Home Puisi Fantasi MEMAKNAI HUJAN
MEMAKNAI HUJAN
nurfahanaz_BA@Tihah benjamin abdullah
6/9/2016 16:07:26
676
Kategori: Puisi
Genre: Fantasi

MEMAKNAI HUJAN

Hujan di suatu petang
kita berlari-lari riang
bercerita tentang mentari
tentang pelangi, bulan dan bintang
riuh yang merungkai kalam hati
langit petang tidak pernah berdusta
jika hujan; maka hujanlah
jika kemarau; maka kemaraulah
demikian lahiriah kehidupan tercipta.

Ah!
tapi mengapa?
rintik-rintik hujan berjaruman menimpa tanah, singgah di kakiku lencun
sedikit pun belum memadam nanah membusuk sarat
suara itu memetir membelah bumi
ranap harapan untuk menjahit
carik luka yang terkesan lamanya
sungguh; dalam gigil sukarnya kulukis kuntuman senyum tatkala rawan mengunci kemuncak rindu kita.

Mujur ada pelangi
indah warnamu cintaku berputik
aku mendongak mencari sinar harapan
pada jaluran pelangi
andai saja aku bisa berlari
membalut tubuh dengan tujuh warnamu
jalur merah menjadi pilihanku
kerana aku tahu itulah warna hatimu dan hatiku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurfahanaz_BA@Tihah benjamin abdullah