Home Novelet Thriller/Aksi ROOM FOR RENT
ROOM FOR RENT
Ummu Hanan
4/8/2017 15:09:18
11,637
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 4
BAB 4


Bilik itu..ya, bilik itu! Huriah didera dengan tangan dan mulut diikat! Tiada siapa yang tahu, walaupun seekor lalat sekalipun! Huriah diugut sekiranya Huriah menceritakan hal mereka kepada orang, bekas suami dan anaknya akan mati! Bagi Huriah, walaupun jasadnya milik Jemat, namun hatinya tetap milik bekas suaminya.

"Sekuat mana kau cuba untuk meraih cinta aku, sekuat itu aku pertahankan hati aku, Jemat. Tidak ada walau sezarah pun rasa kasih aku pada kau setelah apa yang telah kau lakukan padaku!" Jerit Huriah. Kecil dan cukup hanya didengari Jemat sahaja.

Jemat tersenyum sinis. Melihat Huriah yang membersihkan luka dipahanya dengan bersusah payah didalam bilik air yang terbuka pintunya. Tidak lagi dia merasa sakitnya torehan melainkan sakit itu mengatasi sakitnya hati yang telah dijahanamkan oleh syaitan yang bertopengkan manusia seperti Jemat.

"Berlagak macam malaikat. Tapi, hakikatnya, kau syaitan!" Huriah mengumam.


"Jadi syaitan ni..seronok. seronok tengok kau menderita. Ingat, sekali lagi kau buat hal..aku tak akan teragak-agak menyakiti anak kau..siapa nama anak kau tu??"


Huriah memalingkan badannya kearah Jemat lalu melulu keluar dari bilik air. Jemat masih berlagak selamba dengan senyuman yang sinis. Psiko!


"Oh, aku ingat..Suha..Nasuha. budak-budak angkat dara ni...sedapnya lain macam!"


Terjegil mata Huriah dibuatnya.


"Jangan kau berani-berani! Syaitan!" Jerit Huriah kuat sambil menolak badan sasa Jemat. Tolakan itu tidak mampu menggerakkan badan Jemat. Jemat ketawa terbahak-bahak.


"Takut? Jadi, behave!" Ugut Jemat sambil mematikan tawanya lalu menyentap rambut Huriah. Wajahnya bengis dengan bebola matanya membesar dan merah.


Huriah mengerang kesakitan. Mengalir airmatanya apabila terbayangkan wajah Nasuha. Dia tekad, sebelum kegilaan Jemat berlanjutan..dia akan usaha..usaha untuk lari dari neraka jahanam ini! 

Hinggalah suatu hari, Huriah berjaya menghubungi bekas suaminya secara senyap-senyap. Lama dia menahan rasa. Berusaha untuk memulihkan hubungan. Sehingga Huriah berani untuk berjumpa dengan bekas sumaminya ketika mengambil Zul dari sekolah. 


Wajah suram Huriah menyebabkan bekas suaminya merasa simpati. Seolah-olah dapat merasakan bahawa perkahwinan Jemat dengan Huriah tidak bahagia. sehinggalah, pertemuan demi pertemuan rahsia itu mulai menghadirkan cinta lama yang terputus. Lalu,cinta antara mereka terjalin semula. Bekas suami Huriah telah memaafkan Huriah. Dan dia tahu, Huriah tidak bersalah dalam hal itu. Setahun, mereka berhubung tanpa pengetahuan Jemat, Huriah sudah mendapat kekuatan dan keberanian untuk lari. 

Semua kegiatan Jemat, disembunyikan daripada Zul. Biarlah Zul tidak tahu. Usia semuda Zul tidak seharusnya mengetahui hal sebegitu. Aib Jemat tersimpan rapi dalam hati Huriah waima daripada suaminya sekalipun. Di Mahkamah, Huriah tidak menceritakan perkara tersebut terlalu dalam. Cukuplah, orang tahu dia bercerai dengan Jemat kerana dia sudah tak ada hati dengan Jemat. Perkahwinan tersebut tidak akan diteruskan lagi!


Huriah tidak berani menghadap wajah Jemat ketika mereka keluar dari mahkamah. Wajah itu kelihatan kosong tanpa perasaan. Namun,jauh dalam hati Jemat, ada api yang sedang membara dengan perlahan hingga merebak pada akal warasnya yang seciput.


‘Dan, andai sahaja Zul tahu, Jemat yang membunuh arwah ibunya..’ 

Huriah menangis lagi.


Semenjak pertemuannya dengan Huriah, Zul menjadi semakin murung. Persekolahannya diteruskan ala kadar sahaja. Dia juga kerap curi-curi lihat kehidupan Huriah dan keluarganya itu di sebalik pagar rumah Huriah tanpa pengetahuan sesiapa pun. Benci dan dendamnya membara. Cemburu berleluasa. Sehinggalah tiba suatu hari..hari yang telah merubah seluruh kehidupan Zul!

Sampai dirumah, Zul mendengar bunyi seseorang sedang mengerang kesakitan. Suara itu datang dari arah bilik Jemat yang berada di belakang sekali. Dengan perlahan-lahan, Zul mengintai di sebalik pintu bilik yang tidak ditutup rapat itu. Terbeliak mata Zul melihat seorang wanita separuh bogel sedang dibaringkan diatas katil yang seperti katil di bilik bedah hopital. Bau hanyir darah yang datang daripada bilik tersebut menyebabkan hidung Zul kembang kempis. Rasa loya, namun ditahannya.

“Masuklah, Zul. Jangan jadi pencuri, mencuri tengok macam tu,” Kedengaran suara garau Jemat menghentak pangkal pendengaran Zul. Zul mengambil masa untuk menguak pintu itu. Namun, nalurinya mendesak agar masuk saja.

“Kunci pintu tu..” kata Jemat dengan perlahan. Jemat kelihatan sedang duduk di kerusi malas sambil menyedut rokok. Asapnya berkepul-kepul memenuhi ruang udara yang kedap sehingga bau itu sebati dengan bau darah menghadirkan bau yang sungguh busuk.

 Zul akur. Pintu dikunci.

Keadaan bilik itu lansung tidak terurus. Bersepah dan ada bekas darah yang sudah kering dan masih basah lagi terpalit di lantai dan cerbisan kain. Bilik gelap itu hanya mempunyai lampu yang menghala kearah wanita yang kelihatan lemah itu. Mulutnya ditutup dengan Cellotape berwarna hitam. Terdapat tulisan berdarah di dinding bilik itu. 

‘Huriah Love Jemat’

“Si..siapa tu, pak?” tanya Zul. Jemat tersenyum sinis mendengar persoalan anaknya itu. Dia bangkit perlahan sambil mengambil sebilah pisau kecil yang sudah berdarah lalu menarik tangan Zul mendekati wanita itu. 

Walaupun Zul rasa takut, namun Jemat seperti tidak merbahaya baginya. Dia akur.

“Kau tahu Zul? Hidup kita ni yang baik orang pijak. Yang jahat, orang bela. Kau rasa, dunia adil tak? Aku nak bagitahu kau, salah satu spesis yang paling jahat sekali dalam dunia ni adalah perempuan. Nak tahu kenapa? Tengok..tubuh ni bukan sorang je lelaki kebas, banyak! Dah ada laki pun menggedik dengan jantan lain. Ha..tengok ni..mata ni.” Jemat menarik tangan Zul mendekati kepala wanita itu. 

Kelihatan mata wanita itu merah dan basah dek air mata. Matanya seolah-olah ingin meminta simpati kepada Zul setelah dia keletihan meronta dan merayu meminta dihentikan penderitaan itu daripada Jemat.

Mata pisau yang dihalakan pada kelopak mata wanita itu kelihatan bersinar disuluhi cahaya lampu kecil itu. Jemat ketawa geli hati. Zul yang dalam ketakutan ingin lari dari situ. Dia tidak sanggup melihat apa yang Jemat bakal lakukan. Namun, lengannya direntap kasar oleh Jemat.

“Kau lelaki, mesti jadi anak jantan , Zul! Kau jangan biarkan spesis ni mempermainkan kau! Tengok mata ni, mata ni digunakan untuk tengok jantan lain. Duitan! Dah bagi kaya, nak kaya lagi! Nak tahu apa kita perlu buat untuk mata macam ni?” 

Zul menggigil ketakutan. Cengkaman Jemat terlalu kuat. Tanpa dijangka, Jemat mengorek mata kiri wanita itu dengan perlahan. Bergegar katil tersebut akibat daripada rontaan wanita itu. Jemat ketawa berdekah-dekah. Dia seronok melakukan pekerjaannya. Bercucuran air mata Zul kerana terlampau takut sehingga dia terkencing dalam seluar.

“Kau tahu betapa aku sakit dan benci dengan spesis ni, Zul. Mak kau, aku bunuh. Macamni lah. Korek mata dia, cabut lidanya, potong kaki tangannya dan kelar kemaluannya. Sebab apa? Sebab aku setia! Sebab aku baik! Dia boleh lagi berzina dengan jantan lain? Aku tatang macam minyak penuh, dia boleh lagi kebas harta aku dan bagi dengan jantan lain? Adil tak dunia ni untuk kau?” kata Jemat lagi sambil mengutip bebola mata yang meleleh ditelinga wanita itu lalu dimasukkan kedalam beg plastik yang tergantung disisi katil.

“Bila aku bercinta dengan Huriah. Huriah boleh pulak mempermainkan aku? Heh! Dasar tak sedar diuntung!” satu lagi torehan menghiris kulit pipi wanita itu sehingga menampakkan tulang pipinya. Zul berhenti menangis. Dia cuba hadam apa yang Jemat sampaikan. Mak? Huriah? Siapa mak dan Huriah pula siapa? Bukankah Huriah itu mak dia?


Sampai begitu sekali sakitnya Jemat?


“Kau benci Huriah tak, Zul? Sekarang ni dia lebih bahagia dengan kehidupan baru dia tu. Dia lebih sayangkan anak dia dari kau! Dia biarkan kita menderita!” kata Jemat sambil menggocang-goncang tubuh Zul. 

Zul mengesat air matanya. Terbayangkan wajah Huriah dan anak perempuannya yang selalu dibelai mesra dan manja itu menyebabkan Zul terpunduk diam. Hatinya membara dengan perlahan-lahan sehingga menghadirkan julungan api benci yang membakar seluruh jiwanya. Bisikkan halus perlahan-lahan memadamkan cas positif dalam sekeping hati tulus milik budak yang baru hendak mengenal dunia itu. 

Jemat menghulurkan pisau itu kedalam genggaman Zul dengan senyuman sinis.

“Bunuh!” arah Jemat. 

Bagaikan terkena pukau Zul menaikkan tangannya dengan tinggi sambil menjulang pisau. Wanita yang terbaring longlai dihadapannya itu ditenung bagaikan jasad Huriah terlentang di hadapan mata.

Zupp!

Pisau itu menunjam laju menikam jantung wanita itu. Jemat yang terpegun melihat keberanian nendadak anaknya itu ketawa berdekah-dekah. Darah yang mericik kemuka Zul menyebabkan Zul semakin teruja. Berkali-kali jantung itu ditikam sehingga wanita itu berhenti perlahan-lahan daripada menggelupar.

“Syabas, nak!” bisik Jemat.

Itulah petama kali Zul diajar membunuh. Wanita yang tidak dikenali identitinya itu ditanam ditempat yang tidak diketahui ramai.


Provokasi Jemat dalam mempengaruhi minda anaknya berjaya dengan cemerlang. Jemat menanam benih dendam dalam sekeping jiwa yang tulus hingga jiwa itu lemas dalam badai kesumat yang bergolak ganas. 


Jemat, manusia yang telah jauh dari persimpangan hidup yang sebenar. Menjulang api benci yang syaitan unggunkan padanya seumur hidup sehingga api itu telah memakan dirinya. Dia binasa, syaitan bergelak gembira. Menyaksikan satu demi satu jiwa anak Adam as yang telah rebah mengikut telunjuknya. Itukah jiwa sebaik-baik ciptaan Tuhan?


Manusia!


Iblis berkata, "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada kaum Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya"

(Surah Al-Hijr ayat 39)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.