Home Cerpen Keluarga Cepen Malam Merdeka : Nafas Terakhir.
Cepen Malam Merdeka : Nafas Terakhir.
Hilmi kemi
31/8/2016 01:15:09
1,083
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga
 Cerpen Malam Merdeka : Nafas Terakhir

Hari ini 30 ogos jam 10.00 malam lagi dua jam sahaja lagi kita akan menyambut kemerdekaan.Aku baru sahaja selesai membacakan tahlil buat arwah ayah ku .Malam ni juga Ahli rukun tertangga di kawasan perumahanku membuat satu majlis untuk menyambut kemerdekaan yang kian tiba. 

Selalunya arwah ayahku yang selalu merancang majlis- majlis sambutan perayaan kemerdekaan macam ni sudah semeetinya majlis itu berjalan dengan sangat meriah . Aku ingat lagi tahun lepas malam kemerdekaan macam ini jiean- jiran tertangga hadir beramai-ramai memeriahkan malam kemerdekaan ini . 

Kami masa itu beramai- ramai bakar kambing ayam ikan itu kenangan yang tidak akan aku lupakan . Tapi malangnya tahun ini aku sudah tidak dapat bersama - sama dengan arwah ayah ku menyambut kemerdekaan bersama. 

Baru saja tadi waktu membacakan tahlil buat arwah ayahku aku cuba untuk menahan dari mengalirkan air mataku . Hati ini sebak bila memikirkan tentang itu. Aku ingat lagi masa di hospital waktu aku menjaga arwah ayahku . Dia selalu berharap dapat menyambut bulan kemerdekan tahun ini bersama keluarga mengibar jalur gemilang serta mengadakan majlis menyambut kemerdekaan bersama Jiran- jiran tertangga.

Namun harapan itu musnah . siapalah kita untuk melawan kuasa Allah S.W.T dia yang Maha Esa lebih sayang akan arwah ayahku . Sehari selepas umur aku mencecah 18 tahun pada tahun ini dia telah pergi meninggalkan kami sekeluarga kembali kepangkuan Tuhan yang Maha Esa.

Aku kini hanya duduk berseorang dibawah pokok yang dikelilingi jalur gemilang. Rakan- rakanku bergembira membakar kambing . Aku masih tidak dapat menahan kesedihan ini cuba bersendiri dan duduk terasing dari kelompok mereka yang lain.
Melihat anak- anak yang berlari gembira bergelak tawa buat aku tersenyum kecil. 

Namun tiada siapa tahu apa yang ada didalam hatiku. Perasaan yang aku sembunyikan ditutup oleh senyuman yang aku pamerkan . 

Tatkala aku melihat bayangan arwah ayahku sedang ketawa gembira membakar kambing. Bercerita tentang kambing itu adalah makan kegemaranya pada malam kemerdekaan. Melihat bayanganya yang sedang kecoh memangang kambing bergelak ketawa bersama rakan- rkanya buatkan aku tersenyum gembira. 

Namun banyangan itu hilang begitu sahaja dari pandanganku. Aku kembali berduka. Angin kini bertiup lembut membawa harapan pada diriku.jam sudah mula menunjukan jan 12.00 tengah malam . semua orang berbaris di devider semangat untuk melihat pancaran bunga api. 

Disebabkan kawasan perumahanku diatas bukit sudah semestinya pancaran bunga aku itu kelihatan indah . Anak- anak adalah makhluk yang paling teruja gembira melihat suasana itu. Kecoh melaungkan " MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA" Bagi yang dewasa dan remaja sebuk berselfe sana sini. Aku hanya melihat sahaja karenah mereka.

Kini tibalah masanya bendera dikibarkan dan nyayian lagu negaraku dikumandangkan. Itu sudah menjadi tradisi masyarakan penduduk dikawasan perumahanku. Aku akhirnya tewas air mata ku mengalir ketiak menyanyikan lagu negaraku . 

Aku menatap bendera jalur gemilang yang megah berkibar dia atas tiang lampu kini aku berasa banga dengan arwah ayahku berkat usaha dia masyarakat penduduk di kawasan perumahan ini dapat disatukan dengan idea yang ayah ku laksanakan dahulu iaitu dengan mengadakan majlis menyambut kemerdekan ini.

"Abah abang bangga dengan Abah dan abang banga menjadi anak Malaysia, MERDEKA".

Dengan ini Nafas terakhir arwah ayahku tidak sia- sia.

Tamat   

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.