Home Cerpen Umum Memori Cinta Ilahi
Memori Cinta Ilahi
Wan Nur Aira
21/11/2014 04:20:20
1,654
Kategori: Cerpen
Genre: Umum
Kala malam semakin larut. Matahari dalam perjalan untuk muncul menyinari hari siang. Aku terjaga dari tidur. Bunyi bising diluar bilik menganggu lenaku. Aku bangkit dari pembaringan ketika aku sedar ibuku tiada di sebelah menemani malamku. Bunyi sesuatu pecah menyentak tangkai hatiku. Debaran menguasai diri. Aku intai di sebalik langsir bilik. Kelihatan wajah ayahku yang sedang berang. Ibuku pula tak habis-habis membebel bersama juraian air mata yang tidak berhenti mengalir.

"Ibu? Sudahlah.. Dah malam ni. Nanti jiran sebelah dengar." Alongku mula bersuara, menenangkan ibuku.

"Along nak suruh ibu senyap? Along..along tengok ayah along ni. Dia tak kesiankan ibu ke? Ibu terseksa along. Dah lama ibu pendam. Sakit..sakit dekat sini dah lama ibu simpan along. Pedih sangat." Ibu terduduk teresak-esak sambil memenggang dadanya.

"Along tahu. Tapi, ibu sendiri tengok keadaan ayahkan. Ayah takkan dengar apa yang ibu cakap. Biarlah ibu. InsyaAllah Allah sentiasa ada. Sabarlah ibu. Demi along. Demi adik-adik. " Along cuba merayu sambil bersila didepan ibu.

Aku lihat ayah sedang duduk di sofa, menunduk kebawah sambil memenggang kepala dengan kedua tangannya. Rupanya bunyi yang pecah itu datangnya dari bunyi pinggang kaca. Mungkin ayah yang lemparkan. Kerana saban malam, perkara yang sama pasti berlaku. Jika tiada yang pecah mungkin pertengkaran yang terjadi.

"Ibu kenapa ni? Adik takut. "Aku yang tidak mengerti apa yang jadi di sekelilingku terus memaut leher ibuku lalu duduk diriba ibuku. Ibu yang menangis tersedu-sedan mengusap rambutku. Aku turut basah dengan air mata. Sungguh aku takut!

" Tak de apa adik. Kalau adik takut, doa pada Allah ya sayang. Kan ibu selalu pesan, lupanya. Adik ni kenapa tak tidur lagi? hmm sayang?" Ibu bertanya. Mata ibu merah.

"Adik tak boleh tidur. Bising. Ibu, ayah kenapa? Kenapa ibu nangis?" Dan soalanku itu semakin merancakkan lagi tangisan ibu. Aku kebingungan. Aku lihat ayah telah bangkit dari duduknya lalu menuju kebilik yang ku tidur tadi.

"Mana ada ibu nangis. Dahlah sayang. Sayang pergi tidurnya. Along bawa adik pergi tidur. Adik tidur dengan along malam ni ye sayang? Sayang anak ibu ni. "Ibu mencium pipiku sepenuh kasih sebelum menyerahkan aku kepada along. Along mendukungku lalu dibawa kebiliknya.

Aku melihat sekilas kearah ibu yang sedang mengutip kepingan kaca yang berderaian di lantai. Abangku yang kedua iaitu angah turut membantu ibu. Sedari tadi dia hanya senyap membisu tanpa masuk campur. Angah memang begitu lebih suka menyepi jika ada pertengkaran terjadi. Hanya along yang lebih berani menyelamatkan keadaan meskipun umurnya baru 11 tahun. Manakala angah baru 9 tahun dan aku baru 5 tahun. Masih tidak mengerti.

***********************************************
Kini aku telah pun meningkat usia. Dan keadaan masih sama. Ibu sering menitiskan air mata. Ayah sering mengamuk dikala malam menjelma. Ayah sering pulang lewat sehingga ibu naik angin dibuatnya. Dulu aku tidak mengerti tapi kini aku faham semuanya. Ya! Ayahku seorang pemabuk. Suka keluar malam dan balik lewat malam dalam keadaan mabuk.

Apabila bunyi motor ayahku berbunyi menandakan dia sudah pulang dari kegelapan malam durjananya. Aku lekas-lekas bergerak kebilik yang dikongsi bersama along dan angah. Kami hanya keluarga miskin. Bilik dirumah hanya ada dua. Dan aku takut tidur diluar, lagi-lagi jika ayahku pulang dalam keadaan mabuk. Sungguh takut! Abang-abangku yang memahami hanya membenarkan aku berkongsi bilik dengan mereka. Katil dibilik dua tingkat jadi aku tidur dingkat atas. Manakala along dan angah dibawah yang mana katilnya lebih besar daripada yang atas.

"Dum!" bunyi pintu dihempas. Sekali lagi! Dadaku berkocak hebat.

'Ya Allah! Bantulah ibuku. Kurangkanlah kemarahan ayahku. Agar semuanya baik-baik saja Ya Allah!' tak pernah doa itu lekang dari hati kecilku tatkala ayahku pulang dalam separa sedar itu. Sejak aku dihantar kesekolah rendah dan kafa. Aku semakin dekat dengan Allah. Malah ibu dan abang-abang turut selalu berpesan agar aku tidak lupa Allah. Ayah juga begitu bila keadaanya normal kembali. Tapi itulah! Nasihat orang, ayah memang pandai tapi diri sendiri, pantang ditegur pasti melenting!

Along keluar dari bilik tatkala kekecohan menghantui malam kami lagi. Kadang aku tabik spring pada abangku yang seorang ini. Tak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai anak yang sulung. Angah menuruti langkah along dari belakang. Aku mengintai di sebalik langsir seperti yang selalu aku lakukan.

Keadaan yang berlaku dihadapan mata menaikkan debar di hati. Ibu seperti sudah hilang kesabaran. Habis ditenkingnya ayah. Ayah juga sudah mencapai tahap maksimum. Ayah pantang jika orang menengkinnya. Tapi kalau dia menaikkan suara, tidak mengapa.

"Kau ni dah kenapa! Aku balik awal salah, aku balik lewat salah! Yang kau nak menyibuk tu kenapa. Suka hati akulah hidup aku! Kau sibuk kenapa! " Ayah menepis tangan along yang cuba menyabarkannya. Langkah ayah terhuyung-hayang. Matanya kuyu. Wajahnya tidak berseri. Orang yang dibawah pengaruh alkohol memang begini.

"Awak tanya saya! Awak ingat saya ni patung! Nak kena tunggu awak balik lepas tu kena hadap pulak diri awak yang entah pape ni! Saya pun ada tahap sabar saya! Awak jangan melebihi batas Kamarulzaman!" Nada ibu sudah lain. Setiap kata-katanya disusuli tangisan yang sayu.

"Kau punya sabar! Aku punya sabar kau tak tau! Heh kau ingat aku suka ke kau tanya aku mana aku pergi setiap kali aku nak keluar, hah! Serabut kau tau! Aku ni suami! Kau jangan nak layan aku macam aku ni anak atau adik kau. Kau ni memang menyusahkan akulah!" jerkahan ayah itu menyebabkan adikku yang bongsu yang lahir selepas aku meraung. Angah mengambil adik lalu diberi kepadaku. Lantas aku tidurkan dia di katil bilik kami. Adik masih kecil. Sama sepertiku dulu yang tak tahu apa-apa. Kadang aku sendiri sedih memikirkan keadaan adik bila dia besar kelak. Pasti dia turut menangis sepertiku kini.

" Awak tu suami saya. Salah ke saya ambik tau, hah! Ok kalau awak rasa saya ni menyusahkan. Ceraikan saya! Saya boleh hidup dengan anak-anak! " Sekali lagi ayat keramat itu menyapa telinga kami adik beradik. Air mataku bergenang. Walaupun ayah seperti itu tapi aku masih sayangkan dia. Dia masih ayah aku. Aku mengintai lagi.

" Ibu sudahlah tu! Fikirkan kami ibu! Tolonglah! Along rayu ibu! " Along meluntut dihadapan ibu yang sedang dibaluti kemarahan. Angah turut masuk campur.

"Ibu, janganlah macam ni. Kita minta pada Allah. Tolonglah ibu. Adik masih kecil. Fikirkan adik dan kami." Lirih angah bersuara.

"Angah, along. Ibu dah serik untuk hidup dengan ayah kamu. berilah ibu bahagis nak." Ibu mengusap lembut kepala angah dan along. Malam ini kami banjir dengan air mata lagi.

"Kau tak habis-habis dengan cerai! Kalau kau tak nak tengok aku lagi lebih baik aku mati!" suara ayah yang sedari tadi kehulur kehilir dalam rumah tiba-tiba berbunyi tegas. Aku tersentak.

' Ya Allah! Redakanlah kemarahan ibu Ya Allah. Bukakanlah pintu hati ayah. Tolonglah ya Allah!' rintihku bersama sendu yang bertandang.

Keadaan makin gamat bila ayah menuju kearah motor didepan rumah. Along cepat-cepat menghalang. Risau ayah yang masih dibawah pengaruh alkohol melakukan sesuatu yang tak dijangkakan. Angah memujuk ibu agar menghalang ayah. Ibu kaku tanpa gerak.

" Ayah! Janganlah macam ni. Ayah masuk rumah jom. " Along cuba menarik tangan ayah yang sudah menunggang motor. Tapi ditepis ayah.

"Biarkan Aku! Kau orang nak sangat, aku matikan. Biar aku kena langgar lori! Biar aku mati kena lenyek lori." Ayah dah seperti dirasuk.

Aku cepat-cepat berlari kepintu utama. Aku takut! Ibu yang dari tadi diam tanpa kata. Mula bergerak keluar cuba menghalang ayah. Aku tahu ibu masih cintakan ayah. Cuba luka dihatinya tiada ubat penawar. Mungkin kami sebagai nak penawarnya tapi hanya secebis kesakitan yang hilang. Tak sepenuhnya.

"Abang! Jangan macam ni! Kita masuk jom. Jomlah!" ibu cuba memujuk. Manakala angah dan along sudah memenggang motor agar ayah tidak mampu bergerak. Aku sudah lencun dengan airmata didepan pintu. Aku tiada kekuatan untuk menghalang. kakiku kaku.

"Biarkan aku! Biar aku mati!"

" Abang masuklah. Ok saya takkan minta cerai! Abang please! Saya mohon bang!" Ibu sudah menangis hiba.

Tiba-tiba ibu mengaduh sakit. Ayah terhenti dari membalas kata-kata ibu. Along menjerit bila kelihatan darah mengalir dari celahan peha ibu. Angah terus diarah oleh along untuk memanggil jiran terdekat untuk membantu. Angah berlari dengan laju untuk kerumah terdekat. Maklumlah ruah kami, rumah kampung. Rumah masing-masing agak jauh antara satu sama lain. Aku etrus berlari mendapatkan ibu. Ayah meraup mukannya. Jelas ketakutan menghiasi wajahnya. Dia seperti baru sedar dari mimpi.

" Sal! Sal ok tak? Sal jangan macam ni." Ayah mula tak keruan bila ibu semakin mengaduh sakit.

" Ya Allah kenapa ni? Apa kau dah buat Man? Kau ni tak habis-habis menyusahkan anak bini kau? Bila kau nak insaf Man." keluh jiran kami, Pak Samad. Dia baru sampai dengan angah menaiki keretanya.

" Pak Mad! Dah tak de masa nak membebel. Yang penting sekarang ibu! Cepat Pak Mad!" gesa Along.

Pak Mad menyuruh along dan angah memapah ibu. Along yang dah berusia 17 tahun dan angah yang dah 15 tahun dengan mudah memapah ibu. Ayah seperti orang kebingungan. Berkali-kai meraup mukannya dengan mencangkung ditepi motor di tempat ibu berdiri tadi.

Lalu Pak Mad mula menghantar Ibu ke klinik ditemani along. Manakala angah dipinta menjaga rumah. Along risau jika ditinggalkan aku dirumah dengan ayah yang masih separa sedar. Maklumlah macam-macam boleh jadi walau dengan anak sendiri.

Esoknya kami dapat tahu ibu keguguran. Dan ini salah ayah. Seminggu ayah berubah sejak ibu keguguran tapi seminggu sahaja. Ibu yang mulanya gembira kian mendung kembali. Ayah balik pada keadaan asal tapi kali ini membimbangkan kami. Ayah balik dengan terhuyung hayang. Dia muntah-muntah. Masuk sahaja kerumah dia rebah. Dia kelihatan nazak.

Along baringkan ayah dikatil bilik ibu dan ayah. Ibu sudah menangis. Angah cepat sahaja memanggil Pak Samad memaklumkan tentang ayah. Pak Samad dan isterinya datang tak lama kemudian. Mereka sudah tahu perangai ayah yaang kaki arak itu. Kerana dulu-dulu mereka yang tenangkan ibu bila ibu kejar ayah dengan parang.

Along dan angah dipinta membaca yassin memandangkan ayah sudah nazak. Aku tak mampu mengawal sendu lalu aku teresak-esak sendiri dikamar abangku. Aku tak mahu ibu yang ditenangkan oleh isteri Pak Samad semakin sedih melihat aku menangis. Ayah memohon maaf dengan semua yang ada di situ. Along dan angah yang sedari tadi khusyuk membaca yassin di sebelah katil ayah turut menitiskan air mata. Sungguh kami tak sanggup kehilangan ayah walaupun ayah begitu. Tiba-tiba nafas ayah tercunggap-cunggap. Kami semakin takut tapi ketakutan kami lesap apabila ayah semakin baik. Kami sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin doa kami dimakbulkan Allah.Doa seorang anak yang soleh dan solehah. IsyaAllah dimakbulkan.Semuanya kuasa Allah.

Tapi lepas itu ayah meracau sampai ke pagi. Ibu juga yang tak boleh tidur sampai kepagi. Kami adik beradik juga tidak boleh lelap kerana racauan ayah sungguh membingitkan. Dan kami takut jika apa-apa terjadi.Akhirnya hanya doa dan solat sunat kami lakukan agar kedua ibu bapa kami diberi ketenangan dunia akhirat.

*******************************
Setahun kemudian. Along sudah diterima masuk kesebuah universiti manakala angah melanjutkan pelajaran keasrama penuh memnadangkan result pmrnya ok. Adik juga sudak masuk tadika. Dan aku selalu diselubungi ketakutan bila malam menjelma kerana kini abang-abangku sudah tiada untuk menjadi penyelamat aku. Sungguh aku tak boleh tidur setiap malam. Dan setiap malam aku solat sunat lalu membaca yassin. Itulah rutinku setiap malam.

Dan malam itu ayah bergaduh lagi. Esok pula aku akan menghadapi UPSR. Dan kali ini aku perlu bertindak. Manakan tidak, ibu sudah memenggang parang untuk menetak ayah.

"Malam ni aku bunuh kau!" Ibu sudah hilang akal.

"Hey..apa ni.Benda marah-marah malam-malam ni.." ayah dengan slang orang mabuk cuba memujuk ibu.Tapi ibu tak makan saman.

"Ibu! Janganlah. Ibu letak parang tu." Aku memujuk ibu. Ayah dibelakang ku manakala ibu didepanku dengan sebilah parang. Aku sudah ketakutan dan keresahan. Jika ibu salah bertindak mahu aku yang kena sembelih.

"Ibu bak sini parang tu. Bagi akak?" aku cuba mencapai parang itu tapi tak berdaya.

" Aku nak bunuh dia!" Ibu sudah maju kearah ayah.

Ayah dan ibu bergelut. Aku sudah basah dengan air mata. Aku takut kehilangan! Aku rasa nak telifon along dan angah sekarang tapi aku tak nak ganggu mereka yang tengah fokus untuk masa depan. Aku tak nak mereka terjejas dalam pelajaran. Selama ini aku merahsiakan segalanya daripada mereka kerana aku tahu mereka dah lama sengsara, sekarang biarlah aku berkorban demi masa depan mereka. Adik sudah teresak-esak sambil memelukku.

Aku cuba merungkai pergelutan ibu dan ayah.Akhirnya ayah berjaya rampas parang itu daripada ibu lalu dicampaknya ke lantai. Tangkas aku mengambil parang itu lalu disimpan ditempat asal. Ibu mula bergerak kebilik diikuti ayah. Selepas itu hanya sunyi membelenggu rumah. 'Alhamdulilah!' lafazku.

Aku menidurkan adik lalu aku terfikirkan sesuatu. Aku mengambil kembali parang yang disimpan ditempatnya tadi lalu dibawa ke dalm bilik aku lalu disimpan didalam laci. Aku tak mahu perkara tadi berulang lagi. Lebih baik aku mengambil langkah berjaga-jaga.

Selepas itu aku mengambil wuduk lalu menunaikan solat hajat memandangkan esok aku akan menjawab upsr. Seusai solat aku membaca surah Yassin agar hati ibu dan ayahku tenang. Kerana setiap malam selepas aku selesai baca yassin pasti suara pertengkaran tidak berbunyi lagi. Aku percaya Allah telah membantu aku dengan melembutkan hati ibu bapaku melalui alunan surah Yassin yang aku baca. Alhamdulilah!

Setelah itu aku mengambil buku yang perlu aku ulangkaji lalu aku padamkan lampu bilik agar ibu dan ayah aku tak syak apa-apa dan menganggap aku sudah tidur. Aku pun bergerak ke pintu yang terbuka sedikit lalu dengan cahaya yang terbias itu, aku pun mengulangkaji sambil mengawasi ibu dan ayah. Supaya perkara tadi tidak terjadi lagi.

Sedang aku mengulangkaji. Air mataku menitis lagi. Saban malam aku tak pernah lekang dengan air mata. Sejak kecil aku sering menangis. Kadang aku rasa berputus asa dengan hidup aku tapi bila difikirkan balik. Aku ada Allah, Allah selalu bantu aku. Dan bantuannya selalu sampai tepat masanya. Sebab itu aku ada kekuatan sehingga kini. Tak pernah aku lupa untuk mendoakan kebahagiaan ayah dan ibu. Dan semoga ayah terbuka hati dan berubah. Tak pernah aku lupa doakan.

Akhirnya sekali lagi aku pergi kesekolah dengan mata yang kuyu dan sembab. Ini dugaan Allah padaku. Dan Allah takkan menguji manusia itu melainkan manusia itu mampu menghadapinya. Dan disebalik semua ini pasti ada hikmahnya. Aku percaya!

**********************************************
2 tahun berlalu..

Hari ini kegembiraan telah hadir menyinari hidup kami. Ayah sudah berubah. Sudah mula kemasjid dan mendalami agama. Semuanya berlaku setelah nenek yakni mak ayah meninggal dunia, tiga hari selepas hari lahir ayah. Ayah berubah terus. Kami sungguh gembira.

"Kakak? Lambat lagi ke?"Ayah bersuara.

" Kejap! Nak pergi bayar dah."Aku pun membayar novel ditangan.

Kini ayah dah tak macam dulu. Kini ayah seorang penyabar kalau marah ayah akan senyap saja tak da tengking-tengking dah. Hidup kami makin ceria bila ayah dapat kelulusan daripada bank untuk membuat pinjaman untuk membeli sebuah kereta. Ibu sudah bahagia disamping ayah. Hari-hari kami, kami lalui dengan senyuman dan gelak tawa, sudah tiada lagi tangisan dan ketakutan yang merwarnai hidup kami.

Sungguh janji Allah itu pasti! Percayalah Allah sentiasa ada untuk kita. Dia hantarkan dugaan dan cubaan kepada kita sehingga kita rasa nak putus nafas tapi disebalik semua itu tersembunyi seribu satu rahsia. Seperti kisahku. Dulu lain kini lain. Kerana doa aku sekeluarga, ayah sudah berubah menjadi ayah yang terbaik.Dan aku takkan sekali-kali lupakan Allah, kerana dia selalu memberi pertolongan dan kekuatan kepadaku sejak dulu dan selamanya. Seperti manusia yang berjasa, kita akan kenang dia sampai bila-bila. Allah juga! Setiap yang terjadi ada hikmahya! InsyaAllah Allah akan bantu kita. Tetapkan dalam hati Allah yang satu!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.