Home Novel Seram/Misteri Hijrah Cinta Eva Cooper
Hijrah Cinta Eva Cooper
Andrea
14/8/2017 18:28:01
2,049
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

Pintu gerbang dengan dua daun berwarna putih bersama ukiran emas yang cantik digilap tertutup rapat. Seperti tidak mengalu-alukan kehadiran sesiapa. Mungkin juga tuan empunya rumah agam ini sukakan privasi. 

Blok batu kapur gergasi membentuk hampir keseluruhan struktur rumah agam ini masih dalam keadaan yang kukuh walaupun rumah ini sudah berusia puluhan tahun. Pokok-pokok subur menghiasi laman hadapan rumah yang turut mempunyai sebuah mini fountain bersama pancuran air jernih bak kristal yang memancut keluar dan jatuh ke dalam kolam tadahan kecil berukiran baroque

            Kereta Beetle kesayanganku ini aku parkirkan betul-betul dihadapan halaman rumah.  Berdiri dalam keadaan tangan di letakkan di atas bumbung kereta. Badan aku sandarkan sedikit. 

            Scary but it’s so impressing. Pujiku dalam hati. Bibir mengukir senyuman. Tumbuhan-tumbuhan malar segar menghijau. Akar-akar yang menjalar walaupun berselirat tetapi masih tampak kemas. Mesti rumah agam ini menggunakan perkhidmatan landscape designer yang hebat. Bunga-bungaan daripada pelbagai jenis turut subur bersama kelopak yang mekar mengembang. 

Roses, Calla Lily, Carnations, Orchids, Azaleas…

Satu persatu nama bunga itu aku sebut. Kagum. Bibir sekali lagi mengukir senyuman lebar. MashaAllah. Cantik. Unik. Nampak seperti rumah agam lama tapi tetap mempunyai ciri-ciri dekorasi laman moden. What an amazing masterpieceMagnifico

Jam di tangan aku tilik. Masa nampaknya sangat mencemburui aku. Aku tidak mempunyai cukup masa untuk menikmati keseluruhan kawasan halaman rumah agam ini. 

Aku menundukkan kepala dan memasukkan separuh daripada badanku untuk mencapai segala fail-fail dan dokumen yang diperlukan. Kemudian enjin kereta aku matikan. Pintu disebelah pemandu aku tutup rapat. 

            Okay, here we go

            Langkah kaki aku aturkan menuju ke pintu utama berdaun dua itu. Loceng aku tekan. 

            Ting tong!! 

            Tiada respon. Sekali lagi aku cuba dan terus mencuba sehingga hampir beberapa kali. Namun masih tiada jawapan daripada penghuni rumah 

            Haihh. Mana penghuni rumah ni? 

            Tadi ada orang. Sekarang takda pula. Magik dan ajaib! Atau rumah ni sebenarnya memang tidak berpenghuni?! Habis tu siapa yang bercakap dengan aku dekat interkom tadi tu?!! Aku terlopong. Terlongo kaku seorang diri di hadapan pintu berukiran emas ini. 


            “Searching for whom?” Tiba-tiba ada satu suara garau dan garang menjengah. Menyedarkan aku dari terus kaku bersama bermacam-macam lamunan dan persoalan didalam kotak minda. 

Pantas aku berpaling ke belakang. “Ya Allah! No.. no.. no..! Don’t kill me. Please don’t kill me!” jeritku sepenuh hati. Kuat dan cemas. Pelbagai perasaan dan emosi menyelubungi diri. Badanku secara automatik terdorong ke belakang. Menyebabkan aku jatuh terduduk bersandar pada pintu. Perasaan takut yang mengawal emosi menimbulkan rasa insaf.

Ya Allah, aku tidak mahu mati dalam keadaan sebegini. Ampun Ya Allah, ampun. Aku banyak berdosa. Terlalu banyak, Ya Allah. Aku bukan hamba-Mu yang sempurna. Aku banyak kekhilafan. Aku tidak menutup auratku dengan sempurna. Maafkan aku, Ya Allah. Berikan aku peluang sekali lagi untuk bertaubat dan kembali sepenuhnya ke jalan-Mu, Ya Allah. 

Aku berdoa dalam hati. Meminta pada Yang Esa. Perlahan-lahan, mata aku pejam rapat. Dua kalimah syahadah aku tuturkan perlahan dengan penuh keikhlasan seperti hampir tidak kedengaran. 


Selepas hampir 5 minit bersandar dalam keadaan mata terpejam rapat, akhirnya aku membuka mataku apabila terasa seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Dia masih disitu. 

Lelaki bertopi kebun yang sedikit koyak bersama baju yang kotor berlumuran pasir dan tanah gambut itu masih disitu. Terpacak memandangku dengan wajah yang serius dan bengis. Kapak dan cangkul juga masih dipegang erat di kedua-dua belah tangannya. 

Perlahan-lahan dia berjalan mendekati. Kapak di tangan kanannya diangkat tinggi. Persis ingat mentetakku dengan kapaknya itu. Dia menundukkan badannya. Merapatiku. Mukanya yang comot berlumuran pasir hitam dan berjambang bersama riak wajah bengis itu didekatkan dengan mukaku. Terlalu rapat sehinggakan aku dapat rasakan hembusan nafas derasnya. 

Aku pejam mata. Takut. Tak sanggup nak tengok lelaki ini menghayun kapaknya ke arahku. 

“Ya Allah, andai ini penamat hidupku di dunia ini. Rahmati dan redhai aku, Ya Allah.” lafazku kuat. 

What. The. Hell. Is. Wrong. With. You?” Lelaki itu bertanya. Setiap perkataan itu disebutnya dengan jelas sepatah demi sepatah. 

Aku tidak memberi respon. Duduk tersandar kaku pada daun pintu. 

Hey!!” jerkahnya. Kepalaku ditoleh-tolehkan ke kiri dan ke kanan beberapa kali. 

I can’t afford to watch myself being killed by a massacre!” tuturku dengan bibir yang menggeletar. Mata masih terpejam. 

Open your damn eyes and look at me. Do I look like a massacre?” tanyanya garang dan kasar. Tetapi tona suaranya berubah. Sedikit lembut dari tadi. 

Aku buka mata sebelah demi sebelah. Lelaki bertopi kebun itu berdiri dalam keadaan sebelah tangan bercekak pinggang. 

Yes. You do.” jawabku perlahan. Mata aku melirik ke arah tangan kirinya. Oh cangkul dah takda! Kemudian beralih pula ke tangan kanannya. Erkk.. Kapak masih di genggam erat!

Whattt?!” Mata dibuntangkan. Aku telan liur. 

There!! Axe!!” Jari telunjuk kanan aku tudingkan ke arah kapak ditangannya. 


Follow me.” Arahnya tegas. Aku berdiri dan menurut arahannya. He is such a weirdo. I have no idea how long can I stand with this man. Arghhh! Omelku sendiri dalam hati. Bibir aku muncungkan. Cemberut. 

Aku mempertimbangkan idea untuk pergi beredar meninggalkan rumah agam ini dan membiarkan Mr. Henney sahaja yang menguruskan projek ini sendiri. Tapi itu akan menjadi sangat tidak profesional and how can Eva do thatThat is so against her work protocol and ethics. 

Pada masa yang sama bagaikan ada satu hasutan jahat dan berani mengawal serta menaikkan tahap ingin tahu aku tentang rahsia yang terselindung di sebalik pintu besar berukiran emas dihadapanku ini. 

Aku memerhatikan lelaki disebelahku ini dengan penuh teliti. Orangnya tinggi lampai dan bertubuh sasa. Berkulit cerah dan mempunyai jambang yang sedikit keperangan apabila terdedah pada sinaran cahaya matahari yang kian terik memancar. 

Sekeping kad akses diperbuat daripada steel ditarik keluar daripada poket kirinya. Dia berjalan menghampiri pintu dan kad tadi dileretkan pada kekunci pad auto-electronic lockPassword ditekan. 11 digit dimasukkan. ‘Password Approved’ tertera pada skrin auto-electronic lock. Pintu dikuak dari luar. 

Oh my God!! What the?!! Aku ternganga. Pegun dan statik. Untuk beberapa ketika, aku jakun. Mengamati setiap inci ruangan entrance hall rumah agam ini. Perlahan-lahan aku berjalan setapak demi setapak sebelum berhenti betul-betul di tengah ruangan entrance hall.

Huge entrance hall with wide vast area and grand curved stair case that leads up the first floor of the mansionYa Allah,  this décor is so mesmerizing yet intimidating. Lush!! 

Dark brown taupe with hints of creamy white and gold, and well-done baroque woodwork along with rich dark black and grey hardwood parquet floor.” Satu persatu perincian dekorasi rumah ini aku tuturkan perlahan. Terpukau. 

Aku tidak dapat menahan diri daripada terus terpesona dengan kecantikkan dekorasi dalaman rumah agam milik Mr. Addam ini. 

“Ehem ehem!” Aku toleh ke kiri. Terperasan akan wajah kurang senang dan menjengkelkan si lelaki bertopi kebun yang comot itu, cepat-cepat aku berhenti berbicara. 

Are you done?” soalnya dingin. Aku angguk. 

Shall we?” tanyanya lagi. Aku senyum dan angguk serentak. 

Kami berjalan melintasi pintu gerbang yang memisahkan entrance hall dengan living room area. Ada pasu besar berketinggian lebih kurang 5 kaki yang dihiaskan dengan jambangan bunga calla lily dan lilac orchid menghiasi laluan utama menuju ke living area ini. 

Oh noThis is exciting! Tapak tangan aku gosok laju. Teruja dengan paparan panorama indah dan mempesonakan di depan kanta mata. 

Dinding ruangan rehat di hiasi dengan leather tile panels berwarna hitam  bersama wallpaper bercorak royal patterns berwarna dark grey dan silver. Set sofa berwarna pearl cream  berbentuk separa bulat tersusun elok di tengah-tengah ruangan yang cukup besar ini. Set tv plasma berukuran 60 inci berjenama Samsung dilekatkan ke dinding menghadap sofa. 

60 inch high definition 3D flat screen tv with neat rich pearl cream sofaWell, this is a genius masterpiece. Pujiku dalam hatiDi sebelah kiri set sofa ada satu set coffee table berwarna hitam yang pada pandangan aku ianya diperbuat daripada kayu jati gred kelas pertama. Di atasnya terhidang sepinggan biskut cip coklat dan satu teko teh panas. 

Have a seat. Enjoy the tea and cookies.” Pelawa si lelaki bertopi kebun. Aku angguk. Kerusi ditarik dan aku melabuhkan punggung di situ. Si lelaki beredar meninggalkan aku sendirian. Pantas dan cekap pergerakannya.  


Tapp.. Tapp.. Tapp..

Ada bunyi derapan tapak kaki berjalan. Semakin lama semakin dekat dan jelas kedengaran. Aku berpaling ke belakang. 

Tiada sesiapa. 

Kemudian aku berpaling pula ke kiri dan ke kanan. 

Masih tiada sesiapa. 

Pelik. Bunyi seperti ada yang berjalan, tetapi siapa? Nak kata si lelaki bertopi kebun. Aku rasa itu mustahil. Setahu aku tadi lelaki itu memakai kasut but ‘Pau Chu Kang’. Tapi bunyi yang aku dengar barusan tadi terhasil daripada lagaan tapak kasut wanita. High heels

Persoalan demi persoalan bermain di kotak minda. Aku cuba mencari jawapan. Bulu roma yang kian menegak menambahkan lagi rasa musykil dan takut. Pada masa yang sama, hati masih galak dan penuh dengan rasa ingin tahu yang kian membuak. 


Well, who would that be

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.