Home Sajak Umum JIWA SI BUNGA KERTAS
JIWA SI BUNGA KERTAS
nurfahanaz_BA@Tihah benjamin abdullah
28/9/2015 00:19:46
627
Kategori: Sajak
Genre: Umum

JIWA SI BUNGA KERTAS

Warnaku memukau

merah, kuning,putih,ungu ibarat pelangi

namun, dalamnya gagah dan berduri

jiwaku dibajai maka mekarlah ia

aku punya ramai peminat

pujian yang sama selaluku dengar

sungguhpun menawan kalbu

tapi jangan sesekali kudiusik

aku pembunuh senyap

tiada kesan dan bebayang

aku bebas melepaskan diriku

biar aku hidup bertahun lamanya

aku tetap kekal memukau

tiada siapa berani mencuitku

dek tubuhku yang gagah

kerana kupunya pelindung setia

semakin aku dicantas

hingga aku berubah bentuk

aku megah bercambah

takkan hilang seriku di mata pemikat


Princess Kulimpapat nurfahanaz_BA

Kinrara Resort Puchong, Selangor

18 April 2015 – mbkm2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurfahanaz_BA@Tihah benjamin abdullah