Home Cerpen Umum Disini Cinta Disana Maruah
Disini Cinta Disana Maruah
Wan Nur Aira
2/5/2014 20:49:04
4,173
Kategori: Cerpen
Genre: Umum
"Assalamualaikum.."salam diberi diikuti ketukan pintu dari luar.
Aku berlari-lari anak ke pintu rumah untuk menyambut suami tersayang.Aku membetulkan pakaian agar nampak cantik dihadapan si suami.Senyuman mula terlukis dibibir sebelum tangan memulas tombol pintu.
"waalaikumussalam..awal Im balik hari ni?"soalku sambil menyalami tangan si suami.Naim Syafeq nama yang telah lama terukir di hatiku.
"Saja balik awal..lagipun hati ni rindu sangat dekat isteri Im iaitu Nini Syafiqah yang cun melecun ni.."jawab Im sambil meraih pinggang ku menuju ke sofa diruang tamu.
"Ish Im ni..Iqa serius ni..dia bergurau pulak."kataku sambil tanganku mencubit pehanya.Kami berdua duduk disofa yang tersedia.
"Aduh!!..ish sayang ni.Sakit tau tak.Alah...kelas dibatalkan sebab tu balik awal ni..puas hati"kata Im sambil mencubit pipiku,geramlah tu.
"Ish..apa ni..kan Iqa dah cakap jangan cubit pipi Iqa..tak suka lah!"Aku memang tak suka kalau sesiapa saja cubit pipi aku.Tak tahu kenapa.Yang pasti TAK SUKA,tak kiralah yang cubit tu suami sekalipun.
"Tak suka..haa..meh sini nak gomol-gomol pipi dia..haha.."ish laki aku ni makin aku larang makin menjadi-jadi.Mesti merah pipi aku..
"Eee..merahnya pipi sayang..comellah..meh sini nak gomol lagi"
"Ish..IM!!"belum sempat aku nak mencubit peha Im,dia dah berdesup naik tingkat atas.
"wekk! tak dapat cubit..padan muka"kata im yang berada di anak tangga keempat,sempat lagi jelir lidah dekat aku tu.Haish laki aku ke ni..
************
"Morning sayang.."sapa Im sambil mencium pipiku yang sedang menyediakan sarapan dimeja makan.
"Morning Im.."kataku sambil tersenyum.
"Nasi goreng sayang masak..emm sedapnya..belum makan dah sedap sayang..nikan pula dah makan mesti lagi sedap ni.."puji Im.Aku apa lagi kembang kecut lah.
"hmm..Im tu semua menda sedap..batu pun Im kata sedap..sajalah tu nak ambik hati.."haish suami aku ni,macam aku tak tau ayat tangen(sama) dia tu.Tiap-tiap hari asyik ulang ayat sama ja.Semua yang aku masak dikatakan sedap.Dan tiap-tiap hari kembang kecutlah hidung aku.
"eh...sayang ni tau-tau je..tapi betullah sayang..semua yang sayang masak sedap..tak tipu!..batu tu pun kalau sayang yang bagi,Im makan je.Comfirm sedap.Aaa nganga.."katanya sambil menyuap nasi goreng kedalam mulutku.
"ooo yeke ..kalau macam tu,Im tunggu jap erk.."kataku sambil bangun dari kerusi.
"eh..sayang nak gi mana ni?."belum sempat aku melangkah,Im memenggang lenganku untuk memberhentikanku dari melangkah.Mukanya kehairanan.
"lah..nak gi mana lagi..nak gi ambik batu kat luar umah tulah..nak bagi Im makan.."kataku sambil tersenggih.Im apa lagi,pipi aku juga yang jadi mangsa cubitannya.
"ish sayang ni..Im gurau jelah..sampai hati nak bagi Im makan batu.."katanya dengan lirih sambil buat muka sedih.
"alolo..Iqa gurau jelah..takkanlah Iqa nak bagi suami Iqa yang handsome ni makan batu..tak de kelas lah.."kataku sambil memenggang kedua-dua pipinya.Dia apa lagi senggih jelah memanjang,kena pujilah katakan.

Sebelum kami berdua memulakan hari kami ke Universiti untuk menuntut ilmu,pasti akan ada pesanan penaja dari YB Naim Syafeq.
"sayang macam biasa erk..nanti kalau.."belum sempat Im menghabiskan ayatnya,aku cepat-cepat memotong,macam lumba keretalah pula.
"nanti kalau terserempak dengan Im dekat Universiti..buat-buat tak kenal sebab nanti kawan-kawan Im tau pulak yang Im dah nikah..betul tak?"kataku,sambil tersenyum,walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.
"hah..pandai pun isteri Im..ingat erk..oklah Im pergi dulu sayang..drive carefully.."katanya sewaktu aku menyalami tangannya dan dia mengucup dahiku.Aku hanya senyum,sambil melambai tangan setelah keretanya mula menjauh.Dan aku masih di depan kereta Myviku hadiah daripada mentuaku.Setelah beberapa saat,aku mula memandu keretaku ke Universiti.

Sambil memandu,sambil aku termenung mengenangkan hidupku yang entah bagaimana akhirnya.Aku dan Im terserempak dipersisiran pantai yang dekat dengan rumahku diPahang.Ketika itu keluargaku baru lepas memukat.Dan dengan tidak sengaja Im terlanggar aku.Im sedang bercuti dengan keluarganya.Dari situ kami mula berkenalan dan rupa-rupanya kami satu universiti cuma berlainan kos,aku kedoktoran dan Im pilot.kami mula serius dengan hubungan kami.

Selepas setahun berlalu,Im menghantar rombongan meminang,keluarga Im menerimaku dengan hati yang terbuka,menyebabkan aku dengan senang hati menerima pinangan itu, selepas tiga bulan, kami dinikahkan tanpa pertunangan.Aku hidup bahagia bersamanya. Sudah empat bulan kami diiktiraf sebagai suami isteri.Aku hanya anak seorang nelayan yang sudah pencen,Aku hanya anak kampung yang tidak punya harta.keluarga Im menerima aku dengan seadanya tanpa membezakan taraf hidup.Namun lain pula bagi rakan-rakan Im.Mereka terlalu menitikberatkan taraf yang sama.Kerana terlalu mementingkan maruah dan taknak diketawakan oleh rakan-rakan,Im sanggup menyembunyikan indentitinya yang berggelar seorang suami kepada aku yang tidak punya harta.

Walaupun aku terluka dengan sikap Im yang sanggup menyembunyikan identitinya kerana rakan-rakannya,aku tetap mencintainya.Benar kata orang cinta itu buta,sanggup terluka untuk menjaga maruah suami..maruahlah sangat.Namun aku tidak pernah menyembunyikan identiti ku yang bergelar seorang isteri.Semua mahasiswa dan mahasiswi dikos aku mengetahui yang aku sudah menjadi seorang isteri,cuma mereka tidak tahu siapa suamiku.Biarlah menjadi rahsia jika itu yang diingini oleh Im.


Sampai saja di universiti,aku bergegas ke falkultiku.Falkultiku tidak berapa jauh dari falkulti Im.Masuk sahaja ke dalam bilik kuliah,aku cepat-cepat duduk disebelah kawan baikku iaitu Puteri Afrina.Sedap nama diakan,secantik rupanya.

"Hai Nie,lambat sampai arini?ko bangun lambat ke?."haish itulah Puteri,aku tak sempat lagi nak lepas lelah,dia dah tembak aku dengan pelbagai soalan.Rakan-rakanku semuanya memanggilku Nini,hanya Im yang memanggilku Iqa,katanya itu panggilan istimewa dan hanya dia yang boleh panggil nama tu.Hais macam-macam.Baru je aku nak menjawab..dah ada tukang jawab.

"Ehh..ko ni Puteri gunung ledang,kok ye pun nak tembak si Nini yang comel ni dengan soalan ko tu,tunggulah Nini ni duduk dulu..sian dia penat..kan Nini kann.."ni sorang lagi kosmate aku,Irham..suka sangat menyampuk bila aku dengan Puteri berbual,apa masalah dia pun aku tak tahu.Yang pasti dia suka sangat panggil Puteri dengan gelaran 'Puteri gunung ledang'walaupun dimarahi Puteri.Aku rasa dia ni ada hati kat Puterilah,nak kata sukakan aku,dah sah-sahlah tak boleh sebab aku ni isteri orang.Dan dia pun tahu hakikat itu.

"Ish..ko ni kan Am,kalau tak menyampuk tak sah."marah Puteri sambil menjeling tajam.Irham buat bodoh je.

"Apa yang tak sah..tak sah ko jadi isteri aku..memanglah tak sah kita belum nikah lagi..lepas habis study,kita nikahlah.."Irham mengenyit mata kepada Puteri.Belum sempat Puteri nak buka mulut,lecture dah masuk.Dan Irham kembali ke tempat asalnya.Dan kami pun mula menumpukan perhatian kepada lecture.
*******
Selepas tamat kelas,aku,Puteri dan Irham si penyibuk mula bergerak ke cafe untuk mengisi perutlah.Dan tak lupa juga kawan si Irham yang turut serta, lain dan tak bukan Adam.

Sampai je di cafe Irham mengarahkan aku dan Puteri duduk dimeja yang tersedia manakala dia dan Adam pergi membeli makanan,selepas selesai dia dan Adam membeli makanan,aku dan Puteri pula pergi membeli makanan dan dua jejaka itu pula yang menanda tempat duduk.

Kami menjamu selera sambil dihiburkan dua jejaka yang memang terkenal dengan lawak jenaka mereka,lain dan tak bukan si Irham dan Adamlah.Senak perut aku dengan Puteri duk ketawa dari tadi.
"Hah..ni satu lagi teka-teki..korang memang pandailah kalau korang dapat jawab.."kata Irham sambil menjungket kening kearah kami bertiga.
"Hah..tak payah nak jungket kening sangatlah Am..cepatlah apa teka-tekinya.."gesa Adam.
"ish tak sabar-sabar..yelah-yelah..ni teka tekinya..'benda apakah bila masuk straigt,bila keluar bergulung-gulung'...hah jawab,jangan tak jawab,"gesa Irham sambil menjungket kening.hmm benda apa ya?monologku dalam hati.Puteri dah angat-angkat kening pandang aku.Tak tahulah tu.
"ish menda pa erk..hah aku tau.."kata Puteri mengejutkan kami bertiga.
"hah menda pe?..cakaplah.."kata Irham.
"tikar..sebab bila kita buka dia straight bila kita gulung..di tergulung..betul tak..betul tak?.."jawab puteri dengan muka teruja habis..nak tergelak aku tengok..tapi betul ke?
"haish..aku cakap ko bengap..ko marah..tapi memang ko bengaplah..bila masa aku cakap bukak..aku kata bila masuk and keluar..ada paham?"Irham menepuk dahinya.
"hek eleh..at least aku tekalah jugak daripada dua mangkuk hayung ni...duk terconggok je.."hish budak puteri ni sesuka hati panggil aku dengan Adam mangkuk hayung,nak marahkan Irham,kami berdua pulak kena tempias.Irham apa lagi gelak mengekek lah dia.Adam mengacukan penumbuk kepada Puteri.Puteri tersenggih saja.
"ish..dah lah.kusut kepala aku..bagi tau jelah..apa jawapan dia.."kataku tak puas hati.
"eleh..tak reti bersabar betul ko ni Nini...macam manalah laki ko hidup dengan ko.."kata Irham sambil termenung sebentar.
"woi mangkuk..kita bercakap pasal teka-teki bukan laki aku..aku hempuk jugak ketgi..."ish geram betul aku dengan mamat ni.Puteri dengan Adam tersenyum-senyum dah.
"yelah-yelah..hish garang mengalahkan singa betina..hehe.."kata Irham sambil tersenggih-senggih.Nak kene hempuk betul-betul agaknya mamat ni.
'pukk'
"Aduh..ish sakitlah Nini."kata Irham sambil memuncung.Tulah pasal,kan dah kena hempuk dengan gelas plastik dekat kepala.Cari pasal lagi dengan aku.Singa betina kan..Adam dan Puteri dah bantai gelak tengok muka Irham yang masam mencuka.
"Dah-dah..sekarang bagitau kitaowng apa jawapannya.."gesa Adam yang tak sabar lagi.Irham terus tersenyum sambik jongket kening.Kejap betul mood dia berubah.Ini yang buat aku suka kawan dengan dia ni.Tak merajuk lama-lama.
"hah dan jawapannye..jeng..jeng..jeng..seluar dalam.."katanya sambil ketawa terbahak-bahak diikuti Adam.Adam menepuk bahu Irham yang duduk disebelahnya,sambil memenggang perutnya.
"Whattt!!!"aku dan Puteri terjerit serentak.Selepas perasan yang kami berdua diperhatikan,cepat aku dan Puteri menekup mulut.
"apasal pulak seluar dalam..tak paham aku.."kata Puteri yang jelas tak puas hati.
"sebab cuba korang tengok..bila korang pakai seluar dalam..dia straight je masuk..bila korang buka seluar dalam yang korang pakai..dia tergulung-gulung.."serentak itu kami berempat ketawa mengekek..ramai yang memandang tapi kami tak peduli..lawak betullah Irham ni.
"eh bukan semua owng macam ko..ada je yang bukak seluar dalam tak tergulung-gulung."pangkah Puteri lagi.
"so maknanya..ko bukak seluar dalam ko tak tergulunglah..hahaha.."Irham dan Adam bantai gelak lagi kuat.Aku pun turut serta tapi sekejap jelah,maklumlah dapat jelingan maut dari Puteri.
"ish tak senonoh lah ko ni Am.."muka Puteri dah merah menyala sebab malu.Lagilah si jejaka dua orang ni gelak terbahak-bahak.Dalam kegembiraan itu.aku terperasankan seseorang yang sedang memerhatikanku,tidak terlalu jauh hanya selang lima meja,dan orang itu ialah NAIM SYAFEQ!!Alamak jangalah dia fikir bukan-bukan.Naim hanya menjeling tajam kearah aku sambil berjalan keluar dari kafe dengan rakan-rakannya.

Seterusnya,kami berempat bergerak pulang,masih ada sisa tawa antara kami.Dan Puterilah yang paling begang sekali..haha.Dalam pada masa yang sama aku berdebar-debar untuk pulang.
******
Aku memasuki rumah setelah salam ku dijawab.Perlahan-lahan aku berjalan ke ruang tamu menuju kearah suamiku yang sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen,sedikit pun tidak berpaling melihatku.Jantungku dah dup.dap.dup.dap.Haish habislah aku.

"ehem..nak salam.."aku berdehem sebentar sebelum menyalaminya.
Haish ni mesti marah pasal tadi.Kalau tak takkan takda ciuman dipipi macam selalu..hmm..

"erk Im..are you okay?.."soalku sekadar berbasa-basi.Sunyi..tiada balasan.Aku pun duduk disebelahnya sambil merenungnya.Dia buat derk je.Sikit pun tak kalih,fokus sangat dekat tv dia tu.

"Im...Iqa cakap dengan Im ni..janganlah senyap cam ni..wat owng tak sedap hati ja..Iqa ada wat salah ke..?"tersekat-sekat aku berkata.

"Bukan main gembira lagi tadi..gelak sakan.."jawabnya senada tanpa berpaling kearahku.hmm'gembira?gelak sakan?apa maksud dia?'soalku didalam hati.

"Dekat cafe tadi tulah.."kata Im lagi,merungkai persoalan dalam hatiku.

"lah..biasalah..bila jumpa kawan-kawan gelak sakanlah..itupun nak marah ke..haha.."lah aku ingatkan apalah tadi.Gaya marah macam aku buat masalah besar ja.Aku tergelak kecil sebentar sebelum mendapat jelingan maut daripada suami terus aku tekup mulutku.Ayoyo..sekarang baru aku paham Im cemburu!!Comelnya laki aku bila dia cemburu.hehe.

"Alah Im sayang janganlah cemburu..tak elok tau tak..diaowang tu kawan Iqa jelah.."pujukku.

"Yelah tu kawan..bukan main mesra lagi Im tengok.."Im tak puas hati lagi..Aduh nak pujuk lagu mana ni.

"Betul..sumpah!Iqa tak da papelah dengan diaowng..hati Iqa ni buat Im sorang je tau tak..janganlah ngajuk ngan Iqa,nanti takda owng dah Iqa nak peluk kalau Im ngajuk..sian kat Iqa.."kataku lirih sambil wat muka sedih,raih simpati...hehe.

"Alah..ok-ok Im tak ngajuk..tapi janji jangan mesra sangat dengan laki lain..Im tak suka..janji!"kata Im sambil mengenggam tangan ku.Hah ni yang aku suka ni,senang ja nak pujuk lelaki,diaowng tak ngajuk lama-lama tak macam perempuan mengada!!,lelaki juga yang kesian kena pujuk.Padahal aku pun perempuan!sama ja mengada hehe.Tapi dengan my husband jelah,kalau tak merajuklah my hubby ni.Aku jugak yang susah satgi.

"ok tapi Im tak ngajuk dah kan?"tanyaku untuk kepastian.Im memenggang kedua-dua belah pipiku.

"tak dah sayang..mana boleh ngajuk lama-lama ngan sayang,kalau tak Im jugak yang rugi..hehe"kata Im sambil tersenggih nakal.Aku mencubit pehanya.

"aduh sakitlah sayang..meh nak muahh..muahh isteri Im ni..tadi tak sempat nak muahh..muahh sebab ada drama tadi.."kata Im sambil merapatkan wajahnya kepipi ku.

"ish tadi sombong taknak muahh..muahh..sekarang nak pulak..mana boleh.."kataku dan cuba melarikan diri.

"ish nakal erk..sini dia nak geletek cukup-cukup.."Im mengeletekku.Riuh rumah itu dengan tawa Im dan jeritan ku.Haish Im,macam mana aku tak cinta.
**********
'Ya Allah'aku menekup mulutku dan mata mula berair.Siapa yang tak terasa bila melihat adegan romantik antara sisuami dengan perempuan lain didepan mata.Aku sedang berada di belakang bangunan falkultiku.

Sakitnya hati bila ada perempuan lain sedang enak memeluk suami ku tanpa segan silu.Hampir saja,si perempuan itu ingin mencium pipi suamiku,suamiku cepat-cepat menolak perempuan itu setelah menyedari kehadiranku disitu.Aku yang melihat Im sedang mara kearahku,cepat-cepat melarikan diri.Aku mendengar namaku dilaung seseorang,siapa lagi kalau bukan Im.Aku hanya berlari sampai ketempat pangkir kereta dan memecut laju keretaku,tidakku endahkan laungan Im.

Sampai dirumah,aku bergegas ke bilik utama dan memunggaskan semua pakaianku kedalam bagasi yang telah sedia ada.Aku ingin pergi dari sini.Aku tak mahu berada disini.Aku menangis teresak-esak,lagi-lagi apabila teringat akan kata-kata Im yang dia lebih mementingkan maruahnya..apabila aku menyoalnya setelah ternampak dia dengan seorang perempuan kecafe bersama-sama sambil perempuan itu memeluk lengan suamiku pada dua minggu lepas.Masih tergiang-giang kata-katanya yang menyentap hatiku,namun aku hanya berlagak selamba dihadapannya..imbas kembali.

"sayang...sayang taukan Im bukan taknak bagitau kawan-kawan Im pasal sayang..tapi sayang taulah diaowang macam manakan..nanti Im diketawakan diaowang pulak..sayang nak ke suami sayang ni dimalukan..diketawakan.."aku hanya menggeleng kerana tidak sanggup berkata-kata lagi.Sakitnya hati hanya Allah yang tahu.

"taknak kan..sebab tu kawan pompuan Im tadi tu peluk lengan Im sebab dia ingatkan Im tak kahwin lagi..sayang jangan risaulah..Im cintakan sayang sorang je.."kata Im lagi sambil mengenggam kemas tanganku.

Hmm CINTA kan aku seorang.Tapi harini,dia lukakan hati aku..Cintakah itu?.Dia lebih pentingkan maruahnya.Berterabur lamunanku setelah mendengar pintu bilikku dikuak dari luar.Siapa lagi kalau bukan Im.Haish macam mana aku tak perasan dia bali,tak dengar pun enjin kereta dia.Tulah mengelamun lagi.Tak aku endahkan Im yang sedang menuju kearahku yang sedang duduk dibirai katil sambil memasukkan pakaianku kedalam bagasi.

"sayang..sayang nak gi mana ni..sayang nak tinggalkan abang ke.." Abang?hmm nak pujuklah tu.Aku hanya senyap membisu.
"sayang jawablah..janganlah senyap cam ni..sayang.."kata Im lagi sambil duduk mengadapku.Im cuba memenggang tanganku tapi aku lebih pantas melarikannya.Selepas siap mengemas pakaianku,aku turun dari katil dan membawa bagasiku keluar bilik.
"sayang..janganlah macam ni..biar abang explain apa yang berlaku..sayang salah paham..sayang please jangan tinggalkan abang..abang tak boleh hidup tanpa sayang..please.."rayu Im yang telah menghalang jalanku didepan pintu bilik.Dia cuba merampas bagasiku dan dia berjaya.Dicampaknya bagasi tu keluar bilik,dan pintu bilik ditutup.
"Awak tak boleh hidup tanpa oksigen dan tanpa Allah bukan tanpa saya.."nah ambik ko.Kata ganti juga telah ku ubah.
"sayang tolonglah jangan buat abang macam ni..yang sayang nampak tadi tu cuma salah paham..sebenarnya perempuan tu ajak abang jumpa belakang bangunan tu..dan abang tanpa ragu pergi jumpa dia.tak sangka pulak dia nak wat macam tu..bukan abang merelakannya..sayang percayalah.."terangnya lagi.Aku yang telah lama sakit hati hanya membiarkan kata-katanya dibawa angin lalu.Tidak diendahkan lagi kata-katanya.Bila syaitan telah menguasai diri..beginilah jadinya.
"Ah sudahlah..saya taknak dengar apa-apa lagi..suka hati awaklah nak buat apa dengan sapa pun..saya tak peduli!!"kataku sambil menolak badannya yang menghalang jalanku dan aku berjaya.Aku bergerak ketangga tapi sebelum itu aku berpaling kearahnya yang sedang berdiri kaku didepan pintu bilik.
"lagi satu..awak kan terlalu pentingkan maruah..better awak kahwin je dengan perempuan tu..dia sama taraf dengan awakkan..antara cinta dan maruah awak pilihlah yang mana satu..kalau maruah yang awak pilih..saya dengan sendirinya rela mengundur diri."belum sempat aku memijat tangga yang terakhir.Suara Im berbunyi dan terus memberhentikan langkahku dan mematikan niatku untuk meninggalkan rumah ini.
"kalau sayang nak tengok abah sayang yang sakit jantung tu masuk hospital sebab perangai sayang ni..sayang keluarlah dari rumah ni."kata Im yang telah berdiri dihadapanku.Aku?menangis disitu dan berlari ke bilik tamu.
********
Sudah seminggu aku tidak bertegur sapa dengan Im,walaupun kadang-kadang Im cuba mengajakku berbual.Namun aku tetap memasak,membasuh dan menggosok pakaiannya kerana itu tugasku,nanti berdosa pulak aku.Cuma aku tak tidur sebilik lagi dengan Im,aku tidur dibilik tamu ditingkat satu.
********
Hari ini di bilik kuliah aku menerima satu sampul yang mangandungi sepucuk surat yang menyuruh aku ketasik didalam Universiti kami ini.Aku yang jenis ingin tahu hanya mengikut apa yang ditulis dalam surat itu.

And here I'am di tasik,namun tiada apa-apa pun disini.Ke aku kena bang-bang boom ni.Dalam aku termenung tu..tiba-tiba ada bunyi pecikan bunga api..siang-siang hari??

Aku pun mendonggak memandang langit.'Ya Allah' cantikknya .. monologku didalam hati..Sekarang terbentang pelbagai warna belon tak kira ungu,pink,kuning,biru..warna-warni yang tertulis 'I LOVE YOU'di depan mataku.Setelah belon itu mula terbang menjauh muncul pula layang-layang yang pelbagai warna juga sedang terbang dibawa angin bayu di dada langit.Dan SUBHANAALLAH,aku menekup mulutku dan mata mula berair.Terharu.Terdapat satu layang-layang besar yang berbentuk love dan tertulis 'IQA ABANG MINTA MAAF?AND I LOVE YOU.ANTARA CINTA DAN MARUAH ABANG PILIH CINTA HATI ABANG-NAIM SYAFEQ.'

Selepas itu,bahuku disentuh seseorang dan aku berpaling dan memeluk Im dengan erat,sungguh aku terharu,gembira semua bercampur baur.Im membalas pelukanku dan berbisik kepadaku..

"sayang..abang minta maaf..maafkan abang yee sayang.."dan aku hanya menggangguk dalam pelukannya.

"sayang.. lebih baik sayang lepaskan abang sekarang,semua orang tengah tengok kita ni..."kata Im,yang menyebabkan aku meleraikan pelukanku kepadanya dan aku memandangnya kehairanan sebelum dia menyuruh aku memandang kesekeliling..Aku menekup mulut setelah melihat ramai mahasiswa dan siswi berada disitu sambil bertepuk tangan memandang kearah aku dan Im.Malunya!!merah wajahku.
Im hanya ketawa kecil sebelum menyambut huluran mikrofon dari salah seorang rakannya.Aik apa dia nak buat ni?

"Perhatian please..warga seuniversiti.."Im mula bersuara menggunakan mikrofon dan suaranya bergema di sekeliling itu.Dan semua orang yang berada disitu senyap seketika sebelum riuh kembali setelah Im membuat pengumuman yang memeranjatkan aku.
"Dengan ini saya Naim Syafeq ingin mengumumkan bahawa Nini Syafikah ialah isteri saya yang sah sejak empat bulan yang lepas.Dan saya harap tiada siapa yang cuba mengurat isteri saya,kalau tak siap dia!Dan jangan pulak ada sesiapa yang menggoda saya yeee.."kata Im sambil mengenyit mata kearahku,aku menjenggilkan mata kearahnya..ish dia nikan..Semua yang ada disitu hanya ketawa.

Tiba-tiba Puteri datang kearahku dan memelukku sambil mengucapkan tahniah kepadaku..sempat lagi dia cakap laki aku hensem..gatal.

Selepas rakan-rakanku mengucapkan tahniah kepadaku,aku dibawa oleh Im untuk berjumpa dengan seseorang.Dari jauh aku nampak seorang perempuan sedang duduk di sebuah bangku sambil melambai tangan kearah kami.Perempuan itu!yang aku jumpa sedang bermesra dengan suami aku belakang bangunan.

"hai..Iqa kan?I najwa,just call me wawa.."katanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.Aku menyambutnya dengan senyuman.

"hmm I sebenarnya nak mintak maaf pasal belakang bangunan hari tu..sebenarnya I yang perangkap Im,Im tak salah pape pun..I mintak maaf..sekarang I dah tau dia ada isteri dan I takkan ganggu dia..you jangan risaulah Im memang cintakan you..sehingga sanggup diketawakan kawan-kawannya..tapi kami sebagai kawan gembira kerana dia mendapat isteri sebaik you..dia seorag lelaki yang bertuah.."aku hanya tersenyum sepanjang kak Wawa ni bersuara.Setelah itu kak Wawa meminta diri dan tinggallah aku dan Im disitu.Im duduk di bangku yang tersedia dan aku turut duduk disebelahnya.

"So..sekarang dah percaya cakap abang.."Im mula bersuara sambil berpaling mengadapku setelah keadaan sunyi seketika.

"dah..hmm Im Iqa nak minta maaf..sebab Iqa hubungan kita rentak seketika.."aku hanya menundukkan kepala ketika menuturkan ayat itu.

"boleh dimaafkan tapi dengan satu syarat.."kata-kata Im itu membuat aku mendongak memandangnya.Ada senyuman diwajahnya.

"apa?"soalku yang tidak sabar-sabar.Im tergelak kecil dengan terlatahku itu.

"Sayang kena panggil Im dengan panggilan Abang...no more Im boleh.."katanya sambil menjungket kening.

"erk..Iqa try nanti..ok?"kataku cuba berdiplomasi..

"Tak boleh..sekarang jugak abang nak sayang panggil Im ABANG.."gesa Im lagi.Hais liat lidah aku nak sebut abang..aduhai.

"erk..a..bang..thanks sebab pilih Iqa dari maruah abang.."aku mengenggam tangannya dan membawanya kebibirku untuk ku kucup.

"Anything for you sayang...sekarang abang dah buktikan antara cinta dan maruah abang pilih cinta..so lepas ni sayang kena cintakan abang seorang je..tak boleh orang lain ok.."katanya sambil mengucup jari-jemariku.Aku tersenyum.

"ok abang...tiada orang lain selain abang dihati sayang..hanya abang cinta didunia dan diakhirat insyaallah..I love you..abang.."kataku sambil mencium pipinya.Dia tersenyum dengan terletahku.

"I love you more sayang..abang takkan buka hati abang ni untuk orang lain..hanya sayang je dihati abang selama-lamanya...dan insyaallah sayang bidadari abang di syurga..amin.."katanya sambil mencium pipiku.'Amin',kami sama-sama memandang kedada langit membayangkan hari yang mendatang.

Semoga jodoh kita berkekalan abang sehingga anak cucu..amin..insyaallah..doaku didalam hati.Senyuman menghiasi bibir kami berdua,menggambarkan betapa gembiranya hati kami ketika ini.
*****

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.