Home Puisi Umum HUJANLAH BASUHKAN DOSAKU
HUJANLAH BASUHKAN DOSAKU
nurfahanaz_BA@Tihah benjamin abdullah
6/9/2016 16:09:44
487
Kategori: Puisi
Genre: Umum

HUJANLAH BASUHKAN DOSAKU

Kapankah hujan lagi
agar bisa kutadahkan
dengan sekujur tubuh kakuku
penuh dosa nan lalu.

Jadikan aku sesuci bayi baharu
mengenali dunia celik ternganga
menyapa guruh di langit
pabila awan-gemawan menyulam taubat.

Kewanan burung dengan siulan pesona
girang menyambut lahirnya anak Adam
demi meneruskan doa-doa di jalanan
pada setiap helaian dosa yang masih berjejeran.

Hujanlah, hujanlah lagi
belum puas kunikmati
olesan renjis kasihmu
hilangkan goresan hitam yang masih membekas.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurfahanaz_BA@Tihah benjamin abdullah