Home Cerpen Fantasi Peperangan Markoba - Cakera Sphera
Peperangan Markoba - Cakera Sphera
MF Omar
16/3/2016 10:42:06
907
Kategori: Cerpen
Genre: Fantasi

Lembaga dengan nama Sphera itu menghilangkan diri dengan kadar segera dan rantai loket yang aku pakai kembali pada keadaan sediakala... Aku macam tak percaya dengan apa yang telah aku lalui dan aku mendapati telepak tangan kanan aku di tandakan sesuatu... Seakan-akan prosa dari kata-kata purba, aku hanya mampu biarkan saja...

Pesta Arsya yang akan bermula aku sertai dengan menaiki kereta peribadi milik kami sekeluarga lalu aku di pertemukan Ferza dan Norma dalam keramaian orang awam di sini sana... “Akhirnya, kau datang juga; Cik Muda...” Kata Ferza... Kedua-dua mereka melihat rantai yang aku pakai lalu bersuara dengan serentak... “Cantik sungguh rantai...”

“Mana beli???” Tanya Ferza... Aku tersenyumalu lalu berkata... “Aku beli di kedai perhiasan mewahla... Takkan la tu pun nak tanya aku??? Korang berdua nih...” Norma mula berketawa dengan penipuan aku itu... Aku terpaksa menipu bukan kerana apa, pasti takkan ada sesiapapun yanga akan percaya dengan apa yang telah aku lalui...

Sebaik sahaja aku melafazkan segala kata, Pesta Arsya pun bermula... Pesta yang menandakan hari di mana Dewi Millia berjaya mengatasi kegelapan Dewa Illian di sambut bersempena dengan hari menuai padi dan jagung dalam masyarakat desa di dalam negara... Tidak jauh dari mana aku berada aku dapat merasa seseorang mendekati aku...

Prosa purba yang melingkari telapak tangan aku mula bergerak dan itu membuat aku lebih berhati-hati... Lalu suara Sphera mula bergema di benak mindaku... “Halela, jaga-jaga... Aku sekarang di buru pemburu upahan... Jangan sampai kita ketahuan...”

Aku mengiya dengan anggukan lalu aku menghilang dari pandangan Ferza dan Norma dengan kadar segera...

Pemburu upahan terus mencari jejak yang aku tinggalkan semasa Sphera menitip pesan untuk berjaga-jaga... Aku tidak tahu kenapa tetapi aku tahu, Sphera dalam bahaya... Aku terus menghilang dari pandangan orang dan pada waktu yang sama, Sphera menjelma sebaik sahaja aku merasa selamat dari pengekoran... “Orang suruhan kepada keparat tak guna!”

“Maksud kau, Sphera??? Aku tak paham...” Aku bingung... Lalu Sphera membuka cerita satu persatu... Di katakan, suatu ketika dahulu, terdapat sebuah kerajaan purba yang di bentuk dari dua cakera dari alam berbeza... Namun kerajaan itu di musnahkan dan tiada apa-apa peninggalan untuk membuktikan kerjaan itu ada... “Jadi, kau adalah...”

“Ya...” Balas Sphera dengan sangat bersahaja...

“Aku merupakan cakera yang kedua yang di cari mereka untuk di musnahkan...” Aku tidak terperanjat dengan kenyataan yang di beri Sphera... Cuma aku tidak percaya, kenapa dia harus di musnahkan atas sebab yang tak masuk dek akal??? “Mereka tidak mahu aku membuka semula sejarah itu...”

Aku terdiam dan membiar Sphera meneruskan kata-kata yang terputus seketika... “Jika aku di musnahkan; kau juga akan terkorban... Di sebabkan itu, aku nak kau terus berpegang pada janji yang kau akan tetap bersama aku; walau apa yang akan terjadi nanti...” Sphera memandang aku dengan pandangan penuh harapan... “Kita tetapkan bersama!”

H-Halela... - Sphera sangat tersentuh bila aku mengutuskan janjiku itu... Dia bagai tidak percaya yang aku dengan mudah menyatakan keputusan yang dia inginkan daripadaku... “Kalau begitu, baik la Halela... Mulai pada hari ini, kau dan aku merupakan teman sehidup semati!!!” Aku dapat merasakan suatu kuasa mengalir ke serata tubuh badanku...

Bersambung...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.