Home Novel Cinta UniTEK Cinta
UniTEK Cinta
MF Omar
4/5/2016 10:32:01
1,551
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Lepas Ni, Siapa Pula???

Aku kembali semula ke fakulti dan mendapati Asyrafina tertidur di atas meja dengan berbantalkan lengan sebagai tempat untuk berehat dan berasa selesa kerana keletihan. Aku mahu menggerakan dia, tapi rasa ragu-ragu. Mujur aku yang memakai kot segera menyelimuti dirinya yang sedang lena di buai mimpi indah kerana takut dia kesejukan.

Dia kelihatan selesa dengan kehangatan dari kot itu aku itu segera berkata dalam tidur. “Terima kasih, abang... Fina sayang abang...” Mahu luruh seluruh jantung aku dan cair badan aku dalam masa yang sama apabila Asyrafina mengatakan penghargaan itu kepada aku. Mukaku merah pendam, namun cuba untuk mengawal perasaan yang bergelora.

Sebaik sahaja aku kembali bertenang, aku di temui Emily yang kebetulan ingin mendapatkan sesuatu barangan yang tertinggal di tempat duduknya. Dia memandang Asyrafina sebelum memandang aku. Entah kenapa, aku rasa sangat berdebar-debar pula dengan pandangan Emily yang menikam tepat ke lubuk jantungku. Seperti ada sesuatu yang anak paderi itu mengagakan.

“Kau suka dia ek, Hafiz?” Aku rasa aku seperti batu apabila di kata sebegitu oleh Emily. Air mukanya nampak bersahaja tapi aku dapat mengesankan sesuatu yang lain dari apa yang di pertonjolkan oleh dia. Dia seperti ingin mengatakan sesuatu pada aku cuma aku ingin dia sendiri yang beritahu kepada aku.

“S-saya... Saya...”

Tiba-tiba Asyrafina terjaga dari lenanya dan memandang sekeliling dalam keadaan mamai kerana separuh sedar. Aku makin berdebar-debar bila Emily mendekati aku dan Asyrafina mengalihkan pandangan dia kepada kami berdua. “Hhhaaafffiiizzz!!!!”

“F-Fina, n-ni semua cuma....” Tanpa aku menduga, aku di peluk Emily bagaikan bantal peluk dan itu menjengkelkan Asyrafina.

“Oh, anak dekan kita cemburu... Cemburu bila si gantang secupak ni dapat bermesra dengan orang lain...” Momok Emily tanpa rasa dengan nada sangat menyakitkan hati anak kesayangan Engku Khairuliman itu. Tidak semena-semena Asyrafina membalas dan bahasanya agak beremosi, aku jangka. “B-buat apa aku nak cemburu... D-dia bukan siapa-siapapun...” Emily kepuasan.

“E-Emily... K-kenapa???” Aku cuba untuk mencari kepastian mengapa dia bertindak sebegitu kepada Asyrafina. Namun hampa, dia langsung tidak melayan aku kerana mahu membuat anak dekan UniTEK itu semakin cemburu kepadanya. “Oh, ya ka; Asyrafina???” Emily memegang muka aku erat-erat lalu mengucup pipi aku bagaikan aku pacarnya. Asyrafina makin cemburu melihat.

Akhirnya sifat ego anak dekan itu selama ini runtuh juga. Asyrafina merayu sambil bertelut melutut kepada Emily agar melepaskan aku dari cengkaman dia dengan sepenuh hati dan perasaan. “Emi... Jangan buat aku macam ni... Aku tak kisah kalau kau cintakan Hafiz tapi kau kena tahu yang aku juga sayangkan dia...”

Emily merasa kemenangan lalu melepaskan aku tanpa banyal soal bicara. Dia kenyit mata pada aku seolah-olah memberitahu aku sesuatu sebelum mengalihkan pandangan dia kepada Asyrafina. Aku terpinga-pinga mencari akan maknanya. “Kau jujur juga akhirnya, Fina... Baru kau rasa apa yang kami semua rasa selama ni bila kau pijak kepala kami...”

“Aku minta maaf... Aku langsung tak berniat nak buat macam tu kat kau orang semua... Aku tak terfikir sampai macam tu sekali kau orang akan terasa dengan aku... Maafkan aku...” Asyrafina mula menangis semahu-mahunya. Aku dapatkan Asyrafina lalu memujuk dia dengan kata manja. “Sampai sini saja kerja aku, Hafiz... Selamat!!!”

---

Aku masih tergamam dengan apa yang sudah berlaku dan cuba untuk memahami tindankan Emily pada Asyrafina. Aku tak sangka dia begitu benci pada anak dekan aku tu. Tapi apa motifnya? Asyrafina aku tenang dengan sedaya yang aku mampu. Aku lihat dia kembali bertenang dan itu sangat melegakan hatiku. Dia memandangku.

“H-Hafiz... H-Hafiz...” Aku terus menenangkan dia. Aku rasa bersalah nak tinggalkan Asyrafina begitu sahaja setelah apa yang di lakukan oleh Emily. “Oh... Hafiz...” Airmata anak kesayangan Engku Khairuliman itu kembali berlinangan. Aku kesat-kesat semua airmatanya yang bercucuran. “Dah, dah... Fina... Jangan sedih-sedih... Nanti Hafiz pun akan sedih macam Fina juga...”

Aku cuba memujuk dan merayu kepada Asyrafina agar dia dapat di tenangkan. Entah bagaimana, dia memeluk aku dengan erat dan tidak mahu melepaskan pelukannya itu dari aku. Aku agak terkejut. Tapi merelakan kerana itu sahaja cara yang mampu untuk aku lakukan kepada dia. Aku usap-usap kepala anak dekan aku itu.

“H-Hafiz... Fina akan janji pada Hafiz dan diri sendiri, Fina akan berubah dari di bayangi oleh reputasi ayah... Fina tak mahu penuntut-penunut lain benci pada Fina lagi...” Aku tersenyum riang. Itu satu perkara yang baik bagi aku dan semua orang. Terutamanya Asyrafina, yang sangat memerlukan perubahan itu. Aku tenangkan lagi.

“H-Hafiz... Fina sayang pada Hafiz... F-Fina nak bersama dengan Hafiz!!!” Aku merasa bagai di tusuk ribuan petir kilat dengan kata-kata Asyrafina tepat-tepat ke lubuk jantungku yang paling dalam. Asyrafina yang bertindak merangkul aku erat-erat membuat aku terkunci dari melakukan apa-apa. “I-zinkan Fina untuk menjadi pendamping yang Hafiz cintai...” Asyrafina merayu.

Aku di situ hanya bagai anak patung membatu tanpa rasa. Dalam benak fikiranku cuma memikirkan bagaimana aku dapat melepaskan diri. Namun semuanya sia-sia. Makin di fikir, makin erat rangkulan Asyrafina pada aku. Dia tak mahu aku terlepas lagi dari pangkuannya. Aku rasa serba salah pula hingga Asyrafina jadi macam ini.

“Hafizzz... Jangan buat Fina macam ni... Fina mengharap sangat-sangat pada Hafiz... Hafiz baik kan???” Rayuan demi rayuan Asyrafina menusuk masuk ke dua-dua belah gegendang telinga aku. Aku makin lemah, bukan kerana tiada kekuatan; tapi tiada ketahanan untuk menahan perayuaan Asyrafina untuk lebih lama lagi. Aku akhirnya bersuara setelah lama berdiam.

“B-bagi Hafiz masa untuk semua ni... Hafiz tak tahu nak bagi jawapan apa sekarang pada Fina... Harap Fina faham Hafiz...” Aku meleraikan perlahan-lahan rangkulan Asyrafina dan dia merelakan aku bertindak sebegitu tanpa melawan semula. “Bila tiba masanya, Hafiz akan beri jawapan yang Fina nak dari Hafiz...” Aku senyum pada dia.

Asyrafina membalas semula senyumanku dengan linangan airmata gembira. Aku kesatkan. “Masih Hafiz, kerana sudi beri harapan pada Fina.... Fina sayang pada Hafiz... Hafiz memang baik... Bertuah Fina dapat kenal dengan Hafiz... Oh, Hafiz yang Fina sayang...” Aku tersenyum ria kerana dapat membuat Asyrafina kembali gembira dan ceria semula. Syukur, Alhamdulillah.

“Fina akan tunggu jawapan dari Hafiz ya??? Terima kasih, sayang!!!” Dia kucup pipiku dengan bersahaja dan berlalu pergi dari situ dengan muka berlerangkan coleran malu yang jelas kelihatan bila berdekatan. Aku sudah jadi macam sotong pada masa itu. Longlai sangat-sangat. “Sebelum ni, Emily... Sekarang ni, Fina... Lepas ni, siapa pula???”

Bersambung...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.