Home Puisi Keluarga Anak Ibu Ayah
Anak Ibu Ayah
sha_shira sha_shira
26/7/2015 01:32:59
630
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga
pernahkah kau tatap mata ibu ayahmu?
di dalamnya tersirat seribu cerita
cerita suka, cerita duka
juga rahsia hati

pernahkah kau selami hati ibu ayahmu?
di dalamnya tersimpan seribu harapan
impian dan anganan
yang mungkin tidak pernah tertunaikan

kau sudah dewasa
segak bergaya dengan kereta berjenama
langkah kau sudah jauh
tinggallah ibu ayahmu sepi sendiri

pulanglah menatap wajah tua mereka
merenung bening mata mereka
menyelami rahsia isi hati mereka
moga kau jadi anak soleh
yang ganjarannya nanti, SYURGA!

1.31 AM, 26/7/2015

Teringat ibu ayah di kampung jauh dari kota...Moga Allah redha! ^^  

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.