Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi Mr. Paraplegic Cintaku (Complete Set)
Mr. Paraplegic Cintaku (Complete Set)
Andrea
25/4/2014 18:36:51
6,196
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

Dari luar rumah aku sudah dapat menangkap bunyi alunan piano yang sedang dimainkan itu. Alunan yang cukup indah. Alunan semudah itu saja sudah berjaya membuatkan aku terbuai dan leka. Kenapa kau perlu menjadi sebegini? Ini benar-benar menguji kekuatanku.

Alunan lagu 'I'm yours' yang suatu ketika dahulu pernah dipopularkan oleh band The Script. Alunan piano itu kedengaran begitu lunak dan menenangkan.

Kasut di tangan aku simpan ke dalam almari kasut. Besargedabaksaiz almarinya ha! Berwarna coklat gelap dan sangat sesuai dengan rekaan serta susun atur dalaman rumah ini. Jelas sekali yang rumah ini menggunakan perkhidmataninterior designer.Tengok sajalah susun aturnya yang kemas, ringkas tapi mewah itu.

Mataku kemudiannya tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang leka bermain piano tanpa menyedari kepulanganku ini. Susuk tubuh yang tegap itu aku tatap dari jauh. Perlahan-lahan bibirku mengukir senyuman meleret. Dia aku lihat sedang duduk di atas kerusi rodanya sambil bermain piano. Asyik dan penuh penghayatan. Sangat mendalam cara dia menghayati alunan muzik yang di mainkan itu.

Kerusi roda ? Teringat perihal itu. Serta-merta senyumanku mati. Kerusi roda… Ya, kerusi roda…

Aku penyebab dia bergantung harap pada kerusi roda buat masa yang sangat lama. Aku penyebab dia menderita. Dan sekarang, dia masih lagi bergantung harap pada kerusi roda itu. Kejamnya aku sehingga tergamak merampas kebahagiaan seorang Adam yang kini secara sah zahir dan batinnya sudah pun menjadi suamiku.

Ya Allah, kejamnya aku. Aku manusia yang kejam! Tapi… Aku tak sengaja. Aku cuai. Aku menunduk melepaskan keluhan berat.

Sisi hitam diri mula menghasut dan menghantui aku dengan rasa bersalah yang menggunung dan tidak tertanggung. Hmm. Buat kesekian kalinya, aku mengeluh lagi. Penat rupanya memikul beban ini. Tapi apakan daya. Salah aku. Sememangnya salah aku.Sengaja atau tidak, yang pasti aku penyebabnya. Kebodohan dan kecuaian aku yang telah membuatkan dia lumpuh! Dan setiap kali rasa bersalah itu hadir, air mata aku akan turut mengalir.

Hati meronta ingin berterus-terang. Namun, jika aku berterus-terang sekarang. Aku mungkin akan kehilangan dia buat selamanya dan aku takkan dapat peluang untuk mengenalinya dan secara tidak langsung menebus segala kesalahan aku padanya.

Ya Allah… Ringankan beban hamba-Mu ini…

Mata aku pejam rapat. Tangan aku bawa ke dalam dakapan.

"Awak..." Satu suara menyapa gegendang telinga. Aku segera memandang ke depan. Arah di mana suara itu hadir. Perlahan-lahan langkah kaki aku atur. Air mata yang masih bersisa aku kesat dengan jari.

"Hey gorgeous, why are you crying?" tanyanya lembut. Kerisauan jelas terpancar pada wajahnya. Lenganku ditarik agar aku duduk di atas ribaannya. Aku hanya menurut.

Aku mengereng sedikit memandangnya. "Eh mana ada saya menangislah. Tadi mata masuk habuk.Plus, dekatofficetadi pun banyak sangat menghadaplaptop. Itu yang mata berair tu.Don't worry.I'm fine." tipuku. Itu alasan yang paling logik yang dapat direka oleh Wan Audrey Zulaikha buat masa ini.

Dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Matanya yang berwarna hitam dan bulat itu cuba mencari anak mataku untuk ditatap. "Are you sure?HmmAre you tired?Why don't you get inside and have a calming bath."Killer smiledihadiahkan ikhlas buatku bersama jari telunjuk yang ditudingkan ke arah bilik tidur.

Dup dap dup dap…

Oh tidak! Berhenti senyum begitu. Jantung aku mampu gugur dengan senyuman meleret kau yang menggoda itu Faliq! Berhenti seksa batinku!

Aku menundukkan wajah sambil menggelengkan kepala. Cuba menghalau perasaan aneh yang galak menyeksa jiwa. "Awak dah mandi? Kalau belum, saya nak sediakan pakaian awak ni.” Aku mengusap seraut wajah bersih yang sedikit pucat itu.

“Atau awak nak saya bawa awak ke bilik mandi ?" tanyaku nakal. Senyuman senget tersungging dibibir.

Faliq membalas senyumanku. "Saya dah mandi. Mak Lang yang sediakan pakaian saya tadi. Tak perlu susah-susah.Betterawak yang pergi mandi. Haha." jawabnya bersama tawa dihujung ayat.

Pemegang kerusi roda di genggamnya kemas dan dia menyambung bicara, "Lagipun, saya boleh pergi mandi sendiri. Ni tengok ni… Kerusi roda ni kan ada.So, saya masih mampu untuk bergerak ke sana sini.Don't worry.I used to it, honey." Mata kiri dikenyitkan. Senyuman manis diukir mesra. Senyumannya itu cukup untuk membuatkan hatiku sebak. Sebak sebab aku rasa ayat tu sangat-sangat makan dalam! Rasa macam nak menjerit, meraung sepuas hati.

Faliq yang kini sangat mudah untuk bergelak ketawa. Sangat berbeza dengan dirinya yang dahulu. Aku suka perubahan positif yang satu ini. Gelak tawa yang dulunya sangat susah untuk aku dengar pada awal perkenalan kami. Kini dengan sedikithumorsaja sudah mampu buat dia ketawa. Selain daripada itu, tutur bicaranya juga sangat romantis dan penuh sensual. Sejuk hati mendengarnya. Bahkan itu juga sesuatu yang sukar untuk aku dengar sewaktu mula-mula mengenali dirinya. Jika dulu, ayatnya semuanya pedas berdesing dan penuh sarkastik. Tapi kini tidak lagi. Kini dia lebih santai. Lebih mesra.

Tanpa sedar. Aku senyum.

Tapi… Sanggupkah aku menghadapi hakikat yang dia mungkin akan kembali menjadi dirinya yang asal? Kembali menjadi Mohd Ammar Faliq yang dahulu. Mungkin juga lebih kejam daripada yang sebelum ini? Sebelum kejadian itu berlaku.

Pap!!

Ouch! Sakitlah! Apa ni Fal?” Dahiku yang baru di cepuk tadi aku gosok kasar. Berkerut-kerut wajahku menahan sakit. Tak makan saman betullahmamatni. Tak padan lumpuh. Ishh. Bebelku dalam hati.

Hey, mengelamun ya?” Faliq melambai-lambaikan tangan kanannya di depan mukaku. Cepat-cepat aku menggelengkan kepala.

Oh tidak! Mesti dia perasan yang akudokmengelamun tadi. Alahai malunya. Aku menepuk dahi sendiri. Wahai dahi, maafkan aku. Kerana kebodohan aku, kau yang jadi mangsa. Hahaha.

Bagi mengelakkan dia mengesan perubahan pada air mukaku. Segera aku bangun dari ribaannya untuk bergerak ke bilik. Sebelum berlalu, sempat aku menghadiahkan satu kucupan di dahinya.

Muka Faliq berubah warna. Ada tompok merah di pipinya.

Oh yeahh, blushing alert!Awkward moment!How I wish that this is just an imagination and not a reality! Mukaku membahang!Faliq terkebil-kebil memandangku dengan mata bulatnya itu.

Alahai dia buat muka comel ala-ala kucing Parsi pula dah. Ini boleh menggoyahkan iman aku ni! Oh tidak tidak tidak. Rasa macam nak gomol-gomol saja.

Fuhh… Sabar Wan sabar…

Melihat Faliq yang masih kaku memandangku dengan mata bulatnya yang terkebil-kebil itu, cepat-cepat aku melangkah masuk ke bilik. Dalam hati, ada suara-suara ceria sedang bernyanyi riang. Beg Louis Vuitton di tangan aku hayun-hayunkan. Mengikut rentak lagu yang sedang rancak bermain di kotak minda.

Hadirnya dirimu berikan suasana baru

Kau mampu tenangkan aku di saat risau dalam hatiku

Lembutnya sikapmu meluluhkan hati ini

Terbuai aku terlena oleh dirimu

***************************************************************************

Selesai menunaikan solat Asar dan Maghrib serta membersihkan diri, aku terus menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam. Sungguhpun rumah ini ada menggunakan perkhidmatan pembantu rumah, namun Faliq tetap mahu aku sendiri yang memasakkan makan malam buat kami bertiga. Dalam rumah ini hanya ada tiga orang penghuni sahaja. Aku, Faliq dan Mak Lang.

Mak Lang merupakan pembantu rumah yang telah lama berkhidmat dengan keluarga Faliq. Keluarga mertuaku telah menganggap Mak Lang sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Jadi aku juga perlu turut sama berbuat sedemikian. Wanita bertubuh gempal yang umurnya lingkungan lewat 50-an itu sangat lemah lembut tutur bicaranya. Sunggupun begitu, dalam kelembutan dan sifat keibuan Mak Lang, ada juga tegasnya. Pernah sekali aku melihat Mak Lang memarahi Faliq kerana enggan melakukan sesi fisioterapinya. Menurut Faliq, Mak Lang yang mengasuhnya dari kecil. Saat susah senang Faliq ditemani oleh Mak Lang. Setiap kelebihan dan kekurangan Faliq juga diketahuinya. Aku pun banyak bertanya mengenai kisah silam Faliq melalui Mak Lang.

Sampai di dapur, aku mengeluarkan bahan-bahan basah dari dalam peti sejuk. Ada sotong, isi ayam, udang dan ikan. Ikan yang sudah bersih disiang aku letakkan di dalam mangkuk berisi perahanlemonuntuk diperap. Ikan itu akan aku goreng nanti. Kemudian aku membuka pula laci di sebelah kiriku untuk mengambilcutting traydan pisau. Bawang merah dan bawang putih aku hiris halus. Sotong, isi ayam dan udang pula aku masak tomyam.

“Woi, tepilah sikit. Kau ingat jalan nibapakkau punya ke?! Tak nampak aku tengah sibuk pilih kentang ni?!” tempikku kasar. Lelaki berkerusi roda itu memusingkan kerusi rodanya. Dia mendongak sedikit memandang wajahku. Aku memalingkan wajah. Tidak ingin melihat wajahnya.

Jual mahal kononnya. Tapi itulah aku. Penuh dengan ego. Tapi tinggi mana sangatlah ego seorang wanita jika nak dibandingkan dengan ego seorang lelaki?

Apabila terasa seperti ada sepasang mata sedang merenung tajam ke wajahku, cepat-cepat aku berpaling memandangnya.

Wow!Handsome! Boleh dikatakan aku terkesima juga buat beberapa saat.Who would think that a paraplegic could be a very handsome and well-dressed man?

Tiba-tiba dia senyum. Senyum meleret. Eh eh? Tertiba senyum ni dah kenapa? Wayar putus kemamatni? Aku mengerutkan dahi. Dia kemudian bergerak sedikit ke depan. Meninggalkan beberapa inci saja jarak di antara kami. Dengan wajah yang tenang dia bersuara penuh sarkastik, “Awak ni cantik. Sangat cantik. Tapi sayangnya awak buta. Buta hati. Atau mungkin buta mata.” Dia mengenyitkan mata kirinya. Aku terpampan.

How dare you?!

Excuse me?” tanyaku dengan jari telunjuk yang meliuk-lentok penuh gedik. Dia pula masih tersenyum manis. Gaya seorang kasanova! Tapi ada ke kasanova berkerusi roda?

Well, dengan mukahandsomedia tu. Apa-apa pun boleh jadi.

“Kenapa? Salah ke apa saya cakap? Betullah, kan? Cuba awak tengok. Dengan saya yang cacat ni pun awak boleh nak cari pasal. Kan awak dah tahu yang jalan ni sempit. Sepatutnya, awak yang sempurna kejadiannya ni kenalah mengalah sikit. Takkan nak suruh saya yang berkerusi roda ni juga yang beralah?”

Hello! Kerusi roda ke, kerusi malas ke. Aku kisah apa. Ni jalan aku.So, kau tolonglah alih kau punya kerusi roda ni. Berambus dari sini.Pleaselah.” Aku berkata. Sombong.

“Haihh. Kesianlah awak ni. Muka cantik, badan pun…” Dia memandangku dari atas ke bawah. Setiap inci tubuhku di tiliknya. Aku mula rasa tak selesa.

Well,bodymantap.But… Maybe there’s something wrong with your brain.”

Aku cekak pinggang. “Amboi amboi. Biadapnya kau ni. Tak padan dengan kuli, kan?!” Naik beberapa oktaf nada suaraku.

Aku meletakkan jari telunjukku tepat ke dahi lelaki berkerusi roda di depanku ini. “Kau. Tu. Dah. Lah. Cacat. Lepas. Tu. Kuli. Pula. Jadi. Kuli. Buat. Cara. Kuli!” Ayat itu aku sebut satu persatu dan dahinya aku tunjal-tunjal sesuka hati.

Hurh! Baru puas hati aku! Nak biadap dengan aku konon. Tengok oranglahwehh!

Astaghfirullahalaazim… Awak, saya bayar zakat juga tahu. Jadi awak takda hak nak tunjal-tunjal kepala saya sesuka hati.”

Like I care?”

Oh really? Kalau awak takcare, kenapa awak masuksupermarketni? Banyak lagisupermarketlain. Pergilah beli dekat sana.Anyway, pulangkan balik kentang saya tu.”

“Kedai kau ke ni? Maksud aku,supermarketni kau punya? Takda nama kau pun?” tanyaku sinis. Cepat-cepat lelaki di depanku ini menggeleng-gelengkan kepalanya. Riak wajahnya berubah.

Eh eh? Kalau bukan kedai dia, kenapa perlu takut? Dan kalau kedai dia sekali pun, aku kesah apa.

“Kennn-ta-tanggg.” katanya. Gagap.

Ek? Tertiba gagap?Jadah?

“Kentang?” Aku kerut dahi. Dia memuncungkan bibir menunjuk ke arah plastik berisi kentang di tanganku.

Ohhhh…

Beg plastik di tangan aku angkat tinggi hingga ke paras mukanya. “Oh kentang ni yang kau maksudkan ?” Dia angguk.

Alright. Nahh.. Kau ambillah kentang kau ni ya, Mr.Potato. Muka kau tu pun dah macam kentang.” Kentang itu aku longgokkan di atas ribanya. Habis jatuh tergolek kentang tersebut.

It’s okay. Kentang pun kentanglah awak. Ini semua anugerah Allah. Saya bersyukur apa adanya. Walaupun muka saya macam kentang, tapi saya tahu awak terpikat. Kan kan?” Dia mengangkat-angkat keningnya beberapa kali.

Cehh… Cehh… Cehh… Tak padan cacat betullahmamatni. Sabar sajalah.

“Erk!” Dahiku berkerut seribu. Dia sengih tayang gigi.

“Dah dah. Aku boleh beli dekat kedai lain. Banyak lagi tempat lain yang jual kentang selain kedai kau yang sempit ni! Huh!” Pantas aku berlalu keluar dari kedai. Meninggalkan lelaki berkerusi roda yang kacak itu terpinga-pinga seorang diri.

“Sayang!” Punggungku ditepuk seseorang. Menyedarkan aku dari lamunan.

“Opocot mak kau muka macam kentang lenyek kerat sepuluh!” latahku. Aku kembali ke alam nyata. Hilang segala memori indah saat pertama kali kami bertemu muka dahulu. Ishhh. Baru nakflashbacksikit, ada saja gangguan-gangguan yang suka potongsteamgua. Haihhh.

“Amboi. Muka mak siapa yang macam kentang lenyek haa?” Faliq buat muka. Hidung dikembangkan bersama bibir atas yang sengaja dijongketkan. Dahi pula dikerutkan. Lawak sungguh mukanya. Macamberukmakyeh!

Astaghfirullahalazim… Terkutuk suami sendiri pula. Ampun sayang, ampun.

“Eh eh! Mana ada mak siapa-siapa. Saya melatah tadi. Heeeeeeee. Ni tengah potong kentang. Tertiba teringat waktu kita mula-mula kenal dulu.”

Dia sengih. Aku turut tersengih sama. “Hahaha! Cinta bertamu diSupermarket. Awak panggil saya Mr.Potato.”

“Tahu takpa!”

“Mr. Potato punhandsome, kan kan?” kata Faliq sambil membetul-betulkan kolar baju tidurnya.

Aku hanya mampu ketawa melihat gelagatnya yang kadangkala suka memuji diri sendiri itu. “Very handsome!” Kedua-dua belah pipinya aku tarik dan aku cubit kuat. Comel!

Your thick eyebrows, big eyes, tender smile, broad shoulder and spiky well-dressed hair makes you the most perfect person in my eyes, Fal. Walaupun tidak sempurna di mata orang lain, tapi cukup sempurna di mataku.

“Dah siap masak dah?” tanyanya. Lobak merah yang baru aku potong itu diambilnya dan disuap masuk ke dalam mulut. Memang itulah tabiatnya. Pantang nampak lobak, mesti akan di ratah.

“Kalau dah siap masak. Kenapa dok potong kentang lagi ni?”

“Oh ni untuk esok. Saja potong siap-siap sementara nak tunggu tomyam tu sejuk sikit. Lepas tu baru nak hidangkan. Heee.” Aku sengih. Dia angguk kepala. Mak Lang masuk ke dapur untuk membantu aku menghidangkan makan malam tanpa perlu di suruh.

Right on time, Mak Lang!

“Jom makan!” Aku menggamit Faliq dan Mak Lang untuk makan bersama.

***************************************************************************

Faliq menyarungkan jari-jemarinya dicelah-celah ruangan jari-jemariku. Tangan kami bersatu. Pinggangku pula dirangkulnya sebelum dia mendorong aku untuk duduk di atas ribaannya. Seperti biasa, aku hanya akan menurut. Wajahnya yang bersih dan sedikit pucat itu aku tatap. Pelipis kanannya aku usap lembut. Dia turut menggeselkan pipinya di atas tapak tanganku.

“Wan Audrey Zulaikha Binti Wan Zulkarnain…Have you ever feel regret marrying me, honey?” soalnya. Dia senyum separuh. Senyuman yang padaku tampak sangat tidak ikhlas. Senyum paksa.

What makes you say that?All of sudden, awak tanya soalan yang pelik. Kenapa ni?” Aku bertanya kembali. Soalannya aku balas dengan soalan. Hakikatnya aku sendiri tidak pasti kenapa soalan sebegitu yang diajukan oleh Faliq.

“Orang lain waktu bersanding, boleh buat macam-macam benda menarik denganwifedia. Tapi saya tak mampu nak buat semua tu untuk awak.”

“Maksudnya?”

“Awak cuba tengok orang lain punyawedding.Husbandtheyallmesti akan ajakwifediadance.First dance. Atau mungkin buat persembahan untukwifedia. Menarilah, menyanyilah. Tapi saya, saya tak mampu nak berdiri, nak ajak awak menari.I can’t dance.” Bicaranya sayu sebelum wajah ditundukkan. Hujung baju tidurnya itu di pintal-pintal. Dah macam budak kecil saja lagaknya.

Aku senyum lebar. Dagunya aku dongakkan agar aku dapat tatap wajah sayunya itu. Kemudian aku senyum lagi. Tiba-tiba muncul satu idea nakal.

Hey, bukan Wan Zulaikhalah kalau tak penuh dengan idea nakal. Aku memuji diri sendiri dalam hati.

Who says you can’t?” Aku jongket kening. Dia sudah berkerut.

Come. Let me show you that you can too.”Tangan kanannya aku tarik dan aku lingkarkan di leherku. Tangan kiriku pula memeluk erat pinggangnya. Sungguhpun berat, aku gagahkan juga diri untuk memapah Faliq. Selepas agak stabil diriannya, aku merapatkan badanku dengan badannya supaya aku dapat menampung badan Faliq dengan lebih kemas. Kerusi rodanya aku tolak ke belakang menggunakan kaki. Kini kami berdiri rapat. Tiada ruang langsung di antara kami berdua. Dia terpampan. Matanya membulat. Aku senyum meleret melihat reaksi terkejutnya. Degupan jantungnya yang berdegup kencang itu dapat aku dengar dengan jelas.

Perlahan-lahan, aku bergerak setapak ke kiri dan setapak ke kanan. Gaya orang menariwaltz.

See, now you’re dancing.” Aku mendongak sedikit memandangnya. Ada sinar kecerian pada wajahnya. Ada air mata berlinangan ditubir matanya. Aku tahu dia terharu dan sedih pada masa yang sama.

Remote control home theatheraku capai. Butangplayaku tekan. Lagu Can I Have This Dance mula berkumandang. Aku menggerakkan badan aku dan Faliq serentak mengikut rentak lagu.

Let’s have a waltz!” kataku ceria.

Kami terbuai dalam tarian yang begitu romantis.

Mata yang tertutup dengan bibir yang sedikit terbuka itu menarik perhatianku. Ada desiran dan hembusan nafas halus yang lembut terbit dari hidung mancung milik Faliq. Wajah tampan itu aku tatap. Ada senyuman terukir di bibirku saat ini. Kalaulah Faliq tahu yang tidurnya sedang diperhatikan, gamaknya seminggu dia takkan benarkan aku tidur dengan dia. Hahaha. Nakal juga aku ni ya?

Teringatkan peristiwa indah kami beradu asmara malam tadi membuatkan aku senyum sendiri. Geli hati pun ada juga. Selepas hampir 2 bulan bernikah, malam tadi merupakan malam kemuncaknya. Malam dimana buat pertama kalinya aku dengan relanya menyerahkan diriku dari segi zahir dan batin kepada suamiku yang sah, Mohd Ammar Faliq. Kekurangan fizikal Faliq bukanlah penghalang buat kami berdua untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap satu sama lain seperti apa yang dituntut di dalam agama. Mereka yang tidak mengerti pasti akan menganggap itu semua sebagai satu kelemahan. Tapi pada aku, itu semua satu anugerah yang indah pemberian Allah S.W.T. Aku bersyukur. Bersyukur mempunyai suami yang kurang upaya tapi mempunyai hati waja yang sangat kental dan berani. Keberanian sejati. Yang mungkin lelaki ataupun manusia normal yang lain tidak akan pernah ada dan perolehi. Seorang lelaki yang tidak kenal erti berputus asa dan tidak pernah jemu untuk terus berusaha.

Wajah bersih yang penuh dengan pesona lelaki Melayu tulen itu aku tatap lagi. Sekali tengok, macam orang Arab pun ada juga laki aku ni. Kening tebalnya cantik terletak. Bulu mata panjang. Mata bulat. Hidung pula mancung. Semakin aku tatap, semakin erat terjalin rasa kasih, sayang dan cinta aku pada lelaki ini.

Oh Fal, I love you… Please don’t leave

Jari-jemariku terus melata pada pipi bersih dengan tulang pipi yang sedikit tinggi di hadapanku ini. Tiba-tiba, aku senyum lagi. Masih jelas di ingatan kejadian Faliq menyelamatkan aku daripada lemas sewaktu menyahut cabaran rakan-rakanku yang menyuruh aku untuk menyelam padahal waktu itu aku langsung tidak punyai kepakaran dalam sukan menyelam dan berenang. Sejak detik itu, segalanya mula berubah. 5 bulan saja masa yang diambil sebelum dia melamar aku.

Tidakku duga lelaki yang dulunya selalu berperang mulut denganku setiap kali bertemu muka untuk menjadi Imamku. Tapi tidak hairanlah kerana takdir dan jodoh pertemuan serta ajal maut kita semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Ini semua kerja-Nya. Dia yang mengatur dan menentukan. Yang pasti, ini akan menjadi takdir yang terindah.

Faliq membuka matanya perlahan-lahan. Aku duduk dalam keadaan menopang dagu menunggu bola mata itu untuk terbuka sepenuhnya. Aku menguntum senyuman di pinggir bibir.

AssalamualaikumGoodmorning…” Aku memberi salam dan memberi ucapan selamat pagi buatnya. Wajah itu berubah warna. Ada rona merah pada pipinya.

Eh eh?Blushing? Bukan sepatutnya aku ke yangblushing? Pelik!

Tubuh yang terbaring itu perlahan-lahan di tegakkan. Aku membantu Faliq untuk membetulkan duduknya. Mata Faliq meliar memerhati persekitaran bilik. Aku turut memerhati. Rambutnya yang sedikit kusut itu di raup ke belakang. Aku senyum. Langsir yang telah aku selak sedikit sebentar tadi memudahkan aku untuk melihat keadaan di luar. Ternyata, di luar masih gelap. Azan yang berkumandang 20 minit yang lalu menandakan yang waktu subuh sudah pun masuk. Masih sempat untuk kami berjemaah.

“Jom subuh!” Sudah menjadi kebiasaan, selalunya apabila masuk saja waktu subuh Faliq yang akan mengejutkan aku bangun. Tapi hari ini, aku pula yang mengajaknya.Excitedlebih!

Assalamualaikum w.b.t…” Selepas memberi salam di sebelah kanan, aku tamatkan solatku dengan memberi salam di sebelah kiriku pula. Kemudian kami sama-sama menadah tangan untuk berdoa. Seperti biasa, doa akan dibaca oleh Faliq.

“Ya Allah, aku memohon kemenangan dalam pengadilan dan beroleh kedudukan para syuhadah, kehidupan orang-orang yang bahagia, serta mampu mengatasi musuh. Lindungilah kami dan berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat, Ya Allah. Ya Allah, Kau teguhkanlah iman kami dan janganlah Engkau uji kami dengan sesuatu di luar batas kemampuan kami.” Aku meraup muka dengan kedua-dua belah tangan. Mengaminkan doa. Faliq juga begitu. Selepas itu tangannya aku capai dan aku kucup lembut. Faliq menundukkan wajahnya untuk mencium ubun-ubun dan dahiku.

Setiap kali dia mencium ubun-ubun dan dahiku, aku akan berasa tenang setenang-tenangnya. Ketenangan yang tidak pernah aku rasa sebelum ini. Betullah kata para Ulama’, ciuman dari suami itu banyak kelebihannya pada seorang isteri.

Setiap hari, selepas menunaikan solat fardhu ataupun solat sunat, kami akan adakan sesi bercerita ataupun usrah bersama. Membincangkan mengenai hal rumahtangga atau apa saja yang kami tidak pasti dan ingin berkongsi bersama. Itulah cara aku memulakan hariku semenjak aku tinggal bersama dengan Faliq sejak dua bulan yang lalu. Sebelum ini Faliq pernah menjemput ustaznya iaitu Ustaz Ghamidi untuk mengetuai usrah kami. Banyak yang aku pelajari dan perolehi dengan sesi usrah sebegini.

“Lepas ni kita mengaji, okay?” Faliq menggamit aku bersama senyuman meleret di bibir. Aku angguk.

Selesai sesi usrah dan mengaji, aku menyediakan sarapan pagi untuknya. Mak Lang aku biarkan berehat di bilik. Orang tua itu kurang sihat hari ini. Lesu saja mukanya. Habis mengemas meja makan, aku berjalan pula ke ruang tamu. Aku melabuhkan punggung di sofa kulit empuk berwarna hitam di tengah-tengah ruang menonton televisyen. Faliq yang sedang tekun menonton rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 tidak menyedari kehadiranku di sebelahnya. Sesekali terdengar dia melepaskan tawa berdekah-dekah. Seronok betul dia kalau dapat tengok pelawak kesukaannya di kaca televisyen.

“Sayang, awak tahu tak yang wanita itu istimewa?” tanyanya dengan tiba-tiba.

Aku kerut dahi. “Tahu.” Aku senyum senget sebelum menyambung kembali ayatku. “Wanita itu ibarat bintang yang bergemerlapan menerangi kegelapan.” kataku dalam nada ceria. Faliq mengangguk. Kepalaku diusapnya lembut.

“Beruntung saya dapat isteri yang baik macam awak. Yang boleh jaga saya, masakkan makanan yang sedap untuk saya, melayan kerenah saya. Kiranya, sayang ni isteri yang solehahlah. Awak jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri dengan baik. Saya bangga. Walau sekaya mana pun saya, tiada tolak bandingnya dengan awak. Awak kaya dengan hati budi.I’m proud to be your paraplegic husband, Wan Audrey.” Dia senyum. Jari-jemariku dielus lembut. Aku hanya mampu membalas kata-katanya dengan senyuman dan rasa bersyukur yang menggunung dalam hati. Perlahan-lahan kepala aku lentokkan di atas bahu tegapnya.

Wanita muslimah yang solehah adalah mereka yang pandai melayan suami dan taat pada perintah suaminya setelah dia mentaati perintah Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W dahulu ada berpesan bahawa lelaki yang memiliki wanita muslimah yang solehah ini sebagai mereka yang beruntung. Ada suatu ketika dahulu Rasulullah ditanya ‘Siapakah wanita paling baik?’ Rasulullah bersabda dan perkara ini ada dinyatakan di dalam hadis riwayat An-Nasa’i iaitu wanita yang paling baik adalah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila si suami memandangnya, taat kepada suaminya bila si suami memerintahkannya, tidak pernah menentang bila dirinya diinginkan oleh suaminya dan tidak pernah menggunakan harta suaminya untuk perkara yang tidak disukai oleh suaminya.

Malangnya, pada zaman globalisasi kini jarang sekali kita dapat melihat wanita solehah sebegini. Ada memang ada. Tapi tidak akan sama dengan mereka-mereka yang terdahulu. Tengok sajalah contoh terunggul iaitu Umamah binti Al-Harith. Belum lagi ada yang dapat menyaingi beliau. Nasihat yang pernah diriwayatkan olehnya buat puterinya, Ummu Iyyas binti ‘Auf masih dipakai sehingga kini. Itu antara nasihat-nasihat terhebat daripada wanita-wanita hebat terdahulu yang pernah di ciptakan oleh Allah S.W.T.

Aku tidak sebaik mereka. Masih jauh perjalanan aku untuk menjadi seperti mereka…

Masihkah Faliq akan menganggap aku sebagai seorang isteri yang solehah apabila dia ketahui kebenarannya nanti? Suatu hari nanti, aku pasti kebenaran akan terbongkar. Saat itu, masih banggakah dia kerana dapat memperisterikan aku?

***************************************************************************

“Hari ni kita nak pergi semak stok-stok barang yang baru sampai.”

“Oh…” responku. Aku angguk beberapa kali. Faliq di sebelah tekun memandu. Walaupun dia sudah mulai memandu sendiri, tapi pemanduannya tidaklah selincah orang yang normal.

Berkat ketekunan dan komitmennya melengkapkan sesi rawatan perubatan dan terapi, kini Faliq sudah mulai boleh berjalan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang telah lama ditinggalkan dahulu. Langkah kakinya tidaklah sesempurna manusia normal yang lain. Dia juga masih menggunakan tongkat untuk menstabilkan langkahnya. Tapi aku bersyukur. Sekurang-kurangnya ada jugalah kemajuannya. Menurut doktor, proses perubatan dan penyembuhan untuk mereka yang menghidap masalah lumpuh seperti Faliq ini memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Beberapa bulan selepas kemalangan, Faliq sudah mula melakukan sesi fisioterapi dan mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital pakar di dalam dan luar negara. Kiranya sudah hampir 2 tahun setengah Faliq mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan lumpuh yang dihidapi. Kelumpuhan itu terjadi akibat daripada kerosakan pada saraf tunjang.

Hari ini genap 5 bulan kami berkahwin. Jadi selama 5 bulan hidup bersama, tinggal sebumbung dan sebilik, berkongsi suka dan duka, aku dapat lihat sendiri segala penat jerihnya berusaha untuk sembuh. Berusaha untuk bangkit daripada jatuh. Walaupun dirinya seorangparaplegic, itu bukanlah satu penghalang buat Faliq dan tidak sesekali akan dijadikan alasan untuk dirinya tidak berjaya.

Kelumpuhan itu tidak pernah membataskan impiannya untuk terus berjaya seperti orang lain meskipun dia terpaksa menukar bidang kerjayanya. Faliq dahulunya merupakan seorang lulusanMasterdalam bidangarchitecture. Namun selepas kemalangan 3 tahun yang lalu menimpa dirinya, Faliq terpaksa mengubah bidang kerjayanya kepada sesuatu yang lebih santai dan tidak menggunakan terlalu banyak kudrat fizikal. Jadinya, dia menceburi dunia perniagaan sungguhpun itu bukan minatnya. Dengan usaha gigih dan keazaman serta dorangan daripada ayahanda tercinta yang juga merupakan seorang ahli perniagaan. Faliq sudah berjaya menjadi seorang usahawan muda dan terkenal.

Walaupun dia kehilangan upaya untuk berjalan, itu tidak menghalang Faliq daripada bergelar usahawan berjaya yang sudah mempunyai hampir 300 cawangansupermarkerdi dalam Malaysia sahaja. Itu tidak termasuk dengan yang di luar negara seperti di Singapura dan Australia. Kecacatan itu tidak dijadikan kelemahan sebaliknya dijadikan sebagai satu kelebihan untuk dia buktikan pada dunia yang sesiapa saja mampu berjaya.

Alhamdulillah

Sebagai isteri, aku turut berbangga dan bersyukur dengan kejayaan dan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Kereta Audi Q5-nya di parkirkan betul-betul di depan pintu masuk kilang. Kilang ini menjadi stor simpanan stok-stok barangan jualan yang baru sampai dari pembekal. Ada juga barang-barang yang dikeluarkan dengan penjenamaan Faliq sendiri. Selain membekal, perniagaan Faliq juga menyediakan perkhidmatan pengeluaran produk.

***************************************************************************

Telefon yang berbunyi nyaring minta diangkat menggamit perhatianku yang sedang sibuk memeriksaproposaluntuk projek terbaru syarikat ini. Nama yang tertera di skrin telefon sangat-sangat membuatkan aku teruja.

Incoming call, “Lovely Bubblyboo : Faliq”

Dengan senyuman yang melebar merekah, panggilan itu aku jawab dengan segera.

Wan Audrey’s speaking.”

Where are you?” tegas suara Faliq di dalam talian. Pelik. Selalunya dia akan memberi salam terlebih dahulu. Kali ini tidak. Apa yang dah berlaku ni?

“Dekat dalamoffice. Kenapa?”

Meet me in the parking lot. Now.” Tegas dan kasar arahan yang keluar dari mulutnya.

Hatiku mula berdegup kencang. Rasa tidak sedap hati mula menjengah kotak hati.

Okay.” Talian aku matikan dan segera mengambilhandbagku untuk pulang.

How dare you!” bentak Faliq kasar bersama hentakan kuat di stereng kereta. Aku yang tersentak dengan hentakan itu cepat-cepat memejamkan mata dan beristighfar dalam hati.

I never thought it was you behind all this mess.Oh Lord!Why am I so blind?!” marahnya. Air mata yang mengalir laju disekanya kasar dengan lengan bajusweaterknitted-woolyang dipakai.

Aku cuba menyentuh lengannya. Cuba memujuk.

“Fal, saya…”

“Pemusnah!” sangkalnya pantas. Serentak dengan itu, tanganku yang cuba menyentuhnya ini juga ditepis kasar sehingga terdorong ke belakang.

Pemusnah?

Aku terlongo mendengar tuduhan itu. Walaupun ayatnya pendek dan cuma satu patah perkataan saja, tapi cukup memberi impak yang sangat besar. Apatah lagi apabila Faliq sendiri yang melafazkannya.

“Awak pemusnah. Awak dah musnahkan hidup saya. Saya menderita sebab awak! Semuanya sebab awak! Tiga tahun saya menderita sebab awak, Wan!Three damn years!”

Let me explain everything, Fal. Please.” Aku masih cuba meraih simpati sungguhpun aku tahu yang saat ini, tiada simpati yang akan berpihak padaku. Satu-satunya lelaki yang aku sayang dan cinta sudah mulai membenciku. Ini semua adalah akibat daripada perbuatan kejamku padanya tiga tahun yang lalu.

“Nakexplainapa lagi?!!” jerkah Faliq.

“Memang salah saya. Saya cuai. Saya buat kesilapan yang besar malam tu. Saya tahu saya yang langgar awak. Tapi saya tak sengaja.”

“Tak sengaja? Oh awak dah langgar saya. Lepas tu awak terus cabut lari. Kalau saya nak, saya boleh failkan kes ni atas tuduhan kes langgar lari. Awak tahu tak?!” Tudungku direntap kasar dengan sebelah tangan. Tangan kanannya masih erat memegang stereng kereta. Muka Faliq membengis. Masih ada air mata yang merembes laju di wajah putih bersihnya.

“Ya saya tahu. Saya bertuah dan bernasib baik sebab orang yang saya langgar tu tak failkan tuduhan langgar lari ke atas saya. Dan saya memang bersalah sebab tinggalkan mangsa yang saya dah langgar tu hampir mati keseorangan tanpa bantuan. Saya salah dan saya masih rasa bersalah sampai sekarang! Setiap hari, setiap waktu, setiap saat saya tengok awak. Saya akan rasa sebak. Saya akan rasa menyesal. Segala rasa bersalah akan mula menghantui saya. Saya diburu masa silam dan saya diburu kesalahan saya sendiri! Awak tak pernah tahu macam mana peritnya saya untuk tanggung semua ni. Awak tak tahu betapa payahnya untuk saya maafkan diri saya sendiri. Saya akui, saya kahwin dengan awak sebab saya nak tebus semua kesilapan saya. Tapi percayalah, saya ikhlas berkahwin dengan awak.” Aku melepaskan keluhan berat. Muka aku raup kasar dengan kedua-dua belah tangan. Air mataku aku biarkan mengalir.

I don’t give a damn, Wan Audrey Zulaikha!You’re a destroyer, a liar!” Suaranya tersekat-sekat. Ada sendu dalam nada suaranya. Aku tahu dia sangat sedih dan kecewa. Sedalam mana pun rasa kecewa dan marah aku pada diri sendiri, tiada tolak bandingnya dengan rasa kecewa dan marah Faliq terhadapku. Aku pemusnah hidupnya. Dia benar. Aku akur.

Selepas kemalangan tiga tahun yang lepas. Menurut Mak Lang dan bonda, Faliq mengalami tekanan yang teruk sehinggakan badannya susut dan disahkan mengalamidepression. Dia tertekan kerana tidak mampu menerima hakikat yang kakinya lumpuh. Sungguhpun peluang untuk pulih itu ada, tapi akan memakan masa yang lama.

Tapi Faliq cekal hati dan kuat orangnya. Hatinya besar. Walaupun pada awalnya perit untuk dia menerima hakikat yang dirinya tidak seperti orang lain dan tidak seperti dahulu lagi, namun imannya cukup kukuh. Dia perlahan-lahan cuba menerima takdir hidupnya dengan redha sungguhpun perit.

“Saya tak berniat nak menipu atau nak sembunyikan hal sebenar dari awak. Saya cuma takut. Kalau saya berterus-terang sebelum kita kahwin. Masihkah awak dapat terima saya? Dan masihkah saya berpeluang untuk tebus kesilapan saya tiga tahun yang lalu?”

“Kalau tiga tahun yang lalu awak minta maaf, mungkin saya takkan marahkan awak sampai macam ni sekali dan saya takkan salahkan awak. Saya masih boleh anggap ini sebagai takdir. Tapi selepas saya dapat tahu yang orang yang saya sayang, cinta dan saya anggap sebagai kekuatan saya adalah orang yang sama memusnahkan hidup saya.And that person is my own wife! Itu saya tak dapat nak terima!You’re digging your own grave, my love.” Keras ayat yang terbit dari bibirnya.

Kereta yang di pandu kini diparkirkan di tepi lereng bukit.

“Saya sanjung awak. Saya jaga awak bagai menatang minyak yang penuh. Sebab saya rasa, selain Mak Lang yang dah banyak membazirkan masa melayan kerenah saya, awak sajalah yang sanggup buat semua tu. Awak bagi saya semangat, bagi saya kekuatan. Jadi perangsang untuk saya melangkah setapak lebih maju dari diri saya yang sekarang. Awak hadir saat saya merangkak cuba untuk bangkit dari terus tersungkur. Tapi saya tak pernah sangka yang awak jugalah penyebab saya jatuh tersungkur sampai macam ni sekali, Wan. Saya tak sangka.” Akhirnya Faliq menangis teresak-esak. Muka disembamkan pada stereng kereta. Pertama kali dalam hidupku aku melihat Faliq menangis seteruk ini. Air mata lelakinya mengalir sederas hembusan nafasnya yang penuh dengan kekecewaan dan kemarahan yang tidak bertepi.

“Macam mana awak tahu saya yang langgar awak padahal waktu tu awak tak nampak pun muka saya dan awak tak sedarkan diri?” Tiba-tiba terdetik di hatiku untuk bertanya soalan itu.

“Macam mana awak tahu saya adalah mangsa langgar lari awak padahal waktu tu awak tak nampak pun muka saya dan saya masih berhelmet di kepala?” Soalanku dibalas juga dengan soalan.

“Awak tak jaw…”

No!You answer me first.” jerkahnya kasar. Aku tersentak. Bahuku terenjut akibat terkejut dengan jerkahannya itu.

Satu badanku mula menggigil. Bibirlah yang paling ketara.

“Saya cam awak melalui gambar. Ingat tak dulu waktu kita baru mula nak berkenalan dan rapat, awak ada bawa saya jumpa Mak Lang? Haa, waktu tu Mak Lang ada tunjukkan album gambar awak waktu kemalangan. Saya dapat cam pun sebab motor awak. Saya masih ingat nombor plat motor orang yang saya langgar tu. FAL7007. Saya tahu yang nombor plat tu di tempah khas dan dalam Malaysia ni takkan ada pemilik lain yang mempunyai nombor plat yang sama. That’s very common. Since that I know that, orang yang saya dah musnahkan hidupnya itu adalah awak. Saya mungkin tak berhentikan kereta untuk bantu awak, tapi saya masih ingat jenis motor dan nombor plat motor tu.” Rasa sebak mula bermukim dalam hati.Jari-jemari aku genggam sekuat hati.

Ya Allah, tabahkan aku… Redakan amarah suamiku, Ya Allah… Berdosa besarlah andai seorang isteri membuat suaminya marah. Ampun Ya Allah, ampun.

Ini baru Faliq. Macam mana kalau bonda, ayahanda dan Mak Lang tahu yang sebenarnya akulah manusia kejam yang telah melanggar satu-satunya putera mereka? Mungkin aku bakal di penggal kepala. Atau mungkin aku akan diheret ke muka pengadilan.

Siapa sangka tiga tahun yang lepas dalam sekelip mata aku telah merampas kebahagiaan orang lain. Aku telah menghancurkan harapan seorang ibu yang ingin melihat putera tunggalnya bergelar seorang arkitek terkemuka dunia dengan kecuaianku. Aku juga telah menghancurkan harapan seorang ayah yang ingin melihat putera kesayangannya berjaya menempa nama di persada dunia serta meneruskan legasinya apabila aku melanggar lari si anak itu.

Jika aku berhentikan kereta dan aku membantu Faliq waktu itu, adakah semua ini tidak akan berlaku? Adakah aku tidak akan dimarahi sebegini ? Atau mungkin aku akan diseksa dengan teruk setelah di humban ke dalam kandang jel?

Ya Allah… Berat sungguh ujian-Mu ini. Aku tidak setabah ini. Aku takut, Ya Allah.

Hari ini sudah genap 3 hari aku tidak bertegur sapa dengan Faliq. Kami juga mulai tidur berasingan bilik sejak insiden tempoh hari. Insiden pembongkaran rahsia mengenai kekejamanku terhadap lelaki itu suatu ketika dahulu. Aku takut sekiranya masalah tidak bertegur sapa kami ini akan menimbulkan permasalahan yang lebih besar seperti penceraian. Kerana di dalam surah An-Nisa’ ayat 148 ada menyebutkan, “Dan jika seorang perem­puan bimbang akan timbul daripada suaminya ‘nusyuz’ (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai berai); sedang sifat bakhil (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan..”

Jadi sebagai isteri, aku wajib untuk memperbetulkan keadaan dengan memujuk Faliq. Tapi, jauh di sudut hati aku sebenarnya takut. Aku takut sekiranya Faliq tidak mahu memaafkanku. Dan aku takut sekiranya dia akan memarahi aku seperti tempoh hari.

Ya Allah, apa yang harus aku lakukan? Derhakakah aku, Ya Allah?

Jam di dinding menunjukkan pukul 2.25 pagi. Aku rasa waktu sebegini memang sesuai untuk aku menunaikan solat malam.

Aku bangun dari tidur dan segera bergerak ke kamar mandi untuk mengambil wuduk. Selesai berwuduk, sejadah di penyidai aku ambil dan aku hamparkan di tengah-tengah ruang kosong dalam bilik tidur tetamu yang menjadi bilik tidurku sejak 3 hari yang lalu.

Pening kepala yang semakin berlarutan sejak seminggu yang lalu tidak menunjukkan sebarang petanda untuk pulih. Mahu ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Tapi aku memang tiada masa untuk semua itu. Bermula pukul 8 pagi hinggalah lewat malam. Aku akan menghabiskan waktu di pejabat sungguhpun kerjaku di pejabat buat masa ini tiadalah banyak mana pun.

Aku lebih rela menghabiskan waktu lapangku di dalam bilik pejabatku berbanding balik ke rumah yang kini terasa sangat kosong. Nak ajak Mak Lang berborak denganku seperti dahulu, aku rasa takut. Iyalah. Semenjak Mak Lang sudah tahu kesemuanya mengenai apa yang telah aku lakukan kepada anak majikannya yang telah ditatang bagai menatang minyak yang penuh itu. Aku pasti dia juga kecewa dan marah denganku.

Selesai menunaikan solat sunat taubat. Aku mengambil sedikit masa untuk berdoa.

“Ya Allah, aku memohon keampunan kepada Mu, Ya Allah Yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Engkau Yang Hidup dan terus ada. Dan aku bertaubat kepadanya sebagaimana taubatnya seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk membuat mudarat atau manfaat untuk mati atau hidup pun ketika dibangkitkan nanti.” Aku meraup muka dengan kedua belah tangan selepas selesai sahaja memanjatkan doa meminta kemaafan daripada Yang Maha Esa.

Telekung yang sudah dipakai aku lipat dan simpan kembali ke dalam almari. Sejadah aku sidai semua di penyidainya. Mataku rasa memberat. Kepala juga pening semacam. Badan rasa tak selesa. Jadi aku memutuskan untuk sambung tidur sebelum bangun semula nanti untuk menunaikan solat subuh.

Erk.. Apa benda yang berat semacam ni? Kataku dalam hati. Tanganku cuba menguis-nguis bantal yang menghempap pinggangku. Tapi tak berjaya. Akhirnya aku tersedar daripada tidur apabila terasa ada sesuatu melingkar di pinggangku. Ini bukan bantal ni!

Segera badan aku iringkan ke kiri.

Ya Allah! Faliq?!

Mataku yang masih mamai ini terus saja terbuka luas apabila melihat sesusuk tubuh yang sedang nyenyak itu. Ada desiran nafas halus menghembus keluar dari hidungnya.

Macam mana Faliq boleh ada dekat sebelah aku ni? Bila masa dia masuk? Macam mana aku boleh tak sedar yang sedari tadi lagi tangannya erat melingkar memeluk pinggangku?

Persoalan demi persoalan bermain di benak fikiran.

Selimut aku tarik dan badan Faliq aku selimutkan dengan selimut tadi. Pipinya perlahan-lahan aku usap. Takut sekiranya dia terbangun. Aku tidak mahu mengganggu tidurnya. Biarlah dia tidur.

Eh kejap, jam dah pukul berapa ni ya?

Tersedar akan itu, aku pantas menoleh ke kanan memandang jam di dinding.

7.30 AM?!!

Bermakna aku dah terlepas waktu subuh!Astaghfirullahalazim…Apa nak jadi dengan kau ni, Wan? Baru buat solat sunat taubat, dah terbuat dosa lain pula. Aku memarahi diriku sendiri akibat kecuaianku.

Aku bangun dari pembaringan dan duduk dalam keadaan mengiring sambil tangan kiriku memangku kepalaku.

Wajah tenang Faliq yang sedang khusyuk tidur aku tatap. Seperti bayi saja riak wajahnya.

Faliq, I miss you

Desisku dalam hati. Hatiku merintih sayu. Sungguh. Aku rindukan dirinya.

How I wish you know how much I missed you?How much I missed your tender smile, your voice, and your sweet words. Simply, I miss everything about you, Mohd Ammar Faliq.

Rasa sebak mula menyelubungi diri. Setitik demi setitik air mataku mengalir dan jatuh membasahi permukaan wajah. Tanpa sedar, setitik air mataku jatuh tepat mengenai pipi Faliq.

Oh no! Aku mulai kalut.

Patut aku lap atau biarkan saja air mata di pipinya itu?

Kalau lap. Mesti dia akan terjaga nanti. Kalau tak lap. Kantoilah yang aku menangis sambil curi-curi tatap wajah dia.

Arghh!Betteraku pergi mandi sekarang.

Selimut yang menyelubungi separuh daripada badanku ini aku alihkan ke tepi. Perlahan-lahan aku mengengsot untuk turun dari katil.

Where are you going, sayang?” Tiba-tiba ada suara serak-serak basah bertanya. Aku tersentak. Terasa seperti lenganku digenggam erat. Automatik aku kaku. Badanku sejuk membeku sepertiiceberg.

Oh tidak! Dia dah bangun.

Aku kekal membeku di atas katil. Tidak berani untuk bergerak mahupun bersuara.

Still don’t wanna talk to me?” bisiknya lembut di telinga kananku. Aku diam. Tidak memberi sebarang respon.

“Sayang…” Perlahan-lahan tangannya pula yang mula merayap memelukku dari arah belakang.

Aku mula rasa semacam. Keliru sama ada hendak berasa bahagia atau pun takut dalam pada masa yang sama.

Hey sexy… I’m talking to you. Don’t you wanna talk to me, baby?”pujuknya lembut dan penuh manja. Seketika aku terbuai dengan suara sensualnya itu. Faliq mendekatkan badannya dengan belakang badanku. Tangan kanannya memeluk erat pinggangku manakala tangan kirinya mengusap-usap pelipisku. Dagunya diletakkan di atas bahuku.

“Sayang… Awak tahu tak. Berdosa sekiranya isteri tidak melayan suami. Kita dah 3 hari tak bertegur sapa. Don’t you miss me?”

Aku menjawab soalan Faliq dengan menggelengkan kepala.

“Hmmm…” Faliq mendengus deras. Badannya dipusingkan dan dia kembali berbaring dalam keadaan meniarap dengan muka yang sengaja disembamkan pada bantal.

Merajuklah tu. Manja!

Aku sampai diofficetepat pada jam 9 pagi. Sampai-sampai saja aku tengok semua pekerja lain sedang sibuk menyiapkan tugasan mereka. Tapi tak lupa juga pada segelintir yang sibuk menjual ketupat di pagi hari.

Astaghfirullahalazim… Apalah yangbestsangat mengumpat orang tu. Yang si mengumpat mendapat dosa, yang diumpat mendapat pahala. Tak rasa rugi ke mengumpat orang akak-akak oit? Nak ditegur, aku takut nanti di kata biadap pula. Walaupun aku merupakan seorang yang berjawatan tinggi di dalam pejabat ni. Tapi aku masih menghormati mereka atas faktor umur yang jauh benar bezanya.

Surprise surprise!” Wajahnya terjengol di sebalik muka pintu bilik pejabatku.

Aku berhenti menaip. Segera merenung tepat ke arah lelaki yang segak berkot di depanku ini.

Nak kemana siap dengantuxedoni?

Dia berjalan menghampiriku.Paper bagberlabelGuccidi letakkan di atas sisi kiri meja kerjaku. Aku mendongak kepala sedikit memandangnya yang berdiri cuma beberapa inci jaraknya denganku. Mataku membulat melihat wajah yang ceria itu. Kemudian kerusiku ditariknya agak mendekatinya sehingga aku dapat rasakan lututnya berlaga dengan lututku yang sedang duduk dalam keadaan bersilang kaki ini.

Anything?” Aku bertanya dalam nada jual mahal. Berjauh hatilah kiranya sebab kena marah dengan teruk. Bukan kena marah saja. Tapi siap kena maki baik punya! Tapi… Aku tidak salahkan dia. Dia berhak untuk marah. Semuanya berpunca daripadaku.

Nothing. Saja datang. Nak melawat isteri sendiri. Salah ke?” Soalnya. Kening kirinya dijongketkan. Bibir pula tersenyum senget.

“Melawat siap pakaituxedo?” Soalannya aku jawab dengan soalan juga. Faliq menggelengkan kepalanya beberapa kali. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarinya. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar.

Segak. Seperti selalu. Tambahan pula, dia kini tidak lagi menggunakan tongkat mahupun kerusi roda.

Mungkin inilah Faliq yang menjadi kegilaan ramai gadis-gadis sewaktu di universitinya dahulu. Lelaki tinggi lampai persis model. Muka komersialnya membuatkan dia digilai dan disukai ramai walaupun mengikut bonda Faliq ini dahulu sewaktu remajanya sangat nakal tapi baik hati. Wajahnya serius. Tapi kalau kena dengan cara, lelaki ini sangat bijak membuat orang tersenyum.

Dia ada karisma tersendiri. Gayanya lain daripada yang lain. Itu juga salah satu sebab kenapa aku boleh jatuh cinta dengan lelaki ini.

Kasanova tapi baik hati. Itu sesuatu yang jarang untuk di temui.

One in a billion.

Did man’s worn tuxedo only on special occasions?” tanyanya dengan penuh sinis.

Aku bangun dari dudukku dan berjalan melintasi Faliq menuju ke arah dinding kaca di sebelah kanan meja kerjaku.

Dari aras 15 ini dapat aku lihat manusia yang sedang ligat bergerak ke hulu dan ke hilir dengan tujuan tersendiri.

“Masih marah?”

Aku tersenyum mendengar soalan yang barusan keluar dari mulut Faliq itu.

It supposed to be me the one to piss off and going with this silent treatment. Not you.”

Yeahh. You’re right. Awak yang patut marah dan saya yang sepatutnya pujuk awak. Bukan awak yang pujuk saya, Faliq.”

Glad that you notice that, my love.” Dia kenyit mata.

Perhaps... when each of them will turn from his wicked way; then I will forgive their wickedness and their sin.”

Haa?” Aku tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh suamiku ini. Aku berpaling memandangnya yang masih berdiri di sisi kerusi kerjaku. Dia senyum. Aku memandangnya pelik.

It’s a translation for The Torah. Jeremiah, verse 3.

You read The Torah?” tanyaku dengan riak tidak percaya.

Yes. For knowledgeand better understanding.To avoid confusion.” Faliq senyum. Tenang.

“Allah itu Maha Pengampun. Dia mengampunkan kesalahan dan dosa hamba-Nya. Dan siapalah saya untuk menghukum awak? Sesungguhnya di dalam surah As-Syura’ ayat 40, Allah S.W.T ada menceritakan yang jika kita hendak membalas kejahatan yang orang lain lakukan terhadap kita. Maka balaslah kejahatan yang sama beratnya dan juga setimpal balasannya. Dalam pada itu, sesiapa yang memaafkan kejahatan orang dan berbuat baik kepadanya, maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah S.W.T dengan diberi balasan yang sebaik- baiknya. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang- orang yang berlaku zalim.”

Penerangan Faliq itu aku dengar penuh tekun. Kepala aku tundukkan memandang lantai. Jari-jemari aku genggam erat. Kemudian, perlahan-lahan mata aku pejam rapat.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Hanya pada-Mu aku memohon keampunan, Ya Allah.

“Apa gunanya jika abang membalas balik apa yang pernah sayang lakukan dahulu? Itu semua takkan membawa apa-apa kebaikan buat abang. Dan tak juga akan mendatangkan kepuasan serta kebahagiaan. Sedangkan Rasulullah pun memaafkan umatnya yang menzaliminya.” Terang Faliq lagi. Aku telan liur. Ayatnya itu menusuk tepat ke kalbuku.

Oh wait! Abang? Sayang?Wow. Dia dah pandai gelar diri dia ‘abang’!This is something new... Very new.

“Sayang bersalah tapi sayang dah minta maaf. Dan maaf itulah ubat paling mujarab. Maaf itu jugakan mendorong kepada kebahagiaan.Plus, macam mana abang nak marahkan sayang dengan sebegitu lama sedangkan sayang kebahagiaan. Sayang semangat abang.” Tambahnya lagi. Dia senyum dan berjalan merapatiku. Perlahan-lahan tangannya memeluk pinggangku. Aku membalas pelukannya. Matanya aku renung dalam. Cuba meluahkan rasa.

“Saya… Saya…”

“Kita tutup buku lama. Kita buka buku baru, okay?” Sangkalnya pantas sebelum sempat aku menuturkan apa yang terbuku di hati. Dahiku dikucup lama. Aku sebak.

“Sayang isteri abang. Abang cintakan sayang sangat-sangat. Kesalahan masa lampau sayang. Itu semua dah lama berlalu. Abang dah tak nak ingat. Apa yang abang tahu.I just want my wife back. I want my sexy Audrey’s back. That’s all.” Tangan kirinya mengusap pipiku. Aku mengalihkan muka. Malu. Dapat aku rasa darah merah meresap ke mukaku.

Woahh!I’m blushing!

So you forgive me, right?” tanyaku dalam nada manja. Tali leher yang dipakai oleh Faliq aku lurut-lurutkan. Hujung tali leher itu aku pintal.

Yes, sayang…” balas Faliq bersama senyuman lebar.

Oh baby, I love you! Tapi ayatku ini hanya mampu aku luahkan di dalam hati. Sebabnya aku segan. Hahaha.

Faliq meleraikan pelukan dan bergerak ke arah meja kerjaku. Beg kertas berlabelGuccitadi di ambilnya. Mataku mengekori langkah suamiku itu. “Before that, you need to have this. And I give you one hour to get ready.” Arahnya kepadaku.

“Apa…” Belum sempat aku menghabiskan ayat, Faliq meletakkan jari telunjuknya dibibirku. Memberi isyarat supaya aku berhenti berbicara.

Go change now.” Sambungnya lagi. Punggungku ditepuknya.

What?!

Aku menjengilkan mataku. Berdekah-dekah Faliq ketawa.

Naughty boy!

***************************************************************************

Faliq berjalan penuh segak bersamatuxedoyang dipakainya datang menghampiriku. Dari jauh aku dapat lihat sengihan penuh menggodanya itu. Wajah nakalnya yang satu itu takkan pernah hilang sungguhpun dengan perubahan umur yang meningkat dari sehari ke sehari. Manusia mana saja yang tidak meningkat umurnya?

Tapi benar kata Mak Lang dahulu. Faliq memang nakal.Naughty. Romantic. Sweet. Full of suprises.

Sampai sahaja di hadapanku, perlahan-lahan dia membongkokkan badan dan menghulurkan tangan kanannya kepadaku. Kemudian, dia berlutut dengan sebelah kaki. Gaya seperti ingin melamar. Aku tersenyum malu. Mesti orang-orang dalamdiningni pelik melihat gelagat kami berdua.

Would you like to dance with me, Madame?” tanya Faliq dengan penuh pesona gaya seorang putera yang ingin mengajak puteri idamannya menari di majlis-majlis rasmi.

Yes, my Prince.” Balasku dengan intonasi ala-ala Cinderella. Hulurannya tadi aku sambut.

Before that, you need to close your eye with this!” Faliq menunjukkan kain berwarna hitam yang akan digunakan untuk menutup mataku. Aku menggeleng kepala melihat senyuman nakal yang terbit di bibir suamiku ini.

Haihh… Macam-macam. Kataku dalam hati.

Namun aku biarkan sahaja Faliq menutup mataku dengan kain tadi. Selesai mataku ditutup. Dia memimpin tanganku. Erat pegangannya.

Sepanjang perjalanan menuju ke tempat yang ingin ditujui oleh Faliq. Bermacam-macam soalan ditanyanya. Aku menjawab setiap soalannya dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

“Sayang, sayang ingat tak dulu sayang ada ajak abang menari sekali dengan sayang?” tanya Faliq. Tanganku masih erat digenggamnya. Aku rasa sudah lima minit aku berjalan dalam keadaan menutup mata sebegini.

“Mestilah ingat.” Jawabku ringkas.

“Waktu tu abang tak boleh nak berjalan lagi macam sekarang ni. Tapi sayang banyak bantu abang. Sentiasa sokong abang. Bagi abang dorongan. Semangat.”

“Dan abang terharu bila malam tu sayang sanggup papah abang dan menari sekali dengan abang.”

“Hahaha.No problem, abang. I did that with pleasure and I felt honoured to have had that chance to dance with you.” Aku senyum di hujung ayat.

Cupp!!

Pipiku diciumnya.

Thanks, sayang. Anyway, we’re arrived.” Bisiknya dengan sensual di telingaku.

Thanks Allah. Finally, arrived! I’m excited! Jeritku dalam hati. Dalam pada masa yang sama, tanganku cuba membuka balutan yang menutup mataku ini.

“Ahah!Not yet. One more.” Kata Faliq. Pantas dia melarang aku daripada membuka balutan tersebut. Aku mencebik. Bibir aku muncungkan sedapa. Dapat aku dengar dengan jelas Faliq ketawa dengan gelagatku.

Ready, sayang?”

I’m ready for anything as long as I have you with me for the rest of my life. Til’ Jannah. Insya-Allah.” Balasku romantik. Lengannya aku peluk. Perlahan-lahan kami kembali berjalan.

Selang seminit berjalan. Akhirnya kami berhenti serentak. Aku hanya menanti Faliq membukakan balutan di mataku.

Surprise!” Jeritnya penuh teruja. Perlahan-lahan aku membuka mataku.

Masha-Allah!” Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat saat ini. Aku menekup mulutku dengan kedua belah tangan. Mataku membulat. Air mata mula bergenangan di tubir mata. Aku memandang sekelilingku.

Aku kini berada di dalamballroom.Ballroomyang ruangan dalamnya cantik dan indah dihiasi dengan pokok-pokokpineberwarna putih bersama dedaunan kristal. Bunga ros berwarnapinkdanpastelmenghiasi lantaiballroom. Bebola kristal dalam pelbagai saiz berkilauan menghiasi langitballroom.

Ada dua orang gadis berpakaianGreek Goddessberwarnapastel brownsedang berdiri di pintu masukballroombersama pelita palsu di tangan mereka. Jejaka-jejaka kacak pula berdiri di setiap sisiballroom. Lebih kurang 12 orang kesemuanya. Masing-masing memakai mantel berwarna coklat dan di atas kepala jejaka-jejaka tersebut ada mahkota berwarna gold ala-alaGreek God.

Aku tidak pasti dengan nama temanya.But for sure, today is a fairy tale!

Our fairytale!

Aku kembali mengalihkan pandanganku memandang Faliq yang sedari tadi hanya memerhatikanku.

Shall we?” bisiknya.

Aku angguk.

Faliq merapatkan badannya denganku. Tanganku ditariknya dan di letakkan di atas bahunya. Pinggangku di peluk erat. Mataku direnung dalam. Aku membalas kembali renungannya. Perlahan-lahan bibir mengukir senyuman lebar. Faliq juga begitu.

Everyday I wake up next to a angel
More beautiful than words could say
They said it wouldn't work but what did they know?
Cause years passed and we're still here today
Never in my dreams did I think that this would happen to me

As I stand here before my woman
I cant fight back the tears in my eyes
Oh how could I be so lucky
I must've done something right
And I promise to love her for the rest of my life

Seems like yesterday when she first said hello
Funny how time fly's by when you're in love
It took us a lifetime to find each other
It was worth the wait cause I finally found the one
Never in my dreams did I think that this would happen to me

As I stand here before my woman
I cant fight back the tears in my eyes
Oh how could I be so lucky
I must've done something right
And I promise to love her for the rest of my life

Lagu Rest of My Life nyanyian Bruno Mars bergema. Aku senyum lagi buat kesekian kalinya. Faliq mengeratkan lagi pelukan. Dan tanganku kini melingkar di lehernya. Kepala pula aku lentokkan pada dada bidangnya. Kami akhirnya terbuai dalam keindahan suasana dan lagu yang penuh romantik ini.

Baby, I love you…”bisik Faliq seksi ditelingaku.

I love you too, my love…” balasku. Sensual. Pipinya aku cium. Bibir kami bertaut buat seketika. Faliq tersenyum manis. Aku kembali melentokkan kepala pada dada bidangnya. Dan kami bergerak menari seiring dengan alunan lagu.

He’s my husband. He’s my man. He’s my Imam. He’s my Faliq. He’s my Paraplegic Cintaku.

Dear Mr. Potato, I do love you and will always love you.

Cinta ini ikhlas untukmu kerana Allah S.W.T. Sungguh, kau anugerah terindah. Tiada yang lain selain dirimu. Hanya kamu, Mohd Ammar Faliq. Sampai syurga…

Ya Allah, terima kasih untuk kebahagiaan ini. Jodoh yang ditetapkan oleh-Mu ini sangat sempurna buatku. Takdir yang telah Engkau tetapkan untuk kesemua hamba-Mu juga cukup sempurna. Alhamdulillah…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.