Home Novel Umum Bisikkan!! Angin Sepi..
Bisikkan!! Angin Sepi..
Wan Nur Aira
2/11/2014 18:34:48
4,865
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab 4
4

Malamnya..

"Beb? Cer sini kejap. Aku ada benda nak story ni." Sofea menggamit Aini untuk duduk bersila diatas katilnya. Aini tanpa banyak songgeh terus bersila didepan Sofea yang turut bersial sambil memeluk bantal peluk Bunneynya yang pendek.Patutnya bantak itu milik adik bongsu si Sofea, tapi dia pula yang kebas bawa datang sini.

"Hah, apa dia? Macam suspen, macam best je. Hehe!"

'Hish budak ni aku serius, dia main-main pulak. Aku dahlah tengah get ready nak bercerita ni.' bebel hati Sofea.

"Ok..ok. Aku serius! Cepatlah! " Aini mula serius apabila terperasan muak rakannya yang tidak berpuas hati dengannya. Saja dia nak main-main. Lama dah tak main-main sejak dah besar ni. Ada kena mengena ke? Entah.

"Tahu pun kau. Main-main lagi. Kau ingat tak semalam yang aku tergesa-gesa masuk bilik lepas mandi tu. Ingat tak?"Soal Sofea sebagai mukaddimah.

"Yang malam semalam tu. Yang kau nampak pucat tu. Nape dengan peristiwa semalamnya? And dah sah-sah baru semalam berlalu, mestilah aku ingat." Soal Aini kehairanan.Sofea menggaru keningnya. ' Ya tak ya jugak. Baru semalam berlaku. Mestilah minah ni ingat.'

"Ok cam ni. Sebenarnya.." Sofea pun mula menceritakan apa yang terjadi semalam dari mula dia jumpa si Amirul tu dan berakhirnya dengan kisah angin sepi yang menyeramkannya itu. Sekaligus dengan kelibat perempuan rambut mengurai itu. 'Seram pulak aku rasa. Nasib baik dah siap mandi tadi. Kalau tak jangan harap aku nak pergi mandi lepas ni. ' getus hati Sofea. Aini terangguk-angguk sejak tadi, mendengar penuh khusyuk cerita yang disampaikan oleh Sofea.

"Kau serius? Asal bulu roma aku naik ni. Kau ni pun satu pergi cerita malam-malam ni, apasal?" Soal Aini penuh geram. Dia pun bukannya yang jenis berani sangat. Aini menggosok lengannya perlahan-lahan. Cuba menurunkan bulu romanya yang sedari tadi meneggak.

"Aku seriuslah beb. Aku pun tak tahu sebab apa terjadi macam tu. Aku memang bercadang nak cerita petang tadi tapi terlupa. Kau faham-faham jelah. Aku ni kan pelupa sikit." Ujar Sofea dengan senggih busuknya.

"Kau pun satu! Benda ni jugaklah yang kau nak lupa. Benda lain tak nak pulak. Makan tak lupa pulak." Sindir Aini selamba.

"Eleh! Manalah aku tahu! Dah otak aku set macam tu. So pergi tanya otak akulah! Dah-dah. Balik pada cerita asal. Petang tadi aku rasakan benda yang sama lagi."

"Maksud kau? Detail please? " Ceh lagak si Aini macam penyiasatlah pula.

"Macam ni, tadikan kita ada jumpa Amirul and Amran yang merupakan pengenalan pertama kita tu kan?"

"Ha.ah. Habis tu?" Secepat mungkin Aini bertanya. Suspen dia rasakan.

"Aku rasa angin sepi yang dingin tu menyapa kulit aku sekali lagi. Naik bulu roma aku waktu tu. Lagi-lagi bila si Mirul tu renung aku dalam-dalam. Aku rasa macam ada yang perhatikan aku dari jauh. Bila aku bals renungan Mirul tu, sekali lagi angin sepi tu menghembus ke pipi aku. Tapi kali ni kuat daripada biasa. Takut aku rasa." cerita Sofea panjang lebar. Ya itulah yang terjadi tadi.

"Patutlah kau nampak , macam tak selesa tadi. Tapikan, kau tak rasa ke, angin tu macam satu amaran! Hah?" Aini menjungket-jungketkan keningnya yang nipis itu.

"Entahlah! Kadang-kadang, aku rasa macam tu jugak. Tapi kadang aku rasa macam satu bisikkan yang sedih. Entahlah. buntu aku!" Sofea mengambil bantal peluk Bunneynya itu lalu menekup mukannya. Tanda, dia memang buntu sekarang ini. Nak menjerit pun ada rasanya.' Arghh!! Stress aku! ' Keluhnya.

Tiba-tiba mereka berdua terdengar ketukkan di tingkap bilik mereka.Mereka saling berpandangan dengan riak muka gelisahnya. Sofea dan Aini semakin gelisah dan takut. Mereka merasakan diri mereka diperhatikan. Sofea menggeleng, tanda tidak membenarkan Aini memandang ke arah tingkap yang terletak ditengah-tengah antara katil Sofea dan Aini. Aini yang tak makan saman terus menoleh perlahan-lahan diikuti Sofea.

Zzeeep!

"Arghhhh!!! "Jeritan bergema.

Terus mereka berkalih pandang dan menyelimuti diri mereka dengan selimut tebal milit Sofea. Mereka terus berpelukkan. Manakan tidak, baru sahaja mereka mengintai sedikit tingkap yang diketuk tadi terus terpapar wajah seorang gadis dengan rambut mengurai panjang hingga ke pinggang. Pakaiannya serba putih dengan tompokkan darah sedikit. Manakala dari celahan giginya pula darah mengalir tanpa henti. 'Perempuan ' itu merenung mereka tajam dengan senyuman yang boleh menaikkan bulu roma sesiapa sahaja yang memandangnya. Lalu ' perempuan ' itu memusing-musingkan kepalanya. Sebiji macam pontianak!

Sofea dan Aini tidur dalam keadaan berpelukkan antara satu sama lain. Aini sudah tidak berani kembali ke katilnya. Biarlah perlu tidur bersempit-sempit sekalipun. Mengiggil tubuh masing-masing. Selimut yang menyelimuti mereka seakan-akan tidak mampu untuk menghilangkan kesejukkan yang melanda diri mereka. Angin sepi itu datang lagi! Dingin, sejuk, sunyi. Sumpah! Selepas ini mereka tidak akan berceita pasal hantu lagi malam-malam. Serik!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.