Home Cerpen Umum Dunia Misteri
Dunia Misteri
Wan Nur Aira
28/3/2014 02:45:16
1,463
Kategori: Cerpen
Genre: Umum
"Eh,aku kat mana ni..cantiknya tempat ni..putih je semua tempat..mana orang lain..anehlah tempat ni.."monologku sendiri sambil berjalan sekeliling tempat yang begitu asing bagiku..tak pernah lagi aku jejakkan kaki ketempat sebegini..
"kau sekarang didunia aku.."huh..kus semangat..siapa pulak yang bersuara ni..terkejut aku..nasib baik tak passed away..aku berpusing-pusing sehingga naik pusing..tiada sesiapa pun berdekatan aku..hantu ke apa yang bercakap dengan aku..
"kau tak perlu cari aku,kau takkan dapat lihat aku.."huh..suara itu lagi..
"kau siapa..kenapa aku tak dapat lihat kau?..dan yang paling penting..aku dimana?.."tanyaku kepada suara asing itu..aneh..hanya itu yang mampu aku gambarkan keadaanku sekarang.
"aku..seorang putera yang telah disumpah..dan kau perlu menyelamatkan aku..itu tugas kau..dan kerana itu juga,kau di dunia misteri ini.."suara itu bergema lagi.dunia misteri?
"apa maksud kau..aku tak paham..dunia misteri..sumpahan..tugas..dan apa aku nak panggil kau?"tanyaku lagi..sungguh aku keliru dengan keadaan sekarang..
"ya dunia misteri..tak lama lagi kau akan tahu segalanya..kau yang terpilih..dan kau harus menyelesaikan tugas ini..kau yang bertanggungjawab menyelamatkan dunia misteri ini..dan kau boleh panggil aku Danish..dah jangan banyak tanya sekarang ikut cakap aku..dan tugas kau akan cepat selesai.."ooo Danish..sedap nama dia..haish..tapi aku memang pening dengan semua ini..ikut jelah..selesai tugas aku balik lah semula..
"jadi apa yang patut aku lakukan?"tanya aku kepada Danish yang diam sejak tadi.
"kau perlu jalan lurus kehadapan sehingga kau nampak satu pintu emas dan selepas itu kau dikehendaki masuk kedalam.."
"bukan semua tempat ni warna putih ke?dan 'dikehendaki'macam aku ni penjahat pulak..padahal aku ni penyelamat..."kataku sambil memandang sekeliling..hmm..memang putih pun..
"hey Damia..kau jangan banyak cakap boleh tak..penjahat apelah..jalan jelah.."huh..garamnya mamat ni..kalau dia depan aku sekarang ni..mesti muka dia merah menyala.
"yelah-yelah aku jalan lah ni..janganlah garam sangat..btw mana kau tahu nama aku?"hish pelik aku dibuatnya.
"aku tahulah..dan kau memang dah terpilih" jawab danish acuh tak acuh..dan aku memulakan perjalanan yang entah kemana aku tak pasti..tetiba aku ternampak pintu emas..aku cepat-cepat berlari kearahnya..
"pintu emas ini ke?"tanyaku kepada Danish.
"ye..pintu ini..sekarang kau buka pintu ini dan masuk kedalamnya.."katanya.
"err..kalau aku masuk dalam ni...apa yang ada kat sana ye?"takut-takut aku bertanya..yelah mana tahu..ada seekor naga ke tunggu aku kat sana..naya aku..
"kau akan tau selepas kau masuk..dan jangan risau aku akan temani kau.."wow..terpesona sekejap aku dengar ayat 'temani kau'sekejap jelah..aku pun memulas tombol pintu emas tersebut dan melangkah masuk..

"err..kita kat mana ni danish..kenapa tempat ni macam tempat orang jahat je.."tanyaku kepada danish dengan perasaan takut..tempat ini menakutkan aku..macam dalam cerita harry potter..tempat orang-orang jahat tu berkumpul..seram..
"dekat sinilah tugas kau bermula"kata danish tegas dan aku melopong..
"apa yang patut aku buat?"tanya aku kepada danish..
"kau harus masuk kedalam istana itu dan perlu mengambil satu botol air yang bercahaya..botol itu terdapat dalam salah satu bilik didalam istana ini..air itu boleh memusnahkan sumpahan pada aku dan dunia misteri.."kata danish dan sekali lagi aku melopong..haish nasib baik takda lalat kat sini..kalau tak tercekik lalat dah aku..hehe
"dah jangan nak melopong sangat..sekarang jalankan tugas..tapi ingat setiap bilik yang kau masuk ada penjaganya..selamat berjaya.."kata danish lagi..
"eh jap..maknanya kau tak ikut sama ke?"tanya ku kepada danish..tapi tiada suara yang menyahut,apakah ini??
"danish!..danish!..kat mana kau..jawablah..aku takut.."aku menjerit sekuat hati nama danish namun bukan danish yang datang malah raksasa-raksasa yang besarnya seperti dinasour..ada lipan gergasi dan kala jengking gergasi..warghh...mak tolong akak..aku nak balik..aku takut..bila gergasi itu semakin hampir..aku pun berlari sepantas kilat masuk kedalam istana..dan gergasi-gergasi tadi mengejar aku..aku masuk dari satu bilik-kesatu bilik dan aku dikejar oleh semua raksasa yang menjaga bilik didalam istana itu..mana danish...sampai kesatu bilik yang tiada penjaga dan aku nampak sebotol air yang bercahaya..aku mengambilnya..tapi bila aku berpaling dan ingin keluar dari bilik tersebut..aku telah dikepung oleh raksasa-raksasa tadi..dan sedikit saja lagi rasaksa itu nak makan aku..tetiba aku pengsang..

"ah..peningnya..aku kat mana ni.."aku menggosok-gosok mataku..hospital?
"eh mia,kau dah sedar alhamdulilah..pembedahan berjalan dengan lancar..syukur alhamdulilah.."tiba-tiba ada satu suara disebelahku..
"aku kat mana?"aku masih mengulang soalan tadi walaupun ku tahu aku kat hospital..pelik tadi bukan dekat dunia misteri ke..
"kau kat hospitallah mia..kau baru je lepas kena bedah sebab gastrik..kau tak ingat ke"jawab suara sebelah ku lagi..aku cuba amati wajah itu..lah..kyra..kawan aku...
"habis tu dunia misteri?"ucapku sedikit perlahan tapi masih didengari oleh kyra..
"dunia misteri ape pulak dah kau ni mia..aku rasa kau mimpilah tadi..dahlah tadi kau meracau sekali..duk sebut..jangan makan aku..jangan makan aku..entah pape kau ni.."bebel kyra..lah aku mimpi rupa-rupanya..apalah..ni mesti sebab takut sangat kena bedah sampai termimpi-mimpi..peralatan untuk pembedahan disangkakan raksasa..hahaha..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.