Home Cerpen Umum Buatmu Ibu
Buatmu Ibu
Wan Nur Aira
11/5/2014 00:36:33
1,330
Kategori: Cerpen
Genre: Umum



Ibu,
Kau ibarat mentari yang menyinari hidupku,
Sinarmu sentiasa menyerikan hariku,
Kaulah pemaisuri dihatiku.

Ibu,
Keranamu aku lahir ke dunia ini,
Keranamu aku mula mengenal dunia,
Lahirnya aku ke dunia yang fana ini kerana limpahan darah,peluh dan air matamu..ibu.

Ibu,
Maafkan aku,andai aku tidak mampu menjadi anak yang terbaik,
Maafkan aku jika aku tidak mampu membuat hari-harimu gembira,
Maaf, jika aku menghampakanmu,
Maafkan aku jika tidak mampu mencapai impian buatmu,
Maafkan aku,andai aku tidak mampu melaksanakan tugas seorang anak.

Ibu,
Andai kau tahu betapa hati ini menyayangimu,
Andai kau tahu betapa kau amat berharga,
Jika kau bisah membaca hati ini pasti kau tahu betapa aku mencintai dirimu..ibu.

Ibu,
Akanku belajar bersungguh-sungguh untuk buat kau bangga,
Akanku capai impianku agar kau gembira dengan kejayaanku.

Ibu,
Terima kasih kerana menyayangiku,
Terima kasih kerana melahirkanku,
Terima kasih kerana membesarkanku,
Terima kasih kerana menyokongku,
Terima kasih kerana telah menjadikan aku anak yang berjaya dan solehah,
Terima kasih ibu atas segala-galanya.

Ibu,
Engkaulah ibuku,
Aku doakan kau bahagia sentiasa,
Agar kau hidup aman damai,
Agar kau ditempatkan di syurga Allah yang indah,
Engkaulah ibu yang terbaik didunia.

Ikhlas buat mu ibuku yang tersayang. :)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.