Home Cerpen Islamik PELANGI KESABARAN
PELANGI KESABARAN
nurfahanaz_BA@Tihah benjamin abdullah
21/9/2015 15:48:27
1,117
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

Anak derhaka! Tak tahu diuntung! Engkau ingat bila kau tukar agamamu, kau akan diterima lagi dalam keluarga ini? Belum ada sejarah keluarga papa atau mamamu yang mengkhianati kepercayaan keluarga turun-temurun. Kau saja yang suka buat hal…

Mary terkedu. Sejak dia kedapatan melakukan ibadah dalam biliknya itu , semuanya sudah jadi huru-hara. Betapa dia menyesal, kerana beranggapan pintunya ketika itu sudah berkunci, rupanya tidak. Semasa kejadian yang dianggap ‘kantoi’ itu tidak boleh diselindung lagi. Apa saja hujah untuk menidakkannya, tidak berguna lagi. Mary terpaksa berhadapan dengan segala cercaan.

“Apa masalah engkau ni!” tengking papa.

“Maafkan Mary papa,” jawabnya lemah dan tertunduk takut. Perlahan-lahan menanggalkan telekung dan melipat sejadah. Tidak berani untuknya memandang muka papa saat itu. Pasti mendidih rasa amarahnya waktu itu. Menggelegak!

Papa memang terkenal dengan sikap panas barannya. Tidak ada seorangpun yang berani bersuara. Kalau setakat cuba-cuba, itu mencari nahas namanya. Kalau putih,putihlah…kalau hitam,maka hitamlah.

Mama pula lemah-lembut, namun sama juga tidak beraura untuk menentang apa juga keputusan papa. Paling menyedihkan, apabila darjah kepanasan papa itu meningkat, papa akan melemparkan apa sahaja yang ada dalam genggamannya. Nyaris-nyaris buku berkulit keras itu mengenai Mary.

“Mulai hari ini, kau sudah tidak boleh keluar rumah selepas waktu sekolah. Papa akan selalu menghubungi pihak sekolah bertanyakan kamu. Faham!” Merah padam bagai udang dipanggang muka Mary. Kian hilanglah semangat Mary. Sampai begitu sekali papa memarahi Mary.

Ah! Semakin tipislah harapan Mary…

Di sekolah, Mary sudah tidak bertemu lagi dengan Ustazah Hidayah. Mary memang rapat dengan Ustazah Hidayah. Sudah beberapa kali Mary bermalam di rumah Ustazah Hidayah, iaitu apabila rakan serumah Ustazah Hidayah iaitu Cikgu Salmah berada di luar daerah. Keakraban sejak Mary Tingkatan Tiga (3) lagi, membuatkan Ustazah Hidayah sering membawakannya ole-ole apabila balik dari negeri Penyu Menangis. Entah sudah berapa pasang telekung yang berlipat rapi dalam almari Mary, sengaja dikuncinya.

* * *

“Mary! Mary!” Mary kenal suara itu, tanpa memalingkan mukanya, dia terus melangkah laju masuk ke kelasnya. Kelas 5 Mawar itu, kelas yang terkenal dengan pelajar-pelajarnya yang pandai dan menjadi harapan sekolah, agar semuanya cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

“Mary, kamu kenapa? Sepanjang minggu ni, aku lihat kamu asyik termenung. Ada masalah?” Tanya Amalina yang duduk bersebelahan dengan Mary. Amalina ketua kelas, juga Pengerusi Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya. Wajarlah dia bertanya.

“Err…tidak ada apa-apa. Mary boleh handle sendiri,” jawab Mary ringkas.

Mary juga pelajar subjek Bahasa Inggeris yang cemerlang. Mary pernah menjadi juara dalam forum Bahasa Inggeris peringkat Daerah.

“Jangan kacau orang sedang bercinta tu,Lina,” Rahim tetiba bersuara. Mary memandangnya tajam. Mary menunjukkan buku yang sedang dipegangnya, seolah-olah ingin melemparkannya kepada Rahim. Rahim juara acara pecut sekolah, ramai pelajar perempuan meminatinya.

Mary tidak lagi selincah dahulu. Semangatnya belajar juga semakin pudar. Ujian bulanan juga tidak lagi menjadi tumpuannya. Mary masih terkilan dengan sikap papanya. Mary beranggapan papanya melampau. Mama pula tidak menunjukkan tanda-tanda membelanya.
“Mary, mama tidak marah dengan tindakan kamu. Cuma, mama rasa sebagai anak sulung kamulah harapan papa dan mama. Sebab itulah, papa sangat marah pada kamu,” cerita mama ketika mereka sama-sama duduk menjamah minum petang di tepi kolam ikan. Mary hanya mendiamkan diri. Jauh renungannya.

“Mama, Mary sudah besar untuk memilih agama yang Mary mahu. Mary tidak pernah memandang rendah tentang agama kita, tetapi mungkin Mary rasa ada ketenangan dengan agama Islam,” jelas Mary dengan memandang tepat ke wajah mama. Jelas ada manik-manik putih mengalir lesu di pipinya.

“Mary, mama tidak menghalang. Tetapi, mama juga tidak berani untuk meyakinkan papa kamu. Mama say sorry for it dear,” sambil menggenggam tangan Mary.

Kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan dari garaj. Mary bergegas naik ke biliknya. Mama hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Air teh itu tidak dijamah oleh Mary. Mama Mary melangkah masuk ke dapur. Semoga situasi tadi tidak terhidu oleh papa. Getus hati Mary. Sempat dia menoleh ke arah mamanya sambil menekap jari telunjuk kanan pada bibirnya. Mamanya mengangguk tanda faham.

Madam Jane! Madam Jane!” sangat kuat suara papa memanggil mama Mary.

Yes, sorry dear. What’s up?” dengan kelam-kabut mama Mary meluru keluar dapur.

“Where is Mary?”

“Upstair dear,” jawab Madam Jane sambil berlalu dengan menjinjing beg bimbit papa Mary.

Mary menguncikan pintu biliknya. Air matanya masih mengalir. Mary menekup bantal peluknya. Di sudut sisi kanan bantalnya, terselit buku bertajuk Asas Fardhu Ain’. Hati Mary memang sudah nekad. Namun, Mary tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Langkah mana yang wajar didahulukan. Ikut hati binasa! Bagaimana cara untuk meyakinkan papa. Memang, kalau ikutkan hati mahu saja Mary melafazkan kalimah syahadah itu secepat yang mungkin, namun dia masih punya papa dan mama yang tidak wajar diabaikan. Apatah lagi, dia masih di bawah tanggunggan papa dan mama. Mana mungkin, dia merasakan akan dapat berdiri sendiri.

Tapi untuk terus berpura-pura menjadikan hatinya tidak keruan dan mencemari emosinya untuk belajar.

* * *

“Assalamualaikum, maaf mengganggu. Ustazah Hidayah hendak berjumpa dengan Mary cikgu,” tiba-tiba seorang pelajar perempuan mengetuk pintu dan menjelaskan tujuannya.

Belum sempat Mary mengucapkan terima kasih pelajar itu berlalu pergi. Mary memohon izin daripada Cikgu Roslee yang sedang mengajar subjek Sejarah. Cikgu Roslee hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

Sepanjang perjalanan turun dari tingkat tiga bangunan sekolah, kotak fikir Mary berkecamuk. Pelbagai sangkaan negatifnya ketika itu. Mary tidak dapat mentabrak apa sebenarnya tujuan Ustazah Hidayah memanggilnya. Namun…hanya ada satu sahaja agakkannya ketika itu. Pasti…

“Selamat pagi, ustazah,” sapa Mary dari belakang.

“Ya,selamat pagi. Sila duduk Mary,” pelawa Ustazah Hidayah. Mujur tidak ramai cikgu yang berada dalam bilik guru saat itu. Mungkin semua masih mengajar di kelas masing-masing.

Thank you, ustazah,” sambil melabuhkan punggungnya di hadapan ustazah Hidayah.

Most welcome,” balas ustazah Hidayah. Sesekali berbahasa Inggeris Ustazah Hidayah tersengih. Ustazah Hidayah seorang yang ramah, datangnya nun jauh ke negeri di Bawah Bayu ini.

“Err…err…ada apa ustazah panggil Mary?” Mary memulakan perbualan.

“Mary, rasanya hampir dua minggu kita tidak bertemu dan bertegur-sapa. Mary ada masalah?” Tanya ustazah Hidayah agak perlahan. Berhati-hati agar perbualan itu tidak didengari oleh sesiapa.

“Ust…ust…ustazah, maafkan Mary. Mary Cuma sibuk menelaah pelajaran. Peperiksaan tidak lama lagi,” terang Mary. Mary tahu, jawapan itu tidak dapat memuaskan hati Ustazah Hidayah.

“Emm…tapi selalunya Mary akan datang menjenguk ustazah dalam bilik guru ni barang seminit dua. Paling tidak pun, ustazah akan bertembung dengan Mary di kantin sekolah pada waktu rehat,” ulas Ustazah Hidayah lagi.

Mary diam membisu. Mary tidak berani bertentangan mata dengan Ustazah Hidayah. Mary tidak mahu tersilap kata. Mary cuba menyembunyikan perasaannya. Sedangkan jauh di lubuk hatinya, Mary teringin menceritakan segala-galanya kepada ustazah Hidayah. Namun, wajah garang papanya lebih dulu menjelma pada bayangannya. Gerun. Risau.

“Mary…Mary…kamu dengar tak ustazah tanya ni?” Ustazah Hidayah terus bertanya dan ada nada mendesak pada pertanyaan itu.

“De…de…ngar,maaf ustazah. Mary biasa-biasa saja ustazah. Cuma…sejak dua minggu lalu, mama Mary kurang sihat. Sebab itu, papa asking me to stay with mama at home,” jelas Mary dengan harapan ustazah Hidayah akan memahami sejelasnya. Ustazah Hidayah sudah cukup masak dengan gaya komunikasi Mary yang bercampur-aduk.

Kelihatan wajah usatzah Hidayah berkerut. Kaca matanya dibuka dan diletakkan atas meja tulisnya. Lama ustazah menundukkan kepalanya. Entah apa yang difikirkannya. Sementalahan, Mary merencana ingin pergi dari situ secepatnya. Tapi, kakinya bagai dirantai. Teramat berat dan lemah.

“Mary, ustazah harap Mary akan tumpukan pelajaran. Peperiksaan SPM tinggal tiga bulan saja lagi. Emm…ustazah ada merisik-risik markah ujian bulanan kamu, keputusan kamu menjadikan tanda tanya…” terang ustazah Hidayah lebih lanjut.

“Ta…ta…tapi usatzah…”

Belum sempat Mary menjawab, ustazah Hidayah cepat-cepat memintas percakapan Mary. Seakan ustazah Hidayah tidak percaya akan apa yang didengarinya daripada mulut cikgu-cikgu lain yang ada mengajar kelasnya.

“Kalau ada masalah, Mary ceritalah. Mana tahu,ustazah boleh tolong,” pesan ustazah Hidayah lagi.

“Ustazah,maafkan Mary…sebenarnya…”

Ting!Ting!Ting!

Loceng menandakan tamatnya sesi persekolahan pada hari ini tamat. Mary sangat gembira kerana dia boleh balik dengan cepat. Hampir-hampir Mary memberitahu perkara sebenar kepada ustazah Hidayah,jika tidak pasti akan ada benda besar berlaku.

Andaikata sampai ke halwa telinga papa Mary, nescaya keesokan hari pasti sekolah digemparkan oleh seorang ayah pelajar yang mengamuk. Mujur loceng tamat tadi menyelamatkan Mary. Eosk? Ah! Mary mampukah lagi menyelamatkan dirinya.

* * *

Waduh! Memang benar, hari ini Mary masih belum dapat meloloskan diri daripada pantauan papanya. Di hujung jalan sebelah kiri, kereta Honda City papanya sudah terdampar menanti. Pandangan mata papa Mary seolah tidak berkedip memerhatikan Mary. Mary pura-pura tidak perasan. Beranggapan Mary mungkin tidak nampak, papa Mary melambai-lambaikan tangan kanannya. Mula perlahan terus kian rancak dan laju. Mary beralah. Jika berdegil, tidak tahu arah mana ingin dituju. Kabur.

“Sampai rumah nanti, Mary tolong kemaskan rumah. Mama masih tidak sihat. doktor nasihatkan mama supaya banyakkan berehat. Do not selfish!” setelah 10 minit dalam kereta, papa bersuara. Walaupun nadanya perlahan, tetapi masih ada tempias kegarangan pada pesanan itu.

Will do papa,” ringkas saja jawab Mary.

Keep your promise my dear,” papa Mary masih mengingatkan.

Kelihatan adanya jelingan tajam penuh makna oleh papa, Mary perasan melalui cermin depan kereta.

Kini, sudah hampir dua minggu jugalah Mary tidak dapat berkumpul belajar dalam kumpulannya. Syukur, kawan-kawan sekumpulan Mary faham akan situasi Mary. Sungguhpun, mungkin yang mereka atau ustazah dengar adalah fiksyen semata-mata. Fiksyen yang terpaksa diadun sebegitu rupa. Demi untuk menyelamatkan keadaan. Belum masanya. Mary yakin, hijrah hati yang dimpikan pasti akan tiba, cepat atau lambat sahaja.

“Papa, satu minggu lagi ujian percubaan SPM Mary. Bolehkah Mary mengadakan perbincangan kumpulan bersama rakan-rakan Mary,” jam tangan menunjukkan perjalanan pulang ke rumah berbaki 20 minit saja lagi. Mary mencuri peluang bertanya papanya.

Papa Mary hanya mendiamkan diri. Menunjukkan muka yang serius. Tiba-tiba, azan menandakan masuknya waktu asar berkumandang di corong radio.

Jantung Mary berdegup kencang. Aduh! Padamkan atau tidak…padamkan atau tidak…Mary hanya menanti apa yang akan terjadi sepanjang azan di corong radio itu berkumandang. Mengasyikkan dan menenangkan jiwa. Papa? Papa bagaimana?

Mary masih menanti kalau-kalau papanya akan menekan butang stop itu, tetapi ternyata ramalan Mary kali ini meleset. Mary kehairanan. Namun, Mary tidak berani untuk memandang wajah papanya. Ada senyum harapan dalam hati Mary. Aura kegembiraan yang hanya dia sahaja yang tahu dan menikmatinya ketika itu. Mary menarik nafas lega yang agak panjang.

“Mary, jangan lupa okey!” sempat papanya menyegarkan semula pesanan dalam kereta tadi.

Yes, papa,”

Di dapur, mama Mary sedang menyediakan makan tengah hari. Mary perasan gerak laku mamanya agak perlahan. Mary mengangkat tudung saji biru itu. Matanya melilau melihat ada beberapa jenis menu yang lazat. Mary memegang perutnya, diusap-usap lembut tanda lapar.

“Mama, Mary naik atas dulu, mandi,”

“Okey dear, faster,” pesan mama Mary.

Mary sempat merenung siling bilik tidurnya. Dicapai lagi buku Asas Fardhu Ain’ itu, menyambung tajuk yang belum dihabiskannya. Sudah beberapa minggu, Mary tidak menyentuh buku itu. Mary mencari ruang memikirkan pilihan hatinya. Mary masih teringat kata-kata mamanya di tepi kolam tempoh hari.

‘Anak sulung…anak harapan mama dan papa.’

Ah! Nawaitu yang sudah lama terpendam dalam hati, tidak akan dibuang begitu saja. Niat hati yang suci murni akan diteruskan juga, cuma bagaimana? Mary merasakan bahawa Tuhan menguji dirinya yang masih terlalu mentah itu.

You tidak masuk officepetang ni,” tanya mama Mary terhadap papanya semasa di meja makan.

Nope, but I got an appointment to play golf with Datuk Ramesh and Datuk Kamal,” jelas papa Mary sambil jari-jemarinya lincah mengasingkan tulang-tulang ikan dari isinya.

“Okey,” jawab mama Mary.

Jacob dan John ada kelas tuisyen. Pasangan kembar itu tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun terakhir pelaksanaan UPSR itu.

Sudah tentulah mama dan papa Mary adalah antara ibu bapa yang risau pada tahun ini, kesemua anak mereka akan menduduki peperiksaan awam yang sangat penting itu. Mama Mary paling gusar. Perasaan gusar itu sama seperti mula-mula dimaklumkan oleh doktor, iaitu mama Mary mengandung lagi setelah hampir lima tahun menanti belum ada tanda-tanda. Kegembiraan tidak terkata apabila disahkan mengandung anak kembar.

Mary ke dapur. Hampir dia terlupa akan janjinya terhadap papanya ketika berada dalam kereta tadi. Mary meminta mamanya duduk berehat di sofa, manakala Mary yang meminta untuk membasuh semua pinggan mangkuk juga bekas-bekas masakan itu. Mary perasan, ada sepasang anak mata tajam sedang memerhatikan tingkahnya waktu itu, jadi lebih baik membuat keputusan yang tepat sebelum gunung berapi meletus lagi. Cetusnya.

Papa Mary terus saja naik ke atas, meneruskan kerja-kerjanya di bilik bacaan yang juga merupakan ruang tempat tugasan pejabatnya. Mama Mary merupakan guru pencen awal akibat masalah kesihatan. Sejak tiga tahun lalu, sahlah mama Mary bergelar surirumah sepenuh masa.

Fikiran Mary sempat melayang-layang, buku Asas Fardhu Ain’ …wajah ustazah Hidayah…telekung beraneka warna…silih berganti menghujani kotak fikirnya.

Prang!!!

“Oh may God! What are doing dear?”

“Mama, so sorry…please,”

Why Mary,” mama Mary menarik tangannya ke ruang tamu. Mary dipeluknya.

“Mama, maafkan Mary ma. Mary tidak sengaja menjatuhkan mangkuk kaca itu,” Mary tidak melepaskan pelukkan itu. Lama Mary tidak merasakan kehangatan tubuh itu.

Kring!Kring!Kring!

Deringan telefon mengejutkan Mary dan mamanya. Mary bergegas mengangkat gagang telefon.

“Assalamualaikum,” terkejut Mary pemanggil itu memberi salam.

“Err…err…maaf encik. Encik cari siapa?” hanya itu terdaya Mary lakukan.

“Tidak mengapa. Saya Ustaz Karim. Boleh saya bercakap dengan Encik Richard,” suara itu memukau gegendang telinga Mary.

“Papa, callingfor you,” panggil Mary dengan suara yang dikuatkan sedikit.

Gagang diletakkan setelah Mary memastikan papanya sudah menyambut panggilan dari tingkat atas.

Mary menoleh ke arah mamanya, mamanya sudah terlelap. Redup mata Mary memandang mamanya, wajah yang kian dimamah usia.

Perlahan-lahan Mary naik menjingkit masuk ke biliknya sambil matanya mencuri-curi pandang ruang bilik bacaan. Papanya masih belum menamatkan perbualan telefon. Kali ini, pemanggil yang membahasakan dirinya ‘Ustaz Karim’ itu hampir memenuhi memori fikiran Mary. Mary tidak dapat menebak siapakah pemanggil itu. Malah, nama itu belum pernah singgah dalam kotak fikirnya. Mungkin, teman papa bermain golf juga petang nanti, sangkaan yang sedikit ‘nakal’.

Tepat jam 4.00 petang, bunyi enjin kereta keluar dari garaj. Papa Mary keluar memenuhi temujanji bersama kawan-kawannya. Menuju ke Karambunai Resort Golf Club. Kebetulan, kediaman Mary sekeluarga tidak jauh dari kawasan itu, kediaman Mary sekeluarga agak berada dan mewah yang terletak di Taman Kingfisher,Sulaman.

Mary menyelak kunci pintu biliknya.. Perlahan-lahan dia membuka almari pakaiannya. Tersidai bersih telekung-telekung yang diberikan oleh ustazah Hidayah. 1…2…3…4…5! Sudah ada lima pasang telekung dalam almarinya. Namun, saat yang sebenar tiba dia belum tahu bila. Bila dia akan secara ‘sah’ menyarungkan telekung itu sebagai muslimah.

Angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan rambutnya dari luar balkoni itu. ‘Hijrah Hati’, sebuah buku yang pernah di bacanya dua bulan yang lalu. Pengertian hijrah itu masih segar dalam ingatannya. Mary masih ingat petikan pendek itu…

Hijrah secara menyeluruh hanya boleh dilakukan apabila dimulakan dengan hijrah hati. Maka tidak hairanlah jika ada individu yang mulanya telah berhijrah tetapi akhirnya kembali kepada tabiat asalnya semula kerana hatinya belum berhijrah.

Aduhai hati…sabarlah wahai hati. Pasti ada jalan. Pujuk Mary sendiri. Jika doa dimakbulkan, Mary berharap akan istiqamah dan taat kepada agama baharu itu nanti.

* * *

“Mary!Mary!” seorang pelajar memanggil namanya.

“Ya, ada apa awak panggil saya,”

“Ustazah Hidayah hendak jumpa Mary di bilik kaunseling sekarang,” pesan pelajar perempuan itu lagi.

Ah! Ustazah…ada apa lagi yang tidak kena. Belum sempat mengucapkan terima kasih, pelajar itu meluru pergi.

“Ya, ustazah nak jumpa saya,” tanyaku lembut sambil melangkah masuk bilik kaunseling itu.

“Ahahh…masuklah. Sila duduk. Ustazah ada sesuatu untuk kamu,” ustazah Hidayah menutup pintu. Mary hairan kerana pintu dikunci dari dalam. Inilah pertama kali Mary masuk ke bilik kaunseling. Cantik bilik itu. Ada beberapa buah lukisan abstrak yang kurang difahaminya. Sesuai dengan status bilik itu.

“Mary…sebenarnya ustazah akan berpindah sekolah pada cuti pertengahan tahun ini. Ustazah kembali ke tempat asal ustazah,” syahdu suara itu.

“Pindah? Kenapa ustazah? Ustazah tidak sayangkan Mary lagi?” soal Mary keanak-anakan. Ada getar pada nada Mary.

“Ustazah akan selalu ingat dan sayang pada Mary, Mary dah macam adik ustazah sendiri. Ustazah anak tunggal Mary…ustazah kena balik untuk menjaga ibu ustazah yang sedang sakit. Ibu ustazah anak yatim piatu…” rasa bersalah Mary. Mary membuatkan Ustazah Hidayah menangis.

“Maafkan Mary ustazah, maafkan Mary,” esakkan Mary pula memenuhi ruang bilik kaunseling itu.

“Mary, apapun ustazah sudah tunaikan janji. Sebenarnya…dalam bilik ini ada orang lain lagi ada bersama-sama kita,” ustazah Hidayah kembali bersemangat.

“Orang lain…?”

“Papa! Mama! Jacob! John!” hampir pengsan Mary apabila satu-persatu ahli keluarganya muncul dari bilik yang bertutup rapat sebelum ini.

“Ehh…apa semua ni? Apa ni ustazah?” Mary mula takut. Jelas yang diramalkannya selama ini akan terjadi. Kali ini dia rasakan benar-benar ‘kantoi’.

“Mary, come here dear,” panggil mama Mary.

“Mary, ustazah nak ucapkan alhamdulillah yang tidak terhingga. Sebenarnya, selama ini papa, mama Mary sudah bersetuju Mary memeluk Islam,” terang ustazah Hidayah dengan tenang dan jujur.

“Papa, mama really? Pleaseplease,” Mary masih belum mempercayainya.

Yes dear. Sebenarnya, bukan saja Mary yang akan tukar agama. Papa, mama, your brothers will do so…,”

“Ustazah…ustazah…ohh…terima kasih ustazah. Mary tidak ada kata lain untuk nyatakan kegembiraan dan kesyukuran ini,”

“Papa… mama…thank you so much. Ini memang anugerah sebenar yang Mary impikan selama ini,” Mary mencium tangan papanya. Mary memeluk mamanya erat. Mary juga memeluk adik-beradik kembarnya. Namun, di pelukkan Ustazah Hidayah, air matanya tewas dan rapuh lalu mengalir deras. Amat deras. Seakan selepas ini mereka tidak berpeluang bertemu lagi. Tangisannya juga agak kuat. Mary tidak memperdulikan andai tangisannya kedengaran hingga ke luar pintu.

“Terima kasih ustazah, Mary tidak akan melupakan ustazah sampai bila-bila,” Mary semakin pilu apabila terdengar bisikan ke halwa telinganya.

Mary! Nurul Kamariah Sufi Abdullah…,” bisik Ustazah Hidayah. Semoga jadi muslimah yang solehah ya sayanggg…jaga solat dan jadilah anak yang taat kepada mama dan papa…,” pesan Ustazah Hidayah lagi.

Benarlah…

Sabar itu indah!!!Warnanya seperti pelangi yang muncul selepas hujan…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurfahanaz_BA@Tihah benjamin abdullah