Home Novel Fantasi Dia Jejaka Sinestesia
Dia Jejaka Sinestesia
Hilmi kemi
12/7/2016 14:47:08
1,492
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Prolog

Dia Jejaka Sinestesia

Pada ketika langit berbicara serta pepohon mula berdesis udara meniup membelai diri cahaya mentari memancar membakar diri . Pabila langit menangis derayan mutiara jatuh bak peluru yang membangkit kepulan wap panas yang mula tersenjat .

Siapa sangka fenomena ini dapat dilihat , di dengar dan dirasa oleh pancarindera kita. Adakah ia mungkin berlaku atau mungkin tidak?

Aku Akira Kemilia semua orang pangil aku dengan gelaran Kira. Hari ini cuaca panas habis basah lencun baju aku dibuatnya berpeluh . Cuaca macam ini memang sedapnya kalau dapat minum nasib baiklah dekat depan mata aku ada kedai runcit yang berdiri gagah bak sang wira penyelamat bolehlah aku tengok-tengok air apa yang sedap dimunum terjual dekat kedai runcit tu.

Aku apa lagi megorak langkah menuju kearah kedai runcit dihadapan aku tu dengan pantas sudah tak sabar aku dibuatnya ingin merasai nikmat air sejuk masuk kedalam tekak menghapus segala ketandusan yang meronta di dalam anak tekak aku ni.

Pintu peti sejuk didalam kedai runcit itu aku buka . kedinginaannya mula membelai tubuhku kini kepanasan yang tadi membakar kulitku sudah tidak aku rasai lagi. Mata aku tiba-tiba tertumpu pada dua kotak minuman perisa strawberry yang ada didalam peti itu.

“ Woo, air kegemaran aku ni” Aku bercakap sendiri.

Tiba-tiba satu tangan mencelah lalu mengambil salah satu air strawberey itu tanpa teragak-agak.

“ Hee,hee, dia tak perasan ke air kotak dia tu tak ada ‘straw’ nasib baik dia tak ambil yang ni”. Aku terus mengambil air kotak yang lagi satu itu dengan gembiranya aku menuju ke kaunter untuk membayar.

Siap aja aku habis membayar air kotak aku itu tiba-tiba “ srappp” Air kotak aku dirampas. Aku melihat wajah orang yang merampas air kotak aku itu. Kelihatanya seorang lelaki yang bolehlah dikatakan tampan tersengeh kearah aku.

“ Hey, apa yang kau buat ni air ni aku punya bagi balik.” Aku merampas semula dari tangan lelaki itu.

“ Memanglah tadi kau punya tapi sekarang air ni aku punya . jadi kau boleh belah” Lelaki itu dengan selamba merampas semula air kotak itu dari tangan aku dan pergi macam tua aja.

Aku apa lagi memang benganglah dengan sikap lelaki tu jadi aku bukak kasut yang aku pakai itu lalu aku campak kearah lelaki itu . padan muka kasut akau hinggap dekat belakang kepala lelaki itu. Lelaki itu terhenti memandang muka aku marah.

“ aduh, sakitlah kau tak ada otak ke main baling kasut dekat kepala orang ?”. nada suaranya kelihatan marah.

“ Kau kata aku ni tak ada otak , yang kau tu pulak main rampas je air orang tu ada otaklah sangat. Kau tahu tak aku punya memanas dekat sini semata-mata nak beli air tu kau suka-suka aja main rampas dari aku.” Aku dah membebel panjang.

“ Nanti jap kau cakap dengan aku ke?. Maaflah aku tak dengar aku sebuk layan kawan aku tadi.” Lelaki itu buat- buat bercakap dalam telifon.

Masa tu muka aku dah merah hati aku pula dah panas kalau di ikutkan nak aja aku campak lagi sebelah kasut aku ni biar kena muka dia tu . Tapi nasib baik aku boleh kawal diri aku .

“ Yang kau tu dah kenapa main rampas-rampas minuman orang ni?” tanya aku.

“ Ohh, itu sebab air aku ni tak ada penyedut macam mana aku nak minum .” balas lelaki itu.

“ Salah kau sendirilah siapa suruh main ambil aja air tu tanpa tengok dulu.” Aku dah mula menyalahkan lelaki itu.

“ Bukanya aku tak tengok cuma masa tu air ni kelihatan sangat menarik seolah-olah memangil aku untuk membelinya” . lelaki tu dah mula mengarut.

“ Lawak apa yang kau tengah buat sekarang ni. banyaklah kau air tu memangil-mangil kau tak payahlah nak tipu aku kau ingat aku budak kecil.” Kata aku tak percaya.

“ Lantak kaulah nak percaya ke tidak apa yang aku nak cakapkan ni tapi yang pasti aku nak minum air ni aku dahaga.” Kata lelaki itu lalu mencucukkan penyedut minuman pada kotak minuman itu .

Belum sempat air itu disedut aku dah rampas air itu dari tanganya lalu aku sedut air kotak itu sampai habis .

“ Padan muka kau aku dah minum habis” aku tunjuk kotak yang sudah kosong itu dihadapan muka lelaki itu dengan muka belagaknya aku jatuhkan kotak itu ke tanah betul-betul dihadapan lelaki itu.

Lelaki itu menundukkan kepala lalu mengambil straw yang terdapat di dalam kotak minuman itu lalu mengeluarkanya dan dengan selamba mencucukkan penyedut minuman dia itu pada kotak minumanya lalu meminumnya.

Lelaki itu dengan selamba beredar dari situ sambil mulutnya sebuk menyedut air dari kotak minuman itu.

“Yuk, pengotor gila dia tu apa punya manusialah dia ni muka aja hansome tapi perangai macam hantu”. Aku mengumam seorang diri.

Bersambung…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.