Home Novel Fantasi Mitologi Rekaan : Fantasia Shieylanamora
Mitologi Rekaan : Fantasia Shieylanamora
MF Omar
30/6/2015 13:36:52
1,079
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
#3 - Pinta Anak Raja Dewa

Hari ini, merupakan hari yang penting bagi keturunan aku... Hari di mana seseorang harus di korbankan untuk di jadikan persembahan kepada dewa-dewi mengikut kepercayaan nenek moyang kami... Masing-masing menunding jari siapa yang patut di korbankan dan aku dengan rela hati menawar diri walaupun aku tak sudi... Tawaran aku mereka terima...

Kepala keluarga mula mengusahakan upacara pengorbanan dengan menyiapkan mazbah berbilang tingkat dan meletakan aku di tengah-tengah sambil di kelilingi tatarajah dan abjad-abjad dari bahasa kuno mengelilingku... Mereka semua kelihatan agak serius dengan apa yang mereka usahakan... Namun aku tidak mempedulikan walau sedikitpun... Tambahan pula aku bukannya orang penting pada mereka...

Upacara pengorbanan itu di mulakan dengan nyanyian puisi lama berserta dengan jampian dari zaman dahulukala... Aku hanya membiarkan mereka meneruskan apa yang ingin mereka lakukan tanpa sebarang halangan... Renjisan dari pelbagai jenis wangian setanggi menusuk hingga ke dalam hidung aku dan itu membuat aku agak kepeningan... Aku hanya mampu bertahan...

“Edraraniana, dengan nama Dewa Garowa; aku jadikan kau sebagai korban!!!” Aku di basahi dengan darah kambing putih lalu di taburnya aku oleh kepala keluarga dengan bunga mawar merah... Tatarajah dan abjad-abjad kuno yang di ukir mereka mula bergerak melingkari aku lalu mengeluarkan cahaya yang pelik berkedipan antara satu sama lain...

Tidak jauh dari mana aku berada, muncul satu entiti yang tidak pernah aku kenali seumur hidup aku... Dan pada waktu yang sama, aku di datangi Shieyla yang menghalang entiti itu dari mendekati aku... “Dia orang penting bagi aku dan aku takkan benarkan kau ambil dia dari aku!!!” Tegas nada Shieyla...

Entiti itu kelihatan agak terkejut dengan kehadiran Shieyla kerana dia tahu benar dengan siapa yang dia sedang berhadapan sekarang ini... “Ampun patik kerana tidak mengetahui... Izinkan patik untuk berangkat pergi...” Setelah di izinkan, entiti dengan nama Dewa Garowa itu berlalu pergi menghilangkan diri dan itu sangat memeranjatkan kepala keluarga... “Ke-kenapa...”

Aku agak kehairanan yang aku tidak berjaya di jadikan korban untuk Dewa Garowa dek kerana campurtangan Shieyla... Tiba-tiba aku dapat merasakan masa berlalu di bekukan seketika dan ketika itu, Shieyla menjelma tiba-tiba... “Maafkan aku kerana tidak memperkenalkan diri aku semasa kita mula-mula berjumpa... Nama aku Shieyla, Shieylanamora; anak kepada Dewataraya-Aryroya...”

Padan Dewa Garowa mengigil bertemu dengan anak Aryroya... Ehhh, ehhh; ehhhh... Na-nanti kejap...

“Jadi, kau merupakan Dewi Masa dan anak kepada Raja Dewa Kemusnahan?!” Shieyla mengangguk kepala tanda mengiya dan itu membuat aku jadi tidak keruan... “Kenapa kau tak mengaku pada aku???” Shieyla terkesima lalu menyatakan hal yang sebenarnya kepadaku...

“Aku bukan tidak mahu mengaku, cuma aku takut; kau akan benci pada aku apa yang telah berlaku... Ya, aku mengaku; aku tak perlu hadir dalam mimpi kau tetapi ini bukan kehendak aku melainkan kehendak Tuhan...” Aku cuba mengerti apa yang Shieyla cuba sampaikan kepada aku... “Tak apa, Edra... Ambil masa...”

“Ambil masa untuk cuba mengerti semua ini... Aku akan tunggu kau sehingga kau yakin dengan apa yang aku cuba nyatakan kepada kau...” Shieyla menghilangkan diri dan masa kembali kepada sediakala... Cuba untuk mengerti, ya; Shieyla??? Baik la, aku akan kerana aku tahu; aku di pilih...- Bisik aku dalam hati...

Bersambung...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.