Home Cerpen Umum Warrior Of Love
Warrior Of Love
Wan Nur Aira
28/9/2014 04:46:13
1,921
Kategori: Cerpen
Genre: Umum
'Bukk'

Satu tumbukan padu dilepaskan.Tepat mengenai sasaran.

"Aduh!.."suara garau itu mengaduh apabila tumbukan itu mengenai hujung bibirnya.
Sekali lagi tumbukan dilepaskan namun sempat dielak oleh lelaki tadi.

"Kau kenapa?Sakitlah.."ujar lelaki tadi tak puas hati.Dia mengesat hujung bibirnya yang berdarah.
Soalan itu tidak diendahkan.Buku limanya masih ingin melancarkan serangan.Dan semakin lincah lelaki itu menepis walaupun beberapa serangan mengenai dirinya.Ya!Dia akui si 'penyerang' sangat pandai berlawan.

"Arghhh!!"akhirnya si penyerang kepenatan.Dia berhenti melepaskan serangan apabila melihat lelaki itu tidak membalas serangannya.Lelaki itu hanya mengelak dan membiarkan dia melepaskan rasa marahnya.'Arghh..dia masih tidak puas'getus si penyerang sambil membongkok kepenatan.

"Kau kenapa Rina?Tiba-tiba serang aku?"tanya lelaki itu apabila dirasakan suasana kembali tenang kembali.

"Kau tanya aku kenapa?Ini semua salah kau,Iz!"ujar Airina.Matanya tajam memanah panahan mata Izeril yang nampak terpinga-pinga.

"Salah aku?Apa yang aku dah buat?"ujar Iz.Wajahnya nampak kebingungan.Namun hatinya mengatakan yang sebaliknya.'Maafkan aku Rina.Andai kau tahu kebenarannya.'monolog Izeril sendiri.

"Arghh semuanya sebab kau.Kau yang membuat abang aku jadi seperti sekarang."Suara Airina seakan merintih pilu.Izeril yang mendengar rintihan itu hanya mampu melafazkan maaf.

"Aku minta maaf Rina!Aku minta ampun!"Izeril merayu kepada Airina.Airina hanya melepaskan nafas kasarnya.Matanya sudah bergenang apabila memikirkan abangnya.

'Bukkk'

"Aku benci kau!"tumbukan itu dilepaskan dengan ungkapan kata yang menyayat hati seorang lelaki.Izeril tidak sempat mengelak.Akhirnya tumbukan itu mengenai perutnya.Dia hanya berlagak selamba walaupun perutnya berasa sakit.

"Aku takkan maafkan kau kalau apa-apa jadi dekat abang aku!Arghh aku benci kau,Izeril!"Airina melepaskan rasa marahnya sambil buku limanya tak habis-habis melepaskan serangan.Izeril hanya membiarkan tumbukan itu mengenai dadanya bertubi-tubi.Dia hanya ingin Airina berasa lega.Dia akui dadanya sakit ditumbuk begitu.Tapi kesakitan itu tidak dapat ditandingi dengan rasa sakit dihatinya.Ungkapan benci itu amat memeritkan hatinya.'Ya Allah.Kau kuatkanlah hatiku.Aku hanya ingin menjaga hatinya agar tidak terluka'Izeril merintih pilu.

"Aku minta maaf Rina.Tapi percayakan aku.Aku mohon tolong jangan benci aku.Tolong!!"Izril merayu.Matanya bergenang.

"Lepaskan aku!Jangan sampai aku tumbuk kau lagi."Airina cuba melepaskan diri dari genggaman Izeril.Kedua-dua pergelangan tangannnya digenggam kemas oleh Izeril.Nasib baik dia memakai baju berlengan panjang kalau tak mesti dia sudah berdosa.Walaupun hakikatnya dia lasak namun dia tetap menutup aurat.Malah,dia mengenakan purdah diwajahnya apabila berdepan dengan musuh.Sarung tangan juga dipakainya.Langkah berjaga-jaga ini diambil supaya serangan musuh tidak mengenai auratnya apabila bertumbuk dan ditumbuk.Jikalau musuhnya lelaki.

"Tumbuklah,kalau itu boleh membuatkan kau lega.Tumbuklah!Tapi aku minta jangan bencikan aku.Aku merayu pada kau Rina!"Izeril memandang tepat kemata Airina.Sempat dia memerhatikan Airina yang mengenakan pakaian serba hitam.Cukup menarik baginya.Dia turut mengenakan baju serba hitam karana itu baju rasmi 'gengnya'.Tangan Airina masih tidak dilepaskan.

"Kau mintak aku jangan bencikan kau?Lepas apa yang kau dah buat.Kau minta aku jangan bencikan kau?Hah!Hey kau ingat apa yang kau buat tu sikit ke hah.Kau tahu yang aku cuma ada abang aku didunia ni..tapi..kau..kau buat aku keseorangan.Aku dah takde tepat nak mengadu.Semua salah kau.Kau buat abang aku koma.KOMA beb!KOMA!"Airina melempiaskan semua rasa hatinya.Ya itu hakikatnya.Abang yang dia paling sayang dan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada selepas kematian kedua ibubapanya enam tahun lalu,koma kerana Izeril.Airina menangis tersedu-sedan.Dia tidak mampu menahan rasa hatinya.

"Rina!Aku minta maaf.Tapi percayalah bukan salah aku..Maaf tapi suatu ari nanti kau akan tahu kebenaranya."ujar Izeril bersama linangan air mata.Hatinya pilu melihat linangan air mata Airina yang tidak henti-henti membasahi pipi mulus Airina.Ingin sahaja disapu bersih mutiara jernih itu daripada mengotori pipi gebu itu.Namun dia masih tahu dosa pahala.Airina bukan muhrimnya yang boleh dia sentuh sesuka hati.

"Kebenaran?Kebenaranya ialah kau.Kau penyebab segalanya.Jangan cuba nak putar belitkan cerita.Aku takkan percaya.Tepi!"tepikkan itu disertai dengan tolakkan kasar dari Airina.Lalu dia bergerak laju meninggalkan tempat rahsia 'kumpulan' mereka dengan linangan air mata.

Izeril hanya memandang sayu langkah kaki Airina yang mula menghilang disebalik pintu itu.Matanya masih mengalirkan mutiara mahalnya yang jarang dilihat oleh yang tidak berhak.Hatinya merintih pilu'Rina!Andai kau tau kebenarannya pasti kau takkan benci padaku.Namun aku ingin kau tau,aku buat semua ini demi dirimu sayang.Hanya ingin menjaga hatimu supaya tidak menjadi lebih parah.Aku tau kau pasti akan lebih menderita jika kau tau kebenarannya.Maafkan aku,sayang..'
@@@@@@@@@@@@@
Dari sudut pandangan Airina...

'sks..sks..sks..'

Esak tangisnya berlagu lagi.Masih dia ingat pertemuan tidak rasminya dengan Izeril dua minggu yang lalu.Hari itu dia mengumpulkan semua ahli terpenting 'Riz Holding'iaitu syarikat yang dibina oleh arwah papanya yang sekarang diterajui oleh dia dan abangnya.Bukan niat dia ingin membelasah Izeril.Pada mulanya dia ingin memberitahu ahli terpenting 'Riz' yang abangnya koma maka dia bakal mengambil alih syarikat.Sementara.Namun lepas 'perbincangan'selesai dan hanya tinggal mereka berdua.Airina mengambil keputusan untuk menumbuk Izeril,Dia juga ingin memberitahu siapa penyebab abangnya koma kepada semua ahli.Namun bibirnya seakan terkunci dan akhirnya dia hanya menamatkan 'perbincangan' dengan kata-kata yang tegas...

"Rina harap korang semua berhati-hati buat masa sekarang.Kerana mungkin musuh ada berhampiran kita.Dan ingat jangan sampai maklumat sulit syarikat sampai kepada yang tidak sepatutnya.Biar pecah diperut jangan pecah di mulut.Ingat!Jika perlu berlawan,Lawan saja."ujar Airina kepada semua ahli terpenting.Ada 15 ahli semua sekali termasuk dirinya.

Ya itu hakikatnya,ada musuh yang ingin menjatuhkan syarikatnya.Malah ada yang sanggup membunuh.Hampir segelintir pekerja'Riz Holding' diancam bahaya.Ada yang masuk hospital dan ada yang cedera ringan.Sebab itu 'geng' yang terdiri daripada 16 orang ahli termasuk abangnya, ditubuhkan.'Geng' ini dibina untuk menjaga keselamatan pekerja 'Riz Holding' dan diri masing-masing.Malah kedua ibubapanya meninggal kerana dibunuh.Brek kereta yang dinaiki kedua ibubapanya pada malam tragedi itu tidak berfungsi.Hasil siasat polis mengatakan yang kereta itu disabotaj.Sampai kini dia dan abangnya masih mencari dalang dalam semua ini.

'Arghh...kenapa ini tejadi?'jeritan pilu itu bergema dalam hatinya.

'Ni semua kerana Izeril.Tapi kenapa dia buat begitu.Selama ini aku percayakan dia.Abang juga percayakan dia.Tapi...Arghh kenapa?Kenapa perlu dia khianati kami'

Airina seakan-akan tidak percaya dengan khabar yang dia terima dari orang yang melihat tragedi yang menimpa abangnya.Orang itu memberitahunya bahawa abangnya ditikam oleh Izeril dan selepas itu dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh anak buah Izeril.Ya!Abangnya koma kerana tragedi itu.Pilu hatinya apabila menerima panggilan yang menyatakan abangnya kritikal dan berada dihospital.Robek hatinya apabila doktor mengatakan abangnya koma.Disitu orang itu memberitahunya yang Izeril dalang semua ini.Sekali lagi hatinya robek mendengar kenyataan itu.

'Kenapa?Kenapa Izeril'

Masih dia ingat pertemuan pertamanya dengan Izeril.Orangnya nampak baik pada pandangan pertama.

Imbas kembali..Setahun yang lalu..

"Assalammmualaikum!Okay semua.Seperti yang kalian sedia maklum,hari ini saya akan perkenalkan ahli baru dalam 'geng' kita.Kenalkan adik saya,Nur Airina Qaisara."Ujar abangku yang berdiri disebelahku.Kini bermula misi baru dalam hidupku.Iaitu melindungi'Riz Holding'.Aku menyalami ahli wanita yang terdiri daripada 5 orang.Aku hanya menundukkan kepala kepada ahli lelaki sambil melemparkan senyum nipis.

"Qai harap korang dapatlah menolong Rina apa yang patut.Maklumlah budak yang baru graduate.Manalah tau semua ni."Sindir abangku sambil mengenyitkan mata kearahku.Ahli yang lain hanya tergelak kecil.Ya kami hanya menggunakan bahasa yang tidak formal dalam 'geng' ini.Aku mengecilkan mata memandang abangku.'Haish abang ni!Nak kena ngan aku ni.Kalau ye pun aku baru graduate tak perlulah nak sindir-sindir'Aku menarik muncung.Sekali lagi tempat rahsia itu bergema dengan gelak tawa.

"Alah dik.Sowy?Abang gurau je.Alah adik abang ni serba bolehkan.Abang tau.Alololo...bucuk-bucuk.."Abang datang menghampiri.Dia memujukku.Aku yang dah sememangnya mudah termakan dengan pujukkan abang yang aku sayang ni mulalah mengukirkan senyuman.

"Hah.Kan comel adik abang senyum.Senyum tak perlu kata apa-apa.Ok semua,korang bolehlah menjamu selera.Jangan dilayan Rina yang manja ni.Silakan!"abang aku mempelawa semua yang ada menjamu selera.Majlis ini diadakan untuk meraikan kedatangan ahli baru.Siapa lagi?Akulah.

"Abang nikan.Memanglah!Tadi baru mintak maaf.Dah mula balik.Nak kena ni.."aku ingin mencubit pingggannya namun dia lagi pantas mengelak.Dia hanya tersenggih.

"Alah nak gurau-gurau dengan adik abang pun tak bolehke.Sowynya dik!"Ujar abangku dengan mata yang sengaja dikedip-kedipkan.Bajet comellah tu!Tapi memang comel pun dengan matanya yang coklat tu dan rambutnya yang keperangan yang diwarisi daripada arwah mamaku..Haih patutlah ramai gadis yang jatuh hati.Aku pun mewarisi mata coklat arwah mama yang sememangnya kacukkan.Cuma rambut aku kehitaman diwarisi daripada arwah papa.

"Yelah-yelah..."Akhirnya aku mengalah.

"Hah!Nilah adik abang.Baik je dia.hehe."

"Pandailah abang!"

"Abang memang pandai pun.Baru tau ke?"ujarnya dengan kening dinaik-naikkan.Baru je aku nak menjawab.Ada suara garau mencelah..

"Assalammualaikum.Haih rancaknya bergurau.Iz beri salam pun,abang Qai tak dengar."ujar suara asing itu.Aku dan abang berkalih memandangnya.Wajahnya tampan.Punya mata coklat gelap.Rambutnya sama macam abang keperangan.Dan bibir merah delima yang menggoda.'Haih!Apa aku merapu ni.Ingat Rina kau dah punya tunang!'

"Rina..oii..Rina..Dah terbang kemana tu"Lamunanku terbang melayan apabila ditegur oleh abangku.Haih malunya.

"Eh mana ada terbang kemana-mana.Ada je kat sini"Aku cuba meng'cover' malu.Dapatku rasakan,pipiku panas membahang.'Haih Rina..Rina..itulah usha lagi anak orang.Kan dah termalu sendiri'.Dapat ku lihat senyum sinis abangku.Pasti dia sudah dapat mengagak apa yang aku menungkan tadi.Haih malu..malu..

"Yelah tu..takpe abang tau..abang tau.Ok ni kenalkan Izeril,salah sorang ahli terpenting' Riz Holding'.Iz ni muda 2 tahun daripada abang dan maknanya tua setahun daripada Rina."abang memperkenalkan kami.Aku menjeling abang.Saja je abang aku ni.Nak sakat akulah tu.Stament 'abang tau..abang tau' tu memang menggugat ketenangan.Haih.

"Hai!Saya Izeril.Mohammad Izeril Halqi.Panggil Iz je.Umur 25 tahun masih single."ujar lelaki yang dikenali sebagai Iz itu.Dia menundukkan kepala tanda hormat.Hmm bagus,tidak menghulurkan salam.Pandai.Tapi intro dia memang tak boleh bla.Macam aku tengah cari bakal suami pulak.

"Oh Hai!Saya Nur Airina Qaisara.Panggil Rina je.Dan lagi satu tak perlulah bahasakan diri saya-awak just aku-kau baru selesa.Aku 24 tahun dah bertunang."

"Oh ok.."wajahnya berubah riak bila aku memberitahu status diriku.Abang aku dah tergelak disebelahku.Dia menepuk-nepuk bahu Izeril.

"Takpe Iz.Bunga bukan sekuntum.Cari yang lainnya."Ujar abangku.Izeril hanya tersenyum malu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Oklah.Korang berbuallah dulu.Abang nak kesana sekejap.Iz tolong temankan adik abang kejap ye?"ujar abangku sambil menunjuk kesatu arah yang mana ada beberapa ahli terpenting sedang memanggilnya.Izeril mengangguk tanda bersetuju.Aku gelisah disitu.Aku dahlah tak biasa dengan dia.Hish.

"Jom Rina kita makan.Iz pun tak makan lagi ni."Aku hanya menganggukkan kepala.

Setelah selesai mengambil makanan,kami berdua duduk dimeja yang tersedia.

"Hmm..Rina baru habis graduatekan?Ambil kos yang melibatkan bisnes jugak ke?"tanya Izeril setelah selesai makan.Aku menghabiskan suapan terakhirku sebelum menjawab soalannya.

"Ha,ah untuk dua-dua soalan."jawabku selamba.Izeril tergelak kecil.

"Haha..Rina ni comellah."

"Hah!Jangan lebih-lebih.Aku ni tunang orang tau."ujarku masih dengan intonasi yang sama.Selamba.

"Opps lupa!Maafkan patik tuan hamba.Tapi kita masih boleh berkawankan?."

"Haha..semestinya.Kita kawan!"

"So kawan mestilah bercerita sedikit tentang diri masing-masingkan?"

"Hmm..so?"

"So...Rina citelah sikit tentang tunang Rina?"

"Nak cite apa?Yang pasti tunang aku lelaki."

"Haih kau nikan!.Aku sekeh jugak nanti.Taulah lelaki.Maksud aku siapa?Macam mana boleh bertunang?"aku tergelak melihat muka tak puas hatinya.Hah sekarang baru aku rasa tak kekok berbual dengannya.

"Hmm..nama dia Azwan Ali."

"Hah Azwan Ali!"Terkejut dia.

"Haha..takdelah!Aku gurau je.Peace!"ujarku sambil membuat peace.

"Kau nikan!Memang nak makan penyekeh betul-betulkan?"

"Hah!Penyekeh boleh makan ke?Cuba suap sikit?"Aku masih ingin bermain-main.Seronok tengok muka tak puas hatinya.Mencuit hatiku.'Hey!Rina.Ingat sikit kau tu tunang orang'getus hatinya yang selalu kacau daun.

"Hah..ambik ni.."

"Ok-ok aku gurau je.Ok kita mulanya?"ujarku cepat-cepat setelah melihat Izeril seperti betul-betul ingin memasukkan tangannya kedalam mulutku.

"Tau takut..!!"ujarnya mencebir bibir.

"Ok.Nama tunang aku Syafiq Reykal.Panggilan manja dia Fiq.Kitaorang mula kenal bila dia datang rumah papa yakni rumah aku untuk mintak tandatangan untuk syarikat.Dari situ kami mula berkenalan.Dan lama lepas itu dia datang bersama rombongan meminangnya.Dan kami pun bertunang.Tamat."ujarku menarik tirai penutup.

"So lebih kurang macam cinta pandang pertamalah ni?"

"Ha..ah lebih kuranglah."aku terangguk-angguk.

"Dia kerja dekat syarikat arwah papa kaulah ni?"

"Ha.ah.Tapi sekarang dia dah ada syarikat sendiri.Dah tak kerja dengan kiteorang.Katanya demi masa depan kami berdua.So dia mulakan perniagaan sendiri.Sejak aku berunur 19 tahun,kami bertunang sampai sekarang.Masih belum kahwin."

"Oh dah lamalah.Mudanya kau bertunang.Dah tu kenapa tak kahwin-kahwin lagi.Nak jadi andartu ke?"ujarnya dengan kening diangkat-angkat.'Nak kena siku gamatnya mamat ni.'monologku.

"Kau memang nak kena dengan akukan!Entah aku pun tak tau macam mana aku boleh terima untuk jadi tunang dia seawal usia itu.Pelikkan!Mungkin dah jodoh.Pasal tak kawin lagi tu..bukan sebab aku nak jadi andartu!!Tapi sebab dia minta beri dia masa.Aku ok jelah.Maklumlah dah sayangkan."aku menyedut air orenku yang tinggal sedikit.Izeril membuat gaya nak muntah dengar ayat terakhir aku.Haha.

"Oh entah-entah kau dah kena sihir dengan dia.Sebab tu senang je terima dan ikut cakap dia.haha."ujarnya selamba.

"Kau memang nak kenakan!"hampir sahaja gelasku mengenai kepalanya.Tapi ada tangan sasa yang memenggang lenganku dari terus bergerak.Jadi patung sekejap aku.

"Haih Rina..Rina.Bila nak berubah ni.Cuba lah buang sifat nak pukul orang tu."Bebel abangku.Haih abang ni!Kacau jelah.

"Mana de bang.Iz ni yang mulakan dulu."Aku bersungguh-sungguh menjelaskan.Tapi hampeh.

"Alahh..Tak kiralah sape mula dulu.Dah kalau Rina tak reti bersabar tetap jugak macam tu."Abang aku menarik gelas yang berada di tanganku dan meletakkannya diatas meja.Tanganku dilepaskan.Aku menjeling Izeril yang membuat thumb up kepadaku plus senyum kambing dia tu.

"Dah Iz kau pun sama.Dengan budak kecik pun nak cari pasal."Aku menjelir lidah kepada Izeril.'Padam muka'.Izeril hanya menggarukan kepaanya yang tak gatal.

"Haih..adik aku ni bilalah nak jadi matang.Perangai macam budak-budak.Dah jom balik.Iz abang balik dulu.Nanti balik drive elok-elok."Aku hanya mengangkat bahu mendengar komen abangku.'Ada aku kesah?'.Izeril bangkit dari tempatnya dan menyalami abangku.Sopan orangnya.Hormat orang tua.'Hahaha.Abang aku dah tua'kalau dia tahu aku kutuk dia.Habis aku!

"Baik bang.Abang pun sama drive elok-elok.Jumpa lagi Rina."ujar Izeril sambil memandangku.Aku menjuihkan bibir masih tidak puas hati pasal tadi.Abangku menolak bahuku dengan bahunya.Memberi isyarat.

"Hah.Yelah jumpa lagi.Asslammualaikum."ujarku acuh tak acuh dan terus berlalu.Malas aku layan.

"Oklah Iz.Abang gerak dulu jangan dilayan Rina tu.Ok.Assalamualaikum."Abangku menepuk bahunya.

"Tak de hallah bang.Ok.Wasalam."ujar Izeril menutup kata.

Balik ke masa kini..

"Iz kenapa kau buat semua ni?Apa sebabnya.Kau nampak baik masa mula-mula aku jumpa kau dulu."Airina menyoal dirinya sendiri.Kini dia didalam bilik tidurnya.Akhirnya dia terlelap dengan persoalan yang tidak terjawab.
@@@@@@@@@@@@@@@

'Ya Allah sembuhkanlah Abang Qai.Supaya dia sedar dari koma,Ya Allah.Aku rindukan abang Qai.Dan aku rindukan Rina.'rintih Izeril sambil memandang sayu abang Qai yang sedang terbaring kaku dikatil hospital.Sudah dua bulan abang Qai koma.Dan sudah 2 bulanlah dia tidak bertemu dengan Airina.Apabila berselisih pasti Airina cuba melarikan diri..huh..Masih dia ingat pertemuan tak sengajanya dengan Airina minggu lepas.Airina sudah salah faham.Airina mengatakan yang Izeril mengekorinya sedangkan Tidak!

Imbas kembali...

"Eh Rina?Kau buat pe kat sini?Oh Fiq pun ada?"Izeril menegur mesra pasangan yang baru melintasinya.

"Eh Iz.Kau wat pe kat sini.Tak sangka jumpa kau kat sini."Fiq tunangan Airina berjabat tangan dengan Izeril.Izeril membalasnya namun matanya tetap terfokus pada seraut wajah yang dirinduinya.Airina.

"Rina?Tak nak tegur Iz ke?"ujar Fiq yang pelik dengan tingkah Airina.Selalunya Airina tidak begini.Dia pasti gembira jika bertemu dengan Izeril.Pelik dia jadinya.

"Oh..hai.."Airina hanya menyapa ala kadar.Cukup syarat!'Aih kenapalah dalam banyak-banyak tempat,dekat shopping mall ni jugaklah kau nak muncul Izeril.Hish!Menyemak je.'Bebel Airina didalam hati.Wajahnya langsung tidak mengukirkan senyuman.Masam sahaja.Matanya pula meilau ketempat lain.Langsung tidak memandang Izeril.

"Hai..Korang buat pa dekat sini?Cari barang kawin ke?hehe.."ujar Izeril cuba menyembunyikan rasa hatinya.Terluka hatinya apabila Airina hanya melayannya ala kadar.'Benarkah Rina sudah mebenciku.Ya Allah jauhkanlah perasaan itu daripada menyelubungi hatinya.'Izeril berdoa didalam hatinya.Sungguh hakikat itu tidak mampu diterimanya.

"Eh takdelah.Kita orang jalan-jalan je.Ni saje nak hiburkan Rina.Maklumlah abang Qai kan tak sedar lagi.Aku taknaklah Rina ni bersedih je."Fiq yang ralit memandang sikap pelik tunangnya itu berkalih menjawab soalan Izeril.

"Oh..aku ingatkan korang dah nak kahwin.Maklumlah dah lama bertunangkan.Lagi pulak,bagus jugak kau bawa Rina ni bersiar-siar.Takdelah dia murung je.kan?"ujar Izeril.Sekali-sekala matanya mencuri pandang wajah mulus itu.Terlerai sedikit rindunya terhadap gadis itu.

"Oh..nanti-nantilah kami fikir pasal tu.Lagipun sekarang bukan masa yang sesuai.Kau paham-pahamlah.Dengan abang Qai lagi.."Fiq menjawab jua walaupun solan itu seakan menyindirnya.

'Haih mamat ni.Tak nak bla lagi ke?Serabuk aku tengok muka dia ni.Buat-buat caring konon.Dah buat salah tu,tak payahlah nak berlakon lagi.Sakit hati je!.'Airina mengomel sendiri.Menyampah dia dengan perhatian yang diberikan Izeril.Baginya semua itu plastik.

"Kau ikut kiteorang ke?Hah!Kau nak buat aku jadi macam abang Qai ke hah?"soal Airina selamba.Namun dia jugak takut jika benar andaiannya itu.Minta dijauhkan!

"Eh apa kau merepek ni?Mana ada aku ikut kau.Kebetulan aku ternampak kau dan Fiq."Bersungguh-sungguh Izeril menerangkan.Dia tidak mahu Airina tersalah faham.

"Apa korang cakap ni?Aku tak fahamlah?"Fiq terpinga-pinga dengan apa yang didengarinya.

"Tak de papelah awak.Jomlah kita gerak.Dah lewat ni.Tadi awak kata nak berlanja saya makan.Saya dah lapar ni."Ujar Airina.Dia sengaja membuat muka comelnya untuk meraih simpati Fiq.Sekaligs menukar topik tadiYa Fiq tidak tahu yang Izerillah penyebab abang Qai koma.Dia tidak mahu memanjangkan cerita.Entah kenapa mulutnya seakan digam apabila ingin memberitahu hal itu kepada Fiq.Akhirnya dia hanya mendiamkan diri.

"Oklah honey.Jom kita pergi makannya.Kesian dia.Dah lapar erk?Oklha Iz,aku gerak dulu.Kesian honey-boney aku ni."Ujar Fiq.Dia hanya membiarkan tanda tanya menghantui fikirannya.Biarlah kalau mereka tidak mahu cerita.Dia tidak kisah.Dia berjabat tangan dengan Izeril.Sebagai tanda meminta diri.Airina tersenyum puas apabila topik tadi berjaya ditutupnya.

"Hah..yelah.Jaga Rina dengan elok.Assalammualaikum."Dia membenarkan jua walaupun hatinya masih ingin membahaskan tentang tadi.Biarlah.Lagipun Airina seperti tidak mahu memanjangkan cerita.

"Waalaikummusalam."hanya Fiq yang menyambut salamnya.Airina hanya diam.Izeril sempat menangkap jelingan tajam daripada Airina sebelum gadis itu hilang bersama tunangannya.'Rina..Andai kau tau kebenarannya.Apakah reaksimu sayang..'sekali lagi ayat itu bergema dalam hati Izeril.Sejak peristiwa itu.Ayat itu yang sering ditutur oleh hatinya.

Balik kemasa kini..

'Ya Allah.Tabahkan hatiku untuk menghadapi ini semua.'Izeril berdoa kepada Allah sambil matanya memandang sayu tulisan yang tertera nama abang Rina,iaitu Mohammad Airil Qairuddin di atas kepala katil.

"Abang Qai..Tolonglah sedarkan diri.Demi Rina.Demi Iz.Mungkin jika abang Qai sedar.Rina takkan membenci Iz lagi.Bangunlah abang Qai.Iz perlukan abang Qai."Rintihnya perlahan sambil tangannya mengenggam kemas tangan abang Qai yang kaku tidak bergerak.

"Abang..sejak abang koma.Rina dah tak bercakap dengan Iz.Rina benci Iz.Iz cuba untuk terangkan yang sebenar namun Iz tak mampu abang Qai.Jadi Iz pinta.Tolonglah bangun abang Qai.."rintihnya lagi dengan sendu yang mula bertandang.

"Perkara yang sebenar?Hey dah memang nyata lagi jelas,semuanya salah kau.Tak perlu kau rayu simpati dengan Abang Qailah.Dan tak perlu kau buat drama swasta dekat sini.!Aku takkan cairlah.Aku tetap benci kau.Paham!!"suara kemarahan seorang gadis muncul tiba-tiba diperdengarannya.Izeril berpaling ke belakang.Memandang pintu Wad.

"Rina?Rina buat pe kat sini?"ujarnya setelah mengesat air mata yang membasahi pipinya.

"Hek eleh!Bajet jatuh air mata macam tu aku kesianlah.Hey jangan haraplah!"

"Apa Rina merepek ni.Iz bukan pura-pura tau.."

"Ha.ha.ha.Talk to my hand.Aku takkan percaya!Paham!Hey kau dengar sini baik-baik.Mulai harini!Kau diharamkan menjejakkan kaki di wad ini!Paham."

"Rina please...Abang Qai dah macam abang Iz.Tolong jangan buat Iz macam ni.please Rina.."rayu Iz.'Ya Allah kau lembutkanlah hati Rina.Aku mohon Ya Allah.'

"Kau ingat kau buat muka macam tu aku kesianlah.Tolonglah!"ujar Airina sambil memeluk tubuh.

"Rina please.."

"Hey..apa ni?Dah-dah bangun.Sekarang jugak,aku nak kau keluar dari bilik ni."ujar Airina sedikit gelabah apabila Izeril mula meluntut dihadapannya.

"Rina tolonglah..Please Rina.."

"Kau tak paham bahasa ke.Get out!!"hampir sahaja suaranya mengeggarkan hospital itu.

"Rina.."Belum sempat dia menghabiskan ayatnya.Rina memintas.

"Aku takkan maafkan kau dan aku benci kau sampai bila-bila kalau aku dapat tau,kau jejakkan kaki
lagi dalam bilik ni.Paham!Dan aku anggap kau dah mati!Sekarang kau pilih mana yang yang kau nak?!"kata dua Airina itu bagai belati yang menusuk jantungnya.Terus!Tak dia sangka Airina yang lembut hatinya sebelum ini menjadi begitu garang dan tegas dengan pendiriannya.'Ya Allah,dugaan apakah ini.Tabahkanlah hatiku Ya Allah.Jika ini yang ditentukan.Aku redha ya Allah.'monolog Izeril didalam hati.

"Baiklah kalau ini yang Rina inginkan.Iz akan turuti.Tapi tolong jangan benci Iz.Iz janji suatu hari nanti Iz akan tunjukkan kebenarannya.Percayalah!"ujarnya sebelum melangkah kepintu.Sempat dia menilik seraut wajah yang penuh dengan benci itu sekejap.

'Huh..yeye je tu!'Rina berpaling kearah lain apabila sepasang mata Izeril memanah tepat kedasar matanya.

"Lagi satu.Jaga diri,jaga agama.Ingat! Allah sentiasa ada untuk hamba-hambanya.Allah takkan menurunkan ujian terhadap seseorang jika orang itu tidak mampu menghadapinya.Allah uji kerana sayang!Bukan menghukum!Dan tolong kirimkan salam Iz untuk abang Qai jika dia sudah sedar nanti,Iz minta diri dulu.Assalammualaikum."Izeril pun berlalu keluar dari wad itu dengan hati yang lara.Namun dia ada Allah yang akan menolongnya.Ya itu dia pasti.Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk hambanya yang dalam kesusahan!

Nasihat itu seakan belati tajam yang menusuk hatinya.Airina terkedu di tempatnya.Ya1Dia akui.Dia alpa.Dia tidak menerima takdir Allah.'Ya Allah.Maafkan hambamu ini.Aku lalai ya Allah.Aku alpa dengan ujian mu ini Ya Allah.Maafkan aku ya Allah.'rintihnya dengan linangan air mata keinsafan sebagai seorang hamba Allah yang lemah.Perlahan-lahan dia menoleh.Kelibat Izeril sudah menghilang.Entah mengapa ada kekesalan yang hadir.

Akhirnya dia bergerak ke surau yang tersedia dihospital apabila suara azan berkumandang menandakan waktu solat asar telah tiba.Hatinya tenang mendengar laungan azan itu.Seakan semua masalahnya,kesedihannya hilang dibawa angin.Mungkin juga itu petanda Allah rindu untuk mendengar dia mengadu kepada Allah.Ya selama ini dia lupa yang dia masih punya Allah jika abangnya diambil oleh Dia si pencipta.Dan kali ini,dia tiadak mahu melepaskan peluang itu.Perlahan-lahan kakinya menghayun langkah.
@@@@@@@@@@@@@@@@

"Ya Allah,Ya maha pengasih lagi maha penyanyang.Aku mahon padamu ampunkanlah hambamu ini Ya Allah.Aku tau aku silap.Aku salah.Aku tidak sedar yang selama ini aku melawan takdirmu Ya Allah.Kini aku sedar salahku.Terima kasih Ya Allah kerana masih ingin menyedarkan hambamu yang lemah ini Ya Allah.Sembuhkanlah abangku Ya Allah.Pulihkanlah dia.Agar dia sedar dari tidu lenanya Ya Allah.Aku mohon.Kau perkenankanlah doaku ini Ya Allah.Amin ya Rabbil al-amin.'Dia menyudahan solat asarnya dengan doa yang penuh keikhlasan.Air matanya tidak henti-henti mengalir.Alhamdulilah dia bersyukur kerana disedarkan cepat oleh Dia.

Dan sejak itu Airina sentiasa berdoa memohon pertolongan kepada Allah.Malah dia sering membacakan surah Yassin buat abangnya.Kadang dia berbicara dengan abangnya.Walaupun abangnya tidak sedar namun abangnya mendengar tutur katanya.Mata abangnya pasti akan mengeluarkan mutiara jernih apabila dia mengalirkan airmata semasa berbicara dengan abangnya.Abangnya turut bersedih dengannya!
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sebulan berlalu sejak dia mengharamkan Izeril Halqi daripada menjejakkan kaki di dini.Di hospital tempat abangnya dirawat.Kini dia sedang membacakan Yassin buat abangnya.Kini genaplah tiga bulan abangnya Koma.Airina membaca surah Yassin itu dengan linangan air mata.Sesekali matanya mencuri lihat wajah abangnya yang pucat namun tetap hensem.Airina tersenyum sendiri dan menyambung bacaan.

TIBA-TIBA..

"Adikk.."Suara itu mengejutkan Airina namun dia tidak memandang abangnya.Dia takut jika itu hanya halusinasinya sahaja.Namun panggilan yang kedua berjaya membuatkan dia berhenti membaca dan bergerak kekatil yang menempatkan abangnya.

"Adik..abang.."Qai cuba mengukirkan senyuman walaupun payah.Dia mengalirkan air mata apabila melihat Adik kesayangannya menangis tersedu-sedan.

"Abang..Adik rindu abang.Sampai hati abang buat adik macam ni.."Airina bingkas dan memeluk abangnya erat.Dia terlalu rindukan abangnya.Saban hari dan masa dia berdoa dan hari ini doanya dimakbulkan.'Alhamdulilah!Terima kasih ya Allah.'dia mengucapkan syukur didalm hatinya.

"Maafkan abang sayang.Dah tak mahu nangis macam ni?Dah tak comel adik manja abang ni."Qai tergelak kecil apabila Airina menarik muncung sedepa.Hilang rindunya terhadap adiknya.Tapi ada sesuatu yang menganggu fikirannya.Dan hal itu selalu menganggunya dalam koma sejak peristiwa itu..

"Dik?Iz mana?"soalnya tiba-tiba.Ya sejak dia mendengar luahan hati Izeril dulu.Hatinya pilu.Izeril tidak bersalah.Dia perlu pulihkan keadaan.

"Erk..Rina pergi panggil doktor kejap yee.."Rina bingkas keluar dari wad itu apabila soalan yang dilontarkan itu seakan-akan sukar untuk dijawabnya.

3 minit lepas itu,doktor masuk dan mengatakan abangnya sudah sembuh sepenuhnya cuma perlu berehat buat seketika.Hatinya lega mendengarnya.Dan akhirnya topik pasal Izeril berlalu dibawa angin.
@@@@@@@
3 hari selepas itu,di hospital.

"Abang nak makan apa?Bagitau je.Nanti Rina masakkan ok?"Airina mengupas buah epal untuk abangnya yang semakin hari semakin sembuh.

"Hmm..abang teringin nak makan tomyamlah.Tomyam buatan Rina memang power."ujarnya.Ya dia akui adik tunggalnya ini sangat pandai memasak mewarisi bakat arwah mamanya.

"Hmm ok..tak de hal.Nanti petang Rina balik rumah dan masakkan untuk abang ok?"

"Ok.Hmm Rina?Abang tanya satu soalan boleh?"ujarnya berhati-hati.

"Boleh apa dia bang?Banyak pun tak pe?"Airina mengangkat kepalanya memandang sekilas abangnya yang sedang duduk menyandar diatas katil.

"Iz mana Rina?Sepanjang abang sedar ni.Iz tak datang pun jenguk abang.Ahli sayrikat dan kenalan yang lain ada jugak jenguk abang.Dia tak de pun."Airina yang sedang mengupas buah epal terhenti mengupas.Dia hanya menundukkan kepala.Mencari jawapan yang sesuai.Dia tahu abangnya sayangkan Izeril seperti abangnya sayangkan dia.

"Hmm..sibuk kot bang.Alah,kan ari tu dia dah kirim salam.Apalah abang ni!"nasib baik pesanan terakhir Izeril dulu diingatinya.Kalau tak habis dia.

"Yelah..tapi takkan tak de masa nak jenguk abang."nada suara abangnya seakan sedih.Dia juga turut sedih mendengarnya.

"Alah nanti dia datanglah tu.Abang ni,si Iz tu abang duk tanya.Yang si Fiq tunangan Rina.Abang tak tanya pulak."Pelik juga dia.Abangnya tidak pernah menanyakan tantang Fiq yang tidak datang lagi melawat abangnya.Entah kemana hilangnya.Sudah dua minggu dia hilang khabar berita tentang lelaki itu.Ditelefon tidak berjawab.Di mesej pun sama.Haih entah kemana dia pergi.Pelik Airina dibuatnya.

"Buat apa nak tanya pasal dia.Tak datang pun takpe!"terkejut Rina mendengar nada suara abangnya yang seakan marah kepada Fiq.

"Abang ni kenapa?Patutnya abang marahkan Iz bukannya Fiq."Airina tidak berpuas hati apabila tunang kesayangannya dimarahi.Sedangkan Iz yang patut dimarahi.

"Rina.Come here?"Qai menggamit adiknya untuk duduk disebelahnya diatas katil itu.Dia tahu hati adinya pasti sakit menerima berita ini.Namun dia perlu memberitahu kebenarannya.

"Kenapa bang?"soal Airina setelah duduk disebelah abangnya.

"Sebenarnya Fiq yang meyebabkan abang jadi begini bukan orang lain."

"Apa abang merepek ni?Iz yang menyebabkan abang jadi begini.Bukan Fiq."Airina ternyata tidak mampu menerima kenyataan.Dia tidak percaya.Abangnya berbohong.Mana mungkin Fiq yang baik itu sanggup lakukan itu.

"Rina dengar dulu.Rina lebih percayakan Fiq daripada abang ke?hmm sayang.."Qai menyapu pipi Rina yang mula berlinangan dengan air mata.Airina menggelengkan kepala.

"Rina percayakan abang tapi.."Rina tak mampu menghabiskan ayatnya.Dia menangis lagi.Dia tak percaya!Tak mungkin!

"Fiq lakukan semua ini kerana untuk membalas dendam bagi dirinya dan daddynya.Malah kemalangan yang menimpa arwah papa dan mama juga rancangannya.Dia dekat dengan Rina untuk membalas dendam.Percayalah dik.Tiada cinta walau sekecil kuman pun untuk adik daripada dia.Dia hanya ingin memusnahkan adik.Memusnahkan kita.Sabarnya sayang.."Qai memberitahu ha yang sebenarnya sekaligus memujuk adiknya yang mula menangis teresak-esak.Pilu hatinya melihat keadaan adiknya.Namun apa yang mampu dia lakukan.Hanya mampu menenangkannya.

'Tak!Tak mungkin!Mustahil!Fiq sayangkan aku!'Airina menggeleng-gelengkan kepalanya.Bahunya ditepuk penuh kasih sayang oleh abangnya.

Tok!Tok!Tok!

"Assalammualaikum!Boleh Iz masuk?"bunyi ketukan pintu wad bersama suara gerangan yang sudah sebulan tidak ditemuinya berjaya membuat dia mendongak memandang gerangan tersebut.Matanya masih mengalirkan air mata.Izeril menghampiri katil bersam dua inspektor polis.Airina dan Qai terpinga-pinga memandang pengawai polis itu.

"Wasalam..masuklah.Ada apa ni Iz?"Qai bertanya dengan kerutan didahi.

"Macam ni encik Qai kan? Kami ingin memberitahu bahawa suspek yang cuba melakukan percubaan bunuh terhadap encik dan ibubapa encik sudah ditangkap dan ditahan di penjara.Tapi encik jangan risau encik Izeril sudah menguruskan segala hal.Jadi encik hanya perlu berehat."Terang inspektor yang memakai nametag Kamarul.

"Maksud tuan?Syafiq Reykal?"soal Qai.Airina sudah berdebar-debar.Benarkah?

"Ya encik.Syafiq Reykal dan ayahnya Dato' Syamsul."

"Alhamdulilah.Terima kasih tuan.Terima kasih sangat-sangat.Maksudnya semua ini sudah selesai.Kami dah boleh hidup aman?"

"Ye encik.Encik sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada encik Izeril.Encik Izeril yang memberi bukti-bukti yang kukuh.Yang membolehkan kami menangkapnya seminggu yang lalu."ujar Inspektor Nordin pula sambil menepuk mesra bahu Izeril.Izeril tersenyum manis.Manakala Airina sudah teresak-esak kembali.Tak dia sangka orang yang dia salahkan rupanya hero bagi keluarganya.Ya Allah!Qai memujuk-mujuk adiknya agar tenang.

"Terima kasih Iz.Abang tak tau macam mana nak balas jasa kau.Terima kasih sangat-sangat."UjarQai dengan senyuman yang melebar.

"Sama-sama abang Qai.Tak de hallah.Iz cuma membantu apa yang termampu.Tak perlu dibalas pun.Tapi kalau nak balas jugak,belanjalah minum sekopi.hehe"ujarnya selamba.Qai dan dua inspektor itu tergelak dengan gurauannya.

"Baiklah encik Qai,encik Izeril dan cik.."ujar inspektor Kamarul sambil menunding jari kearah Airina yang menunduk sedari tadi.

"Rina.."jawab Qai.Tangannya masih mengusap bahu adiknya itu.

"Hah..cik Rina.Kami berdua minta diri dulu.Kalau ada apa-apa hal bolehlah telefon kami.Yee.."ujarnya sambil menghulurkan sekeping kad.

"Baiklah.Terima kasih ye tuan."Qai menyambut huluran itu.

"Sama-sama.Kami minta diri dulu.Assalammualaikum."Mereka bersalaman sebelum berlalu.

"Waalaikumsalam."jawab Qai dan Izeril.Airina hanya menjawab didalam hati.Dia masih melayang hatinya yang lara.Qai dan Izeril saling berpandangan.Mereka melihat sayu kearah Airina.Kasihan Airina.
@@@@@@@@
Setahun kemudian..

"Abang?Oh Abang.."suara si isteri kedengaran cemas.

"Ya abang kat sini sayang.Kenapa?sakit dekat mana-mana ke?hah?"sisuami jelas kerisauan.Maklumlah si isteri sudah masuk 5 bulan mengandung.Isterinya disahkan mengandung selepas tiga bulan mereka bernikah.Alhamdulilah!Akan dia jaga dua pengarang jantungnya ini sebaik mungkin.

"Hehe..tak de pape.Saja nak wat abang cuak."si isteri tersenggih apabila wajah suaminya mula tak puas hati.Dia seronok melihatnya.Terukkan dia?Seronok tengok suami marah.

"Sayang nikan.Buat abang risau jelah.Nasib baik tak de sakit jangtung.Dahlah dulu sayang suka buat abang makan hati berulam jantung.Haih."sisuami mengambil tempat disebelah si isteri yang duduk diatas sofa berangkai tida di depan televisyen.

"Alah abang.Sowylah?nak gurau pun tak boleh ke?"Si isteri membuat muka comel.Mesti cairlah suminya.

"Tak boleh!"sisuami tetap berkeras.Hah!Idea muncul dibenak si isteri.

"Alah coeml-comel.Sayang suami sayang ni.."ujarnya sambil mengomol ppipi suaminya.

"Sayang je tak cinta?"si suami sengaja ingin menduga.'Haih melebih nampak cik abang oii.'getus si isteri.

"Suka,sayang,cinta semua kat abanglah.Tiada yang lain selain abang.InsyaAllah hingga ke jannah."ujar si isteri lantas memeluk erat si suami.

"Bukan dulu benci ke?"si suami mengangkat keningnya.

"Abang nikan!Suka ungkit kisah lama.Ni nak merajuk ni!"Ya dia memang pantang bila Izeril mengungkit kisah lama.Yang lalu tu biarlah berlalu.Yang sekarang ni yag perlu dijaga.Airina menjarakkan dirinya dari Izeril namun Izeril lebih pantas mendakap Airina erat didalam pelukkannya.

"Alah..sayang abang ni.Abang gurau je lah.Kesian baby kat dalam.Sedih dia tengok Umi dia merajuk.Jangan merajuk ye sayang abang yang comel cute kau memang deboom!"Airina tergelak dengan ayat terakhir Izeril.

"Hah ni baru sayang abang.Comel and manis je dia senyum..kan babykan"ujarnya sambil mengusap perut Airina yang semakin hari semakin membuncit.

"Abang?nak tanya satu soalan boleh?"Airina melentokkan kepalanya dibahu Izeril.

"Boleh sayang.Banyak pun takpe."ujarnya sambil membelai rambut Airina.Airina suka dimanjakan begitu.Rasa disayangi.

"Macam mana abang boleh cari bukti tentang Fiq?Dan kenapa dia nak buat macam tu kat keluarga Rina?"soalnya.Ya telah lama dia ingin bertanya tapi baru sekarang dia boleh bertanya.

"Lah..sayang tak tau lagi ke?Abang Qai tak cakap apa-apa?"soal Izeril sambil membangkitkan nama abang Qai yang masih mencari permaisuri dihati.

"Tak de pun.Cakap apa?"Airina membalas manja.

"Lah ingatkan dah cite.Habis tu macam mana syang boleh terima abang?"Izeril tertanya-tanya.Airina tersenyum penuh makna.

Imbas kembali...

"Rina sudah-sudahlah tu menangis,Tak comel tau Rina nangis.."Izeril cuba memujuk Airina yang tidak henti-henti melayan duka.Sejap abang Qai keluar dari hospital seminggu yang lalu.Izeril rindukan senyuman manis Airina bukannya air mata yang sentiasa menemani dirinya.

"Biarlah tak comel pun.Kau sibuk kenapa.Blalah.."Airina rasa tertipu dengan semua yang terjadi.Dia tidak sangka.Dan seminggu yang lalu terputuslah ikatan pertunangannya dengan Fiq.Bagai mimpi semuanya.

"Hey comel!Lupa apa yang Iz sebut dulu.Allah takkan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu hadapinya.Ingat?"soal Izeril sambil mencangkung dihadapan Airina.Sekarang mereka berada dirumah banglo milik keluarga Airina.Abang Qai ada didalam sedang melakukan kerjanya.Sengaja Qai membiarkan mereka berdua.Dia pasti Izeril mampu memujuk Airina.

"Ingat.."Airina menjawab perlahan.

"So kenapa masih menangis.Tak baik tau tak terima takdir."

"Sedihlah.."

"Tau sedih.Tapi janganlah sedih lama-lama.Nanti Iz pun akan turut sedih.Iz tak suka tau tengok Rina nangis.Hati Iz sakit.So stop menangis ye..sayang.."ujar Iz Ikhlas.Airina trhenti menangis tiba-tiba apabila mendengar luahan yang baginya cukup ikhlas.Malah hatinya tercuit dengan perkataan sayang itu.Lagipun Izeril dah banyak bersabar dengannya.Seak abangnya koma lagi.

"Kenapa kau tak henti-henti pujuk aku sejak Fiq ditangkap lagi.Kau tak letih?"

"Tak!Iz suka!"jawab Iz ikhlas.

"Suka?Kau tak simpan dendam dengan aku.Yelah akukan layan kau teruk sebelum ni aku.."ayatnya tak mampu dihabiskan apabila tangan Iz menutup mulutnya dengan sekuntum bunga ros yang dipetik Izeril dilaman rumahnya.Airina menjeggilkan matanya.Izeril tersenggih cuma.

"Nak tau Iz buat macam tu sebab apa?"Airina mengangguk.

"Sebab Iz cintakan Rina setulus hati Iz.Iz nak Rina jadi yang halal buat Iz.InsyaAllah sampai syurga.Iz tak mampu janjikan kebahagiaan sampai bila-bila.Tapi Iz janji akan jaga hubungan kita sebaik mungkin.Nur Airina Qaisara sudikah dikau menjadi ratu dihatiku dan Umi buat anak-anak kita..?"Izeril meluntut dihadapannya sambil menghulurkan sekuntm bunga ros yang dipetik tadi.Airina terkelu,terkedu dan semua ter.

"Maaf?Iz tak de cincin lagi.Nanti Iz belikan.Rina setuju tak.."Izeril berdebar-debar menanti jawapan.

"Terima je Rina.Abang yakin Iz mampu jaga Rina.Malah lebih baik daripada Fiq jaga Rina."Qai menyampuk apabila adiknya masih senyap sepi tanpa bunyi.

"Beri Rina masa.Rina perlu ruang."Rina berlalu pergi.Qai menepuk bahu Izeril yang nampak hampa.

"Takpe Iz.Sabarnya?Abang yakin korang ada jodoh."Izeril hanya tersenyum nipis.

Balik kemasa kini...

"Ok..seterusnya.."soal Izeril tidak sabar.

"Rina buat solat istikharah lepas tu dan inilah keputusan Rina."Airina tersenyum mengenangkan semua itu.Setiap hari dia buat solat itu.Selepas sebulan baru dia terima pinangan Izeril.Alhamduliah meraka bahagia.Suratan takdir Allah sangat indah.

"Alhamdulilah..dah jodoh kita kan sayang.."

"Ok..abang pulak yang cerita..cepat?"gesanya.

"Ok..sebenarnya abang Qai dah tau.Masa tu Rina keluar dari wad lepas polis tu baik.Maklumlah membawa hati yang laralah katakan."sempat lagi Izeril mengenakan isterinya.Airina menarik muncung dan mencubit pinggang suaminya.

"Ouchh..sayang..sakitlah..Ok-ok abang citenya...macam ni.."

Imbas kembali..

"Iz abang nak tanya boleh?"soal Qai setelah Airina keluar dari wad.

"Tanyalah bang.."Iz memberi izin sambil duduk dikerusi yang tersedia dibirai katil.

"Sepanjang Iz siasat pasal Fiq tu.Iz tau tak kenapa diorang nak musnahkan kiteorang?"

"Sebenarnya...Diorang berdendam sebab arwah papa abang pernah menjatuhkan syarikat diorang sehingga muflis.Dan selepas syarikat diorang muflis,mummy Fiq jatuh sakit.Waktu tu diorang tak de duit untuk biayai kos rawatan dan akhirnya mummy Fiq meninggal dunia.Sebab tu dirang berdendam.Diorang tak boleh terima."ujar Izeril panjang lebar.

"Ya Allah.Berdosanya kami.Ya Allah Iz."Qai hampir menitiskan air mata.Tak sangka papanya pernah melakukan perkara itu.

"Ini bukan salah abang Qai dan Rina.Lagipun masa kejadian tu terjadi abang Qai budak lagi.Dalam 12 tahun cam tu.Dan Fiq 11 tahun.Jadi dia faham serba sedikit tentang apa yang terjadi.Abang janganlah salahkan diri sendri ok."Izeril bangkit dan memeluk Qai yang menyesa dengan apa yang terjadi,

"Macam mana Iz siasat?"Tiba-tiba soalan itu terlintas difikirannya.Iz balik ketempat duduknya.

"Macam ni lepas Rina halau Iz.Iz mula rasa yang Iz perlu selesaikan semuanya.Iz ekori Fiq dan masa tu Fiq tengah rancang nak buat sesuatu yang jahat pada Rina dan Iz dapat tolong dengan bantuan orang awan.Nasib baik kereta yang dipandu laju tu tak sempat melanggar Rina bila Rina diselamatkan oleh orang awam.Lepas tu Iz Ikut Fiq lagi dan Iz dapat rakan perbualannya dengan ayah dia pasal rancangannya yang nak cuba bunuh abang Qai dan arwah papa dan mama abang Qai."Izeril menarik nafas sebentar sebelum menyambung.

"Jadi dari situlah Iz dapat buktinya.Buktinya lagi kukuh bila Iz bayar orang suruhannya untuk bercakap benar.Alah orang suruhan Fiq yang langgar abang Qai lepas abang Qai kena tikam.Waktu tu Iz ada dekat situ.Sebab kitakan dah janji nak jumpa.Tapi Iz panik waktu tu.Tak sempat Iz nak rakan apa-apa.Dan orang suruhan tulah yang tipu Rina.Beritau Iz punca semuanya.."

"Oh..baru abang paham.Terima kasih ye Iz."

"Sama-sama bang."Iz tersenyum lebar.Gembira dapat membantu abang Qai.

Balik ke masa kini..

"Oh..tak sangka kan.Rina ingat lagi kejadian yang hampir meragut nyawa Rina.Nasib baik abang ada."Rina masih ingat waktu itu dia ingin melintas jalan menuju kerestorant sebelah jalan.Nasib baik ajalnya belum sampai.Alhamdulilah.

"Ha..ah kan.Abang pun risau waktu tu."

"Oh.kiranya abang ni macam warrior of love lah kan?"ujar Airina sambil tersenggih-senggih.

"Kenapa pulak?"bingung Izeril jadinya.

"Yeelah..pejuang cinta.Berjuang demi cinta abang terhadap Rina kan?"Airina mengangkat-angkat keningnya.'Ya Allah comelnya isteri aku ni'Izeril rasa geram meihat wajah cute isterinya itu lantas dicubiet pipi tembam itu.Maklumlah pregnant.Tembamlah.

"Biasalah sayang..abangkan..Sanggup berjuang demi sayang.."Izeril mula membangga diri.

"Ceh abang memang!Pantang dipuji."Airina mencebik.Izeril tergelak sambil menarik cebikan Airina itu.

"Hahaha..comelnya dia"Airina tersenyum mendengar pujian itu.

"Abang memang pejuang cinta.Tapi bukan sembarangan cinta.Cinta ikhlas dan tulus hanya buatmu,isteriku yang tersayang,Nur Airina Qaisara."Airina terharu.Terus dipeluknya suaminya yang tersayang.

'Ya Izeril ialah Warrior of love.Abanglah pejuang cinta sayang sampai bila-bila..InsyaAllah..amin.'
Akhirnya mereka tersenyum bersama setelah perit getir dihadapi.Semoga kebahagiaan menyusuri liku hidup mereka.
TAMAT
@@@@@
.Maaf jika cerpen ini terlalu panjang.Semoga terhibur! ;)



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.