Home Cerpen Seram/Misteri KiSAH SERAM TERBAIK DARI JEPUN : KAGOME
KiSAH SERAM TERBAIK DARI JEPUN : KAGOME
Hilmi kemi
5/8/2016 03:11:02
1,396
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri
  KAGOME

Kagome kagome,
Kago no naka no toriwa,
Itsu itsu dayaru yoake no ban ni,
Tsuru to kame to subetta,
Ushiro no shomen daare.

Aku duduk di bawah sebuah pohon memerhatikan sekempulan kanak- kanak sedang seronok bermain satu permainaan dengan seorang duduk sebagai Oni (jembalang) ditengah linkaran sambil matanya ditutup dan yang lainya membuat lingkaran mengelilingi budak yang duduk itu sambil menyanyi girang.

Kemuduan budak dengan matanya yang tertutup tadi harus meneka rakanya yang berada betul- betul di belakangnya. Melihat akan anak- anak itu membuatkan aku mengimbau masa silamku.

Dulu aku seorang kanak-kanak yang nakal selalu sahaja buat masaalah di kampung membuatkan penduduk di kampung marah dan ada yang sampai berjumpa dengan ibubapa aku bercerita mengenai kenakalan aku.

Di kampung aku ini terkenal dengan kisah seram mengenai rumah asuhan lama yang telah lama ditinggalkan jauh di atas bukit di dalam hutan.
Katanya sudah banyak budak hilang dikampung ini dan budak- budak itu di culik jembalang dan di sorok di dalam rumah asuhan itu. 

Ramai juga penduduk kampung yang katanya ternampak kelibat budak berlegar- legar di dalam rumah asuhan usang itu.

Aku yang terkenal dengan kenakalan aku ni apa lagi perasaan ingin tahu dalam diri aku ini sudah berkobar- kobar jadi aku meredah bukit serta terus jauh kedalam hutan berseorangan diri.

Hari makin gelap aku masih belum jumpa rumah asuhan itu . Aku tidak mahu menyerah begitu sahaja aku masuk lagi jauh kedalam hutan dan akhirnya kelihatan sebuah rumah asuhan usang kini betul- betul di hadapan mata aku.

Aku tidak mahu membuang masa lagi berdiri dihadapan rumah asuhan itu aku apa lagi terus terjah masuk kedalam rumah itu. Dari luar keadaan rumah ini nampaknya usang tetapi bila masuk sahaja di dalam rumah itu keadaanya tidak sama seperti diluar.

Keadaan ruang yang sangat bersih seolah- olah rumah itu dijaga dan dibersihkan setiap hari. Aku meneroka isi perut rumah asuhan itu sehinggalah langkah aku terhenti dihadapan satu bilik dengan pintunya diperbuat dari besi.

Aku membuka daun pintu bilik itu kini aku melangkah masuk ke dalam satu ruang seolah- olah makmal terdapat rak- rak yang menyusun perkakasan makmal serta terdapat juga beberapa tabung uji yang sudah pecah di lantai bilik itu.

Aku melihat pula pada dinding bilik itu ditampalnya kertas- kertas yang tercatit sesuatu tetapi aku tidak mengerti apa yang tertulis di atas kertas- kertas itu . Dibalik kertas- kertas yang di tampal terdapat juga gambar yang ditampal dan kini aku meneliti gambar itu yang merupakan gambar tengkorak kepala dan otak aku tak mengerti apa tujuan gambar-gambar ini semua.

Tengah sebuk meneliti kertas- kertas yang tertampai di dinding itu tiba- tiba bahu aku disentuh seseorang . Bulu roma aku dah meremang badan aku dah terketar- ketar takut untuk menoleh kebelakang .
Peluh sudah membasahi dahiku badanku berdiri kaku sehinggalah terdapat satu suara yang mengubah persepsiku.

"Anak buat apa dekat sini bahaya seorang diri didalam hutan ni." Kata suara itu dari belakang aku.
Aku menoleh kebelakang kelihatan seorang makcik yang sedang menegurku.

" Saya tersesat tadi lepas itu saya terjumpa tempat ini."kata aku cuba berbohong.

" Anak kalau tak berkeberatan anak bermalam sahaja disini bersama kami hari pun sudah gelap kalau nak keluar dari hutan ini bahaya waktu- waktu macam ni banyak binatang buas" kata Makcik itu.

" Tadi makcik ada cakap Kami kenapa Kami?" Aku bertanya.

" oh, itu sebab mak cik kesini bersama anak-anak angkat mak cik lihat diluar sana." Makcik itu menghalakan jari telunjuknya ke arah luar pintu.

Aku melihat kearah luar pintu kelihatan beberapa orang budak sedang berdiri diluar pintu itu. Tetapi ada yang pelik tentang mereka salah seorang dari mereka tidak mempunyaii sebelah tangan dan ada juga yang kepalanya dibalut boleh dikatakan kesemua budak- budak itu cacat.

" kamu mesti tertanya- tanya kenapa mereka dalam keadaan begitu . Mereka itu adalah mangsa penderaan jadi makcik ambil meraka semua jadi anak angkat makcik dan mengasuh mereka di sini." Jelas mak cik itu.
...
Aku sudah beberapa hari tinggal di rumah asuhan ini aku dilayan sangat baik sekali serta kanak- kanak di pusat asuhan ini sentiasa ceria apabila mereka bersama - sama . mereka sering kali bermain permainan yang mereka gelar Kagome ( bulatan lingkaran / sangkar buluh) dimana seorang perlu duduk di tengah- tengan serta matanya ditutup dan dirinya dikelilingi rakan- rakanya.

Tetapi apa yang aneh tentang mereka ini mereka tidak boleh berpisah jika mereka berseorangan mereka menjadi budak yang sangat pendiam dan tidak ceria seperti mereka sedang bermain sekarang.

Aku mula terfikir pastinya ibu bapa aku risau akan aku sudah beberapa hari aku tidak pulang kerumah. Aku membuat keputusan untuk memberi tahu mak cik itu mengenai hasrat aku untuk pulang kerumah.

Aku ke bilik penjaga pusat asuhan ini . kelihatan makcik itu sedang duduk kaku diatas kerusi tempat duduknya. Kelakuannya kelihatan aneh sekali . Aku menghampirinya tetapi dia hanya diam matanya merenung tepat kearah ku . 

Disebabkan kelakuanya itu aku agak tergetar- getar untuk berbicara dengannya. 

" Mak..cik saya ingin pulang . saya takut ibu dan ayah saya risau yang saya sudah lama tidak pulang kerumah." Kata aku serba salah.

Mak cik itu tiba - tiba berdiri tanganya kelihatan sebilah pisau tajam menghunus kearahku. Aku ketakutan lalu lari ke arah pintu keluar namun lenganku sempat di tarik oleh makcik itu. 

Dia mengangkat pisaunya tingi seolah-olah mahu memotong tanganku. Aku ingin menyelamatkan diriku lalu tanganku cepat- cepat mencari-cari objek keras lalu mencamkanya kearah pengasuh itu.

Lengan aku terlepas dari gengamanya aku cepat- cepat lari keluar pintu terus ke halaman rumah asuhan itu . Aku sedikit lega kelihatan anak- anak dari pusat asuhan itu bermain dihalman itu lalu aku meminta tolong.

" Tolong- tolong pengasuh korang nak bunuh aku".aku menjerit meminta tolong.

Mendengar jeritanku itu anak-anak dari pusat asuhan itu menoleh merenungku tajam aku dah mula ketakutan melihat wajah mereka itu mereka semua menghampiri aku dan membentuk lingkaran mengelilingiku.

Kelihatan dari pintu rumah asuhan itu pengasuh mereka keluar sambil memegang pisau melangkah menghampiriku dengan wajah dingin.

" kalau kamu mahu pergi dari sini apa kata kita main satu permainan terakhir" kata pengasuh itu sambil tersenyum kearah ku.

Melihat akan keadaan itu tubuh aku tiba- tiba lemah kakiku longlai lalu rebah melutut diatas tanah. Mereka semua menyanyanyi girang memulakan permainan mengelilingi diriku. Gelak tawa sinis bermain di ronga telingaku .

Tiba masa untuk aku meneka tetapi malangnya lidah aku kelu satu perkataan pun tidak keluar dari anak tekakku badanku terketar- ketar mata ku meliar memandang sekeliling sehinggalah leherku dikelar mata aku menjadi kabur membuatkan aku rebah sepenuhnya ketanah . 

Sebelum aku memejamkan mataku sepenuhnya dapatku lihat gelak tawa mereka pada diriku membuatkan gelak tawa itu berlegar- legar di mindaku kini aku memejamkan mataku sepenuhnya kembalilahku ke dalam kegelapan.
...
Sudah puas mengenag kisah silamku di bawah pohon ini aku bingkas bangun lalu menuju kearah sekumplan anak- anak itu lalu aku bersuara.

" Apa kata biar saya yang jadi oni selepas ini" kata ku lalu aku duduk ditengah- tengah lingkaran sambil mataku ditutup.

Kini aku gembira bermain bersama-sama rakanku di pusat asuhan ini . setiap hari bergembira bermain bersama . Kini selamanya hidupku akan dihabiskan di pusat asuhan ini.
-TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.