Home Cerpen Cinta Bukan Salahmu
Bukan Salahmu
Laila Qaisara
13/11/2014 13:17:44
4,570
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“Kau tolak pinangan si Wafi tu, Izzah?” terkejut besar Hana dengan tindakan gadis itu. Izzah hanya diam sambil meneruskan suapannya.

“Kenapa kau buat macam tu? Kau tak rasa rugi ke, tolak cinta lelaki sebaik dia?”

Izzah hanya pandang Hana tanpa rasa. Kemudian dia kembali menonton TV. “Kacak kan Sharnaaz Ahmad tu?”

“Kau jangan nak tukar topik!” terkejut Izzah dengan suara Hana yang tiba-tiba meninggi. “Kau kenapa, Su?”

“Kau tu! kau buat aku geram, tau tak!” Hana bangun, mencapai alat kawalan jauh yang ada di tangan Izzah. Sekejapan, skrin televisyen di depan mata bertukar warna. Hitam.

“Aku buat apa?” Izzah buat muka bingung.

“Kau boleh tanya kenapa?” Hana menarik pipi Izzah sehingga gadis itu menjerit manja. “Buat la lagi. Lebih teruk aku boleh buat kat kau,”

“Sampai hati kau kan, Su. Kau dah tak sayang aku ke?”

“Aku sayang kau, Izzah. Tapi kau tu yang tak sayang diri sendiri!”

“Aku pulak?”

“Ye la. Aku tanya pasal pinangan Wafi, kau boleh cerita pasal Sharnaaz Ahmad. Apa, kau nak kahwin dengan dia ke?”

“Entah. Tak kot…,”

“Izzah…,” Hana melabuhkan duduknya di sebelah Izzah. “Ini bukan kali pertama kau tolak pinangan lelaki. Masuk Wafi, ini dah masuk kali ketujuh kau tolak pinangan lelaki. Kau sebut je, Fitri, Amir, Mail, Luthfi, siapa je yang tak pinang kau? Tapi semuanya kau tolak. Kenapa, Izzah?”

“Aku tak rasa nak kahwin pun, Su. Salah ke?”

“Izzah! Apa yang kau cakap ni?” Hana tepuk dahi. Dibetulkan kedudukannya, menghadap Izzah. “Takkan kau tak nak kahwin sampai bila-bila?”

Izzah seakan tersedar. “Eh? Aku…aku…!”

“Aku apa?” sergah Hana.

“Aku tak nak kahwin selagi kau tak kahwin!”

“Aku pulak yang disalahkan,” Hana mencebik. Dia menghempaskan badannya di sofa. Izzah menjeling sekilas padanya.

“Kalau aku tak kahwin, kau pun tak nak kahwin la, Izzah?”

“Siapa nak temankan kau kalau aku kahwin?”

“Kalau aku dah tak ada?”

“Apa yang kau cakap ni?” Izzah sudah mula naik angin. “Aku tak suka kau cakap macam ni!”

“Oh, kau tak suka… sama juga bila kau cakap kau tak nak kahwin tu,” Hana senyum. “Aku tak suka kau cakap macam tu. Macam…. Entahlah,”

Izzah diam.

“Izzah,” Hana menggenggam erat tangan gadis itu. “Andai ditakdirkan jodoh kau sampai, kau kahwin dulu ye?”

“Dengan syarat kau kahwin dulu,” Izzah tersengih. Hana membulatkan matanya. “Izzah!!”

Tidak sampai dua minit, jeritan Izzah bergema kembali di ruang tamu rumah itu.

*****

Izzah termenung sendirian di tepi tingkap. Air matanya menitis. Kata-kata Hana terngiang-ngiang di telinganya.

“Ini bukan kali pertama kau tolak pinangan lelaki. Tapi semuanya kau tolak. Kenapa, Izzah?”

Kalaulah kau tahu apa sebenarnya yang berlaku… apa yang membuatkan pintu hatiku tertutup untuk membina rumahtangga bahagia… aku rasa kau pun akan mengerti akan isi hatinya ini.

“Andai ditakdirkan jodoh kau sampai, kau kahwin dulu ye?”

Hana…

“Meowww…,”

“Opocot mak kau!” terkejut Izzah dibuatnya sampai melatah. “Aduhai kucing ni. Kacau je jiwa aku yang memang tengah kacau ni. Gggrrrr…,”

Kucing itu hanya terkebil-kebil mendengar Izzah membebel. Sebentar kemudian baru Izzah sedar. Manalah seekor kucing memahami gundah hati seorang manusia. Tersenyum melihat kucing itu yang mula buat muka comel, tangan Izzah mula memainkan peranan. Sedikit lauk daripada pinggannya, diambil sedikit lalu diletakkan di atas lantai. Dibiarkan supaya kucing tersebut dapat menikmatinya.

“Rezeki kau la, kucing…,”

Terkejut Izzah dengan suara itu. Cepat-cepat dia angkat kepala. “Wafi!”

“Apa khabar, Izzah?”

“Erm, baik,”

Suasana hening seketika. Masing-masing tidak tahu ingin berkata apa.

“Awak…,”

“Awak…,”

Masing-masing bersuara serentak. Kemudian ketawa bersama.

“Awak, saya balik dulu,” Izzah buka langkah.

“Izzah…,” panggil Wafi. Terhenti langkah Izzah.

“Kenapa… awak tolak pinangan saya?” Izzah menarik nafas dalam sebelum berpaling. “Sebab, saya hanya anggap awak sebagai kawan biasa. Hanya kawan biasa,”

“Tapi cara awak layan saya sebelum ni…,”

“Saya dah kata tadi, Wafi. Saya cuma anggap awak kawan biasa. Tak lebih dari itu,”

“Jadi kenapa awak bagi saya harapan palsu?”

“Harapan palsu?” Izzah kerut dahi. “Wafi, saya tak pernah bagi apa-apa harapan kat awak, apatah lagi harapan palsu. Jadi celah mana yang saya tipu awak?”

“Maaf, saya yang salah. Saya yang perasan sendiri. Saya… saya yang salah tafsir layanan awak kat saya. Maafkan saya,” suara Wafi mulai merendah. “Lepas ni, jangan hubungi saya lagi. Saya tak nak salah tafsir lagi terutamanya lepas apa yang dah berlaku,”

“Wafi, saya…!”

“Dah,” potong Wafi. Dia angkat tangan tinggi, menahan Izzah daripada meneruskan kata-katanya. “Jangan kata apa-apa lagi. Selamat tinggal,” Wafi terus berlalu meninggalkan Izzah yang terkulat-kulat keseorangan.

Maafkan saya, Wafi. Saya tak layak untuk awak…

*****

‘Izzah, abang ada benda nak cakap dengan Izzah. Boleh kita jumpa?’ mesej ringkas yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp dibaca sekali lagi oleh Izzah. Dia mengeluh seketika. Loceng pintu rumah Abang Besar ditenungnya perlahan. Dia menarik nafas dalam, lalu menekan loceng itu.

Ding! Dong!

Tidak sampai seminit, pintu pagar rumah itu dibuka secara automatik, cukup untuk Izzah masuk. Dia melangkah tenang meskipun hatinya bergetar hebat. Matanya meliar, mencari kelibat Mahirah, isteri Abang Besar.

“Kakak!” panggilnya sepatah. Mahirah yang sedang menyiram pokok bunga menoleh dan tersenyum apabila melihat Izzah sedang menghampirinya. Mereka kemudian berpelukan.

“Datang sini nak jumpa Abang Besar ke?”

“Ya, kak. Dia hantar mesej suruh jumpa. Penting katanya,”

Mahirah senyum. “Dia ada kat dalam bilik. Tengah baca buku. Dia pesan tadi, katanya Izzah datang. Akak dah masakkan lauk kegemaran Izzah. Nanti makan tengah hari di sini ya. Atau Izzah ada rancangan lain lepas ni?”

Izzah menggeleng. “Hana ke Johor. Urusan kerja. Jadi saya sendiri,”

“Kalau macam tu, tidur di sini sajalah,”

“Izzah,” dia menoleh apabila mendengar panggilan itu. Abang Besar sedang memerhatikannya sambil tersenyum.

“Dah lama sampai?” tanya Abang Besar.

“Dari semalam lagi. Abang tak nampak ke?” Izzah berseloroh.

“Kalau tahu dari semalam sampai, kita suruh je dia masak tengah hari ni, Ira,”

Ketiga-tiganya ketawa besar.

“Abang baca buku apa tadi?”

“Rahsia dalam perkahwinan,” Abang Besar genyit mata pada Mahirah sehinggakan wanita itu tersipu malu. Dia kemudian meminta diri untuk ke dapur.

“Abang ni, dah lima tahun kahwin dengan Kak Mahirah pun masih nak baca buku pasal rahsia perkahwinan ke?”

Abang Besar ketawa terbahak-bahak. “Tak la. Bukan buku itu yang dibaca. Abang ada baca pasal Selsema Sepanyol. Pernah dengar?”

“Selsema Sepanyol? Apa tu? Tak pernah dengar pun?”

“Pernah dengar H1N1 kan?” Abang Besar bertanya. Izzah hanya mengangguk.

“H1N1 bukan baru muncul sekarang. Ia pernah muncul masa Perang Dunia Pertama. Virus ni mula dikesan pada tahun 1918. Walaupun wabak ni mula dikesan di Amerika Syarikat, tapi wabak ni menyebabkan kematian paling besar di Sepanyol sepanjang 18 bulan wabak ni melanda dunia dengan lapan juta kematian,”

“Ramainya! Kematian sebanyak itu, berapa ramai yang mati, Abang?”

Abang Besar senget bibir. “40 juta,”

“Ramainya…,”

“Yang mati jiwa lebih ramai, Izzah. Macam-macam gejala sosial yang berlaku sekarang ni. yang bunuh perasaan sendiri pun ada jugak…,”

“Bunuh perasaan sendiri? Macam mana tu, Abang?”

“Izzah jangan tanya soalan yang Izzah dah tahu jawapannya,” suara Abang Besar sudah mula berubah serius. Izzah angkat kening.

“Jadi Abang dah tahu la pasal Wafi?”

“Izzah…,” Abang Besar berpusing menghadap Izzah yang membelakanginya. “Izzah adik angkat Abang. Wafi pun. Abang orang pertama yang tahu bila Wafi nak pinang Izzah. Tapi Abang orang terakhir yang tahu bila Izzah menolak. Itu pun Wafi bagitahu beberapa jam sebelum dia bertolak ke Mesir,”

Izzah tunduk. Matanya berkaca. “Jadi untuk bawa hati yang lara, Wafi ke Melbourne?”

“Mesir la! Bila masa Abang cakap dia pergi Melbourne? Dia pergi Mesir la!”

Izzah gigit jari. “Salah dengar la ni?”

“Ye la. Nampak sangat yang orang tu sayangkan Wafi. Betul tak?”

Izzah terperangkap. Jerat apa yang Abang Besar pasang ni? Haruskah aku berterus terang dengan lelaki ini sekarang? Apa pula katanya nanti?

“Izzah! Abang! Sudahlah tu! Dah tengah hari ni. Jom makan!” laung Mahirah dari dalam rumah. Sekaligus menyelamatkan Izzah daripada soalan maut Abang Besar. “Er, Kak Mahirah dah panggil. Jom masuk,” Izzah terus melangkah masuk tanpa mempedulikan wajah Abang Besar yang telah berubah riak.

“Izzah… Izzah… tetap kekal dengan sikap perahsianya. Apa yang kau takutkan sangat, budak?”

*****

Pintu restoran itu dirempuh kasar. Izzah berjalan laju masuk ke dalam. Wajahnya keruh dan tegang. Tiada senyuman di wajahnya. Kakinya terus melangkah laju menuju sekumpulan lelaki yang sedang minum-minum di satu sudut dalam restoran itu.

“Syazwan!”

Lelaki itu yang sedang bergelak ketawa, terkejut apabila namanya dipanggil. Melihatkan Izzah yang laju menghampirinya, dia senyum sinis. Perlahan dia bangun, seolah menyambut kedatangan gadis itu.

“Ya, sayang. Kau rindu aku ke?” tanya Syazwan sinis. Lalu dia ketawa besar disambut oleh rakan-rakannya yang lain.

“Apa rindu-rindu?” jerkah Izzah. “Apa yang kau cakap dengan diorang pasal aku?”

“Apa? Aku cerita pasal kau? Kau ingat kau tu artis ke, yang aku nak cerita pasal kau? Perasan!”

“Kau jangan main-main dengan aku la, Syazwan! Baik kau cakap dengan aku, apa yang kau cakap dengan diorang ni semua pasal aku, sebelum aku naik hantu kat sini. Cakap!”

“Oh, kau fikir kau sorang je boleh mengamuk? Masa kau tolak cinta aku hari tu, kau tak terfikir langsung yang aku akan mengamuk juga? Gitu?” Syazwan sudah hilang kawalan. Ditepis tangan kawan-kawannya yang cuba menenangkan dirinya.

Izzah tidak menjawab. Namun matanya merah memandang Syazwan. Tanda dia amat marah pada lelaki itu.

“Hey Izzah, kau ingat aku tak kenal kau siapa? Semua lelaki dalam dunia ni kau benci. Semua lelaki dalam dunia ni kau anggap sampah. Sebab apa? Sebab kau tu memang lesbian, kan? Kau suka kaum sejenis kau sendiri, kan? Betul tak cakap aku?”

Pang!

Terpaling wajah Syazwan. Hampir tersungkur dia kerana gagal mengawal imbangan. Mujur kawan-kawannya ada di belakang membantunya.

“Kau jangan ingat kau dah kenal aku dari zaman sekolah, kau dah tahu semuanya pasal aku luar dan dalam! Dan aku juga tak sangka ada lelaki macam kau wujud kat dunia ni! Kalau macam ni la perangai kau, jangankan aku, perempuan lain pun belum tentu nakkan kau la!”

“Kau ingat aku ni macam kau? Suka kaum sejenis?”

“Kau…!”

“Izzah!”

Entah dari mana datangnya Hana, tiba-tiba dia sudah muncul di belakang Izzah. Ditahan tangan Izzah yang sudah tinggi mahu menampar si mulut celupar itu.

“Hah, dah sampai pun pasangan kekasih ni. Hey Hana, baik kau bawa balik ‘teman lelaki’ kau ni cepat-cepat. Aku pun tak nak la tanggung dosa tengok pewaris kaum Nabi Luth!”

Buk!!!

Kali ini Syazwan tidak dapat mengelak. Dia tergolek di atas lantai setelah menerima tumbukan sulung daripada Izzah. Sekilas dia menoleh ke arah Hana yang matanya sudah berkaca.

“Sedangkan kau fitnah aku pun aku tak tahan sabar, inikan pula Hana yang sentiasa ada dengan aku. Kau ingat semua orang macam kau? Lelaki perempuan kau sapu?” tanpa sedar Izzah membongkar rahsia Syazwan yang membuatkan kawan-kawannya terkejut besar.

“Untuk pengetahuan kau, Hana akan bertunang tak lama lagi. Dengan lelaki pilihan dia sendiri. Puas hati kau?” Izzah mencampakkan gelas ke arah Syazwan yang terkedu. Nasib baik gelas plastik. Izzah menjeling seorang demi seorang sebelum dia mencapai tangan Hana.

“Jom kita pergi,”

*****

Berkali-kali Izzah melihat jam di tangan dan papan tanda elektronik di platform itu silih berganti. dia senget bibir. Bukan sekali dua tren yang ditunggu lambat tiba. Namun dia tiada pilihan. Dia gunakan juga perkhidmatan itu yang paling dekat dengan rumahnya.

Sejak peristiwa di restoran tempoh hari, Izzah lebih suka bersendiri. Pergi kerja, balik kerja. Di rumah, memerap dalam bilik. Hana yang cuba bermesra, tidak diendahkan. Kepalanya serabut, memikirkan hal yang satu itu.

Masa Izzah menolak cinta orang lain, ia tak sesukar mana pun. Tapi apabila dia menolak cinta Wafi, dia terasa sangat berat. Dengan apa yang berlaku selepas itu, membuatkan dia sangat letih. Sangat penat. Tambahan pula dengan tren yang tidak mengikut jadual ini.

“Mohon maaf. Tren dijangka akan mengalami sedikit kelewatan…,”

Izzah mengeluh. Dah agak dah. Selalu sangat macam ni, fikirnya. Matanya mulai meliar mencari tempat duduk kosong. Namun hampa.

“Waktu-waktu begini memang susah nak dapat tempat duduk, Izzah,”

Izzah tergamam. Suara itu! Perlahan dia menoleh ke belakang.

“Sama macam dulu-dulu, kan?”

“Apa kau buat kat sini?”

“Saja. Cari kau. Salah ke?”

Izzah menggeleng. “Salah. Memang salah. Kau dah aku…!”

“Kita ada ikatan, kan?” potong lelaki itu. “Kau nak cakap yang kau masih sayangkan aku, begitu?”

“Sungguh perasan la kau ni,” Izzah geleng kepala. “Jangan kau harap yang aku tunggu kau,”

“Iye?” lelaki itu angkat kening. “Kenapa aku tak percaya dengan kata-kata kau? Adakah sebab aku dapat merasakan yang kau rindu aku?”

Bulat mata Izzah memandang lelaki itu. Tidak mampu membalas lagi kata-katanya.

“Disebabkan kau rindu aku, aku nak kau ikut aku balik,”

“Tak nak!” laju Izzah membalas. Spontan dia menjarakkan diri dari lelaki itu. Namun gagal apabila lelaki itu mencekak tengkuknya.

“Kalau kau tak nak, aku akan heret kau balik!”

“Saudara,” lelaki itu segera menoleh apabila bahunya dicuit perlahan. Bertambah terkejut Izzah. “Wafi!”

“Tak baik berkasar dengan perempuan,”

“Kau siapa nak menyibuk hal aku dengan dia ni hah?” suara lelaki itu semakin tinggi.

“Siapa pun dia dengan awak, apa pun urusan awak dengan dia, tetap tak baik berkasar dengan perempuan. Memalukan dia, memalukan awak. Tak malu ke digelar dayus?”

“Huh!” lelaki itu melepaskan cengkamannya kasar. Kemudian laju dia berlalu dari situ. Izzah mengurut perlahan tengkuknya.

“Sakit?” tanya Wafi. Izzah tidak menjawab, hanya anggukan kepala diberikan.

“Siapa lelaki tu?”

“Er, tren dah sampai. Saya pergi dulu,” Izzah terus masuk ke dalam tren yang baru sampai di platform. Wafi hanya melihat tanpa ingin menghalang. Namun hatinya berbunga bimbang.

“Siapa lelaki itu, Izzah?”

*****

“Izzah,” panggil Hana. Namun masih tidak dijawab oleh Izzah. Sejak balik dari restoran tadi, Izzah terus masuk ke dalam bilik. Dia hanya keluar ketika mahu mengambil wuduk untuk solat. Itupun sebentar sahaja. Menimbulkan risau di hati Hana. Malam ini, dia memberanikan diri mengetuk pintu bilik Izzah.

“Izzah, jom makan. Aku dah masak ni. nanti kalau sejuk, tak sedap pula,”

Masih tiada jawapan.

“Izzah, jomlah. Tak payah la kau fikir hal siang tadi. esok lusa, diam la diorang tu. Jom la makan. Dari tadi lagi kau tak makan,”

Langsung tiada jawapn

“Izzah, bukalah pintu. Aku risau ni. aku takut kau buat benda yang bukan-bukan. Bukalah pintu ni…,” suara Hana sudah berubah serak. Matanya berkaca. Risau kalau-kalau Izzah berbuat sesuatu yang tidak elok. Minta dijauhkan!

“Izzah… eh, pintu tak kunci la…,” Hana bersuara spontan apabila memulas tombol pintu bilik Izzah. Perlahan dia memasuki bilik itu yang sebenarnya merupakan kawasan larangan bagi sesiapapun menurut Izzah sendiri. Hana tersenyum hiba apabila melihat Izzah terbaring mengiring di atas katil. Apabila Hana menghampiri, dia melihat ada beberapa keeping gambar dan beberapa helai kertas yang bersepah di atas katil itu. Izzah terbaring lena di sampingnya.

Tidak mahu mengganggu Izzah, perlahan Hana melabuhkan duduknya di birai katil. Satu persatu gambar diambil dan dibeleknya. Hatinya berdebar melihat gambar-gambar yang menunjukkan Izzah berpelukan mesra dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Sangat mesra bagaikan suami isteri. Berkerut dahi Hana dibuatnya.

Sehelai kertas yang bertulisan jawi menarik perhatiannya. Perlahan-lahan dia mengambil kertas itu. Isi kandungan kertas itu begitu mengejutkannya.

“Biar betul?”

*****

“Hana, kau tak kerja ke harini?” tanya Izzah. Pelik dia melihat kelakuan sahabatnya sejak kebelakangan ini. Agak dingin dengannya malah jika boleh, dia tidak mahu bercakap langsung dengan Izzah.

“Hari ni bukan hari Ahad. Kau cuti ke?”

Hana masih mengunci mulut. Izzah pula yang diburu gelisah. Selama ini, Hana yang dia kenali seorang yang ceria, bukan seorang yang sedingin ais begini.

“Kau marah kat aku pasal haritu ke, Hana? Maaf la, aku perlu ruang untuk bersendiri. Aku harap kau faham keadaan aku masa tu,”

Diam. Masih tiada jawapan.

“Erm, kau nak kirim apa-apa tak? Aku nak keluar ni,” Izzah cuba memancing perhatian Hana namun hampa. Dia tetap diam membisu. Izzah mengalah. Dia melangkah menuju ke pintu.

“Siapa Hariz?”

Langkah Izzah terhenti. Bulat matanya mendengar pertanyaan Hana. Hariz? Pantas dia berpaling menghadap Hana. “Hariz mana ni?”

“Kau ingat aku tak tahu? Sampai hati kau rahsiakan pernikahan dengan Hariz tu, kan?”

Izzah mengeluh kasar. Rahsianya terbongkar jua. “Macam mana kau tahu pasal semua ni? Ada sesiapa bagitahu kau?”

“Tak ada sesiapa bagitahu aku. Aku yang tahu sendiri,” Hana menjawab perlahan. Kemudian dia mengeluh halus. “Kenapa kau kena rahsiakan perkara yang besar ni, Izzah? Kenapa kau tak cakap perkara ni? Kenapa kau kena lukakan hati ramai lelaki hanya kerana seorang lelaki bernama Hariz?”

“Kau nak tahu kenapa, Hana? Memang Hariz suami aku. Tapi aku bukan seorang isteri. Memang aku isteri Hariz, tapi dia bukan suami aku,”

Hana menggeleng. “Aku tak faham,”

“Kau nak tahu kenapa aku hidup macam orang bujang sekarang?”

Hana hanya memandang wajah Izzah tanpa rasa.

“Dia dalam penjara…. Atas kesalahan merogol,”

Terkejut Hana mendengarnya. “Kau kenal ke mangsa… tu?”

Izzah tunduk. “Aku,”

Hana bertambah terkejut.

*****

“Macam mana Izzah boleh kenal dengan Hariz tu?”

*****

“Masa Izzah mula-mula datang kerja di Kuala Lumpur, Izzah tinggal dekat dengan rumah Hariz. Dia dan kawan-kawannya selalu juga usik-usik Izzah tapi Izzah buat tak tahu je. Izzah tak pernah balas pun usikan diorang. Izzah tak tahu pula sikap Izzah tu buatkan hidup Izzah jadi sengsara…,”

*****

Izzah menangis teresak-esak sambil memeluk lutut di satu sudut dalam bilik itu. Hariz hanya membiarkan, malah selamba sahaja dia mengenakan pakaiannya di hadapan gadis itu. Air mata Izzah langsung tidak dipedulikan.

“Tak payah nak beria sangat la nangis tu. Benda dah jadi pun,” Hariz bersuara sinis. Cukup untuk menyakitkan hati Izzah.

“Kau paksa aku! Aku tak pernah rela buat semua ni! Kau yang paksa aku! Kau rogol aku!” Izzah sudah menjerit-jerit marah.

“Hey!” Hariz mencekak rambut Izzah sehingga gadis itu menjerit kesakitan. “Memang aku paksa kau. Nak tahu kenapa? Sebab kau tu sombong sangat! Kau ingat kau tu ratu cantik la? Jangan nak perasan, boleh tak?”

“Kau kena bertanggungjawab… kau kena bertanggungjawab…,” luah Izzah dalam kesakitan.

“Bertanggungjawab? Ini makan dia!” Hariz hentak muka Izzah ke lantai hingga gadis itu tidak sedarkan diri.

*****

“Dia tak mahu bertanggungjawab,”

“Habis tu kau buat apa?” tanya Hana.

“Aku buat apa yang patut. Aku repot polis. Dia patut terima balasan terhadap apa yang dia dah buat dengan aku. Tapi keadaan tak semudah yang disangka,” Izzah hanya melihat keluar rumah. Tidak mampu melihat wajah Hana dan Abang Besar yang tekun mendengar ceritanya. Duduk dihadapan mereka sahaja matanya sudah berkaca.

“Maksud Izzah?” tanya Abang Besar pula.

“Bila dia dapat tahu apa yang dia dalam buruan polis, dia hantar rombongan meminang ke kampung dan mak ayah Izzah terima,”

“Apa??” serentak Hana dan Abang Besar bersuara. Terkejut mereka mendengar kata-kata Izzah. Tapi Izzah meneruskan ceritanya.

“Mak ayah Izzah terima pinangan tu tanpa bertanya dengan Izzah terlebih dahulu. Diorang risaukan Izzah seorang diri di sini. Tapi diorang tak tahu pun yang pinangan tu dari seorang lelaki yang…,” Izzah tidak dapat meneruskan kata-katanya. Lantas Hana mengusap bahunya perlahan.

“Izzah tak tahu pun yang diorang terima pinangan tu. Masa diorang panggil suruh balik baru Izzah tahu semuanya. Tapi masa tu dah terlambat. Diorang dah buat semua persiapan. Senyap-senyap, tanpa bagitahu Izzah sikit pun. Izzah balik masa tu hanya untuk menikah,”

*****

“Kenapa kau buat macam ni, hah?” tanya Izzah pada malam perkahwinan mereka. Hariz hanya diam sambil membuka butang baju melayunya.

“Aku tanya ni! Jawablah!” suara Izzah makin meninggi.

“Hey!” Hariz mencekik leher Izzah, membuatkan gadis itu terkapai-kapai ingin melepaskan diri. “Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Aku buat semua ni sebab nak kau gugurkan repot polis tu. Kalau dah kahwin, polis takkan boleh buat apa-apa pun. Sebab aku dengan kau, dah sah!”

“Ergh…!” Izzah hampir putus nafas.

“Aku nak kau gugurkan repot tu! Kalau tak…!” Hariz terus menolak Izzah ke katil.

*****

“Habis tu, kau gugurkan tak repot polis tu?” tanya Hana tidak sabar. Tidak dipedulikan mata Abang Besar yang tajam memandangnya. Izzah mengeluh halus sebelum menjawab, “Tak,”

Hanya menghela nafas lega.

“Aku teruskan juga dakwaan tu. Hariz ditangkap tak lama kemudian. Ternyata, tindakannya tu tak menjamin apa-apa. Masa tu juga mak ayah aku tahu. Diorang sangat marah bila dapat tahu hal yang sebenarnya,”

“Hariz dikenakan hukuman penjara 7 tahun. Dan hukuman itu buat dia sangat marah dan dendamkan Izzah. Dia bersumpah, dia tak akan lepaskan Izzah. Dia tak akan ceraikan Izzah,”

Abang Besar mendengus kasar. “Habis tu, Izzah nak biarkan dia seksa Izzah macam ni?”

Izzah senyum nipis. “Abang kenal Izzah, kan? Izzah takkan mengalah macam tu aje. Izzah gunakan balik repot polis tu untuk tuntut cerai secara fasakh. Dan segalanya telah selesai apabila Izzah disahkan telah bercerai talak satu tempoh hari. Tempoh idah Izzah, akan tamat tak lama lagi,”

“Alhamdulilah…,” Hana memeluk Izzah erat. “Banyak sangat dugaan yang menjengah kau, Izzah. Aku harap kau kuat,”

“Allah kan ada. Insya Allah,” bisik Izzah perlahan. Hana mengeratkan pelukannya.

“Tapi ada satu soalan abang yang Izzah belum jawab,” Abang Besar mencelah. Hana senget bibir. “Abang Besar ni, spoil mood betullah!”

Abang Basar gelak besar. “Tapi abang serius ni,”

Izzah meleraikan pelukannya. “Soalan apa, abang?”

“Izzah sayangkan Wafi?”

Apa punya soalan itu?

*****

Lagu Shahir “Aku Yang Berdosa” diulang main lagi dalam telefon pintar Izzah. Terangguk-angguk Izzah mendengarnya sambal berjalan kaki menuju ke perhentian bas tidak jauh daripada rumah. Hana seperti biasa, bertugas di luar kawasan. Jika tidak, sudah pasti gadis itu akan menghantar Izzah ke tempat kerja.

“Izzah sayangkan Wafi?” tiba-tiba pertanyaan Abang Besar kembali menerjah fikiran. Izzah mengeluh halus mengingatkan pertanyaan itu.

“Bagaimana hendak ku katakan? Aku memang sayangkan Wafi. Tapi lelaki itu terlalu baik untukku. Aku ni kotor. Jijik. Tak layak menjadi pendamping seorang lelaki bernama Wafi. Biarlah dia mengejar kebahagiaannya sendiri. Mungkin di luar sana,”

Deringan telefon mematikan lamunan Izzah. Berkerut dahinya melihat nama yang terpapar di skrin. Wafi? Bukankah dia di Mesir? Oh, dia sudahpun pulang ke tanah air sedikit masa lalu. Izzah lupa, Wafi yang membantunya di platform tempoh hari.

“Assalamualaikum, Wafi,”

“Laju betul kau jawab panggilan lelaki ni, ya?” terdengar suara garau di hujung talian. Izzah tergamam. Hariz!

“Kau buat apa dengan Wafi?”

“Sekarang ni, tak buat apa-apa ;agi. Tapi, aku mungkin akan korek biji mata dia kalau kau tak sampai…,”

“Kau gila! Kau betul-betul gila!”

“Kalau kau betul-betul tak datang, mungkin aku akan kelar leher dia…,”

“Kau nak aku, kan? Bagitahu tempat la, pengecut!”

“Kau tahu aku di mana, sayang,” klik! Talian dimatikan. Izzah tidak keruan. Segera dia mengambil nafas panjang. Telefon di tangan dipandang dalam, kemudian mesej dihantar kepada Abang Besar. Selesai, dia menahan teksi untuk ke tempat yang dituju.

“Hariz!” Izzah melangkah ke dalam rumah tinggal itu perlahan. Kakinya menggigil. Peristiwa lalu kembali mengganggu fikiran. Namun dia gagahkan diri melangkah.

“Kau rindu dengan tempat ni?” suara Hariz terasa dekat dengan telinganya. Segera dia berpusing dan menjarakkan diri daripada lelaki itu.

“Mana Wafi?”

“Kau lebih risaukan lelaki tu daripada suami kau sendiri?”

“Jangan nak mengarut. Kita dah bercerai,” Izzah menekan suaranya. “Aku tak nak ada apa-apa dengan kau. Cukuplah selama ni kau seksa aku,”

“Aku pernah bersumpah, aku tak akan lepaskan kau. Kau lupa?” Hariz melangkah perlahan menghampirinya. Izzah berundur sehingga ke dinding.

“Kau nak lari ke mana?”

“Mana Wafi?” suara Izzah bergetar. “Wafi!”

Hariz ketawa sinis. “Senang je aku nak tipu kau, kan? Curi telefon bimbit lelaki tu untuk hubungi kau. Semudah itu, kan?”

Buntang mata Izzah. Dia sudah terpedaya!

“Jangan apa-apakan aku!”

“Aku dah cakap, aku takkan lepaskan… aduh!” tiba-tiba Hariz tersungkur. Izzah terkejut. Namun rasa itu segera berlalu pergi apabila melihat lelaki yang menyelamatkannya.

Wafi!

“Abang Besar suruh saya ikut awak. Dia kata awak dalam bahaya,” kata Wafi cepat. Tangannnya masih memegang kayu beroti yang digunakannya untuk memukul Hariz tadi.

“Jangan banyak cakap. Jom pergi cepat. Aduh!” Izzah tersungkur. Wafi tergamam. Hariz bangkit, dengan pisau di tangan!

“Kau ingat kau boleh lepas?” Hariz meluru ke arah Izzah yang terduduk kesakitan. Tanpa diduga, Wafi maju, cuba melindungi dirinya. Sekelip mata, pisau di tangan Hariz terbenam di tangan Wafi.

“Ergh!”

“Wafi!!!!” Izzah menjerit nyaring.

*****

Beberapa tahun kemudian.

Izzah menabur bunga perlahan di atas pusara itu. Wajahnya sugul walau air mata tidak lagi mengalir di pipi.

“Sudahlah Izzah, jangan sedih lagi. Nanti bayi dalam kandungan pun sedih,” nasihat Hana. Sejak tadi dia menemani Izzah di tanah perkuburan ini.

“Aku bukan sedih sebab apa, Hana. Aku sedih sebab diorang tak dapat tengok cucu sulung diorang ni,” Izzah mengusap perutnya perlahan.

“Dah sampai masanya. Jangan la sedih sangat. Mak ayah kau mesti sedih tengok kau macam ni. Lagipun, dah setahun diorang pergi,”

Bunyi deruman kereta memancing perhatian mereka. Masing-masing memandang ke jalan besar. Seorang lelaki keluar dari kereta, matanya melilau mencari seseorang.

“Dia cari kau, tu,” gamit Hana. Izzah senyum nipis, lalu bangun dan menghampiri lelaki itu. “Abang,”

Lelaki itu kerut dahi. Menarik perhatian Izzah. “Kenapa?”

“Macam pelik je. Izzah panggil saya abang. Panggil Abang Besar pun abang. Hurm…,”

Izzah gelak kecil. “Baiklah. Wafiku sayang…,”

Barulah lelaki itu tersenyum.

“Heh, tak ada kerja ke bermanja kat kubur?” tanya Hana. Izzah gelak lagi, sambal memeluk manja suaminya.

“Eh, sayang. Macam mana perbicaraan tadi? Apa keputusannnya?”

Wafi berdehem, membetulkan nafasnya. “Izzah, Hariz dikenakan hukuman penjara sepuluh tahun atas dakwaan cubaan membunuh Izzah. Itu sudah cukup rasanya. Kita doakan dia berubah apabila dia keluar penjara nanti,” Wafi mengucup lembut ubun-ubun isterinya. Kemudian dia memeluk Izzah erat.

“Bukan salahmu, sayang. Biarkan dia terima hukumannya,”

Izzah mengangguk perlahan.

“Haih, bila la suami aku nak balik dari Jepun ni. boleh la aku bermanja-manja,” tiba-tiba Hana bersuara. Izzah dan Wafi tergelak.

TAMAT


http://lailaqaisara1806.blogspot.com

https://www.facebook.com/laila.qaisara.104

https://www.facebook.com/lailaqaisara1806

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.