Home Cerpen Umum Minicerpenasionalisma - Malaysia Yangku Damba
Minicerpenasionalisma - Malaysia Yangku Damba
MF Omar
11/6/2015 17:07:12
502
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

Dikala keseorangan, aku termenung jauh memikirkan tentang perjalanan akan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan rintangan… Bukan mudah untuk hidup sendiri, apatah lagi di dalam sebuah negara yang kaya dengan perbezaan… Mengenang semula susah payah orang terdahulu bersabung nyawa demi mendaulatkan ibu pertiwi tercinta sangat menyentuh hati dan perasaan…

Aku tidak pasti jika masih ada lagi insan sepertimana aku yang mahu mengambil tahu tentang perkara itu… Sudah mesti aku malu jika kita sendiri lupa pada sejarah kita sendiri dan lebih memalukan bila orang luar lebih tahu dari kita… Salahnya siapa? Mereka?? Tepuk dada, tanya diri kita kenapa dan mengapa…

2020 hanya tinggal lagi beberapa tahun untuk menyingkap jendela bagi sebuah lembaran baru atas sebuah wawasan yang sama… Wawasan yang di mula dari Bapa-ra Pengasas kita takkan kita nak biarkan sahaja tergantung di tengah jalan? Siapa lagi yang akan teruskan jika bukan kita semua, anak watan yang sangat di sayangi??

Di mataku ada sebuah visi, di mana kita akan bersatu bersama demi masa depan tanah tumpah darah kita tanpa mengira darjat dan pangkat bahkan bangsa mahupun agama sesiapa… Mungkin kita terlalu senang dengan apa yang kita ada sehingga kita lupa sampai satu masa dan ketika, semua itu sudah tiada guna…

Jika aku berpesan dengan lisan belum tentu kata-kataku dapat mengubah pandangan dan pemikiran mereka yang masih lagi di jajah oleh penjajah pada milenia yang serba canggih dan terbuka lagi nyata depan mata di mana tiada satupun tatatanda yang akan menyatakan apa-apa perbatasan antara kesempadanan suara dan hak kesaksamanusiaan sesama manusia…

Aku dambakan sebuah negara yang bernama Malaysia dengan sebuah pembaharuan yang serba sempurna… Apa yang kurang, di tambahbaik dan apa yang jelek; di ubah menjadi lebih baik. Tidak aku pasti, jika itu menjadi nyata dalam gerakerja sebelum aku dapat melihatnya. Hanya kita sahaja yang mampu menentukan apa yang kita inginkan…

Apa yang aku canang di benak dan sanubari aku semata-semata demi ‘Alif Ba Nun’… Walaupun berkali kita jatuh, kita tetap terus bangun… Aku akui aku seorang pejuang dan aku akan berjuang dengan cara aku sendiri! 2020 bagiku adalah satu titiksambung samada kita terus kebelakang atau maju ke depan, kita tentukan!!!

Aku pula mahu teruskan wawasan itu untuk 35 tahun lagi dan aku takkan pernah berhenti!! Apa yang penting, kita jangan terlalu selesa dengan hari ini, sedangkan kita tidak tahu bagaimana kita pada hari esok dan masa depan… Sama-sama kita fikirkan…

Memoir dari seorang rakyat jelata terhadap negarabangasa dan agama tercinta…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.