Home Novel Seram/Misteri Hijrah Cinta Eva Cooper
Hijrah Cinta Eva Cooper
Andrea
14/8/2017 18:28:01
2,055
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1

Assalamualaikum


            Satu persatu fail di atas meja aku buka dan belek. Habis bersepah fail-fail tersebut memenuhi ruangan meja kerjaku.

            “Arghhhhh!!! Damn! Tak jumpa!!” teriakku sendirian dengan kuat di dalam bilik pejabatku yang terletak di tingkat 13 bangunan suite office mewah ini. Teriakan melepaskan geram. Jari-jemari aku genggam kemas. 

            Take a deep breath, Eva. Slow and steady. Aku berpesan pada diri sendiri. Dalam hati kuat berdoa supaya fail yang dicari itu dapat aku temui secepat mungkin. Nafas aku tarik dalam, kemudian perlahan-lahan aku lepaskan. 

Fuhhh…

Aku menunduk memandang mejaku yang sudah bersepah ini. Aku toleh pula ke arah lantai. Kertas-kertas kerja bertaburan memenuhi lantai marmar berwarna putih dan berkarpet berbulu tebal berwarna hitam itu. 

Serabutnya, Ya Allah. Belum pernah lagi aku rasa seserabut ini. Ini yang pertama semenjak 3 tahun berkhidmat sebagai Senior Executive Designer termuda di dalam syarikat ini. 

            “Miss Eva, are you okay?” tanya pembantu peribadiku yang terjengol di sebalik pintu bilik pejabatku. Aku tercengang memandangnya yang datang entah dari mana. Kaku. Aku kaku buat seketika. Dapat aku rasakan yang keadaan aku kelihatan sangat serabut saat ini. 

            “No Lia, no. I’m not okay. So not okay. I’m late but still I’m stuck here searching for Mr. Addam’s files. I need that files but I couldn’t find it!” kataku lemah tidak bermaya. Tanganku menggeletar. Takut. 

            Ini kalau bos tahu aku lambat ni, mahunya dia pancung kepala aku. Paling tidak pun dia bagi aku surat cinta notis buang kerja serta-merta. Jam di tangan aku tilik buat kesekian kalinya. What the?! Dah pukul 11 pagi? Ya Allah, habislah aku. Meeting tu sepatutnya dah bermula. Peluh mula merintik jatuh membasahi pipi dan dahi. 

            “Mr. AddamDo you mean Mr. Furqan Addam?” tanya Alia bersama dahi yang berkerut seribu. Aku mengangguk lemah menjawab pertanyaannya. Melihat keadaan aku yang sangat teruk ni, perlahan-lahan Alia datang menghampiri. Tangan kananku ditariknya. Aku hanya mengikut membuntuti langkahnya berjalan ke arah sofa three-seated di tengah-tengah ruangan pejabat. 

            “Miss Eva duduk sini, okay? Biar saya carikan.” arahnya lembut. Aku tidak memberi sebarang respon. Sebaliknya aku memerhatikan sahaja gerak gerinya berjalan ke arah meja kerjaku. Proses pencarian bermula. Satu persatu fail di buka dan di semak. 

            Dalam minda ligat berfikir macam mana gadis kelahiran Selangor ini boleh kelihatan begitu tenang dalam keadaan genting macam ini. Aku ni dah habis nafas dah nak tarik untuk bagi minda dan fizikal aku ni tenang. Tapi tak juga berjaya. 

            Jam Rolex di pergelangan tangan kananku aku tilik lagi buat ke berapa ratus kalinya. Jam Rolex ini merupakan hadiah ulang tahun hari lahirku. Salah satu pemberian berharga daripada Mr. Ryan Henney.

            11.20am sharpWhat?! Oh noO Lord, please help me. Aku berdoa dalam hati. Mata aku pejamkan. Peluh yang mula merintik jatuh aku lap dengan hujung lengan baju kemeja putihku. 

“Lama lagi ke ?” tanyaku pada Alia yang masih tekun mencari. Gadis itu tidak memandang sebaliknya dia hanya mengangguk. Aku mengeluh deras. 

Huhh…

Mengikut apa yang diberitahu oleh Mr. Ryan Henney iaitu CEO merangkap pemilik syarikat ini. Mr. Furqan Addam itu merupakan client terbesar syarikat. Sepatutnya Mr. Ryan sendiri yang pergi berjumpa dengannya untuk berurusan mengenai projek terbaru syarikat ini. Tetapi semalam ada perkara yang tidak diduga telah berlaku. Jadinya sebagai seorang Senior Executive Designer (SED) di syarikat ini, aku bertanggungjawab untuk mengambil alih tugasan tersebut. 

Rambut panjangku yang sedikit kusut ini aku sikat menggunakan jari-jemariku agar kelihatan lebih kemas dan cantik. Aku cuba kelihatan tenang tetapi hanya Allah saja yang tahu betapa derasnya degupan jantungku saat ini. 

I found it!” jerit Alia dengan tiba-tiba. Kuat dan ceria. Jelas terpampang riak bangga dan lega diwajahnya. Aku pantas bangun dan berlari anak kearahnya. Fail kini bertukar tangan. 

“Alhamdulillah. Syukur, Ya Allah.” Fail di tangan aku cium memandakan betapa bersyukurnya aku saat ini.

Alia, you are the best. The best PA I ever have.” Gadis genit itu aku peluk erat sebelum aku menekup kedua belah pipinya. Dan pipi gebunya itu aku cium.

Cupp!!

Ada kesan tompakan lipstick merah di pipinya. Tapi aku biarkan saja. Malas nak tegur. Hehehe. Nanti marah pula dia. 

Alia tersenyum memandangku. Tangan kananku dicapai dan digenggamnya erat, “It’s my pleasure and an honored for me to serve you, Miss Eva.” Dia senyum lagi. Aku turut tersenyum. 

Okay, I gotta move. I’m late.” ujarku pantas sambil tangan sibuk mencapai segala fail dan dokumen penting untuk dibawa bersama. 

Way too late!” sambungku lagi. Mata sengaja aku beliakkan sehingga mencetus tawa kecil dari mulut petah gadis itu. 

But is it okay to be late?” tanya Alia dengan dahi yang berkerut. Aku berhenti mengemas dan memandangnya. “Better late than never.” Mata kanan aku kenyit. 


Mengikut apa yang pernah diberitahu oleh Alia yang pernah mengikuti Mr. Ryan bertemu dengan Mr. Addam dahulu. Mr. Addam itu bertubuh gempal dan rendah orangnya. Ala-ala pelakon veteran Toby Jones. Tapi tidak aku kisah bagaimana sekalipun rupa paras lelaki itu. Yang aku tahu, aku mesti dapatkan tender projek pengubahsuaian dan dekorasi rumah Mr. Furqan Addam itu. Bukan calang-calang kos projek yang ditawarkan oleh lelaki itu. Hampir RM 5 Juta nilainya. 

Banyak, bukan?

Kadangkala aku tertanya kenapa orang-orang kaya ni sanggup menghabiskan jutaan ringgit hanya untuk membaiki rumah mahupun membeli harta benda duniawi yang tidak akan kekal dan boleh dibawa mati itu. Bukankah lebih elok jika wang itu digunakan untuk mengumpul harta benda akhirat seperti membina masjid ke, membina rumah asuhan anak yatim ke atau menderma kepada yang memerlukan. 

Zaman sekarang ini macam-macam perkara berlaku dan banyak yang memerlukan bantuan. Tengok sajalah di negara Palestin itu, mangsa-mangsa perang semuanya memerlukan bantuan kemanusiaan seperti makanan, tempat tinggal dan kemudahan perubatan. Tidak adil jika satu pihak saja yang dipertanggungjawabkan untuk membantu mereka ini. Di dalam Islam sendiri menyuruh kita untuk saling membantu yang memerlukan. 

Tapi, jika tiada projek-projek besar seperti projek Mr. Addam ni. Macam mana pula syarikat Henney Construction and Creative Design tu nak maju?


Aku memandu kereta Volkswagen Beetle ku memasuki jalan utama menuju ke kawasan perumahan terbiar di kawasan Ukay Perdana. Hampir 30 minit memandu, akhirnya aku sampai juga ke destinasi yang ingin dituju. Kereta aku pandu perlahan. Aku pandang sekeliling. Sunyi. Sepi. Yang ada hanyalah kawasan rumah tinggalan lama. Disebelah kiriku terbentang luas sebuah laman bertembok tinggi. Confirm ke laman ni? Sebab lokasinya agak terperosak dari kawasan yang lain. Keadaan sunyinya hanya Allah sahaja yang tahu. 

Otakku ligat berfikir jika aku sudah tersalah alamat. Tetapi setelah beberapa kali aku menyemak semula dokumen butiran Mr. Addam itu. Aku pasti aku berada di kawasan yang betul. 

Aku memakirkan kereta Beetle ku di tepi laluan kiri jalan raya utama. Aku mendapati yang aku kini berada betul-betul dihadapan pagar besar, tinggi dan megah berkerawang berwarna emas dan agak pudar warnanya. 14 foot tall. Seperti sebuah istana lama saja keadaannya. Tapi kalau tengok balik, dah macam rumah kerabat raja England pun ada. 

Disisi kanan tembok dinding bercat putih itu ada satu plag yang bertulis ‘The Addam’s Mansion’. Aku telan liur. Namanya saja sudah cukup untuk membuatkan bulu romaku meremang. Ya Allah, kenapa seram sangat kawasan perumahan ni?


Aku memutuskan untuk keluar dari kereta untuk mendekati pintu pagar tersebut agar aku dapat berbicara dengan orang di dalam itu menggunakan interkom yang melekat di sisi kiri tembok pagar besar antik setinggi 14 kaki yang tersergam indah itu.

Indah ke? Indah pada pandangan mata kasar. Tapi pada dasarnya, rumah ni tak ubah seperti istana tinggalan British di zaman perang dahulu. Scary and full of mystery. Aku tertanya bagaimana Mr. Henney boleh bersetuju untuk menerima tawaran tuan empunya mansion ini. 

Perlahan-lahan, selangkah demi selangkah aku mendekati pintu pagar. What the?! Aku ternganga. Cermin mata hitam Rayban yang dipakai aku tanggalkan. Kaki berjalan lagi. Cuba untuk menikmati pemandangan dengan lebih jelas dan dekat. 

Wow! Tak syak lagi sangkaan aku. Ini sememangnya sebuah rumah agam lama ala-ala istana tinggalan British dahulu. Disebalik kerawang pagar itu aku dapat lihat pokok-pokok pine besar di tanam di sepanjang jalan masuk ke rumah. Dari celahan pokok-pokok itu dapat juga aku lihat sebuah rumah agam bercat lusuh berwarna coklat dari pelbagai tona megah berdiri. Besar. Cukup besar. Boleh buat muzium.

Beberapa saat menikmati pemandangan dalam perkarangan rumah, aku mula bergerak beberapa langkah ke kiri. Butang pada interkom ditekan.

Mr. AddamHelloAnyone?” Aku pandang sekeliling. Kosong. Sunyi. Liur aku telan. Kelat. 

Over here.” Ada satu suara garau menyahut menjawab pertanyaanku. Aku toleh. Mencari arah dari mana suara itu muncul. Namun hampa, tiada sesiapa. Liur ditelan lagi. Bulu-bulu romaku mula meremang. 

Err… HiI’m Eva from Henney’s Construction and Creative Design.” kataku dengan nada ceria. Cuba berlagak tenang. Nak lari tak boleh. Kalau aku lari, confirm Mr. Henney bunuh aku. Gamaknya hilanglah satu-satunya anak tunggal Encik Ehsan Firdausy ini. 

Well-informed, Eva. Get in. Feel free to park your Beetle anywhere you want.” balasnya dingin dan serius. 

Aku toleh ke belakang memandang Beetle kesayanganku yang baru aku beli beberapa bulan yang lepas. Eh macam mana dia boleh tahu yang aku datang naik Beetle ni? Dia skodeng aku ke? Aku garu dahi. Pelik. 

Aku toleh kembali ke hadapan dan baru aku tersedar yang rupanya ada beberapa buah kamera CCTV di pasang pada atas pagar dan disepanjang jalan masuk perkarangan rumah. 

Butang interkom aku tekan kembali, “Can I get in?” tanyaku. Namun tiada jawapan diterima. Satu keluhan terbit dari bibirku.

Orang-orang kaya memang semuanya berperangai macam ini ke? Dingin. Angkuh. Sombong. Arghhhh! Aku jerit kuat dalam hati. 

Tapi tidak adil untuk aku berkata begitu kerana bukan semuanya berperangai sebegitu. Masih ada yang merendah diri dan sangat bersifat mesra dengan orang sekeliling. Seperti salah satu client HCCD dahulu, Haji Sheikh Adrian Mikhail. Orangnya sangat peramah walaupun riak wajahnya tampak sombong dan angkuh. Ego paling tepat sekali. Isterinya juga cantik dan baik sekali. Persis model Victoria Secret’s Angels. Secocok betul mereka berdua itu. Haji muda beristeri cantik persis bidadari. 

Can I have a man like him and live a happily ever after life like them?


Tiba-tiba pintu pagar terbuka perlahan sedikit demi sedikit. Dengan pantas aku berlari mendapatkan keretaku. Pintu di bahagian pemandu aku buka dan terus melompat masuk ke dalam kereta. Kereta aku pandu laju memasuki kawasan perkarangan rumah agam itu. 


“Thankssss!” jeritku kuat. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.