjadi penyebab utama dia masuk ke hospital sakit jiwa.

"Serius la!" Wafiy mendecak.

"Eh, serius la apa yang aku cakap. Kau tu, penggunaan ayat bahasa Melayu tak betul. Aku ni bukan orang Melayu sejati pun tahu selok-belok penggunaan ayat berkat cikgu Zuliani. Ha, tu la orang fokus belajar duk curi-curi pandang Bella."

Wafiy menghempuk belakang Adam. "Jangan nak reka cerita bodoh,"

Adam menyengir. "Hidup kena chill, Fiy. Zaman sekolah ni lah nak gurau bodoh-bodoh. Mana tahu lepas SPM takleh lepak sebab ada bini kat rumah."

"Awal betul kau! Dah la! Cepat! Nanti cikgu dah datang! Layan kerenah kau aku rasa aku gila dulu."

Adam ketawa. "Yalah! Lagipun crush aku menunggu kat sana!"

"Betulkan otak kau dulu. Ada hati nak crush," Wafiy mencebik.

"Aku hensem, so kau diam,"

"Ngek!"

Adam terbahak. Selain rakan-rakannya yang lain, Wafiy lah yang sentiasa sabar dan selalu melayan kerenahnya. Itu lah penyebab utama kenapa dia lebih suka mengusik dan membuat loyar buruk pada Wafiy.

****

Bella menghela nafas sambil menggoyangkan sedikit kakinya. Dia duduk di kerumunan kerusi yang hanya diduduki oleh para senior. Manakala pelajar bawah tingkatan empat terpaksa duduk di lantai kerana askes kemudahan untuk duduk tidak mencukupi. Ya, rumah Kuning memilih lokasi kelas tingkatan lima memandangkan ketua rumah sukan mereka adalah ketua pelajar tingkatan lima.

Tidak hanya Bella, ada beberapa rakan sekelas yang cukup dia rapat bernama Hayati dan Amirah. Aira dan rakan yang lain berbeza rumah dengannya. Meskipun berlainan rumah, Bella tidak keseorangan kerana perilakunya yang ramah, dapat menarik ramai orang untuk beramah mesra dengannya.

"Ee, saya tak sabar nak masuk lumba lari," ucap Hayati sembari mengenggam jemari tangannya.

Bella menghela nafasnya sejenak. Dia teringatkan perbualannya bersama Aira sebelum menghadiri perjumpaan.

"Awak masuk bola jaring tau nanti! Boleh kita main sama-sama!"

Bella mengidik ngeri. Bukan dia tidak tahu pasukan bola jaring yang sering menghantui rumah lain yang lain tidak bukan adalah pasukan rumah Aira iaitu rumah Merah. Pasukan bola jaringnya yang memenangi kejuaraan bola jaring selama tiga tahun berturut-turut. Bukan Aira sahaja, Kaira dan Dhiya juga merupakan pemain 'tajam' yang memegang posisi GA dan WA. Aira pula? Gadis itu lah yang memegang posisi paling kuat iaitu GS. Sudah hampir puluhan gol yang dijaringkannya. Pernah dia menjaringkan bola sebanyak 12-0 ketika bertemu rumah kuning ketika tingkatan dua.

Bella masih ingat bagaimana tegas dan semangatnya trio itu ketika kaki mereka menginjak ke dalam gelanggang bola jaring. Aura mereka daripada ayu bertukar menjadi singa sekelip mata. Bahkan tangkapan bola, larian dan jaringan sangatlah tidak boleh dirungkaikan dengan kata-kata lagi.

Uish, mengingati hal itu sahaja membuatkan Bella menjadi takut. Meskipun ianya permainan, namun masa di padangnya pertarungan menjadi sengit seperti pertarungan kalah mati.

Okey, ayat terakhir mungkin agak berlebihan.

"Eh, Bell. Kakak awak dah datang." Amirah mencuit lengan Bella membuatkan gadis itu tersedar dari lamunannya. Dia menoleh ke arah seorang senior dengan wajah yang agak datar menuju ke hadapan kelas sembari memegang kapur. Turut bersama beberapa orang senior yang merupakan rakannya.

Siapa tidak kenal dengan senior yang bernama Safira itu? Selain wajahnya yang datar, dia juga mempunyai suara yang lantang. Tetapi selantang-lantangnya, gadis itu merupakan pelajar cemerlang subjek Sejarah dan menjadi murid kesayangan guru subjek itu.

"Suka hati je kata dia tu kakak saya," Bella mendengus.

"Elele, bukan awak yang mengaku dia kacak," Hayati mula mengungkit kisah lama sembari terkekeh.

"Yak! Awak semua dare saya kan masa tu!"

Bella ingat lagi. Adik kepada senior Safira yang bernama Safar itu pernah berada di dalam kelas mereka selama tiga minggu sementara menunggu keputusan kemasukan di institut kemahiran yang dimohonnya ketika tingkatan tiga. Sepanjang Safar berada di dalam kelas, lelaki itu tampak baik dan sering tersenyum ramah kepada semua orang. Sehinggalah pada suatu hari, ketika ada seorang guru bercuti dan semua pelajar perempuan bermain truth or dare. Mereka berkumpul di ruang belakang kelas secara bulatan.

"Ha, Bella! Awak kena! Nak truth ke dare?" heboh Aira sebaik sahaja pen yang diputar menunjuk tepat ke arah Bella yang tampak pasrah. Walhal, dialah yang paling semangat jika rakannya terkena tadi.

"Ish! Nak dare!" balas Bella cepat.

Mereka semua tersenyum nakal dan mula menatap ke arah Bella serentak.

Aisha tersenyum nakal. "Sekarang, kiteorang nak awak jerit 'Safar kacak' kuat-kuat biar dia berpaling kat sini."

Bella membulatkan matanya. "Gila! Tak nak la!"

"Eh mana ada! Awak lagi teruk tau tadi suruh saya pergi ketuk pintu kelas form four!" ujar Aira tidak puas hati. Mujurlah ketika itu hanya ada pelajar sahaja, tetapi tetap sahaja Aira malu bukan main.

Bella memejamkan matanya. Kalau dare pasal perkara lain, dia boleh terima. Tapi kalau ini...

"Cepat Bell!"

"Yalah!" sahut Bella sedikit terpaksa. "Ei, tak guna la awak semua!"

Mereka hanya menahan tawa.

"Satu...dua...tiga!" hitung Dhiya.

"Safar kacak!"

Dan semenjak kejadian itu, semua lelaki sekelasnya mengenakannya dengan Safar membuatkan Bella malu sendiri. Mahu heboh pun terpaksa menahan rasa malu. Yang lebih teruk lagi, apabila Safar mula tersenyum-senyum ke arah Bella membuatkan dirinya tidak keruan.

Tetapi semua itu tidak berterusan kerana Safar telahpun berpindah dan ianya menjadikan Bella lega bukan main selama satu tahun. Tetapi, kehadiran si Wafiy pula kembali mengeruhkan keadaan.

"Haha, flashback la tu. Alololo..." usik Amirah dengan tawanya, menyedarkan Bella yang mengelamun.

"Ish, senyap!" Bella mengerucutkan bibirnya membuatkan rakannya yang lain terbahak puas.

"Baiklah. Minta perhatian semua!" suara lantang Safira membuatkan semua ahli sukan rumah Kuning kini fokus ke arahnya.

"Fokus, Bell. Kakak ipar nak cakap something tu," usik Hayati.

"Ish! Diam!" dengus Bella berbisik.

"Hari ini saya akan edarkan borang acara. Setiap ahli digalakkan bermain dua permainan bagi setiap acara,"

Ini yang Bella tidak mahu setiap kali hari sukan. Jika tahun lepas, dia boleh bertoleransi lagi kerana bilangan tingkatan satu hingga tingkatan tiga ramai. Seperti yang berlaku sebelumnya, jika mereka naik ke tingkatan empat, jumlah mereka akan menjadi sedikit kerana ramai di antara mereka berpindah efek markah keputusan PT3. Dan, dia pasti akan dimasukkan ke dalam dua acara.

"Bell. Awak nak masuk acara apa?" soal Hayati setelah dia dan Amirah selesai memasukkan nama mereka ke bahagian olahraga.

Bella melirik ke arah beberapa acara. Semua olahraga sudah pun penuh. Hanya permainan padang sahaja belum.

Bella menghela nafas sejenak. "Saya ambil bola jaring dan memanah,"

"Okey, cun!"

****

"Serius kita yang kena tentukan maskot?"

Kaira mengernyit dahi bingung. Dia, Aira, Dhiya, Wafiy, Hafiz, dan Adam sedang berbincang untuk penentuan maskot. Tadi setelah pertemuan, mereka dibahagikan tugas mengikut tingkatan setelah perlantikkan ahli jawatankuasa. Adam dipilih sebagai bendahari rumah Merah lelaki manakala Kaira dipilih sebagai bendahari rumah Merah bagi pihak pelajar perempuan.

Pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga hanya diminta menyertai sukan. Tidak dengan tingkatan empat dan lima. Mereka diberi tugasan untuk memikirkan persiapan pembarisan. Selain acara sukan, pembarisan juga merupakan acara paling penting dalam sejarah sukan sekolah mereka.

"Fikir je la apa yang warna merah," balas Hafiz.

"Teletubbies?" jawab Aira.

"Hum... Kurang menarik," sangkal Kaira.

"Mickey and Minnie Mouse? Macam budak sekolah rendah tak?" cadang Aira dengan cengirannya.

"Macam menarik," ucap Adam dan mendapat lirikan miring dari Wafiy dan Hafiz. Manakala Kaira dan Dhiya terbatuk kecil.

"Okey, kita tukar idea." balas Aira cepat untuk menyembunyikan rasa gugupnya.

"Asal tak guna idea tahun lepas? Tahun lepas apa maskot?" tanya Wafiy sambil melipat kedua tangan di dadanya.

Kaira menghela nafas. "Maskot tahun lepas Angry Bird yang warna merah tu. Ingatkan nak guna maskot tu untuk tahun ni tapi maskot tu dah rosak sebab kena gigit tikus dalam stor."

"Lagipun, dah dekat tiga tahun guna maskot sama. Bosan dah. Markah rumah kita untuk bahagian maskot ni selalu rendah setiap tahun. Itu yang cikgu nak minta kita tukar," tambah Dhiya.

Wafiy menganggukkan kepalanya. "Habistu? Takkan sebelum ni tak tukar?"

"Entah," Adam mengangkat kedua bahunya. "Sebab kita orang pun baru handle benda ni. Sebelum-belum ni senior,"

"Dasar senior pemalas!" Hafiz mencibir.

"Bukanlah. Tak ada idea kut. Lagipun maskot masih boleh guna pakai masa tu. Tak payah membazir duit beli kostum yang hanya diguna untuk satu hari je." bela Aira.

"Dah, dah! Okey, disebabkan kita dapat tanggungjawab ni, kita kena fikirkan maskot baru." jelas Kaira.

"Kalau rumah sukan lain, dieorang tukar tak setiap tahun maskot?" soal Wafiy.

"Sama je rasanya," balas Adam.

"Kalau kita bincang dengan rumah lain, macam mana?" cadang Dhiya.

"Masalahnya, kalau senior dieorang yang handle, takut masuk campur. Lagipun kitaorang bukan rapat sangat dengan form five," ujar Hafiz.

"Ish. Ini namanya putus silaturahim!" Aira mendengus.

"Bukan putus silaturahim, Ra. Putus cinta." sambung Adam membuatkan mereka semua menghela nafas manakala Aira hanya diam tersipu.

"Uu... tak sampai pickupline!" Wafiy mencebik.

"Haha! Tapi bukan kiteorang tak tegur langsung. Cuma tak beberapa nak kawan. Ha, gitu. Tak rapat mana. " jelas Adam dengan senyuman manisnya.

"Tapi, ada je yang rapat. Tapi tak banyaklah. You know la kan, dieorang tu geng-geng OOTD. Nak banding dengan kiteorang, haa...bagai pinang dibelah kapak," tambah Hafiz.

"Bagai langit dengan bumi," celah Adam.

"Bagai laksa tiada kuah," ikut Wafiy asal membuatkan mereka tertawa.

Dhiya memutar bola malas. "Okey. Kalau macam tu, kita guna maskot ni la."

"Macam mana tu?" semua mata sontak memandang ke arah Dhiya dengan senyuman misterinya.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.