Home Novel Umum Pengembaraan Misteri!!
Pengembaraan Misteri!!
Wan Nur Aira
23/5/2014 21:31:57
5,812
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 3(Keinsafan yang terlahir)
3(Keinsafan yang terlahir)

Setelah semuanya terlayar.Nina menangis ditepi gadis misteri itu.Sigadis yang jurang ajar dengan penjual kain itu dia.Ya itu dia,NINA!Waktu itu kedua ibu bapanya keluar negara kerana urusan kerja dan dia merupakan anak tunggal.

"Saya tak berniat nak buat cam tu.Sa..saya..terlalu marah kerana tido saya diganggu..sa..saya terlalu penat kerana seharian bekerja di pejabat.Larut malam baru saya balik rumah.Sebab tu.."kata-kata Nina dipintas gadis misteri itu.

"Sebab tu awak marah-marah penjual kain itu.Dan sebab itu juga awak tidak bangun solat subuh."suara gadis itu seakan marah terhadap sikap Nina itu.

"Ya..saya tak sengaja.Saya penat,"Nina menjawab sambil menangis.

"Nina...walau sesibuk mana pun awak,tanggunjawab seorang islam itu tidak boleh ditinggalkan.Walau,awak mengantuk sangat pun,solat subuh itu harus ditunaikan.Berdosa jika seorang islam itu tidak menunaikannya.Ingatlah wahai Nina,sehebat mana pun awak mengumpul harta didunia,tapi jika awak tidak solat,dengan sekelip mata sahaja Allah boleh menarik rezeki yang Dia berikan pada awak tu."suara gadis itu lembut menusuk telinga Nina.

"Saya tau.."Nina mejawab lagi sambil menunduk.

"Jika awak tau,mengapa awak tidak menunaikannya.Dan lagi satu,bukankah Allah menyuruh kita berbuat baik sesama umat.Nina..kita sebagai manusia ini, bersaudara dibumi Allah yang hanya sementara ini.Jadi tidak wajar awak melayang penjual kain itu sebegitu rupa.Walau semarah mana pun awak,awak harus mengawal kemarahan awak itu agar tidak terlempias kepada orang lain."ujar gadis itu lagi.

"Ya..saya takkan buat lagi,"ujar Nina sepert berjanji.

"Hmm..lagi satu,awak tau tak,tak semua orang beruntung macam awak.Ada kereta besar,rumah besar,duit banyak dan macam-macam lagi.Lihatlah apa yang awak buat pada penjual kain itu,awak pijak kain jualannya.Awak tau tak Nina,kain itu punca rezekinya.Jika awak memijaknya,apa yang ingin dijualnya pada hari itu.Awak pernah fikir tak,apa yang dia boleh makan pada hari itu jika dia tidak menjual kainnya.Mungkin dia kelaparan pada hari itu.Kita tak taukan.Jadi Nina sebelum melakukan sesuatu itu,berfikir dahulu.Ingat,fikir sebelum bertindak."

"Saya.."Nina cuba bersuara namun gadis itu memintasnya.

"Saya masih belum habis cakap!.Susah sangat ke awak nak menjawab salam daripada penjual kain itu.Susah ke Nina.Tak kan?,hanya menjawab waalaikummusalam.Mudah.. sangat mudah.Kalaulah suatu hari nanti Allah menarik suara awak dan awak dah tak mampu menjawab salam,macam mana.Menyesal pun ,dah tak da guna waktu tu.Lagi,cuba awak bayangkan jika penjual kain itu meninggal sebelum sempat awak memohon maaf kepadanya atas apa yang telah awak lakukan kepadanya.Apa akan jadi pada awak.Awak nak ke hidup dalam keresahan dan kemurkaan Allah.Kita sebagai islam ni,seboleh-bolehnya tidak mahu Allah murka pada kita."

"Saya..minta maaf..saya taknak hidup dalm keresahan..saya taknak Allah murka pada saya.Saya tak nak!."ujar Nina sambil menangis teresak-esak.

"Bukan pada saya awak harus meminta maaf.Minta maaflah pada Allah dan mintalah kepada Allah agar diberikan peluang untuk awak meminta maaf kepada penjual kain itu.InsyaAllah."ujar gadis misteri itu sambil memujuk Nina agar bertenang.

"Saya akan minta maaf pada Allah dan penjual kain tu.InsyaAllah.Saya nak mendalami Islam.Saya nak berlajar cara mengawal kemarahan saya.Tolong saya wak?"ujar Nina separuh merayu.Gadis misteri itu tersenyum manis sambil mengangguk.

"Saya akan tolong awak mendalami Islam dan cara mengawal kemarahan awak.Dan itulah sebabnya saya dipertemukan dengan awak."jawab gadis itu.

"Maksud awak?"Nina bertanya setelah tangisnya mula reda.

"Suatu saat,awak akan tau Nina."ujar gadis itu sambil memandang langit.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.