Home Cerpen Seram/Misteri KISAH SERAM TERBAIK DARI JEPUN: TERU TERU BOZU
KISAH SERAM TERBAIK DARI JEPUN: TERU TERU BOZU
Hilmi kemi
7/8/2016 01:44:34
1,755
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri
TERU TERU BOZU

Teru -Teru bozu, teru bozu,
Ashita tenki in shite o-kure,
Itsuka no yume no sora no yo ni,
Haretara kin no suzu ageyo,
Teru- teru bozu, Teru bozu,
Ashite tenki ni shite o- kure,
watashi no negai wo kiita nara,
Amai o- suke wo tanto nomasho,
Teru- teru bozu, teru bozu,
Ashite tenki no white o- kure,
sorete mo kumotte naitetara,
sonata no kubi wo chon to kiru zo.

Aku melihat diluar jendela dari dalam kelas ku . Kelihatan titisan jernih air hujan jatuh mencurah bumi. Mengimbau kenangan masa kecilku aku seronok dapat bermain di bawah air hujan bermain dengan lopak air seronok bergelak tawa bersama teman- teman.

Tetapi kini bagiku hari hujan itu pembawa nasib Malang pada diriku. Aku teringat kejadian yang menimpa keluargaku. Ibu dan ayahku terkorban dalam kemalangan hanya aku yang terselamat dalam kejadian itu dan ketika itu hari sedang lebat hujan. Kesan dari kejadian Itu aku mula trauma tatkala hujan turun mencurah bumi.

Aku berharap hujan tidak turun pada keesokan hari. Titisan air hujan yang turun dimataku bagai darah yang mencurah kebumi. Aku takut tiap kali hari hujan aku takut nasib buruk akan menimpa diriku lagi . Hujan membuatkan diriku berubah menjadi paranoid . Kini aku tinggal dengan makcikku.

"kring.... kring..." loceng menandakan waktu pulang sekolah telahpun berbunyi . Aku melihat dari luar jendela kelas ku hujan telah pun berhenti . Nasib baiklah nasib buruk tak menimpa diriku hari ini.
Aku cepat- cepat berkemas barang- barangku masukkan kesemuanya ke dalam bag sandangku. Aku dengan pantasnya berlari beredar dari kelasku itu.

Aku menuju kearah laluan berbukit yang berada betul- betul di belakang sekolah. Aku mengikuti jalan itu sehinggalah sampai kepuncak . Dari atas puncak bukit itu aku dapat melihat keseluruhan bandar tempat aku tinggal. 

Aku bukanya mahu melihat permandangan dari puncak bukit itu tetapi tujuan aku adalah untuk menyantung teru-teru bozu pada dahan pohon besar yang ada di atas puncak bukit itu.

pokok Ini memang Sudah lama berada di atas bukit itu . menurut lagenda yang dicerita oleh makciku siapa yang mengantungkan patung teru- teru bozu pada pohon itu maka jika kita bernasib baik hari esok akan cerah dan tuah akan datang bergolek.

Aku sememangnya selalu sahaja mengantungkan teru- teru bozu pada pohon Itu tiap kali waktu hujan seperti hari inilah hujan turun dengan lebat aku berharap supaya esok hari cerah. Selalunya permintaan aku di makbulkan dan seperti dalam lagenda aku mendapat tuah.

Aku mengeluarkan patung teru- teru bozu dari dalam bagku yang telah aku buat sendiri mengunakan kain Putih dan kapas lalu aku ikatkan patung itu pada dahan pohon Itu. sememangnya memang sudah banyak patung teru- teru bozu digantung pada pokok itu dengan pelbagai saiz dari bersaiz kecil hinggalah bersaiz sebiji bola .

Mulut aku terkumat kamit membaca mentera yang sudah tersedia didalam kotak mindaku . Dengan Ini aku tidak perlu risau kerana esok pastinya akan cerah dan aku akan dilimpahi dengan tuah. Aku menuruni bukit itu dengan senyuman gembira .
...
Dalam kegelapan malam aku terjaga dari tidur ku. Aku dapat mendengar bunyi hujan lebat mencurah Dari luar tingkap bilik Ku. Traumaku mula muncul air hujan yang mencurah Itu aku lihat berwarna merah seperti darah aku mula ketakutan di tambah pula waktu ketika itu panahan Petir menyambar kuat membuatkan aku tersentak.

langit sekali lagi menjerit habis berdentum bunyinya pancaran dari kilat memantulkan cahaya membuatkan aku seolah- olah melihat satu susuk gelap sedang berdiri diluar tingkap bilik Ku.

Aku fikir ianya hanyalah halusiinasi aku sahaja. Tetapi untuk seketika lamanya susuk tubuh ITU masih berada diluar tingkap bilikku Itu. aku mengosok- gosokkan mataku untuk pastikan aku tidak bermimpi .  

Kini susuk tubuh gelap Itu sudah hilang dari pandangan ku memang betullah Itu hanya halusinasi aku sahaja.

Aku bingkas bangun Dari katil Ku lalu menuju kearah bilik mandi Ku. aku berdiri betul- betul didepan cermin bilik air Ku ITU sambil tangan Ku memulas pili air yang berada pada sinki di hadapan Ku.

Aku menadah air dari pili itu kesejukan air itu dapatku rasai kini aku mencurahkan air kearah mukaku bagi menyedarkanku dari berhalusinasi. aku menyapu- nyapu air pada wajahku lalu aku menatap wajahku tepat pada cermin pandangan agak samar- samar mataku terlihat susuk tubuh gelap tadi berada dibelakangku sedang merenung kearahku.

Dalam fikiranku Itu hanyalah halusinasi aku sahaja. Aku dengan cepat menolehkan kepalaku Ke belakang ternyata tiada sebarang susuk tubuh gelap yang memandang kearahku.

aku menoleh semula pada cermin , " ahrrrrr..." aku terkejut dengan kehadiran tulisan berdarah yang muncul secara tiba- tiba dari kaca cermin itu.
"Sorete Mo kumotte naitetara, sonata no kubi WO chon to kiru zo." (Tetapi jika hujan tetap Turun juga, saya akan memotong kepala awak). ayat Itu merupakan sebahagian daripada mentera ketika mengantung teru- teru bozu.

aku sudah berasa tidak sedap hati lalu aku dengan pantas berjalan pantas keluar dari bilik air lalu aku menghempas pintu bilik air Itu dengan kuat. Aku berlari mendapatkan makcik Ku yang berada di dalam biliknya di tingkat bawah. 

satu demi satu anak tangga aku turuni pantas menuju kearah bilik makcikku. Daun pintu bilik itu aku buka kini terbuka luas pintu bilik Itu.

Kali Ini kejutan lebih besar menantiku kelihatan makcikku tergantung pada siling dengan kepalanya dijerut pada tali yang digantung pada siling bilik itu. diluar tingkap bilik Itu aku dapat lihat satu susuk tubuh berupa patung teru- teru dengan badanya berjahit merenung tajam kearahku.

Aku gelisah badanku terketar- ketar peluh sudah membanjiri tubuhku akibat ketakuatan . Dalam mindaku hanya terlintas satu benda . Aku mesti musnahkan patung teru- teru yang aku gantung pada pokok besar Itu.

Aku belari keluar dari rumah meredah hujan yang pada pandanganku Itu darah . aku sudah tidak peduli walau aku terpaksa meredah darah sekali pun yang penting aku musnahkan patung Itu sebelum nyawa aku menjadi korban.

Aku berlari sambil kepalaku menoleh kebelakang kelihatan makhluk Itu sedang mengejar dan belakang dengan tanganya dibawah dan kakinya diatas mengejarku dengan pantas sekali.

Nafasku tercungap-cungap berlari sepantas mungkin Cuba lepas dari dikejar oleh lembaga Itu. Baju aku kini basah lenjun dengan ceair merah . Mataku dapat melihat darah dimerata- rata Ini disebabkan trauma Ku itu.

Aku gigih meredah jalan berbukit untik sampai ke puncak. Aku terlalu mengejar maa sehinggakan aku jatuh tersembab ketanah daguku berdarah serta sikuku tercedera namun aku Sudah tidak hiraukan Itu semua aku teruskan usahaku untuk samoi kepuncak meredah hujan darah serta kegelapan malam.

akhirnya aku sampai Ke puncak aku cepat- cepat menuju kearah pokok besar itu lembaga Itu masih sebuk mendaki bukit mengejarku. aku mencapai patung teru- teru yang bersaiz sebiji bola Itu lalu aku buka ikatannya maka patung itu rebah ke tanah .

tidakku sangka isi kain putih yang membentuk patungng teru- teru itu merupakan tengkorak kepala manusia. Mata aku membulat melihat akan tengkorak kepala itu. Aku turunkan seberapa banyak patung teru- teru itu selagi termampu.

kelibat makhluk Itu sudah semakin hampir hanya tinggal sikit lagi patung teru- teru yang masih tinggal . pergerakan makhluk itu semakin pelahan kini dia merangakak sedaya upaya menghampiri diriku tanganku pantas menaggalkan semua ikatan sehinggalah pada patung terakhir ianya adalah patung yang aku ikat pada petang tadi. 

Makhluk Itu semakin hampir betul - betul di hadapan kakiku . Makluk Itu berjaya mencengkam kaki ku tangannya mencakar- cakar cuba berpaut pada tubuhku. tanganku dengan sedaya upaya cuba meleraikan ikatan pada patung teru- teru bozu terakhir . akhirnya usahaku berhasil sebaik sahaja patung terakhir jatuh ke tanah tubuh makhuluk itu mula mereput dan terbakar menjadi Abu dalam sekelip mata. 

aku terduduk lega kerana berjaya menaghapuskan makhluk Itu. aku duduk termenung megenang apa 
yang telah aku buat. dalam sebuk aku termenung tiba- tiba leherku dipancung oleh seseorang kepalaku terpisah dari tubuhku dan mata Ku masih mampu melihat wajah pelakunya buat Kali terakhir aku dapat melihat wajah makcikku sedang tersenyum kearahku. pandanganku akhirya berakhir dengan kegelapan.

tubuhku ditanam betul- betul dibawah pohon dan kepalaku kini tergantung sebagai patung teru- teru sedia menunggu mengsa seterusnya yang bakal terkena jerat.

- TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.