Home Novel Islamik Kasih Ukhuwah
Kasih Ukhuwah
Izz Farihin
26/4/2016 21:39:00
605
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Sinopsis

Mengisahkan Atiq Muzakkir (Muza/Panjang) yang hidup remajanya penuh dengan sifat negatif – darah panas, malas belajar, bangga menjadi kegilaan wanita, penuh kefoya-foyaan – akhirnya perlahan-lahan berubah ke arah yang positif setelah dia berkenalan dengan anak imam masjid, A’isyah Fatimah. Muza yang kembali sebagai pelajar semester satu – setelah terpaksa mengulang semester – ditempatkan di kelas yang sama dengan A’isyah yang juga baru memulakan kehidupan sebagai pelajar kolej.

“Bidadari?” – Muza

“Bidadari itu hadiah untuk muslim di syurga nanti. Saya A’isyah, yang duduk di hadapan awak dalam kelas tadi.” – A’isyah Fatimah

Kenakalan dan tingkah kasar Muza yang dipandang sebagai pengaruh yang negatif kepada orang-orang di sekelilingnya telah menimbulkan rasa kurang senang Hani Naura – bekas rakan sekolah Muza yang juga rakan sebilik A’isyah.

“Panjang tu budak sekolah akak, akak kenal sangat nakal dia tu – lain macam!” – Naura

Takut kisah lampaunya memberi gambaran negatif kepada A’isyah, Muza tekad membuktikan kepada Naura dan A’isyah yang dia kini bukan lagi Muza yang dulu. Sifat-sifat mahmudah ditanam secara paksa ke dalam dirinya, yang akhirnya mula membenihkan rasa ikhlas.

“Paksa diri itu buat suruhan agama, lama-lama jadilah biasa. Nanti dah biasa, ikhlas bertandanglah di jiwa.” – Ilham

Menjelang penghujung semester terakhir di kolej swasta itu, Atiq Muzakkir bukan lagi Muza yang nakal dan liar – dia aset akhirat kebanggan orang tuanya, sahabat terbaik yang sentiasa ada andai diperlukan. Namun ada satu yang harus dia lepaskan – A’isyah. Dia tidak mahu mempermainkan dua hati – hatinya dan hati A’isyah – dengan usikan rasa cinta kepada yang bukan mahram.

“Andai satu masa nanti saya sudah lebih bersedia, saya akan kembali kepada awak. Kali ini untuk jadikan awak bidadari saya di dunia, dan di akhirat. Insya-Allah.” – Atiq Muzakkir

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.